You are on page 1of 3

KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

Jalan Tengku Muhamad, 25050 Kuantan, Pahang


Tel: 09-5661705, Fax: 09-5660940, e-mail: smtpelindung@yahoo.com

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI


(TEKNOLOGI AUTOMOTIF)
___________________________________________________________________

BUTIRAN PROGRAM

TARIKH / HARI : 24 OKTOBER 2019 (KHAMIS)


MASA : 9.00 AM
: HUTAN LIPUR BUKIT PELINDUNG, KUANTAN PAHANG DARUL
TEMPAT MAKMUR

PENGENALAN

Bengkel Teknologi Automotif telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti bertemakan


‘Memelihara Kebersihan Alam Sekitar‘ pada 24 Oktober 2019 (Khamis) jam 9.00 pagi di
kawasan pendakian Hutan Lipur Bukit Pelindung, Kuantan Pahang Darul Makmur. Program
yang berbentuk aktiviti pembersihan di sepanjang laluan pendakian Hutan Lipur Bukit
Pelindung telah disertai oleh 43 orang pelajar (Tahun 1 dan 2 Diploma Vokasional Malaysia
Teknologi Automotif) dan 9 orang tenaga pengajar.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

1. Memberi pendedahan aktiviti luar yang berkaitan dengan memelihara kebersihan alam
sekitar kepada pelajar Tahun 1 dan 2 DVM Teknologi Automotif.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara langsung dan memberi
sumbangan secara praktikal dalam aktiviti yang berkaitan pembersihan alam sekitar.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Sebahagian pelajar dan tenaga pengajar bergambar Pelajar melaksanakan aktiviti pembersihan Hutan
di papan tanda Hutan Lipur Bukit Pelindung Lipur Bukit Pelindung

Pelajar dan tenaga pengajar dalam perjalanan Pelajar dan tenaga pengajar sedang berehat di
menuruni Bukit Pelindung puncak Bukit Pelindung

You might also like