You are on page 1of 1

011002-12-0801

ABSTRAK

KAJIAN TENTANG LANGKAH MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK MELALUI


PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MURID DARJAH ENAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN
KITOBU, INANAM, KOTA KINABALU

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti langkah meningkatkan semangat patriotik
melalui pendidikan dalam kalangan murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Kitobu,
Inanam, Kota Kinabalu. Lokasi kajian ini adalah di Kampung Kitobu, Inanam, Kota
Kinabalu. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada murid darjah enam S.K
Kitobu, Inanam, Kota Kinabalu dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik dan
seorang informan telah ditemu bual dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah
temu bual untuk mengenal pasti langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Kitobu, Inanam, Kota Kinabalu,
Sabah. Pengkaji juga menggunakan kaedah soal selidik bagi mengkaji persepsi murid
terhadap langkah yang diusahakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa langkah yang
diambil oleh pihak sekolah dapat meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid
darjah enam di Sekolah Kebangsaan Kitobu, Inanam, Kota Kinabalu. Kesimpulannya,
sekolah merupakan institusi yang sangat penting kepada negara kerana sahsiah dan
akhlak generasi muda dibentuk ketika bangku sekolah lagi.

You might also like