You are on page 1of 7

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

ANALISIS TITIK PULANG MODAL – KAEDAH MARGIN CARUMAN DAN GRAF


Percubaan SPM 2014 – Pahang

5. Warisan Dagang bercadang mengeluarkan Sambal Pahang dan ingin memasarkan keluaran
tersebut di sekitar Bandar Kuantan, Pahang.

Maklumat berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Warisan Dagang untuk
menghasilkan 500 paket Sambal Pahang.

RM
Jumlah kos 3 000
Sewa kilang 800
Peralatan 200
Jumlah jualan 6 000
Kos tetap diandaikan malar.

Anda dikehendaki:
(a) menghitung
(i) Kos berubah seunit
(ii) Harga jualan seunit
(iii) Titik Pulang Modal (dalam unit)
(iv) Jumlah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan
RM3 000
(v) Titik Pulang Modal yang baru jika kos tetap meningkat kepada RM2 600
(b) Berdasarkan jawapan di 5(a), (i) hingga (iv), lakarkan Graf Titik Pulang Modal menggunakan
skala:
Paksi X - 1 cm = 50 unit
Paksi Y - 1 cm = RM200

Berdasarkan graf anda dikehendaki menunjukkan:


(i) Garisan kos tetap
(ii) Garisan jumlah kos
(iii) Garisan jumlah hasil
(iv) Titik pulang modal dalam unit dan RM

1
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Fahami maklumat yang diberikan di dalam soalan.

5. Warisan Dagang bercadang mengeluarkan Sambal Pahang dan ingin memasarkan keluaran
tersebut di sekitar Bandar Kuantan, Pahang.

Maklumat berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil Warisan Dagang untuk
menghasilkan 500 paket Sambal Pahang. Jumlah kos bermaksud Kos Tetap + Kos
Berubah untuk keseluruhan unit
RM pengeluaran, dalam soalan ini untuk
Ini ialah unit 500 paket.
pengeluaran / unit
Jumlah kos 3 000
jualan untuk Sewa kilang 800 Sewa kilang dan peralatan ialah Kos
soalan. Peralatan 200 Tetap
Jumlah jualan 6 000
Kos tetap diandaikan malar. Jumlah jualan bermaksud hasil jualan
untuk keseluruhan unit jualan iaitu
500 paket. Jadi pelajar boleh mengira
harga jualan seunit menggunakan
maklumat ini.

Rumus-rumus asas penting

Rumus Kos Rumus Hasil

1. Jumlah Kos = Kos Berubah + Kos Tetap 1. Jumlah Jualan = Harga seunit x unit

2. Jumlah Kos berubah = Kos berubah seunit x unit

3. Kos berubah seunit = Jumlah kos berubah 2. Harga jualan seunit = Jumlah jualan
Unit pengeluaran Unit jualan

4. *Kos berubah seunit, m = y2 – y1 3. *Harga jualan seunit, m = y2 – y1


x2 – x1 x2 – x1

Nota: Unit pengeluaran dan unit jualan adalah sama untuk soalan titik pulang modal.

Rumus Titik Pulang Modal

1. Margin caruman seunit = Harga jualan seunit – Kos berubah seunit

2. Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap .


Margin caruman seunit

3. Unit pengeluaran (untung sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran


Margin caruman seunit

4. Mengira untung / rugi* pada tahap jualan tertentu, *jawapan positif


adalah untung,
i. Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit jawapan negatif
adalah rugi
ii. Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) – Kos Tetap

2
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

JAWAPAN:

a) i) Kos berubah seunit

Langkah pertama ialah mengira jumlah kos berubah, rumusnya iaitu:

Jumlah Kos = Kos Berubah + Kos Tetap


KT = RM800 + RM200
RM3000 = KB + RM1000

KB = RM3000 – RM1000

KB = RM2000

Langkah kedua ialah mengira kos berubah seunit, rumusnya iaitu:

Kos berubah seunit = Jumlah kos berubah


Unit pengeluaran

= RM2000 / 500

= RM4

ATAU Untuk pelajar yang lebih mahir, boleh terus menggunakan rumus berikut:

Kos berubah seunit = Jumlah Kos – Kos tetap


Unit pengeluaran
= (RM3000 – RM1000) / 500

= RM4

a) ii) Harga jualan seunit

Harga jualan seunit dikira menggunakan rumus berikut:

Harga jualan seunit = Jumlah jualan


Unit jualan

= RM6000 / 500

= RM12

a) iii) Titik pulang modal (dalam unit)

Rumusnya ialah:

Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap . Margin caruman seunit


Margin caruman seunit = harga seunit – kos berubah seunit
= RM12 – RM4
= RM1000 . = RM8
RM12 – RM4
= RM1000 .
RM8
= 125 paket

3
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

a) iv) Jumlah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan RM3 000

Rumus yang perlu pelajar gunakan ialah:

Unit pengeluaran (untung sasaran) = Kos tetap + Untung Sasaran


Margin caruman seunit

= RM1000 + RM3000
RM8
= 500 paket

a) v) Titik Pulang Modal yang baru jika kos tetap meningkat kepada RM2 600
Titik pulang modal (unit) = Kos Tetap .
Margin caruman seunit Nilai Kos tetap baru. Margin
caruman seunit kekal sama.
= RM2600 .
RM8
= 325 paket

Analisis Titik Pulang Modal kedah graf.

Jika soalan meminta pelajar melukiskan graf analisis titik pulang modal dengan mengikut skala
tertentu, pelajar boleh mengaplikasikan kaedah Matematik untuk menjawab soalan ini iaitu tajuk
persamaan garis lurus. Pelajar perlu tahu bagaimana membentuk persamaan kos dan persamaan
hasil serta melakukan penggantian x untuk mencari nilai y. Pelajar sedia maklum, bentuk am
persamaan garis lurus ialah y = mx + c. Persamaan kos dan persamaan hasil dibentuk seperti berikut:

Persamaan Kos: Persamaan Hasil:

y = mx + c y = mx
Kos berubah Kos tetap Paksi y = RM kos / hasil
Harga jualan Paksi x = unit
seunit seunit

Merujuk kembali kepada soalan serta jawapan terdahulu, maklumat yang diperlukan adalah seperti
berikut:

Kos berubah seunit = RM4, Kos tetap = RM1000 Harga jualan seunit = RM12

Oleh itu;

Persamaan Kos y = 4x + 1000 Persamaan Hasil y = 12x

Lakukan penggantian nilai x yang bersesuaian. Pelajar boleh menggunakan skala paksi-x soalan
untuk menentukan nilai unit. Untuk soalan ini, skala paksi X - 1 cm = 50 unit dan kebiasaannya
pelajar akan menandakan angka pada paksi graf pada setiap 2 cm, jadi setiap 2 cm ialah 100 unit.
y = 4x + 1000 y = 12x
x 0 300 x 0 300
y 1000 2200 y 0 3600
Contoh pengiraan pada x=300 Contoh pengiraan pada x=300
y = 4(300) + 1000 y = 12(300)
y = 2200 y = 3600

4
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Plotkan kedua-dua persamaan pada kertas graf. Perhatikan kesemua label yang ditunjukkan.

RM
Kos / Hasil

4000

3600

3200

2800

2400

2000

1600 RM1500
Titik pulang modal

1200
Kos Tetap

800

400

125 paket

0 100 200 300 400 500 600 700 800 unit

Tamat jawapan soalan asal.

5
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan
LAMPIRAN
Soalan Tambahan: Pada graf yang telah dilukis, tentukan keuntungan atau kerugian pada unit jualan
250 paket.

RM
Kos / Hasil

4000

3600

3200
Hasil = RM3000

Untuk menjawab soalan ini,


2800
lukiskan garis menegak
pada unit jualan 250 unit
sehingga ia memintas
2400 garisan Jumlah Kos dan
Jumlah Hasil. Pada kedua-
dua pintasan tersebut,
Kos = RM2000 lukiskan garis melintang ke
2000
paksi-y dan baca nilai Kos
dan Hasil tersebut. Perbezaan
kedua-dua angka itu ialah
1600 RM1500 untung atau rugi.
Titik pulang modal

1200
Kos Tetap

800

400

125 paket

0 100 200 250 300 400 500 600 700 800 unit

Jawapan: Pada unit keluaran 250 unit,


Untung / Rugi = Hasil – Kos
= RM3000 – RM2000
= RM1000 (Untung)

6
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Jawapan soalan yang sama mengikut kaedah Margin Caruman

- Tentukan keuntungan atau kerugian pada unit jualan 250 paket.

Rumus yang boleh digunakan ialah

Untung / rugi = (Unit jualan - unit TPM) x margin caruman seunit


= (250 – 125) x RM8
= RM1000 (untung)*

ATAU pelajar juga boleh menggunakan rumus kedua ini;

Untung / rugi = (Unit jualan x margin caruman seunit) – Kos Tetap


= (250 x RM8) – RM1000
= RM1000 (untung)*
* Untung kerana unit jualan melebihi unit titik pulang modal.

You might also like