You are on page 1of 17

BAB 1 HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1 Sejarah sekolah

1.1.1 Latar belakang sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampong tengah mula dibuka pada Mac 1953,


hasil kombinasi dua buah sekolah kecil iaitu Sekolah Melayu Petai Bubus dan
Sekolah Melayu buluh Gading. Kedua-dua sekolah ini telah wujud sejak tahun
1948 lagi. Usaha mencantumkan kedua-dua sekolah ini yang mungkin
merupakan sekolah cantuman yang pertama di Negeri Terengganu yang
diilhamkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Atas inisiatif yang tinggi kepada pendidikan Negeri Terengganu, Allahyarham


Tuan Baru Bin Tuan Embong, Ketua Kampung Petai Bubus pada waktu itu
telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya bagi dijadikan tapak sekolah ini
yang mana pada waktu itu dipenuhi dengan semak-samun, pokok kemunting
dan tembesu yang menjadi sarang haiwan berbisa. Allahyarham Tuan Baru
dan penduduk kampung bekerjasama menjalankan gotong royong untuk
membersihkan kawasan tapak sekolah ini. Dengan berkat kerjasama semua
masyarakat setempat yang inginkan satu tempat pendidikan bagi anak-anak
penduduk kampung sekitar akhir nya impian itu menjadi kenyataan maka
terbina la sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah kebbangsaan Kampong
Tengah untuk anak-anak kampung. Uniknya nama Sekolah Kebangsaan
Kampong Tengah bukan kerana ianya di sebuah kampung atau sempena nama
sebuah kampung. Sejarah nama sekolah ini ialah sekolah ini terletak di tengah-
tengah kampung sawah Kampung Petai Bubus dan di tengah-tengah kampung
sekitarnya iaitu Kampung Buluh Gading, Kampung Banggol Donas, Kampung
Tanjung Sabtu, Kampung Paya Datu, dan Kampung Banggol Tuan Muda,
maka nama “Kampong Tengah” telah dipilih dan dipersetujui bersama. Nama
itu dicadangkan oleh guru pelawat ketika itu iaitu Allahyarham Engku Bijaya
Wangsa Che Wan Abu Bakar Chik dan diterima baik oleh semua penduduk

1
kampung sekitar. Sejak hari itu, maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Kampong
Tengah hingga ke hari ini.

Gambar 1: Pintu masuk SK Kampong Tengah, Kuala Terengganu

Jadual yang berikut menunjukkan senarai guru besar yang telah berkhidmat di
SK Kampong Tengah sejak 1953 hingga kini.

Jadual 1 : Senarai nama guru besar Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah

Bil. Nama Guru Besar Tahun Berkhidmat


1. Encik Mohd Said bin Abu Bakar 1953-1973
2. Encik Ismail bin Awang 1973-1978
3. Tuan Hj Abu Bakar bin Ibrahim 1978-1988
4. YM Syed Mohamad bin Idrus 1988-1991
5. Encik Wan Omar bin Mahmud 1991-1992
6. Encik Ismail bin Muda 1992-1995
7. Encik Mohd Nor bin Awang 1995-1999
8. Tuan Hj Ramli bin Hj Abdul Rahman 1999-2002
9. Tuan Hj Tawang bin Sulong 2002-2005
10. Tuan Hj Othman bin Sidek 2005-2008
11. Tuan Hj Mohamad bin Awang 2008-15.10.2008
12. Tuan Hj Yusof bin Mohamad 16.10.2008-16.5.2014
13. Encik Salleh@Mokhtar bin Ismail 9.11.2015-23.2.2016
14. Tuan Hj Mohd Nor bin Mamat 24.2.2016-sekarang

2
1.1.2 Visi dan misi
Visi

Kami warga SK Kampong Tengah ada hala tuju yang sama dengan Kememterian
Pendidikan Kebangsaan , visi kami ialah,
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi

Misi disediakan sebagai satu proses untuk melaksanakan visi,


“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

1.1.2 Objektif sekolah

1 Menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan peralatan pendidikan yang


. mencukupi supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.
Menyediakan satu sistem pengurusan yang cekap dan efektif berlandaskan ciri-ciri
2 kepimpinan yang dinamik, moden, progresif, penyayang dan bertonggakkan
. ketuhanan.
Melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT.
Memastikan pengurusan kewangan yang sistematik berlandaskan peraturan-
3 peraturan yang telah ditetapkan.
. Menyediakan warga sekolah yang sentiasa beriltizam dan komited untuk
4 menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti tinggi dan mengambil berat tentang
. kualiti masa.

