You are on page 1of 25

SULIT

PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR


TAHUN 2017

“MOCK TEST”
SET DUA

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

1 jam 15 minit Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 2 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Saya berharap agar __________ semua akan berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti,” kata
Guru Besar Sekolah Kebangsaan St. George (1) kepada murid-muridnya.
A kita
B kami
C kalian
D kamu

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Perahu yang menghilir sungai itu hampir-hampir tenggelam kerana __________ dengan
muatan barangan.
A ketat
B sarat
C pesat
D sendat

3 Encik Sabri membuang semua air yang bertakung di rumahnya untuk mengelakkan
pembiakan __________ demi kesihatan keluarganya.
A pepijat
B jejentik
C kekupu
D lelabah

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 011

4 Nakhoda Tanggang mengarahkan anak-anak kapalnya supaya __________ sauh untuk


meneruskan pelayaran mereka.
A membongkar
B menarik
C melabuh
D membuka

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Pengantin lelaki itu menyisipkan __________ keris pada sampingnya.


A sepucuk
B sebilah
C sehelai
D sebatang

6 Baru-baru ini, tanaman sayur-sayuran di kebun Pak Cik Hamid musnah akibat banjir.
__________, dia tidak pernah berputus asa untuk mengusahakannya semula.
A Malangnya
B Oleh sebab itu
C Di samping itu
D Namun begitu

7 “Asyik-asyik dia yang datang memohon bantuan kewangan __________ dia orang berada,”
kata Ketua Kampung Lembah Keramat.
A manakala
B namun
C kerana
D walhal

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 011

8 Suasana dalam mesyuarat pemilihan ketua kampung itu __________ apabila dua pihak
berbalah pendapat.
A lintang-pukang
B porak-peranda
C hingar-bingar
D huru-hara

9 Cikgu Abdul Rahman sedang membuat demonstrasi cara-cara menghasilkan baja kompos
di makmal Sains.
Pilih perkataan sinonim bagi demonstrasi.
A pemberitahuan
B pertunjukan
C penerangan
D pembelajaran

10 Kamu akan berjaya dalam hidup jika kamu berfikiran luas.


Pilih perkataan antonim bagi perkataan bergaris.
A hebat … tenang
B gagal … sempit
C tewas … kecil
D menang … lapang

Doktor Yusman pulang ke Malaysia setelah 15 tahun berkelana di Australia dan beliau tidak
berhajat untuk merantau lagi.

11 Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas?


A Seperti cacing kepanasan
B Seperti tikus jatuh ke beras
C Seperti ikan pulang ke lubuk
D Seperti kerbau dicucuk hidung

12 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Bersiap sedialah menghadapi ujian akhir tahun,” kata Cikgu Lisa kepada murid-muridnya.
A Cikgu Lisa berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian akhir tahun.
B Murid-murid meminta Cikgu Lisa mengadakan ujian pada akhir tahun nanti.
C Cikgu Lisa meminta murid-muridnya bersedia bagi menghadapi ujian akhir tahun.
D Murid-murid diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Lisa pada akhir tahun nanti.

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 011

13 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Siapkan kerja sekolah dan susun buku di dalam beg sebelum tidur,” kata Puan Salmah
kepada anaknya.
A Puan Salmah meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun bukunya
sebelum tidur.
B Sebelum tidur, Puan Salmah menyuruh anaknya agar menyiapkan kerja sekolah dan
menyusun buku.
C Puan Salmah menyuruh anaknya menyiapkan kerja sekolah dan menyusun buku di
dalam beg sebelum tidur.
D Sebelum tidur, Puan Salmah berpesan kepada anaknya agar menyiapkan kerja sekolah
dan menyusun buku di dalam beg.

14 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Adik mendapat tawar ke sekolah berasrama penuh.
II Hatinya tawar untuk bermain bola sepak setelah mengalami kecederaan pada lututnya.
III Gulai ayam yang dimasak oleh Kak Long Amirah tawar sedikit kerana terlebih kuah.
IV Pasaraya Zorro tawar potongan harga sempena musim perayaan.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15 A Bayaran ke pameran Sains itu bukan mahal sangat.


B Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Jepun.
C Setengah pengunjung datang ke pameran ialah murid sekolah.
D Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.

16 I Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.
II Abang membeli pisang goreng di gerai yang berdekatan dengan rumah kami.
III Sekolah sahabat pena saya yang tinggal di Sarawak itu jauh dari bandar pusat.
IV Emak menasihatkan adik supaya tidak makan terlalu banyak mempelam jeruk.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 011

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pelancaran Program Mentor Menti di Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi

Pada hari Rabu, 18 Januari 2017, Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi telah melancarkan Program
Mentor Menti. Program ini dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi, iaitu
Encik Zamani Abdul Rahman. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para guru,
ibu bapa dan murid-murid tahun enam.
Tujuan Program Mentor Menti dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap prestasi
pembelajaran murid-murid agar dapat mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid.
Selain itu, program ini diharapkan dapat merapatkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa
dengan murid-murid. Hubungan mesra yang wujud menjadikan murid-murid lebih selesa untuk
berinteraksi dengan mentor dan permasalahan dapat dikesan serta boleh diatasi.
Program ini bermula dengan perasmian dan kata-kata aluan daripada Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Intan Kasturi. Kemudian kumpulan mentor dan menti dibahagikan. Setiap mentor
membimbing lima orang menti. Sesi perkenalan antara mentor dengan menti dan melaksanakan
perbincangan tentang jadual perjumpaan yang akan dijalankan. Selesai perjumpaan pertama
program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.
Diharapkan program ini akan menjadi pemacu kepada peningkatan prestasi murid-murid
supaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017.

Dilaporkan oleh,
NurulSyahida
(NURUL SYAHIDA HAFIZI)
Setiausaha Program Mentor Menti,
Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi.

17 Pelancaran Program Mentor Menti Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi dirasmikan oleh
A Ibu bapa
B Guru Besar
C Pengerusi penaja
D Setiausaha program

18 Bagaimanakah Program Mentor Menti dijalankan di Sekolah Kebangsaan Intan Kasturi?


A Ibu bapa menjadi mentor kepada anak
B Guru menjadi mentor kepada ibu bapa
C Murid-murid menjadi mentor dan menti
D Setiap mentor membimbing lima orang menti

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 011

19 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Program Mentor Menti kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa.
B Program Mentor Menti dilancarkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
C Program Mentor Menti menyasarkan kecemerlangan dalam UPSR 2017.
D Program Mentor Menti diharap menjadi pemacu dalam bidang kokurikulum.

20 Frasa menjadi pemacu dalam petikan di atas membawa maksud


A berusaha mencegah perkara yang buruk
B bertidak untuk memesatkan sesuatu kegiatan
C berupaya untuk menghasilkan pencapaian berganda
D berhasil dalam membentuk tingkah laku yang bersopan

BAHAGIAN A TAMAT

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT

PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR


TAHUN 2017

“MOCK TEST”
SET DUA

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Bahagian B

Untuk Kegunaan Pemeriksa


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU Kod Pemeriksa:
Nombor Soalan Markah

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil (a)


kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang 21 (b)
disediakan. (c)
(a)
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang 22
(b)
disediakan dalam kertas soalan ini.
(a)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama borang 23 (b)
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada (c)
4.
akhir peperiksaan. (a)
24 (b)
(c)
(a)
(b)
25
(c)
(d)
Jumlah 30

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 2 011

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21
(a) Padankan ayat di bawah sama ada ayat tersebut betul atau salah. Satu daripadanya telah
ditunjukan sebagai contoh.

(i) Majalah Pintar itu berharga lima ringgit setengah


sahaja.

(ii) Para-para hadirin menerima cenderamata sebagai


Betul
kenangan.

(iii) Ketiga ekor anak arnab itu dihadiahkan oleh


Salah
Encik Kamal kepada anaknya.

