You are on page 1of 5

PERBADANAN STADIUM DAN KAWASAN LAPANG PULAU PINANG

LAPORAN PENYIASATAN TANAH UNTUK SEBAHAGIAN LOT 2763, JALAN BETEK, MUKIM 10,
SEBERANG PERAI TENGAH.

1. PENGENALAN

1.1. Pada 16 Jun 2020 Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah
dimaklumkan melalui surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
bahawa mesyuarat MMK Bil 19/2020 yang bersidang pada 3 Jun 2020 dan disahkan
pada 10 Jun 2020 telah bersetuju supaya PSDKLPP melantik perunding bagi kajian
geoteknikal ke atas tanah tapak projek Stadium Hoki Jalan Betek.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Berdasarkan kepada surat makluman dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau
Pinang pihak Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah melantik
HMZ Soil Test Engineering sebagai kontraktor yang bertanggungjawab untuk
menjalankan penyiasatan tanah di sebahagian lot 2763, Mukim 10, Daerah
Seberang Perai Tengah.
2.2. Pada 25 Jun 2020 kontraktor HMZ Soil Test Engineering telah masuk ke tapak dan
memulakan penyiasatan tanah. Pihak PSDKLPP telah memperuntukkan pelan
cadangan lokasi bagi JKR Probe dan Borehole di tapak.

3. LAPORAN

3.1. Berdasarkan laporan yang disediakan oleh HMZ Soil Test Engineering untuk 10
lokasi yang dicadangkan PSDKLPP, kesemua data bagi kondisi tanah yang diperolehi
kecuali di JP 3 dan JP 10 mencapai ketumpatan tanah maximum iaitu 400
hentaman.
3.2. Bagi JP 3 dan JP 10 ketumpatan tanah 180 sehingga 210 maksimum dimana masih
dikategori ketumpatan tanah di paras sederhana. Difahamkan bagi lokasi JP 10
punca kepada bacaan hentaman yang rendah disebabkan lokasi yang berdekatan
dengan sungai dan disebabkan musim hujan, ketumpatan tanah dipengaruhi oleh
limpahan dari air sungai.
3.3. Secara purata bacaan hentaman bagi kesemua lokasi mencapai ketumpatan tanah
pada kedalam 6.6m sehingga 13.5m membuktikan laporan yang dihasilkan oleh
wakil kontraktor AEI iaitu Soil & Material Laboratory (N) Sdn. Bhd adalah tidak tepat
dan tidak sahih untuk dijadikan rujukan.
PERBADANAN STADIUM DAN KAWASAN LAPANG PULAU PINANG

3.4. Berdasarkan pelan lokasi yang di cadangkan oleh pihak masing-masing , seperti
Rajah 1.0 dan Rajah 2.0 bagi lokasi MT 7 di dalam pelan cadangan PSDKLPP dan MP
8 oleh Soil & Material (N) Sdn Bhd perbandingan relevan dapat dilakukan.

Rajah 1.0 : Pelan cadangan lokasi bagi penyiasatan tanah oleh PSDKLPP

Rajah 2.0 : Pelan yang diperuntukkan di dalam laporan


Soil & Material Laboratory (N) Sdn Bhd
PERBADANAN STADIUM DAN KAWASAN LAPANG PULAU PINANG

3.5. Rekod JKR Probe oleh Soil & Material Laboratory (N) Sdn Bhd dan HMZ Soil Test
Engineering bagi lokasi MP 8 dan JP 7 adalah seperti berikut :

Rajah 1.3 : Rekod hentaman bagi MP 8 oleh Soil & Laboratory (N) Sdn Bhd

Rajah 1.4 : Rekod hentaman bagi MP 7 oleh HMZ Soil Test Engineering
PERBADANAN STADIUM DAN KAWASAN LAPANG PULAU PINANG

3.6. Berdasarkan rekod di Rajah 1.3 dan Rajah 1.4 terdapat perbezaan ketara dimana
rekod yang dihasilkan Soil & Material Laboratory (N) Sdn Bhd sehingga kedalaman
12.0m bilangan hentaman hanyalah 110 manakala rekod yang dihasilkan oleh HMZ
Soil Test Engineering pada kedalaman 12.43m hentaman maximum sebanyak 400
bilangan telah direkod menunjukkan kondisi tanah yang padat.

4. KESIMPULAN

4.1. Merujuk kepada laporan yang dihasilkan oleh HMZ Soil Test Engineering dan
rujukan kepada Jurutera Profesional bagi kondisi tanah yang sedemikian tidak
mempunyai sebarang halangan untuk pembinaan Kompleks Hoki seperti yang
dirancang.
4.2. Namun pengiraan terperinci perlu dilakukan bagi pengesahan untuk pembinaan
Komplek Hoki yang dicadangkan berdasarkan laporan ‘borehole log’.
4.3. Dilampirkan laporan oleh kedua-dua kontraktor yang bertanggungjawab
menjalankan kajian penyiasatan tanah untuk rujukan.
PERBADANAN STADIUM DAN KAWASAN LAPANG PULAU PINANG

LAMPIRAN

You might also like