5
.

3
1.1.3 Falsafah dan nilai

SK Kampong Tengah berpegang teguh kepada falsafah bahawa murid-murid


sekolah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, seluas-luas peluang akan diberikan kepada
murid-murid sekolah ini untuk mengembangkan potensi mereka dalam aspek-aspek
tersebut. Para pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan dan berkebolehan
ikhtisas untuk memberikan pendidikan dan latihan yang sempurna serta bermutu bagi
mencemerlangan murid-murid. Selain itu, warga sekolah yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang dapat hidup bersama di bawah satu bumbung dalam keadaan
aman dan harmoni.

1.1.4 Piagam pelanggan

Kami guru-guru SK Kampong Tengah, berkhidmat dengan penuh kejujuran,


keikhlasan, bertanggungjawab, dan berdedikasi serta prihatin terhadap semua
pelanggan kami sebagai berikut :-

SENTIASA BERUSAHA MENJAGA KEBAJIKAN,


S MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN DAN
MENYELESAIKAN PERMASALAHAN MURID DENGAN ADIL
DAN SAKSAMA SAMADA DALAMAN ATAUPUN LUARAN
KESUNGGUHAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
K PENDIDIKAN SEBAIK MUNGKIN SERTA BIMBINGAN YANG
SEWAJARNYA KEPADA MURID
KEPEKAAN DENGAN SEBARANG ARAHAN DAN
K PERATURAN DEMI KECEMERLANGAN PENTADBIRAN,
KETETAPAN,DAN KECEKAPAN MAKLUMAT TERTENTU
YANG DIPERLUKAN
TAKWA DAN TAAT DALAM MENJALANKAN TUGAS

4
T SEHARIAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP DISIPLIN,
KEBERSIHAN, KESELAMATAN DI SEKOLAH DAN
MELAHIRKAN MURID YANG BERILMU, BERAMAL,
BERAKHLAK MULIA SERTA BERKETRAMPILAN
KAMI BERSEDIA MENERIMA CADANGAN YANG MEMBINA DENGAN
FIKIRAN YANG TERBUKA DEMI MENINGKATKAN KUALITI
PERKHIDMATAN ORGANISASI KAMI

1.1.5 Lencana sekolah

Rajah 1: Lencana Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah

1.1.6 Struktur organisasi

Pengurusan tertinggi sekolah dibarisi oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada
barisan pentadbir yang mantap diketuai oleh Guru Besar yang berketrampilan.

5
6
FUNGSI TUGAS AHLI ORGANISASI 2016

Guru Besar
Lembaga Pengurus P.I.B.G

Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan HEM Penolong Kanan KK Penolong Kanan Pend Khas
Unit
Syed Husni binSyeMohammad Puan Nora bt Alias Encik Azman Puan Nor Hayati bt Deraman
Pentadbiran

Unit Kurikulum Unit HalKetua


EhwalPembantu Tadbir
Murid Seragam
Ketua Pasukan Pakaian
Bertanggungjawab
Ketua Panitia MP Lembaga Disiplin Pengawas
Tunas Puteri
Pembantu Tadbir
dalam Rendah
semua hal di
PSS
P.Islam
RMT/Susu Kelas.Pend. Khas
SU UPSR
Frog VLE PengakapPembantu Am Rendah
Pemulihan Kebersihan
TKRS /Keindahan Sekolah
Penyelaras LINUS Ketua Kelab / Persatuan
Peyelaras ProTIM Kwapm
Kelab BM 1.Kurikulum
Bilik2 Khas Kelab BI
Bimbingan
Kelab Doktordan Kaunseling
Muda
2.Hal Ehwal Murid
Ketua Sukan Dan Olahraga
Kebajikan
Bola SepakMurid3.Kokurikulum
Olahraga
Kantin
Hoki
Bola Jaring
Bola Baling

