You are on page 1of 4

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT

Tarikh : 3 Ogos 2020

Anggota Lembaga Koperasi


Koperasi SMK Penrissen No. 1 Berhad
Batu 12 ½, Serian Road,
93250,Kuching,Sarawak.

Tuan,

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN TERHADAP AKAUN TUNAI ( KREDIT) DAN BAUCER
BAYARAN.

Bahawa kami anggota Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi SMK Penrissen No 1 Berhad mengikut
kehendak Undang-Undang Kecil Koperasi dan Peraturan -peraturan Koperasi 1995, mengemukakan
laporan kepada pihak tuan hasil dari pengauditan dalaman yang telah dijalankan pada 21 Julai 2020.

2. Laporan yang dibuat adalah berasaskan kepada hasil pengauditan terhadap hal ehwal kewangan
bagi tempoh 10 (Sepuluh) bulan mulai Julai 2019 hingga Jun 2020.

3. Semua urusniaga bayaran tunai dan bank telah diurus dan direkod dengan betul kecuali
perkara-perkara berikut. Sehubungan dengan itu penemuan kami adalah seperti berikut:

A. Dokumen tak lengkap

i. Penemuan:
No Baucer : 19/20(8)
Tarikh : 12 Julai 2019

Jumlah bayaran tunai pada baucar adalah RM287.40 tetapi resit yang dikepilkan pada
baucer berjumlah RM71.85.

Cadangan: Menyemak rekod bayaran.

ii. Penemuan:
No Baucer : 12053
Tarikh : 27/08/2019

Jumlah bayaran tunai pada baucar adalah RM753.00 tetapi resit yang dikepilkan pada baucer
berjumlah RM239.50

Cadangan : Menyemak rekod bayaran.

iii. Penemuan:
No Baucer : 68/20
Tarikh : 10/06/2020
Lampiran 1A ( Cadangan Pembahagian Honorium-2018/2019 berjumlah RM8500.00) masih
terdapat ALK yang belum tandatangan penerimaan wang honorium.

Cadangan : Meminta ALK untuk tandatangan penerimaan wang.(6 orang)

B. Kesilapan Catatan

i. Penemuan:
No Baucer :-
Tarikh : 1/07/2019

Pada catatan,baki b/d RM43.19 tetapi catatan pada Penyata Kewangan yang telah diaudit, baki
tunai adalah RM43.13

Cadangan : Merujuk pada Penyata Kewangan yang telah diaudit oleh SKM

ii. Penemuan:
No Baucer : 19/20(28)
Tarikh : 14/10/2019

Catatan pada baucer RM717.00 tetapi catatan pada dokumen sokongan berjumlah RM1152.00

Cadangan: Menyemak transaksi tersebut.

iii. Penemuan:
No Baucer : 7/20
Tarikh : 14/01/2020

Catatan pada baucar berjumlah RM178.50 tetapi catatan pada akaun berjumlah RM178.00

Cadangan : Membuat pembetulan pada catatan akaun

iv. Penemuan:
No Baucer : 15/20
Tarikh : 14/01/2020

Catatan pada baucar berjumlah RM1386.10 tetapi catatan pada akaun berjumlah RM1386.00

Cadangan: Membuat pembetulan pada catatan akaun

C. Transaksi Belian

i. Penemuan:
No Baucer : 19/20(23)
Tarikh : 30/08/2019

Bayaran kepada Corpremium Sdn Bhd menunjukkan belian medal bernilai RM324.00 dan catatan
resit rasmi syarikat Corpremium merujuk kepada SMK Penrissen No 1
Cadangan: Menyemak belian serta jualan barangan medal adakah ianya barang jualan atau merujuk
kepada wang pendahuluan ( bantu sekolah membuat bayaran dahulu)

ii. Penemuan :
No Baucer : 45/20
Tarikh : 7/02/2020

Transaksi berjumlah RM180.00 untuk cenderamata (velvet box with PVC Plate) dicatat pada
bahagian belian.

Cadangan: Menyemak semula transaksi sama ada ianya adalah belian atau sumbangan kepada
sekolah.

D. Transaksi tidak dicatat

i. Penemuan:
No Baucer : 12097
Tarikh : 7/10/2019

Bayaran kepada Modern digital Photo Studio berjumlah RM20.00 tidak dicatat pada akaun/ Buku
tunai (Bayaran/kredit)

Cadangan : Merekod transaksi ke dalam buku tunai (kredit)

ii. Penemuan:
No Baucer : 19/20(36)
Tarikh : 18/11/2019

Baucer bayaran berjumlah RM100 kepada Siti Khadijah tidak dicatat dalam akaun/ buku tunai-kredit

Cadangan : Merekod transaksi ke dalam buku tunai (kredit)

iii. Penemuan:
No Baucer :-
Tarikh : 5,19,19,20 Nov 2020

Transaksi bagi 5 item tidak direkodkan dalam baucar bayaran tetapi ada dicatat pada akaun

Cadangan : Menyemak dan merekod transaksi tersebut.

iv. Penemuan:
No Baucer :
Tarikh : 6/01/2020

Bayaran kepada Pn. Menah berjumlah RM1100.00 tidak dicatat di dalam akaun

Cadangan : Merekod transaksi ke dalam buku tunai (kredit)


v. Penemuan:
No Baucer : 19/20
Tarikh : 17/01/2020

Bayaran Dividen/bonus guru sesi pagi(pendahuluan) berjumlah RM3929.25 tidak dicatat ke dalam
akaun.

Cadangan : Merekod transaksi ke dalam buku tunai (kredit)

vi. Penemuan:
No Baucer : 19/20 & 20/20
Tarikh : 17/01/2020

Transaksi yang melibatkan bayaran kepada guru petang dan staf sokongan tidak direkodkan nilai
RM/amaun.

Cadangan : Menyemak transaksi dan merekodkan nilai ke dalam akaun

E. Wang Pendahuluan.

i. Penemuan:
No Baucer :
Tarikh : Julai hingga Jun 2020

Jumlah Wang Pendahuluan yang diberikan kepada SMK Penrissen adalah sebanyak RM27,927.70,
bayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:
a) Jun 2020 : RM16,082.31
b) Mac 2020 : RM9290.00

Ini bermakna SKM Penrissen masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak RM2555.39

Cadangan : ALK perlu memastikan penghutang perdagangan menjelaskan Wang Pendahuluan


sebelum menjadi hutang lapuk.

Diaudit oleh:

( CELESTINE MICHAEL GAWAN)


JAD (2020)

You might also like