You are on page 1of 44

B11#:#SALIRAN#

laporan tinjauan
kajian rancangan struktur
negeri selangor 2035

BIDANG B
PERANCANGAN SPATIAL
B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan

B4.0 Perindustrian

B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0 Pelancongan

B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0 Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi Dan Jalur Lebar

B11.0 SALIRAN DAN PERPARITAN

B12.0 Sistem Pembentungan

B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid

B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

B15.0 Pemeliharaan Warisan


LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

B11.0 SALIRAN DAN PERPARITAN

Kajian sektor saliran dan perparitan meliputi tiga aspek utama iaitu pengurusan
lembangan sungai-sungai utama Negeri Selangor, kajian fenomena banjir dan
keupayaan saliran semasa bagi kedua-dua kawasan lembangan sungai utama dan
perbandaran utama.Kajian ini juga mengenalpasti isu-isu berkaitan dan
mengemukakan cadangan-cadangan am bagi mengatasinya.

B11.1 Penemuan Semasa

Terdapat (tujuh 7) lembangan utama dalam Negeri Selangor, iaitu Lembangan Sungai
Bernam, Lembangan Sungai Tengi, Lembangan Sungai Selangor, Lembangan Sungai
Buloh, Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langatdan Lembangan Sungai
Sepang/Sepang Kecil(Rajah B11.1). Setiap lembangan tersebut mempunyai latar
belakang dan ciri-ciri fizikal tertentu termasuk keupayaan pembekalan air mentah bagi
setiap lembangan serta kegunaan sumber air tersebut untuk aktiviti pertanian.

B11.1.1 Lembangan-Lembangan Sungai Utama Negeri Selangor

i. Lembangan Sungai Bernam

a) Kedudukan Geografi
Sungai Bernam merupakan sungai yang menjadi sempadan antara Negeri
Selangor dan Negeri Perak.Ianya mengalir bermula dari Bukit Liang Timur
yang menjadi sebahagian dari Banjaran Titiwangsa, di bahagian
timurlembangan dan mengalir kebahagian barat lembangan ke Selat
Melaka, di mana terletaknya pekan Sabak Bernam.Bahagian timur
lembangan ini merupakan kawasan pertanian yang sesuai untuk
penanaman getah dan kelapa sawit, manakala di bahagian barat
(hilir/menghampiri laut), merupakan kawasan berpaya dan rendah yang
sebahagian besarnya telah di tukarkan kepada kawasan penanaman padi
dengan perlaksanaan projek IADA Barat Laut Selangor.

(b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 200 km
Lebar (Purata) : 50 meter
Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 3,335km persegi
Kuantiti aliran (Q) = 2,100 JLH

B11-1
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

Sungai Bernam
Sumber :www.selangorku.com

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Fenomena banjirbukanlah merupakan isu utama bagi Lembangan Sungai


Bernam.Walaubagaimanapun terdapat beberapa lokasi di dalam lembangan ini
yang sering dilanda banjir, sebagaimana berikut:
BahagiantengahSungaiBernam yang rendah, iaitu Kg. Sungai Panjang,
Ladang PKPS, LadangGagasandankawasansekitarnya.
Bahagian hulu Sungai Bernam yang rendah seperti Kg.Paya
Lebar,Kg.Sg.Nilam,Kg.SungaiSelisik,Kg.Lalang,Kg.Sri Keledang dan
kawasan berdekatan.Bahagian menghampiri muara Sungai Bernam
seperti Kampung Sg. Air Tawar, pekan Sabak Bernam di sebabkan oleh
fenomena pasang surut air Laut Selat Melaka menghalang pengaliran
air Sungai Bernam.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Lembangan Sungai Bernam mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan


sumber bekalan air mentah masa hadapan bagi Negeri
Selangor.Walaubagaimanapun, terdapat aktiviti pengorekan dan pengambilan
pasir di Sungai Bernam telah menyebabkan pencemaran dan menjejaskan
kualiti sumber air mentah.Aktiviti ini perludikawal dan diberi
perhatian/pengawasan yang sewajarnyaoleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah
terutama di sebelah Negeri Perak.

Terdapat tiga (3) LojiRawatan Air (LRA) bersih di dalamLembangan Sungai


Bernam, iaitu LRA Bernam River Head Works, LRA Sungai Selisek dan LRA
Kalumpang. Perincian jumlah kapasiti dan muka sauk boleh didapati di dalam
laporan sistem bekalan air (BabB10.1).

B11-3
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

e) Rizab dan Koridor

Sungai Bernam mempunyai kelebaran laluan air antara tebing melebihi 40


meter, justeru rizab sungai adalah 50 meter dari kedua-dua belah tebing
sungai.Di kawasan-kawasan rendah yang terdedah kepada banjir di bahagian
tengah dan hulu Sungai Bernam dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai
dengan jarak 75 meter bagi setiap tebing sebagai tambahan kepada rizab sungai
untuk dijadikan flood plainarea.

f) Saliran Pertanian

Sungai Bernam membekalkan juga air saliran pertanian untuk kawasan


penanaman padi sekitar Sekinchan dan Sungai Besar, yang menjadi sebahagian
dari Barat Laut Selangor.Terdapat sebuah rumah pam di Bagan Terap yang
berfungsi mengepam dan membekalkan air saliran pertanian bagi kawasan
penanaman padi tersebut melalui sebuah terusan yang dinamakan Terusan
Sungai Sireh.

Terusan Sungai Sireh


Sumbetr :http://sgsireh.com.my/images/IMG_3532.jpg

ii. Lembangan Sungai Tengi

a) Kedudukan Geografi

Sebahagian besar dari kawasan tadahannya adalah berada di Daerah Kuala


Selangor, tetapi kawasan tadahan lembangan ini juga menjangkau ke daerah-
daerah berhampiran iaitu SabakBernam dan Hulu Selangor.Muara lembangan
sungai ini adalah Bandar TanjongKarang, manakala bahagian hulu lembangan
ini adalah Hutan Simpan Paya Gambut di Kuala Selangor yang terdiri dari Hutan
Simpan Paya Gambut Raja Musa dan Hutan Simpan Paya Gambut Sungai Karang.