(iv) Kamal sanggup duduk di dalam bilik sambil


membaca buku berjam-jam lamanya.
[2 markah]

(b) Tandakan (  ) bagi kata adjektif yang betul berdasarkan ayat di bawah.
(i) Angin bertiup __________ sehingga merosakkan bumbung rumah penduduk di situ.
deras ( ) kencang ( ) laju ( )

(ii) Teh yang dibancuh oleh Nina __________ kerana kurang gula.
pahit ( ) manis ( ) tawar ( )
[2 markah]

(c) Tandakan (  ) atau ( X ) bagi penggunaan perkataan yang bergaris dalam ayat.

(i) Ayah membuka buah durian itu dengan sebilah parang yang tajam. ( )

(ii) Pak Rahim menoreh getah untuk menampung perbelanjaan hidup keluarganya. ( )
[2 markah]

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 011

Soalan 22
(a) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Sampaikan pesanan saya


kepada Ramli. Minta dia lukis
potret Perdana Menteri kita Baiklah, cikgu.
pada dinding Bilik Pendidikan Akan saya
Seni sampaikan
pesanan cikgu.
Baiklah.

Cikgu Ahmad Amin Ramli Amin

_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

_________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 011

Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat yang lengkap.

Farhana : Wah, gembira sungguh nampaknya Pak Long!


Pak Long : Mestilah Pak Long gembira, Farhana. Pak Long telah berjaya mengusahakan
ladang pokok stevia.
Farhana : Pokok stevia? Stevia itu pokok apa, Pak Long?
Pak Long : Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba daripada keluarga matahari. Stevia
mempunyai batang yang lembut serta berbunga kecil yang berwarna putih.
Farhana : Bagaimanakah Pak Long berjaya dalam mengusahakan ladang pokok stevia ini?
Pak Long : Pelbagai usaha telah Pak Long lakukan untuk memastikan usaha Pak Long
mendatangkan hasil. Pak Long membaca berbagai-bagai maklumat, bertanya dan
mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih arif dalam bidang ini serta
melayari Internet untuk mencari maklumat tentang stevia. Kalau Pak Long duduk
diam sahaja, maklumat tersebut tidak datang bergolek kepaada Pak Long.
Farhana : Apakah khasiat daun stevia ini, Pak Long?
Pak Long : Banyak khasiatnya, Farhana. Selain berkhasiat sebagai pemanis, daun stevia juga
tidak berkalori dan tidak bertoksik. Jadi, daun stevia ini dapat digunakan untuk
mengawal penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.
Farhana : Oh, begitu! Memang baguslah tanaman ini.
Pak Long : Ya, stevia merupakan tanaman herba yang bagus untuk kesihatan. Banyak orang
yang tidak tahu tentang khasiatnya.

(a) Apakah ciri-ciri pokok stevia?


_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Pak Long memperoleh ilmu untuk menanam pokok stevia dari _______________________
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah pokok stevia perlu ditanam dengan lebih banyak atau
lebih meluas lagi di Malaysia?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 011

Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Beriadah merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Banyak tempat yang sesuai
untuk melakukan aktiviti ini seperti di taman, tasik, tepi pantai dan sebagainya. Aktiviti ini boleh
dilakukan bersama keluarga terutama pada hari minggu.
Antara faedah beriadah, kita dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Sebagai
contoh, menunggang basikal bersama ahli keluarga dapat melahirkan kemesraan. Selain itu, kita
boleh mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Oleh itu, masa tidak
terbuang begitu sahaja.
Keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat ini dapat mengekalkan kecergasan badan.
Aktiviti mendaki bukit dan berjoging dapat menjaga kesihatan dan menyihatkan badan.
Nilai-nilai murni seperti kerjasama dan baik hati dapat dipupuk sewaktu beriadah.
Marilah kita beriadah demi mewujudkan masyarakat yang sihat dan bahagia.

(a) Berikan dua contoh aktiviti beriadah.


_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Apakah faedah yang dapat diperoleh melalui aktiviti riadah?

