You are on page 1of 4

NILAI MASA WANG

1. Terangkan takrifan bagi perkara-perkara berikut:

(a) Nilai masa wang ( 2 markah )


(b) Nilai masa kini ( 2 markah )
(c) Nilai masa depan ( 2 markah )
(d) Pengkompaunan ( 2 markah )
(e) Pendiskaunan ( 2 markah )
(f) Anuiti ( 2 markah )
(g) Perpetuiti ( 2 markah )

2. (a) Terangkan perhubungan/kepekaan di antara kadar faedah dan tempoh


masa kepada:

i) Nilai masa kini ( 5 markah )


ii) Nilai masa depan ( 5 markah )

(b) Jelaskan kepentingan nilai masa wang dalam bidang kewangan.


( 4 markah)

3. Datuk Zek mendepositkan sejumlah RM10 500 pada hari ini di dalam akaun
simpanannya, lakarkan garis masa dan kirakan amaun simpanan beliau yang
terkumpul jika: ( 9 markah )

a. Kadar faedah 4% , amaun terkumpul hingga awal tahun ke-5


b. Kadar faedah 4% , amaun terkumpul hingga akhir tahun ke-5
c. Kadar faedah 4.5%, amaun terkumpul pada akhir tahun ke-10
(tunjukkan jalan pengiraan menggunakan formula jadual dan algebra)

4. Berapakah yang perlu Uncle Kay simpan mulai hari ini supaya beliau dapat
mengumpul sejumlah RM 40 000 untuk majlis perkahwinannya yang bakal
diadakan pada masa depan jika: ( 9 markah )

a. Kadar faedah 3% , amaun terkumpul hingga awal tahun ke-4


b. Kadar faedah 3% , amaun terkumpul hingga akhir tahun ke-4
c. Kadar faedah 3.5%, amaun terkumpul pada awal tahun ke-5
(lakarkan garis masa dan tunjukkan jalan pengiraan menggunakan
formula jadual dan algebra)
5. Tiara Dato’ Zainol dijangkakan memerlukan sejumlah RM 12000 setiap tahun
untuk perbelanjaan pengajiannya selama 4 tahun di universiti. Berapakah
jumlah yang perlu didepositkan oleh Dato’ Zainol mulai sekarang bagi
memenuhi keperluan perbelanjaan pengajian anaknya kelak sekiranya:
(12 markah )

a. Kadar faedah 6% dan amaun yang perlu didepositkan jika perbelanjaan


diperlukan pada awal setiap tahun.

b. Kadar faedah 6% dan amaun yang perlu didepositkan jika perbelanjaan


diperlukan pada akhir setiap tahun.

c. Kadar faedah 5.5% dan amaun yang perlu didepositkan jika perbelanjaan
diperlukan pada awal setiap tahun.

d. Kadar faedah 5.5% dan amaun yang perlu didepositkan jika perbelanjaan
diperlukan pada akhir setiap tahun. (Lakarkan garis masa dan tunjukkan
jalan pengiraan menggunakan formula jadual dan algebra)

6. Mr Billion Wang memerlukan dana lima tahun dari sekarang untuk projek
gergasinya yang menelan kos sebanyak RM11.5 juta. Beliau telah
merancang untuk membuat simpanan secara berkala untuk membiayai kos
modal bagi projek tersebut. Kirakan jumlah anuiti yang beliau perlu
depositkan setiap tahun sekiranya: ( 12markah )

a. Kadar faedah 3% dan amaun didepositkan pada awal setiap tahun.


b. Kadar faedah 3% dan amaun didepositkan pada akhir setiap tahun.
c. Kadar faedah 3.5% dan amaun didepositkan pada awal setiap tahun.
d. Kadar faedah 3.5% dan amaun didepositkan pada akhir setiap tahun.
(lakarkan garis masa dan tunjukkan jalan pengiraan menggunakan
formula jadual dan algebra)

7. Makcik Sara ingin menyimpan sejumlah RM 45,000 bagi tempoh 7 tahun


untuk masa depan anaknya. Beliau sedang mempertimbangkan dua tawaran
dari dua buah bank yang mengenakan kadar faedah seperti berikut:
( 6 markah )

a. Bank Agrow : kadar faedah 8% dikompaunkan secara tahunan


b. Bank Tuslow: kadar faedah 8% dikompaunkan secara semi tahunan

8. Aleesa menjadualkan wang simpanan/perbelanjaan beliau dengan kadar


faedah 4% seperti berikut :
Tahun Amaun (RM)
0 1000
1 0
2 1300
3 0
4 1400
5 1400
6 600

(a) Lakarkan garis masa dan kirakan jumlah wang beliau yang terkumpul
di dalam akaun simpanan di: ( 10 markah )

i) Awal tahun ke-7


ii) Akhir tahun ke-7

(b) Lakarkan garis masa dan kirakan jumlah wang yang beliau perlu simpan
hari ini supaya beliau boleh keluarkan untuk perbelanjaannya seperti yang
terjadual di atas. ( 5 markah )

9. (a) Pada 1.3.2014 Aiman Tino menyimpan wang sebanyak RM300 di


dalam sebuah bank yang membayar kadar keuntungan sebanyak 4%
setahun. Pada 1.3.2017 beliau menyimpan lagi sebanyak RM500.
Lakarkan garis masa dan kira berapakah jumlah wang beliau pada
28.2.2020?
( 5 markah )

(b) Danish menyimpan sebanyak RM2,000 dalam akaun simpanannya


dengan kadar faedah 8% setahun. Berapa lamakah simpanannya akan
mencapai RM4,317.80? ( 3 markah )

(c) Pada awal tahun ini Harith menyimpan wang sebanyak RM300 di
dalam sebuah bank yang membayar kadar keuntungan sebanyak 8%
setahun. Bermula pada awal tahun ke 4 pihak bank akan menaikkan
kadar keuntungan kepada 10% setahun. Lakarkan garis masa dan kira
berapakah jumlah wang beliau pada akhir tahun ke 6? ( 5 markah )
10. Faiz Subri membuat:

(a) Pelaburan dalam saham keutamaan bernilai RM 100 000 dengan kadar
dividen 10% setahun. Kirakan hasil dividen yang beliau akan perolehi
selama-lamanya dari pelaburan tersebut?
( 3 markah )

(b) Pinjaman sejumlah RM 150,000 selama 3 tahun bagi membeli sebuah


motorsikal berkuasa tinggi dengan kadar faedah pinjaman 5% setahun.
Sediakan jadual perlunasan pinjaman tersebut. ( 10 markah )

You might also like