B11-4
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 21 km
Lebar (Purata) : 50 meter
Keluasankawasantadahankeseluruhan : 528 km persegi

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Secara umumnya fenomena banjir di lembangan Sungai Tengi tidak begitu


kritikal di sebabkan terdapat hutan simpan paya bakau yang mampu menakung
air lebihan dari bahagian hulu lembangan ketika berlakunya hujan
lebat.Keupayaan menakung air ini bagi Hutan Simpan Paya Gambut di Kuala
Selangor dapat melindungi kawasan hilir/muara sungai daripada banjir yang
terdiri dari penempatan utama sepanjang Sungai Tengi. Walaupun begitu
terdapat juga banjir yang sering berlaku di kawasan Kampung Sg. Sireh di
sebabkan limpahan air terusan utama Sungai Sireh.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Hutan Simpan Paya Gambut di Kuala Selangor yang terdiri dari Hutan Simpan
Paya Gambut Raja Musa dan Hutan Simpan Paya Gambut Sungai Karang adalah
bahagian hulu Lembangan Sungai Tengi, justeru penjagaan dan pengekalan
hutan paya gambut ini amat penting untuk sumber air kawasan pengairan IADA
Barat Laut Selangor.

Keadaan semasa menunjukkan terdapat tiga (3) Loji Rawatan Air (LRA) bersih
di dalam Lembangan Sungai Tengi, iaitu LRA Sungai Tengi, LRA Sungai Dusun
dan LRA Sungai Sireh.

Hutan Simpan Paya Gambut Sungai Karang


Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0110&pub=kosmo&sec=rencana_utama&pg=ru_03.htm

B11-5
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

e) Rizab dan Koridor

Sungai Tengi termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai


dari tebing ke tebing melebihi 40 meter, justeru rizab sungai adalah 50 meter
dari kedua-dua tebing sungai.

f) SaliranPertanian

Sungai Tengi juga merupakan sebahagian dari sistem saliran pertanian projek
IADA Barat Laut Selangor. Sebuah struktur pintu air yang berfungsi sebagai ibu
bekalan air saliran pertanian telah dibina di Sungai Tengi yang menyalurkan
bekalan ke Terusan Sungai Sireh dan seterusnya ke kawasan-kawasan
penanaman padi sekitar Tanjong Karang.

iii. Lembangan Sungai Selangor

a) Kedudukan Geografi

Sungai Selangor yang panjangnya 110 km bermula di pergunungan Banjaran


Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang (berhampiran pusat
peranginan Fraser Hill) mengalir melalui Pekan Kuala Kubu Baru dan Rasa di
Daerah Hulu Selangor, seterusnya ke Batang Berjuntai dan Bandar Kuala
Selangor di Daerah Kuala Selangor sebelum memasuki muara di Selat Melaka.

b) Ciri-ciri Fizikal :
Panjangkeseluruhan : 110 km
Lebar (Purata) : 50 meter
Keluasankawasantadahankeseluruhan : 2,200 km persegi

Sungai Selangor
Sumber :news.abnxcess.com

B11-6
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Petunjuk :
Kawasan Banjir

Kawasan Banjir Lembangan Sungai Selangor

d) Sumber Air Dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Lembangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% daripada sumber air bersih


bagi kegunaan domestik dan industri bagi Negeri Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terdapat dua (2) empangan di
Lembangan Sungai Selangor, iaitu Empangan Sungai Tinggi dan Empangan
Sungai Selangor.

Pada tahun 2008, purata pengabstrakan air bulanan dari Lembangan sungai ini
untuk bekalan air adalah sebanyak 2,609 Juta Liter SeHari (JLH).Kadar
pengabstrakan air telah meningkat pada purata 2% setiap tahun. Oleh itu Sungai
Selangor tidak berupaya untuk menampung kadar pengabstrakan air tersebut
semasa musim kemarau jika tanpa pelepasan air dari empangan Sungai Selangor
dan Empangan Sungai Tinggi.

Buat masa ini terdapat sembilan (9) Loji Rawatan Air (LRA) yang beroperasi di
dalam Lembangan Sungai Selangor, iaitu LRA Sungai Selangor Plant 1(SSP1),
LRA Sungai Selangor Plant 2(SSP2), LRA Sungai Selangor Plant 3(SSP3), LRA
Rantau Panjang, LRA Sungai Buaya, LRA Sungai Rangkap, LRA Batang Kali, LRA
Rasa dan LRA Kuala Kubu Bharu.

B11-7
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

e) Rizab dan Koridor

Sungai Selangor termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai


dari tebing ke tebing melebihi 40 meter, justeru rizab sungai adalah 50 meter
dari kedua-dua tebingsungai.

Di kawasan-kawasan rendah yang terdedah kepada banjir di bahagian tengah


dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai
dengan jarak 75 meter bagi setiap tebing sebagai tambahan kepada rizab sungai
untuk dijadikan ‘flood plain area’.

iv. Lembangan Sungai Buloh

a) Kedudukan Geografi
Lembangan Sungai Buloh terletak di bahagian selatan Lembangan Sungai
Selangor adalah lembangan sungai yang paling kecil di antara ke tujuh-tujuh
lembangan-lembangan sungai yang terdapat di dalam Negeri Selangor.

Sungai Buloh
Sumber :http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.81635.1346720437!
/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

b) Ciri-ciri Fizikal :
Panjang keseluruhan :11.6 km
Lebar (Purata) : 10 meter
Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 524 km persegi

B11-8
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Dengan kedudukan lembangan sungai ini di pinggir dan berhampiran Bandaraya


Kuala Lumpur serta penempatan yang padat dan aktiviti ekonomi maka ianya
mempunyai skala tahap pembangunan yang maksima dan tinggi. Kepesatan
pembangunan membawa perubahan seperti kadar larian air permukaan yang
tinggi dan masa penumpuan yang pendek.

Dengan kawasan tepubina yang tinggi maka jumlah air larian permukaan yang
sampai ke sungai juga adalah dengan kuantiti yang banyak, maka terjadilah
banjir dengan limpahan air sungai menenggelami kawasan sepanjang Sungai
Buloh, walaupun tempoh hujan yang pendek dan intensi yang sederhana.
Fenomena ini jelas berlaku di kawasan-kawasan yang kurang prasarana
perparitan menghubungkan lokasi berkenaan ke Sungai Buloh seperti Kampung
Melayu Sungai Buloh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak,
Kampung Baru Sungai Buloh dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Tiada aktiviti abstraksi air permukaan dan tiada terdapat loji rawatan air yang
terdapat di dalam lembangan sungai ini, justeru itu buat masa ini tiada
penggantungan sumber bekalan air mentah untuk Negeri Selangor dari
Lembangan Sungai Buloh.

e) Rizab dan Koridor

Sungai Buloh termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai


dari tebing ke antara 10-20 meter, justeru rizab sungai ini adalah 20 meter dari
kedua-dua tebing sungai.

v. Lembangan Sungai Klang

a) Kedudukan Geografi

Lembangan Sungai Klang terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung


Malaysia bermula dari Banjaran Titiwangsa, di bahagian hulu Daerah Gombak
dengan aras tertinggi mencecah 1,330 meter dari aras laut dan mengalir terus
ke Selat Melaka melalui Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Sebahagian besar lembangan Sungai Klang adalah kawasan yang
paling pesat membangun dan paling padat penduduk di Malaysia di mana

B11-9
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

terletaknya Lembah Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.Pertemuan antara


Sungai Klang dan Sungai Gombak (salah satu cabang Sungai Klang) adalah lokasi
pertemuan yang membentuk Bandaraya Kuala Lumpur.