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada kecederaan semasa sedang beriadah?
Jelaskan.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 011

Soalan 25
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan
ayat yang lengkap.

Hutanku
Terusik hati
Flora dan fauna
Menghiasi bumi
Sungguh indah
Alam ciptaan Tuhan

Hutanku
Banyak fungsimu
Suhu bumi engkau kawal
Pelbagai hidupan hidup sentosa
Menjadi habitat flora dan fauna
Udara segar engkau salurkan

Hutanku
Denganmu
Tanah runtuh dapat dielakkan
Sumber perubatan semakin terserlah
Ekopelancongan menjadi pilihan

Hutanku
Sebagai penjaga bumi
Tanggungjawabku penuhi seikhlas hati
Sebatang pokok aku tanam
Budaya kitar semula diamalkan
Agar engkau kekal menghijau

Wahai warga bumi


Hijaukan bumi ini
Punca rezeki untuk kami
Agar kami tidak menangis lagi
Agar kami segar di bumi
Demi generasi akan datang.

(a) Hutan berfungsi untuk ________________________________________________________


_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 011

(b) Cara warga bumi memelihara hutan adalah dengan _________________________________


_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Apakah kesan kepada alam sekitar jika hutan tidak dipelihara?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Pada pendapat kamu, bagaimanakah penerokaan hutan secara berleluasa dapat dikawal?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

011 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT
NO. KAD PENGENALAN / NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR


TAHUN 2017

“MOCK TEST”
SET DUA
012

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil


Untuk Kegunaan Pemeriksa
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang
disediakan.
Kod Pemeriksa:
2. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian No. Soalan Markah
3. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. A 10
4. Bagi Bahagian C, kamu boleh memilih sama ada
B 15
menjawab Soalan 1 atau Soalan 2.
5. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangan yang C 25
disediakan di dalam kertas peperiksaan ini. Sekiranya
ruang yang disediakan tidak cukup, sila dapatkan Jumlah
helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 50
Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan
dihantar bersama-sama kertas peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 2 012

Bahagian A
[10 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Gambar di bawah ini menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan kawasan rumah.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 012

10

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 012

Bahagian B
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 25 minit]

Gambar di bawah ini menunjukkan langkah-langkah untuk menceriakan kawasan sekolah.


Tulis ulasan tentang langkah-langkah untuk menceriakan kawasan sekolah berdasarkan gambar
dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 012

15

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 012

Bahagian C
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu bercadang untuk menganjurkan lawatan sambil belajar
ke Kuala Lumpur. Maklumat tentang lawatan itu adalah seperti berikut:

LAWATAN KE KUALA LUMPUR


TARIKH : 30 JUN 2017
MASA : Bertolak dari sekolah - 6:00 pagi
Tiba semula di sekolah -12:00 malam
PENYERTAAAN : 40 orang ahli persatuan
BAYARAN : RM100.00 (tambang dan makanan)
DESTINASI LAWATAN :
(Muzium Negara, Zoo Negara, Pusat Sains Negara, Menara KL)
Terbuka kepada semua ahli persatuan
Empat orang guru pengiring
Daftar nama anda segera kepada guru kelas masing-masing

Selaku setiausaha, kamu diminta menulis surat permohonan kepada Guru Besar sekolah kamu
bagi mengadakan lawatan tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan unit beruniform.


Tulis karangan tentang aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 012

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 8 012

25

012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 1 011 / 012

“MOCK TEST” DUA (PEMAHAMAN)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
D B B A B D D C C B
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
C C C B D A B D C B

21(a) (ii) salah (iii) salah (iv) betul

21(b) (i) kencang (ii) tawar

21(c) (i) X (ii) √

22(a) Ramli, Cikgu Ahmad meminta kamu melukis potret Perdana Menteri pada dinding Bilik
Pendidikan Seni.
22(b) sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit / sediakan payung sebelum hujan

23(a) Ciri-ciri pokok stevia adalah mempunyai batang yang lembut serta berbunga kecil
berwarna putih.
23(b) Internet
23(c) Pada pendapat saya, pokok stevia perlu ditanam secara meluas lagi di Malaysia kerana
pokok ini banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.
* (Mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima).

