You are on page 1of 5

Tadau Kaamatan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan
upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah
amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini
biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah
diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960
lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai
pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini
ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama
kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil
Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan
segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga
menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis
arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras
(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama
seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur
dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air
tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai
yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan
"Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

[sunting] Asal usul Magavau


Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum
Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak
perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun
daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan
terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan
mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah
mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita
sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat
Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu
mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan
( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar
rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap
semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam
ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini
juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum
Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak
kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan

Lagenda Pesta Kaamatan


Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini
adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan
"Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang
kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai
Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan
agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun
Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah
yang pertama. (http://sabah.edu.my/skm015.wcdd/Kaamatan.htm)

Laman Mikro

Pesta Kaamatan Wadah Perpaduan Nasional

 Oleh Newmond Tibin

TUARAN, 4 Jun (Bernama) -- Cuaca begitu cerah pada pagi 31 Mei lepas, tarikh keramat yang amat
bermakna bagi masyarakat Kadazandusun merayakan Pesta Kaamatan atau pesat menuai mereka di
Sabah.

Seorang wanita warga emas, Mundahoi Sompong, duduk melamun di tangga rumah papannya di
Kampung Mantob, Kiulu, dekat sini sambil mendengar lagu "Tadau Kaamatan" yang berkumandang
di radio Vfm Kota Kinabalu.

Wanita yang kini menjangkau usia 83 tahun itu berada jauh dari Bangunan KDCA di Penampang
yang menjadi pentas perayaan Pesta Kaamatan tahun ini.

Sejak lebih dua dekad yang lampau, beliau tidak lagi berkesempatan untuk menyaksikan sendiri
pelbagai acara tradisi perayaan Pesta Kaamatan termasuk acara kemuncak pertandingan Unduk
Ngadau (Ratu Cantik) kerana faktor usia.
"Saya teringin sangat nak lihat acara tradisi Pesta Kaamatan (di KDCA) tapi apakan daya saya tak
larat lagi berjalan jauh dan lagi pun Pesta Kaamatan sudah selesai," katanya kepada Bernama di sini.

Wajah muramnya menunjukkan riak terkejut apabila diberitahu bahawa ada lagi sambutan Pesta
Kaamatan, kali ini lebih besar di peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu pada Ahad 7 Jun.

"Atukoi haro po di kagu karamaian tagayo" (Ada lagi Pesta Kaamatan besar-besaran kah?), tanya
Mundahoi dalam loghat Kadazandusun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan Pesta Kaamatan peringkat
kebangsaan itu, yang juga dikenali sebagai Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2009.

Majlis itu, anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan kerajaan
Sabah, akan diadakan di Padang Merdeka.

"Tidak terlintas dalam fikiran saya akan ada perayaan Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan pula.
Sejak dulu perayaan besar begini ini tidak pernah ada," kata wanita itu yang sekali sekala masih
keluar menuai padi meskipun sudah lanjut usia.

Mundahoi yang hidup sebatang kara selepas pemergian suami tercintanya sekitar 30 tahun yang
lepas berkata penduduk Sabah patut bangga dengan perkembangan ini, kerana ia satu pengiktirafan
yang tinggi.

"Puji Tuhan kerana pemimpin kita tidak ketepikan kami," kata Mundahoi yang menganut fahaman
Seventh-Day Adventist (SDA).

SABAH CONTOH KEJAYAAN SATU MALAYSIA

Sesungguhnya pesta ini meletakkan agenda perpaduan dan pembangunan sebagai keutamaan.

Tadau Kaamatan Malaysia tahun ini cukup menarik jika dikaitkan dengan konsep 1Malaysia "Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" kerana Sabah mempunyai lebih 30 suku kaum yang selama
ini hidup bersatu dan menjadi satu daripada contoh kejayaan 1Malaysia.

Di Sabah, semangat toleransi dan hormat menghormati antara penduduk pelbagai kaum begitu
terserlah dan dikagumi pelancong asing dan tempatan.

Mundahoi, yang pernah menjejaki bumi Amerika Syarikat untuk lawatan muhibbah pada awal 70-an,
tidak keseorangan menyokong penganjuran Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan ini kerana rata-
rata rakyat Sabah menyambut baik sambutan perayaan ini.

Bagi mereka, Rumah Terbuka Tadau Kaamatan ini satu manifestasi kesungguhan kerajaan
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Walaupun Pesta Kaamatan disambut dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu namun jangan
dianggap kita boros berbelanja tetapi yang lebih dipentingkan ialah matlamatnya untuk mengeratkan
hubungan kaum," kata wartawan bebas, Sunar Tumiran.

Selain memantapkan perpaduan nasional, Pesta Kaamatan ini boleh digunakan untuk mempromosi
produk pertanian dan hasil kraftangan tempatan, katanya.

"Jadi marilah kita bersatu untuk menjadikan Perayaan Pesta Kaamatan ini sebagai satu daripada
resepi dalam aduan dan ramuan konsep 1Malaysia," kata Sunar.

Warga bandar raya Kota Kinabalu Chong Ken Yin yang turut mengalu-alukan pesta itu berkata
perpaduan merupakan kunci kejayaan.