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 120 km
(W.P Kuala Lumpur : 40 km dan Selangor : 80 km)
Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 1,288 km persegi

c) Guna Tanah, Keupayaan Saliran dan FenomenaBanjir

Lembangan Sungai Klang merupakan satu kawasan bandar yang membangun


dengan pesat.Kawasan-kawasan tidak telap air di bandar termasuklah litupan
bangunan, jalan raya, tempat meletak kereta dan sebagainya yang terdapat di
lembangan ini.Ini berbeza dengan kawasan luar bandar yang mempunyai
permukaan telap air yang besar.

Guna tanah di lembangan sungai ini meliputi bangunan-bangunan


perniagaan/komersial, skim/taman perumahan, bank, pusat membeli-belah,
landasan dan stesen Transit Aliran Ringan dan tempat letak kenderaan yang
berturap.Ini menjelaskan bahawa perubahan guna tanah di kawasan ini banyak
dipengaruhi oleh aktiviti manusia dan bukannya oleh faktor-faktor semulajadi.
Dengan perubahan guna tanah ini, air larian permukaan akan bertambah
sementara masa aliran di atas permukaan berkurangan serta mengakibatkan
peningkatan kadaralir puncak.

Justeru, proses perbandaran mampu meningkatkan isipadu air larian


permukaan dan aliran puncak dan keadaan ini menimbulkan masalah kepada
sistem saliran yang terdapat di dalam lembangan ini.

Tulang belakang kepada aktiviti-aktiviti pembangunan adalah tebus tanah.


Tebus tanah akan menghasilkan kadar hakisan terhadap tanah dan hakisan ini
akan mengakibatkan mendapan. Proses perbandaran mempunyai pertambahan
pemendapan sebanyak 100 hingga 250 kali berbanding kawasan luar bandar.
Tahap pencemaran yang berlaku turut bertambah akibat daripada pembuangan
sisa perindustrian, perumahan dan sebagainya. Akibatnya kecekapan hidraulik
bagi sungai utama dan anak-anak sungai yang terdapat di dalam lembangan ini
akan berkurangan dengan adanya mendapan berlaku pada dasar sistem saliran.
Mendapan ini akanmengecilkan saiz sebenar dan aliran dalam saliran
tersebut.Masalah ini menjadi lebih serius jika terdapat hakisan dan runtuhan

B11-10
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

tebing berlarutan.Maka, fenomena-fenomena ini menyumbang ke arah kejadian


banjir yang sering berlaku di Lembangan Sungai Klang ini.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Terdapat dua (2) takungan di dalam Lembangan Sungai Klang iaitu Empangan
Batu dan Empangan Klang Gates, sembilan (9) Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA
Bukit Nanas (Kuala Lumpur), LRA Wangsa Maju (Kuala Lumpur), LRA Ampang
Intake, LRA Sungai Batu, LRA Gombak, LRA Sungai Rumput,LRA North
Hummock, LRA Kepong, Kepong (Kuala Lumpur) dan LRA Sungai Keroh (Kuala
Lumpur).

e) Rizab dan Koridor

Sungai Klang termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai


dari tebing ke tebing antara 30-40 meter, justeru rizab sungai ini adalah 40
meter dari kedua-dua tebing sungai. Sungai Klang telah diwartakan di bawah
Sub perenggan 13(1)(ii)(a), KTN 1965 pada Jun 2009 (No. warta 2004).

Sungai Klang
Sumber :malaysiaaktif.my

vi. Lembangan Sungai Langat

a) Kedudukan Geografi

Lembangan Sungai Langat yang alirannya berpunca dari Gunung Nuang,


Banjaran Titiwangsa terletak di bahagian selatan Negeri Selangor dan
merupakan lembangan kedua (ke-2) terbesar di Negeri Selangor. Ia terletak di
selatan Bandaraya Kuala Lmpur dan mengalir merentasi tiga (3) buah negeri

B11-11
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

iaitu Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan


sebelum sampai ke penghujungnya atau muaranya di Selat Melaka berhampiran
Bandar Banting, Kuala Langat.

b) Ciri-ciri Fizikal :
Panjangkeseluruhan : 200 km
Lebar (Purata) : 20-52 meter
Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 2,423 km persegi

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan Fenomena Banjir

Lembangan Sungai Langat merupakan salah satu kawasan pertumbuhan


ekonomi yang pesat dan pembangunan fizikal yang rancak. Justeru, lembangan
sungai ini menyaksikan proses pembangunan yang berterusan berlaku,
terutama pembangunan-pembangunan mega seperti KLIA, Putrajaya, Cyberjaya,
Litar F1 dan pembukaan kawasan-kawasan baru bagi memenuhi keperluan
perumahan, perniagaan dan perindustrian.

Sebagaimana yang terjadi kepada kedua-dua lembangan Sungai Buloh dan


lembangan Sungai Klang yang mana guna tanah telah berubah dengan begitu
ketara sekali, situasi yang sama juga berlaku di lembangan Sungai Langat ini
yang mana kawasan tepu bina pembangunan meningkat menyebabkan
peningkatan kuantiti air larian permukaan dan penurunan keupayaan saliran
sungai-sungai yang berada di dalam lembangan ini. Ini adalah faktor-faktor yang
menyumbang ke arah kekerapan berlakunya kejadian banjir di dalam
Lembangan Sungai Langat.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Lembangan Sungai Langat merupakan salah satu lembangan sungai yang


menjadi sumber air mentah utama Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya.Prasarana sistem bekalan air yang terdapat di dalam Lembangan ini
adalah seperti berikut terdapatnya dua (2) buah Empangan iaitu Empangan
Sungai Langat dan Empangan Sungai Semenyih. Terdapat sepuluh (10) Loji
Rawatan Air (LRA) dalam Lembangan Sungai Langat iaitu LRA Salak Tinggi, LRA
Bukit Tampo, LRA Sungai Semenyih, LRA Batu 11 (Cheras), LRA Sungai Langat,
LRA Sungai Serai, LRA Sungai Pangsoon, LRA Sungai Lolo, LRA Sungai Lolo
(Baru) dan LRA Sungai Labu.