24(a) Dua contoh aktiviti beriadah ialah menunggang basikal dan mendaki bukit.
24(b) Faedah yang dapat diperoleh melalui aktiviti riadah dapat mengeratkan hubungan
antara ahli keluarga / mengisi masa lapang.
24(c) Pada pendapat saya, kita dapat mengelakkan diri daripada kecederaan semasa beriadah
dengan cara memakai pakaian yang sesuai.

25(a) mengawal suhu bumi

25(b) Menanam pokok / mengitar semula

25(b) Jika hutan tidak dipelihara menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banjir.
25(d) Pada pendapat saya, penerokaan hutan secara berleluasa dapat dikawal dengan cara
mengetatkan undang-undang dan menjalankan kempen atau mengenakan denda.
* (Mana-mana jawapan yang sesuai boleh diterima).

011/012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 2 011 / 012

SKEMA JAWAPAN BM PENULISAN (0120


MOCK TEST 2 - TAHUN 2017

Bahagian A
1. menanam tin-tin kosong – bagi menghalang pembiakan nyamuk aedes
2. memotong rumput – supaya kawasan persekitaran rumah nampak bersih dan ceria
3. membersihkan longkang – supaya tidak berlumut serta tidak berbau busuk
4. membuang sampah ke dalam tong sampah – bagi menjaga kebersihan
5. air bertakung pada mangkuk pasu – mesti dibuang bagi mengelakkan pembiakan nyamuk

Bahagian B
Pendahuluan:
Panduan untuk berbelanja secara bijak kepada para pengguna
Idea-idea cadangan:

Bil Idea Tersurat (Tiru) Idea Tersirat (Cipta)

1. Merancang perbelanjaan sekali Mengunjungi pusat beli-belah yang menawarkan


gus mengawal perbelanjaan harga patut

2. Menyenaraikan barangan yang Mengutamakan barangan yang perlu sahaja dibeli


hendak dibeli bagi mengelakkan pembaziran

3. Membuat perbandingan harga Dapat mengetahui akan kenaikkan harga barang


dengan pasar raya lain keperluan harian

4. Menyenarai atau merekodkan Dapat mengira dan merancang kos perbelanjaan


segala perbelanjaan bulanan keluarga

Penutup:
Perlu berbelanja dengan bijak supaya wang daripada gaji yang kita peroleh dapat diurus dengan
baik agar tidak menimbulkan hutang yang membebankan.
* CATATAN: Idea-idea tersirat yang lain boleh diterima.

011/012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 011 / 012

Bahagian C
Soalan 1
Pendahuluan:
– memaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu merancang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dinyatakan
Idea-idea Cadangan:
– menyatakan tujuan lawatan
– menyatakan masa bertolak dan pulang serta kenderaan
– bilangan penyertaaan – ahli dan guru pengiring
– menyatakan destinasi lawatan yang dirancang
– menyatakan aktiviti pembelajaran semasa lawatan
Penutup:
– harapan agar permohonan diluluskan
* CATATAN: Idea-idea lain yang berkaitan boleh diterima.
Kesalahan format surat rasmi, TOLAK (1 - 3 MARKAH)

Soalan 2
Pendahuluan:
– tarikh dan tempat perkhemahan
Idea-idea Cadangan:
– taklimat dan pembahagian kumpulan
– memasang / mendirikan khemah
– aktiviti persembahan / pertandingan memasak
– pertandingan kawad kaki / aktiviti pertolongan cemas
– aktiviti kembara / meredah hutan / mencari harta karun
– membersihkan kawasan perkhemahan
– penghargaan / penyampaian hadiah / sijil / cenderamata
Penutup:
– perkhemahan selesai / pulang, walaupun penat tetapi gembira
* CATATAN: Idea-idea lain yang berkaitan boleh diterima.

011/012 © 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT

You might also like