You are on page 1of 1

IMPLEMENTASI PENDIDIKAN KARAKTER BERASASKAN KURIKULUM JSIT DI

TKIT KABUPATEN LOMBOK TIMUR

Nana Fitriana

Program Master of Education in Early Childhood Education, UPSI Malaysia

Abstrak

Kajian ini berfokus pada masalah perbezaan di antara pelaksanaan pendidikan karakter
di TKIT pada sebelum dan selepas menerapkan Kurikulum JSIT. Penyelidikan ini dijalankan
dengan objektif yang ditetapkan seperti berikut: 1) mengenalpasti kepentingan pendidikan
katrakter berdasarkan pandangan guru TKIT Kabupaten Lombok Timur, 2) mengenal pasti
pelaksanaan pendidikan karakter kanak-kanak di TKIT sebelum dan selepas melalui kurikulum
JSIT.

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Kajian kualitatif adalah reka
bentuk kajian yang dianggap baharu. Kajian ini mengambil populasi berupa semua TKIT yang
berada di Daerah Kabupaten Lombok Timur. Bilangan populasi kajian ini ialah seramai 30 buah
TKIT, yang tersebar di dalam 20 kecamatan. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan tidak
rawak. Ini kerana kajian yang dijalankan ialah kajian kualitatif, sehingga tidak diperlukan
persampelan rawak. Penhkaji menjalankan penyeledikan di 5 buah Taman Kanak-kanak Islam
Terpadu (TKIT) di Kabupaten Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Kesemua dua
instrumen kajian, iaitu temu bual dan pemerhatian adalah merupakan teks asal yang digunakan
untuk menjawab soalan kajian ini. Data kualitatif yang dikumpul perlu ditukar sama ada
mengguna kaedah analisis atau interpretasi, berbantukan alatan berupa aplikasi Nvivo.

Kata kunci: implementasi, pendidikan karakter, kurikulum JSIT

You might also like