B11-12
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

Pada tahun 2011, purata pengabstrakan air bulanan dari lembangan sungai ini
untuk bekalan air adalah sebanyak 1,138 Juta Liter SeHari (JLH).Kadar
pengabstrakan air telah meningkat pada purata 2% setiap tahun.Jumlah ini
adalah separuh dari jumlah air yang diabstrak dari Lembangan Sungai Selangor.

Sungai Langat
Sumber :www.abhamz.com

e) Rizab dan Koridor

Sungai Langat termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai


dari tebing ke antara 20-52 meter, justeru rizab sungai ini adalah 50 meter dari
kedua-dua tebing sungai.

f) SaliranPertanian

Lembangan Sungai Langat tidak membekalkan air untuk kegunaan sistem


pengairan pertanian pada skala yang besar.

vii. Lembangan Sungai Sepang/Sepang Kecil

a) Kedudukan Geografi

Untuk memudahkan kajian kedua-dua sungai ini disatukan dalam satu


lembangan yang dipanggil Lembangan Sungai Sepang/Sepang Kecil.Lembangan
Sungai Sepang /Sepang Kecil adalah lembangan yang terkecil di dalam Negeri
Selangor.Sungai Sepang merupakan sungai yang menjadi persempadanan antara
Negeri Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak di kedudukan paling selatan
di Negeri Selangor.

B11-13
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 18 km (Sungai Sepang) dan 12 km (Sungai Sepang Kecil)


Lebar (Purata) : 20 meter
Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 135 km persegi

c) Guna tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir


Sungai Sepang Kecil yang terdapat di dalam Lembangan Sungai Sepang
merupakan sungai yang amat penting bagi sistem saliran kawasan KLIA kerana
sebahagian besar kawasan tadahan KLIA (selatan) terletak pada lembangan
sungai ini, justeru sungai ini berfungsi sebagai ‘discharge’ atau outlet bagi
kawasan tadahan KLIA tersebut. Sungai ini mengalir ke arah selatan KLIA
melalui perkampungan tradisional seperti Kg. Ulu Chucoh dan Kg. Ulu Teris dan
terus mengalir ke muara di Selat Melaka yang terletak di Bagan Lalang.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Tiada aktiviti abstraksi air permukaan dan tiada terdapat loji rawatan air yang
terdapat di dalam lembangan sungai ini, justeru itu buat masa ini tiada
penggantungan sumber bekalan air mentah untuk Negeri Selangor dari
Lembangan Sungai Sepang.

e) Rizab dan Koridor


Sungai Sepang/Sepang Kecil termasuk di dalam kategori yang mempunyai
kelebaran sungai dari tebing ke antara 20-40 meter, justeru rizab sungai ini
adalah 40 meter dari kedua-dua tebing sungai.

B11.1.2 Profil Banjir Negeri Selangor

Mengikut Laporan Kajian Bagi Menentukan Keutamaan Kawasan Banjir Di Negeri


Selangor yang dilakukan pada tahun 2011 sehingga Mei 2012, terdapat sejumlah 117
lokasi banjir di Negeri Selangor. Kajian tersebut melalui 3 agensi utama iaitu Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Bilangan lokasi banjir mengikut daerah adalah berdasarkanJadual
B11.1 dan senarai keutamaan lokasi banjir bagi Negeri Selangor berdasarkan jadual
B11.2.

B11-14
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

Jadual B11.1: Bilangan Lokasi Banjir Mengikut Daerah


Daerah Bilangan Lokasi Banjir
Data JPS Data Tambahan Dari Pejabat
Daerah
Sabak Bernam 3 Tiada Tambahan
Kuala Selangor 4 Tiada Tambahan
Hulu Selangor 4 14
Gombak 4 5
Hulu Langat 15 3
Petaling 10 5
Klang 6 Tiada Tambahan
Kuala Langat 14 1
Sepang 13 16
Jumlah 73 44
Jumlah Besar 117
Sumber:Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (Mei 2012)
Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor (Mei 2012)

Jadual B11.2: Keutamaan Lokasi Banjir di Negeri Selangor


Keutamaan Daerah Nama Lokasi
Banjir
1. Klang Kg. Delek, Kg. Sg. Udang dan Taman Chi
Leong
2. Hulu Langat Taman Sri Nanding
3. Klang Taman Klang Utama, Rantau Panjang,
Sementa dan Kg. Tok Muda
4. Klang Kg. Jawa, Taman Sri Sentosa, Taman Bukit
Kemuning dan Taman Bandar Puteri
5. Sabak Bernam Kawasan Sg. Panjang (Ladang PKPS dan
Ladang Gagasan)
6. Sabak Bernam Kaw. Sawah Parit 6-8
7. Hulu Selangor Kg. Batu 30 Hulu Yam Lama
8. Gombak Kg. Batu 8 - Batu 10 Gombak Utara
9. Hulu Langat Sg. Putih, Sg. Serai dan Sg. Betong
10. Sepang Kg. Salak Tinggi
11. Sepang Estet Teluk Merbau
12. Sepang Rancangan Tanah Belia (RTB) Labu Lanjut
13. Sepang Revolusi Hijau
14. Petaling Persiaran Jubli Perak, Kg. Kebun Bunga dan
Laluan Motorsikal Lebuhraya Persekutuan
15. Hulu Langat Kg. Dusun Tua Sebarang, Batu 16, Dusun Tua
16. Petaling Kondo One Avenue, USJ 1, Persiaran Subang
Mewah
20. Hulu Selangor Kg. Sg. Masin, Kg. Sentosa, Kg. Rantau
Panjang, Kg. Rawang Putar, Kg. Sekolah & Kg.
Genting Malik
21. Sabak Bernam Kg. Sekendi
22. Hulu Selangor Kg. Sg. Kamin