Rajah 2: Fungsi Tugas Ahli Organisasi Tahun 2016

7
1.1.8 Lokasi sekolah berserta lakaran
SK Kampong Tengah terletak di Mukim Manir Bandar Kuala Terengganu

Rajah 3: Pelan Lokasi SK Kampong Tengah

Rajah 4: Lakaran lokasi SK Kampong Tengah

8
1.1.7 Kemudahan di sekolah

Dengan keluasan kawasan 0.75 ekar , sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan
fizikal yang baik serta kondusif untuk ditawarkan kepada warga sekolah dan komuniti
sekitarnya.

Jadual 2:Kemudahan Fizikal di SK Kampong Tengah.


Bil. Kemudahan Fizikal Kuantiti
1 Dewan 1
2 Pejabat Guru Besar 1
3 Pejabat Penolong Kanan 4
4 Bilik Guru 2
6 Bilik Darjah 39
7 Pejabat Am 1
8 Bilik Komputer 1
9 Bilik Pusat Sumber/Perpustakaan 1
10 Bilik Mesyuarat 1
11 Bilik Bimbingan dan Kaunseling 1
12 Bilik Skim Pinjaman Buku Teks /Bilik BOSS 1
13 Chrome Lab 1
14 Bilik Cetak 1
15 Bilik Muzik 1
16 Koperasi SKKT 1
17 Bilik Sains 1
18 Bilik Kemahiran Hidup 1
19 Bilik Stor Sekolah 1
20 Padang 1
21 Gelanggang Bola Keranjang 1
22 Tandas 14
23 Kantin 1

1.1.8 PIBG

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam
mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan
langkah boleh diatur dalam usaha mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan
iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi

9
sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan pelbagai isu yang timbul. Badan ini juga
bertindak wadah,forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan
sekolah. Pengerusi PIBG SK Kampong Tengah di ketuai oleh seorang yang sangat
berpengaruh di Mukim Manir iaitu Ustaz Hj Mastura bin Mohammad yang sangat komited
dalam pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid. Beliau di bantu oleh NYDP En
Omar bin Adam yang mana beliau adalah seorang guru dan juga merangkap pemimpin
setempat. Gabungan dua personality ini sangat memberi impak yang besar kepada sekolah.

Jadual 3: Jawatankuasa PIBG Tahun 2016-2017


Bil. Jawatan Nama
1 Yang Dipertua Ustaz Hj Mastura bin Mohammad
2 Timbalan YDP Encik Omar bin Adam
3 Setiausaha Encik Mohd Fathi bin Ibrahim
4 Penolong Setiausaha Encik Sa’ari bin Husin
5 Bendahari Puan Zuraida bt Ahmad
6 Penolong Bendahari Puan Norlia bt Hassan
7 Wakil Guru En Suhaimi bin Ismail
Ustaz Hj Nasron bin Mohammad
Puan Norhasimah bt Yong
Puan Nor Aliza bt Chik

8 Wakil Ibu Bapa En. Zainisham bin Abdul Hamid


En. Mazlan bin Ismail
En. Rosli bin Ibrahim
Puan Suhana bt Rahmat
Puan Suzana bt Ismail
En. Rizalmi bin Salleh
En. Hasrin bin Izudin

9 Pemeriksa kira-kira Puan Sharifah Norhaza bt Syed Abd. Kadir

PIBG SKKT menjadi tunjang kepada kemajuan sekolah di samping berperanan


menyokong dan membantu membina kemajuan di sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan
Negara dapat direalisasikan. PIBG sekolah ini mengendalikan kelas-kelas tambahan untuk

10
murid-murid dan turut menyumbang kepada kecemerlangan sekolah khususnya memainkan
peranan besar terhadap meningkatkan pencapaian persekolahan.