"Pesta Kaamatan yang menitik beratkan perpaduan nasional wajar disokong oleh semua pihak.
Dengan perpaduan kita dapat bersatu tenaga dan fikiran untuk melaksanakan sesuatu untuk
kebajikan bersama.

"Jelas sekali tenaga seseorang individu dengan sendirinya tidak mampu mengatasi pelrbagai tugas
hidup. Sebaliknya tenaga ramai yang disatupadukan boleh menghasilkan kejayaan yang luar biasa,"
katanya.

PESTA KAAMATAN JANA EKONOMI

Chong berkata Pesta Kaamatan ini juga mampu menjana aktiviti ekonomi sampingan termasuk
memberi peluang kepada penjaja kecil-kecilan berniaga dan merancakkan pembangunan industri
pelancongan.

"Tentu sekali ada pengunjung Pesta Kaamatan yang datang dari luar negara, Semenanjung, Sarawak
atau dari daerah lain di Sabah seperti Tawau, Sandakan dan Keningau yang menginap di hotel. Ini
baik untuk industri perhotelan," katanya.

Melihat perkembangan yang baik ini, Naib presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Cyril
Yansalang mencadangkan agar perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri dan kebangsaan diadakan
serentak tahun depan.

Mengikut sejarah, katanya, pesta itu mula disambut pada peringkat negeri pada tahun 1960 selepas
kerajaan British Borneo Utara ketika itu mewartakannya sebagai satu daripada perayaan rakyat dan
sekaligus sebagai hari cuti umum.

"Oleh kerana pesta Kaamatan ini dirayakan pada bulan Mei iaitu 30 dan 31 Mei, maka amat cantik
dan sesuai kalau pesta Kaamatan ini diadakan serentak.

"Saya percaya dengan adanya perayaan yang serentak, banyak masa, tenaga dan kewangan dapat
dijimatkan," katanya.

Selain itu, Cyril berkata ia juga memudahkan pelancong dalam dan luar negara mengatur program
lawatan mereka ke negeri ini.

"Sekiranya ia diadakan serentak, kami berharap Pelancongan Malaysia dapat membantu


mempromosi perayaan Pesta Kaamatan di luar negara dengan lebih agresif," katanya.

LEGENDA PESTA KAAMATAN DI SABAH

Pesta Kaamatan penuh dengan cerita legenda, dan menurut Presiden Persatuan Kebudayaan
Kadazandusun (KDCA) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, maksud sambutan perayaan Pesta
Kaamatan membawa pengertian yang cukup besar dan mendalam kepada masyarakat
Kadazandusun Murut.

"Masyarakat Kadazandusun Murut adalah kaum yang cukup sinonim sebagai petani yang mana
kegiatan ekonomi utama mereka adalah bercucuk tanam, selain turut menjalankan kegiatan seperti
menternak dan memburu binatang," katanya.

Tanaman utama yang menjadi makanan ruji bagi masyarakat Kadazandusun Murut ialah padi dan
jenis padi yang ditanam ialah padi huma atau lebih dikenali masyarakat setempat sebagai 'padi
bukit' dan padi yang ditanam di sawah.

Menurut legenda Huminodun yang diceritakan secara lisan turun temurun oleh nenek moyang
masayarakat ini, terjadi suatu bencana alam yang cukup hebat iaitu berlaku kemarau yang teruk
sehingga menyebabkan tiada lagi tumbuhan yang yang menjadi makanan manusia pada masa itu.

Menyedari hal ini, 'Kinoingan' kasihan melihat keturunan Kadazandusun Murut yang menderita akibat
ketiadaan makanan, katanya.
Lantas, bagi mengatasi masalah ini, Kinoingan mengambil keputusan untuk mengorbankan anak
perempuannya yang bernama Huminodun dan melalui tubuh yang dikorbankan itu tumbuh pelbagai
tumbuhan yang menjadi makanan seperti padi, jagung dan sebagainya.

Justeru, Pesta Kaamatan yang disambut selepas selesai menuai padi ini adalah tanda ucapan syukur
kepada Kinoingan dan Huminodun yang menjadi semangat padi yang dikenali sebagai
`bambarayon'.

Pairin berkata antara pengisian dalam perayaan Pesta Kaamatan ialah mengadakan upacara
'Magavau' untuk memuja semangat padi dan turut diadakan pemilihan Unduk Ngadau Kaamatan
(Ratu Cantik Kaamatan) sebagai memperingati pengorbanan dan nilai-nilai murni yang diteladani
melalui legenda Huminodun.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pemilihan
tema "1Malaysia" sempena Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan tahun ini bertepatan kerana ia
selaras dengan semangat yang ada dalam perayaan itu.

"Tadau Kaamatan bukan sekadar acara kebudayaan dan hiburan tetapi ia mempunyai mesej tersirat
lagi penting bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia dan Sabah khususnya.

"Semangat yang wujud menerusi sambutan perayaan ini wajar difahami dengan teliti kerana ia
mempunyai nilai positif yang boleh menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara
secara keseluruhannya," katanya.

Abdul Rahim berkata tanpa wujudnya integrasi kaum yang padu dan jitu, suasana kehidupan rakyat
"tidak akan aman dan sedamai yang kita kecapi hari ini".

-- BERNAMAPautan
 http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=415730

Kembali Ke Atas

 |

Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan

You might also like