B11-15
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

bersambung…
Keutamaan Daerah Nama Lokasi
Banjir
23. Petaling Kg. Budiman
24. Gombak Kg. Kuala Ampang
25. Petaling Kg. Seri Aman
26. Petaling Kg. Padang Jawa
27. Sepang Taman Baiduri
28. Klang Jalan Sg. Rasa (Kaw. Stesen Minyak)
29. Sepang Kg. Seri Tanjung
30. Hulu Langat Kg. Batu 10 Jalan Cheras
31. Sepang Kg. Pulau Meranti
32. Hulu Langat Pekan Kajang, Kg. Sg. Kantan & Kg. Jalan Kelapa
33. Hulu Langat Sg. Michu
34. Hulu Langat Kg. Melayu Ampang
35. Hulu Langat Kg. Bangi Lama
36. Gombak Kg. Melayu Sg. Buloh
37. Sepang Kg. Hulu Teris, Kg. Ulu Chucoh & Agrotek Sepang
38. Sepang Kg. Ampar Tenang
39. Hulu Kg. Gurney Hulu Yam Baru
Selangor
40. Hulu Kg. Lalang Hulu Bernam
Selangor
41. Kuala Langat Kg. Jaya Sepakat
42. Hulu Langat Sg. Gahal
43. Hulu Kg. Soeharto 1 & 2, Hulu Bernam
Selangor
44. Kuala Langat Kg. Batu 10, Kebun Baru
45. Sepang Kg. Sg. Merab
46. Sepang Kg. Ginching Hilir
47. Hulu Langat Sg. Semungkis
48. Sepang Kg. Jenderam Hulu
49. Hulu Kaw. Perindustrian Mat Taib
Selangor
50. Hulu Langat Kg. Liu
51. Sepang SRJK Tamil Taman Perumahan
52. Sepang Kg. Cemperai
53 Hulu Langat Batu 20, Kg. Sg. Lui
54. Petaling Kg. Baru Hicom
55. Sepang Taman Permata
56. Klang Bukit Kapar, Meru
57. Petaling Kg. Kubu Gajah, Kg. Merbau Sempak & Kg. Paya
Jaras Hilir
58. Petaling Kg. Bt. 13 Puchong

B11-16
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

bersambung…
Keutamaan Daerah Nama Lokasi
Banjir
59. Petaling Kg. Kenangan, Puchong
60. Kuala Selangor Kg. Parit Mahang, Kg. Bukit Cerakah, Kg. Bukit
Hijau, Kg. Sentosa, Kg. Bukit Kuching & Kg. Bukit
Kerayong
61. Hulu Selangor Sg. Koskan Tambahan
62. Sepang Pusat Penetasan Ayamas Integrated
63. Sepang Kg. Lembah Paya
64. Hulu Langat Kg. Sg. Jernih
65. Hulu Langat Taman Selamat, Taman Saujana& Taman Jenaris
66. Sepang Kg. Semarang
67. Hulu Langat Kg. Pandan Dalam
68. Gombak Jalan J1 Fasa 6, Taman Melawati
69. Gombak Kg. Fajar
70. Kuala Selangor Kg. Ampangan, Kg. Sg. Sireh& Kg. Sawah Sempadan
71. Hulu Selangor Kg. Seri Keledang
72. Hulu Langat Kg. Padang
73. Sepang Taman Sri Siantan
74. Petaling Kg. Bukit Lanchong
75. Sepang Taman Desa Indah
76. Petaling Kg. Bukit Cherakah
77. Gombak Batu 8 Hulu Kelang
78. Sepang Taman Desa Jenderam
79. Sepang SRJK Tamil (Mukim Sepang)
80. Petaling Pintu Masuk Belakang UiTM Shah Alam
81. Sepang Kg. Dato Abu Bakar Baginda
82. Sepang Kg. Pengkalan Manggis
83. Hulu Selangor Kg. Sg. Buaya
84. Petaling Bandar Baru Sg. Buloh Jalan 2/2
85. Sepang Pasar Pekan Salak
86. Kuala Langat Kg. Sg. Judah & Kg. Melayu Pulau Carey
87. Hulu Langat Jalan Kolam Air
88. Hulu Selangor Kg. Jawa Kerling
89. Hulu Selangor Kg. Gedangsa
90. Gombak Jalan Rawang ke Kundang
91. Gombak Pekan Baru Kundang
92. Gombak Kg. Bunga Raya
93. Kuala Selangor Kg. Permatang, Kg. Bukit Belimbing, Kg. Raja Musa,
Kg. Makmur, Ladang Raja Musa & Kg. Sri Makmur
94. Klang Taman Sri Muda & Taman Bukit Rimau
95. Kuala Langat Jalan Sukun Kanchong Darat
96. Kuala Langat Kg. RTB Bukit Changang
97. Sepang Kg. Bukit Bangkong
98. Hulu Selangor Taman Damai KKB

B11-17
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

bersambung…
Keutamaan Daerah Nama Lokasi
Banjir
99. Kuala Langat Kg. Kelanang, Jalan Raba
100. Kuala Langat Kg. Olak Lempit
101. Kuala Langat Kg. Sg. Nangka
102. Petaling Taman Mesra
103. Petaling Persiaran Kewajipan (Berhampiran Bangunan
Mesiniaga)
104. Kuala Langat Kg. Orang Asli Paya Rumput
105. Kuala Langat Kg. Kundang
106. Hulu Selangor Kg. Karong Tengah
107. Sepang Kg. Orang Asli Jenderam Hilir
108. Hulu Selangor Kg. Paya Dalam KKB
109. Hulu Selangor Kg. Paya Lebar, Kg. Sg. Nilam & Kg. Sg. Selisik
S
110. Hulu Selangor Kg. Hulu Rening
111. Hulu Selangor Kg. Kelapa KKB
112. Kuala Selangor Kg. Rantau Panjang
113. Kuala Langat Kg. Sg. Buaya
114. Kuala Langat Sg. Tongkah
115. Kuala Langat Kg. Tanjung Sepat
116. Kuala Langat Batu Laut
117. Kuala Langat Kanchong Tengah
Sumber: Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor , Mei 2012
Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , Mei 2012

B11-18
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

i. Daerah Petaling

Lembangan-lembangansungaiutama yang berada di dalam Daerah


PetalingadalahSungai Klang dan Sungai Buloh.Kira-kira 85% daripada keluasan
daerah ini terletak dalam Lembangan Sungai Klang dan 15% di dalam
Lembangan Sungai Buloh. Terdapat tiga zon banjir yang telah dikenalpasti
seperti di Jadual B11.3.

Jadual B11.3: Kawasan Banjir di dalam Daerah Petaling


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Pinggir Pusat Bandar Shah Alam Sungai Damansara /
seperti Taman TTDI, Batu 3 & sekitarnya. Sungai Klang
2. Zon Paya Jaras sepertikawasan Kg. Kubu Sungai Buloh
Gajah, Merbau Sempak, Paya Jaras,
dansekitarnya.
3. Zon Serdang seperti di Seri Sungai Kuyoh /
Kembangan, Seri Serdang dan kawasan Sungai Klang
yang berhampiran.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

ii. Daerah Hulu Langat

Lembangan-lembangansungaiutama yang berada di dalam Daerah Hulu Langat


adalah Sungai Langat yang meliputi 90% daripada keluasan daerah dan
Lembangan Sungai Klang yang hanya meliputi sebahagian kecil daerah
(10%).Kawasan banjir meliputi kawasan Dusun Tua dan Pusat Bandar Kajang
(Jadual B11.4).