Aktiviti dan sumbangan yang diberikan oleh PIBG setiap tahun

1. Majlis Pertukaran dan Persaraan Guru


2. Program Motivasi
3. Majlis Perayaan Hari Guru
4. Mesyuarat PIBG
5. Sumbangan penghargaan kepada pelajar cemerlang UPSR
6. Bantuan kewangan murid miskin
7. Majlis Sambutan Hari Raya dan Sambuta Bulan Kemerdekaan

11
Rajah 5 : Gambar AJK PIBG Sesi 2016

1.2 Data/Statistik

1.2.1 Enrolmen murid

SK Kampong Tengah, mempunyai enrolmen murid seramai 948 orang murid. Semua murid
belajar dalam satu sesi persekolahan. Jumlah kelas ada 36 , setiap darjah adalah 5 kelas,
kecuali Tahun 6 dan Tahun 1 ada 6 kelas. Enrolmen murid mengikut kelas, dan bilangan
kelas dalam tahun 2016 dapat dirumuskan seperti di bawah. SK Kampong Tengah juga
mempunyai 3 kelas Pra Sekolah dan Kelas Pendidikan Khas.

12
Jadual 4: Enrolmen pelajar mengikut kelas, bangsa dan jantina (data dan stastik pada
Ogos 2016)
Jumlah Jumlah Beragama
Darjah Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan Jumlah Murid
Kelas Islam

TAHUN
6 87 70 157 157
SATU

TAHUN
5 73 77 150 150
DUA

TAHUN
5 73 80 153 153
TIGA

TAHUN
5 74 82 156 156
EMPAT

TAHUN
5 66 74 140 140
LIMA

TAHUN
6 86 79 165 165
ENAM

KELAS
KHAS 4 22 5 27 27
RENDAH

Jumlah 36 481 467 948 948

1.2.2 Bilangan Staf

Sumber manusia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah organisasi.
SK Kampong Tengah merupakan sebuah sekolah yang besar, jumlah guru sebanyak 78
orang.

Jadual 6 : Statistik Guru Mengikut Kaum, Gred Dan Jantina

13
DG44 DG42 DG41 DG38 DG34 DG32
Kaum L P L P L P L P L P L P
Cina
Melayu 3 9 1 7 17 1 10 16 3 5
India
Jumlah 12 1 24 1 26 8

Jadual 7: Senarai bilangan Kaum, Opsyen Dan Gred

Gambar 6 : Guru-guru SK Kampong Tengah 2016

1.2.3 Pencapaian akademik/kokurikulum

Pencapaian akademik SK Kampong Tengah menunjukkan peningkatan yang s


konsisten..Berdasarkan Jadual di bawah dapat diperhatikan berlaku peningkatan pencapaian
dalam kelima-lima mata pelajaran UPSR dari tahun 2013 hingga 2015. Sekolah ini juga
mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum sama ada diperingkat daerah dan
negeri.

1.2.3.1 Pencapaian Akademik

Jadual 8: Rumusan Pencapaian UPSR Tahun 2013 – 2015

14
No Tahun
M/P 2013 2014 2015
1 BM(PEM) 90.38% 95.89 % 94.96 %
2 BM(PEN) 82.69 % 88.36 % 83.19 %
3 BI 62.82 % 84.25 % 89.08 %
4 M3 80.77% 89.04 % 91.60 %
5 SAINS 81.41 % 91.78 % 94.12 %
GPS 2.33 1.97 1.96

1.2.3.2 Pencapaian Kokurikulum

Pencapaian dalam bidang kokurikulum SK Kampong Tengah amat membanggakan


kerana penglibatan murid-murid yang aktif dan berjaya melakar kejayaan sama ada dari
peringkat zon dan daerah, terutama dalam acara hoki, hoki merupakan sukan elit sekolah yang
telah menang banyak hadiah sejak beberapa tahun lalu. Kejayaan yang diperolehi ini dengan
adanya program pembangunan yang berfokus, penglibatan dan komitmen guru yang tinggi,
sokongan dan dorongan daripada guru besar sendiri, serta sokongan kewangan daripada PIBG
secara berterusan.