Jadual B11.4: Kawasan Banjir di dalam Daerah Hulu Langat


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Dusun Tua, iaitu jajaran Sungai Langat Sungai Langat
dari Batu 10 hingga Batu 18 seperti Dusun
Tua, Sungai Serai, Pekan Batu 18, Pekan
Batu 16, Kg. Sungai Lui dan sekitarnya.

2. Zon Pusat Bandar Kajang. Sungai Jelok @ Sungai


Langat
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

B11-20
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

iii. Daerah Klang

Sebahagian besar Daerah Klang (85%) terletak di dalam Lembangan Sungai


Klang dan kira-kira 15% di dalam Lembangan Sungai Langat.Terdapat empat
zon banjir seperti di Jadual B11.5.

Jadual B11.5: Kawasan Banjir di dalam Daerah Klang


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Pusat Bandar Klang seperti Taman a) Sungai Kelang @
Melawis, Kg. Sungai Udang, Delek, Taman Sungai Klang
Sentosa, Telok Gadong dan kawasan b)Sungai Telok Gadong
sekitarnya. @Selat Melaka
2. Zon Kota Raja seperti Sri Andalas, Johan a) Sungai Aur @
Setia, Sri Muda dan kawasan berhampiran. Sungai Langat
b)Sungai JohanSetia
@Selat Langat
3. Zon Sementa seperti Kg. Sementa, Kampung Sungai Puloh/Selat
Rantau Panjang dan kawasan berdekatan. Melaka
4. Zon Padang Jawa seperti Kg. Padang Jawa Sungai Rasau/Sungai
dan sekitarnya. Klang
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor, 2012

iv. Daerah Gombak

Terdapat tiga lembangan sungaiutama yang berada di dalam Daerah Gombak


iaitu Sungai Klang yang meliputi 60% daripada keluasan daerah, Sungai
Selangor (25%) dan Sungai Buloh (15%).Kawasan mudah banjir di daerah ini
adalah seperti di Jadual B11.6.

Jadual B11.6: Kawasan Banjir di dalam Daerah Gombak


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Kundang seperti Kg.Melayu Kundang, Sungai Kuang@
Pekan Kundang,Kampung Sri Kundang, Sungai Selangor
Kampung Muhibbah/Kundang Tambahan.
2. Zon Gombak Setia seperti Batu 6-12,Jalan Sungai Gombak@
Gombak, Kampung Sg. Chinchin,Kampung Sungai Klang
Sungai Pusu, Taman Greenwood, Kampung
Kerdas.
3. Zon Batu Caves seperti Kampung WiraDamai, Sungai Batu@
Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Sungai Klang
Taman Jasa Utama, Kampung Melayu Batu
Caves, Taman Sri Selayang.
4. Zon Rawang seperti Pekan Lama Rawang, Sungai Rawang@
Kampung Lee Kim Sai, Sungai Choh, Sungai Selangor
Kampung Bunga Raya, Taman Garing.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor. 2012

B11-23
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

v. Daerah Hulu Selangor

Lembangan-lembangan sungai utama yang berada di dalam Daerah Hulu


Selangor adalah Sungai Selangor yang meliputi 70% daripada keluasan daerah,
Sungai Bernam (20%) dan Sungai Tengi (10%).Terdapat empat kawasan yang
mudah mengalami banjir di daerah ini termasuklah kawasan Batang Kali dan
Hulu Yam (Jadual B11.7).

Jadual B11.7: Kawasan Banjir di dalam Daerah Hulu Selangor


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Batang Kali seperti Pekan Batang Kali, Sungai Batang Kali@
Kampung Genting Malik, Kampung Masjid, Sungai Selangor
Kampung Sekolah, Kampung Tengah,
Kampung Sri Cahya dan Kampung Sentosa.
2. Zon Kuala Kubu Bharu sepertiKampung Sungai Ampang Pecah
Kelapa, Kampung Paya Dalam, Taman Damai @ Sungai Selangor
3. Zon Hulu Bernam seperti Kampung Soeharta Sungai Bernam@
1 dan 2, Kampung Lalang, Kampung Sri Sungai Bernam
Keledang.
4. Zon Hulu Yam seperti Kampung Hulu Yam, Sungai Liam@
Kampung Batu, Hulu Yam Lama, Kampung Sungai Selangor
Hulu Kalong.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

vi. Daerah Sepang

Kira-kira 80% daripada keluasan Daerah Sepang adalah terletak di dalam


Lembangan Sungai Langat dan 20% lagi di dalam Lembangan Sungai Sepang
/Sepang Kecil. Kawasan tadahan kritikal dan kawasan banjir adalah di zon Salak
Tinggi dan Dengkil (Jadual B11.8).

Jadual B11.8: Kawasan Banjir di dalam Daerah Sepang


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Salak Tinggi seperti Kg. GincingHilir, Kg. 1. Sungai Jijan@
Salak Tengah, Kg.Jijan, Kg.Chinchang, Kg. Sungai Labu@
lbau Tengah dan sekitarnya Sungai Langat

2. Sungai Chinchang@
Sungai Labu@
Sungai Langat

2. Zon Dengkil seperti Kg. Limau Manis, Kg. Sungai Langat@


Abu Bakar Baginda, Kg. Lalang, Kg. Sri Sungai Langat
Tanjong dan sekitarnya.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

B11-26
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

vii. Daerah Kuala Selangor

Lembangan sungai utama yang berada di dalam Daerah Kuala Selangor terdiri
daripada tiga lembangan iaitu Sungai Selangor yang meliputi 40% daripada
keluasan daerah, Sungai Tengi (34%) dan Sungai Buloh (16%). Daerah ini juga
mempunyai kawasan yang mudah dilanda banjir iaitu di kawasan Bestari Jaya,
Jeram dan di hilir Sungai Selangor (Jadual B11.9).

Jadual B11.9: Kawasan Banjir di dalam Daerah Kuala Selangor


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Bestari Jaya(Pertengahan ; Bestari Jaya) Sungai Selangor@
seperti Kampung Rantau Panjang, Kampung
Seri Makmur, Taman Suria, Jawa Selangor Sungai Selangor
Estate.
2. Zon Hilir Sungai Selangorseperti Kampung Sungai Selangor@
Bukit Belimbing, Kampung Permatang,
Kampung Raja Musa, Ladang Raja Musa. Sungai Selangor
3. Zon Jeram seperti Parit Mahang, Kampung Sungai Buloh@
Bukit Cerakah, Kampung Kucing, Kampung
Kucing Tengah. Sungai Buloh
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

viii. Daerah Kuala Langat

Bagi Daerah Kuala Langat yang keseluruhannya terletak di dalam Lembangan


Sungai Langat mempunyai empat kawasan yang mudah dilanda banjir seperti di
Jadual B11.10.

Jadual B11.10: Kawasan Banjir di dalam Daerah Kuala Langat


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Bukit Changgang seperti Bukit Sungai Langat@
Changgang, Olak Lempik, Paya Rumput. Sungai Langat
2. Zon Bandar Banting seperti (Hilir ; Sungai Anak-Anak Sungai
Langat), Kampung Bukit Belimbing, Langat@
Kampung Permatang, Kampung Raja Musa, Sungai Langat
Ladang Raja Musa.
3. Zon Telok Panglima Garang seperti Sungai Langat@
Sijangkang, Jenjarom, Kampung Jaya Sungai Langat
Sepakat, Kampung Lombong, Batu 9, Kebun
Baru.
4. Zon Pantai Kuala Langat seperti Morib, Sungai Morib@
Tanjung Sepat, Batu Laut. Sungai Batu Laut@
Sungai Tanjung Sepat
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor, 2012

B11-29
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

ix. Daerah Sabak Bernam

Dianggarkan 80% kawasan Daerah Sabak Bernam terletak dalam Lembangan


Sungai Bernam dan 20% di dalam Lembangan Sungai Tengi. Kawasan yang
mudah dilanda banjir hanya berlaku di kawasan Jalan Sungai Panjang (Jadual
B11.11).

Jadual B11.11: Kawasan Banjir Di Dalam Daerah Sabak Bernam


Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama
1. Zon Jalan Sungai Panjang iaitu Jalan ke Sungai Bernam@
Tanjong Malim dari Sabak Bernam di Sungai Bernam
KM45, KM44 & KM44.2, juga kawasan
Ladang PKPS dan Ladang Gagasan.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor, 2012

B11.1.3 Pelan Induk Sistem Saliran Bandar

Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menjalankan kajian
Pelan Induk Sistem Saliran Bandar (Urban Drainage Master Plan) seperti Jadual B11.12.

Jadual B11.12: Senarai Kajian Pelan Induk Saliran Bandar yangTelah


Dijalankan oleh JPS Negeri Selangor
Bil. Daerah Nama Kajian Tahun

1. Sepang Kajian Makro Pelan Induk Saliran Untuk 1999


Multimedia Super Corridor (MSC).
2. Klang Kajian Pelan Induk Saliran 2009
Untuk Bandar Klang.
3. Petaling dan Kajian Pelan Induk Saliran 2009
Gombak Untuk Sungai Buloh.
4. Kuala Lumpur Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Bandar 2009
dan Petaling Sungai Besi, Kuala Lumpur
dan Seri Kembangan, Selangor.
5. Hulu Langat Kajian Pelan Induk Saliran 2010
Bagi Majlis Perbandaran Kajang.
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

B11.1.4 Hakisan Pantai

Secara umumnya, pantai-pantai di Negeri Selangor tidak mengalami masalah hakisan


yang serius dan kritikal.Terdapat hanya sebilangan kecil lokasi yang mengalami
hakisan pada tahap kritikal seperti:-
i. Pantai Pasir Panjang, Daerah Sabak Bernam,
ii. Pantai Remis, Mukim Jeram, Kuala Selangor,
iii. Kampung Perepat serta Pulau Indah, Daerah Klang
iv. Kg. Batu Laut, Mukim Tanjong Sepat, Kuala Langat.

B11-32
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

Ini adalah kerana sebahagian besar kawasan pesisiran pantai di Negeri Selangor
dilindungi oleh hutan paya bakau dan dataran lumpur yang bertindak sebagai lapisan
pelindung atau buffer kepada ancaman hakisan dan bencana alam.Pesisir pantai di
Negeri Selangor juga terlindung dari tiupan angin kencang yang menyumbang ke arah
fenomena hakisan pantai.

Kawasan hutan paya bakau di Negeri Selangor meliputi kawasan seluas 15,202 hektar,
iaitu 23% dariapada keluasan keseluruhan hutan paya bakau yang terdapat di
Malaysia. Hutan paya bakau adalah jenis hutan khusus yang tumbuh di sepanjang
pantai atau muara sungai yang dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Lokasi-lokasi
utama hutan paya bakau dan dataran lumpur di Negeri Selangor adalah:-
i. Muara Sungai Bernam, Muara Sungai Burong, Muara Sungai Haji Dorani, Muara
Sungai Limau (Daerah Sabak Bernam).
ii. Muara Sungai Selangor, Muara Sungai Nibong (Daerah Kuala Selangor).
iii. Pulau-pulau di dalam Daerah Klang seperti Pulau Ketam, Pulau Tengah, Pulau
Selat Mahang, Pulau Selat Meriam, Pulau Che Mat Zain, Pulau Selat Kering dan
Pulau Pintu Gedong.

Walaubagaimanapun, hutan ini telah mula terancam dengan kesan semulajadi arus
pasang surut, kegiatan pembangunan dan penggunaan kayu bakau untuk aktiviti
pembinaan, kayu api dan arang. Namun kesan hakisan dan kegiatan pembangunan
yang berlaku telah menyebabkan kawasan hutan bakau itu semakin musnah dan kini
berada dalam zon 1 iaitu zon kawasan hutan paya bakau yang mengalami kemusnahan
serius.Justeru, pemeliharaan hutan paya bakau dan dataran lumpur ini amat penting
untuk memastikan ekosistem serta kehidupan flora dan fauna kawasan pesisiran
pantai dapat dikekalkan demi menjamin kelestarian hutan ini dan untuk memelihara
pesisiran pantai daripada ancaman hakisan.