Jadual 9: Pencapaian Kokurikulum

Bil Perkara Tahun Peringkat Pencapaian


1 Kejohanan Hoki (Bawah 2016 Zon Tempat ke 3
12 Tahun Perempuan)
MSSD KT
2 Kejohanan Bola Sepak 2016 Zon Separuh
(Bawah 12 Tahun Lelaki) Akhir
MSSD KT
3 Kejohanan Bola Jaring 2016 Daerah Separuh
(Bawah 12 Tahun Akhir
Perempuan) MSSD KT
4 Kejohanan Bola Baling 2016 Daerah Tempat ke 2
(Bawah 12 Tahun Lelaki

15
Selain kokurikulum, Ko-akademik SK Kampong Tengah juga telah menujukkan
kecemerlansg dalam pelbagai acara. Berikut adalah pengitrafan yang telah memperolehi
dalam 3 tahun yang berdekatan,

Jadual 10: Pencapaian Ko-Akademik

Bil Perkara Tahun Peringkat Nama Peserta Pencapaian


1 Pertandingan Scrabble 2016 Zon Kumpulan Naib Johan
2 Pertandingan Public 2016 Zon Siti Maswani Naib Johan
Speaking
3 Pertandingan Bercerita 2014 Daerah Alia Hanim bt Johan
Sains Dalam Bahasa Abdullah
Inggeris
4 Pertandingan Bercerita 2015 Daerah Muhammad Ketiga
Bahasa Inggeris Zuhair bin
Amran
5 Pertandingan Scrabble 2015 Daerah Siti Sarah bt Naib Johan
Bahasa Inggeris Ahmad Nukai
Musfirah bt Ali Naib Johan
6 Pertandingan Melafazkan 2014 Zon Kamalia bt Naib Johan
Pantun Bahasa Inggeris Abdul Rahman
7 Pertandingan Robotik 2014 Antara Sufian bin Ketiga
Sekolah Ahmad kamal
8 Pertandingan Bercerita 2013 Zon Badihah bt Johan
Bahasa Inggeris Abdul Ghani
9 Pertandingan Kuiz 2014 Daerah Muhammad Ketiga
Komputer Zulkaisi bin
Ahmad Adam
10 Kuiz Doktor Muda 2013 Antara Kumpulan Johan
Sekolah

1.2.4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini

Pelbagai anugerah dan penghargaan telah diterima oleh sekolah ini. Antara kejayaan yang
pernah diperolehi oleh sekolah dapat dilihat dalam jadual berikut.

16
Jadual 11 : Senarai Pengiktirafan Yang Pernah Diterima SK Kampong Tengah.

Bil Anugerah Tahun Pemberi Anugerah


1 Kehadiran Pelajar Mencapai ‘KPI’ KPM 2014 PPDKuala
Terengganu
2 Anugerah Cemerlang UPSR 2013 PPD Kuala
Peningkatan Lulus (Melebihi 10 %) Terengganu
3 Anugerah Cemerlang UPSR 2015 PPD Kuala
Sekolah 10 Terbaik Terengganu
4 Anugerah Cemerlang UPSR 2015 PPD Kuala
Peningkatan GPS Terengganu
5 Literasi Kohort 2 Pencapaian 100% 2013 PPD Kuala
Terengganu
6 Anugerah Khas Sukan (Sekolah Rendah) 2008 JPN Terengganu
7. Pencapaian Semua A melebihi 20% 2012 Negeri Trg
8. Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik 2015 JPN Terengganu
9. Sekolah Terbaik Khatam Al-Quran 2013 JAKIM
10. Peningkatan Band Sekolah (Band 2) 2015 KPM
11, Peningkatan GPS Minimun C 2015 PPD&JPNT

17

You might also like