Contoh gangguan kawasan bakau dari aktiviti Contoh gangguan kawasan bakau oleh proses
manusia di Jugra, Kuala Langat semulajadi di Batu Laut, Kuala Langat
Sumber : http://outdoor.sekolah4u.com/?tag=destinasi-outdoor Sumber : http://outdoor.sekolah4u.com/?tag=destinasi-outdoor

B11-34
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

B11.1.5 Potensi Pemakaian Teknologi Hijau di dalam Sistem Saliran danPerparitan

Teknologi hijau adalah satu pendekatan untuk mengatasi masalah kemusnahan


alamsekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan,
memelihara ekosistem, serta pengurangan bebanan kos kepada kerajaan di dalam
usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai
alternative dalam usaha meningkatkan ekonomi Negara tanpa menjejaskan alam
sekitar.

Justeru itu, dalam konteks sistem saliran dan perparitan, penggunaan Manual Saliran
Mesra Alam (MASMA) dalam semua rekabentuk sistem saliran dan perparitan perlu
digunapakai untuk mencapaia spirasi Teknologi Hijau Negara.

B11.2 Indikator Dan Sasaran

Jadual B11.13: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Sektor Sistem Saliran dan
Perparitan
Indikator Penanda Aras Pencapaian Sasaran
(Amalan Terbaik) Semasa (2012) (Tahun 2035)
Kawasan Mudah 5% 22.5% 9%
Dilanda Banjir (Keseluruhan
Malaysia)
Sumber: Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012
Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator
yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

B11-35
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

B11.3 Cadangan Am

i. Mematuhi Dasar Dan Strategi Kerajaan Negeri


Memastikan pengurusan sungai perlu mengikuti dasar dan strategi yang telah
ditetapkan oleh kerajaan negeri, iaitu;

a) Mematuhi pelan pengurusan lembangan sungai berikut (dalam peringkat


pelaksanaan dan akan diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor):
Pelan Pengurusan Lembangan Sungai (IRBM) Sg. Selangor 2013-2017.
Pelan Pengurusan Lembangan Sungai (IRBM) Sg. Langat 2013-2017.
Pelan Pengurusan Lembangan Sungai (IRBM) Sg. Klang 2013-2017.
b) Pematuhan aktiviti pembangunan terhadap syarat-syarat pewartaan sungai
utama beserta rizab kawalan pembangunan 50 meter kiri dan 50 meter kanan
dari tebing sungai di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 yang dilaksanakan
oleh Lembaga. Pada masa ini Lembaga telah dan dalam tindakan untuk
mewartakan sungai-sungai utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai
Klang, Sungai Bernam, Sungai Tenggi, Sungai Buloh dan Sungai Sepang. Manakala
anak-anak sungai utama yang lain juga turut akan terlibat dengan pewartaan ini
kelak yang mana akan dibuat secara selektif.
c) Mematuhi dasar pengurusan sungai di Negeri Selangor yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan Negeri berhubung tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti
pengubahan sumber terhadap badan air semulajadi bagi mana-mana bahagian
aliran badan air semulajadi dengan “mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tidak
dilencongkan, dijajarkan, dialihkan, dikecilkan, dikambus dan dikonkrit” melalui
konsep pembangunan mengikut fizikal sungai.

ii. Penetapan Rizab Sungai Dan Pewartaan Rizab Sungai


Penyelesaian banjir melalui pendekatan ‘non-structure’ seperti pewartaan rizab sungai
dan menggunapakai atau mensyaratkan garis panduan manual saliran mesra alam
dalam pembangunan tanah.

Saluran sungai dan pelbagai saluran semulajadi atau sedia ada hendaklah
diperuntukkan rizab sepertimana berikut :

Jadual B11.15: Penetapan dan Keperluan Rizab Sungai


Bil. Kelebaran Laluan Air Keperluan Kelebaran Rizab Dari Kedua
Antara TEbing Belah Tebing Berdasarkan Keluasan
Sungai Sedia Ada
1. > 40 meter 50 meter
2. 20 – 40 meter 40 meter
3. 10 – 20 meter 20 meter
4. 5 – 10 meter 10 meter
5. < 5 meter 5 meter
Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor 2012
B11-36
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

Peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) untuk menyatakan bahawa tanah
negeri yang bersebelahan dengan sungai sebagai tanah simpanan dengan diwartakan
sebagai rizab sungai perlu diambil. Kepentingan pewartaan tanah negeri yang
berhampiran dengan sungai dijadikan sebagai rizab sungai di antara lainnya akan
dapat mengurangkan beberapa masalah yang dihadapi. Sebagai contoh terdapat
kesukaran dalam melaksanakan kerja-kerja operasi dan pemuliharaan sungai,
kurangnya pengawalan terhadap penggunaan tanah di sepanjang jajaran sungai bagi
tujuan pertanian atau tujuan lain dan juga pembinaan struktur tanpa kawalan yang
rapi merentasi sungai dan dalam sungai.

Kebenaran undang-undang yang berkaitan dengan kuasa reservasi terhadap tanah


negeri di Semenanjung Malaysia terkandung di dalam Seksyen 62 Kanun Tanah Negara
(Akta 56 tahun 1965).Menurut KTN, ‘Rizab Tanah’ bermaksud tanah yang disimpan
pada masa berkenaan bagi tujuan kegunaan awam (bawah Seksyen 62 atau undang-
undang tanah terdahulu). Pihak Berkuasa Negeri atau Pemerintah atau Kerajaan Negeri
boleh menyatakan mana-mana tanah negeri sebagai tanah simpanan untuk sebarang
kegunaan awam dengan pemberitahuan dalam pengwartaan.Pemberitahuan tersebut
perlu menerangkan pengertian rizab tanah, tujuan merizabkan tanah dan melantik
pegawai yang mengawal tanah rizab tersebut.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk
mewartakan jaluran sungai sebagai rizab sungai dan dengan itu JPS mempunyai hak
pengawalan terhadap rizab sungai.Kertas maklumat mengenai fungsi dan keperluan
pewartaan rizab sungai hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada semua
Kerajaan Negeri melalui Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.Walau
bagaimanapun di dalam menentukan kelebaran rizab sungai ini, perlu juga mengambil
kira penggunaan dan status pemilikan tanah di dalam kawasan berkenaan.Dengan
pewartaan rizab, kawalan pembangunan di sepanjang koridor /rizab sungai dapat
dilaksanakan secara lebih teratur dan menyeluruh.

iii. Cadangan ‘River Improvement’ bagi Beberapa Sungai Kritikal


Beberapa sungai yang menjadi tulang belakang kepada sistem saliran kawasan
perbandaran perlu dilaksanakan program river improvement yang merangkumi
beberapa komponen kerja, iaitu :
a) Penyelenggaraan berterusan dari aspek pembersihan laluan seperti pencucian
am dan pembersihan sampah sarap serta tumbuhan kecil yang menghalang
pengaliran air.
b) Mendalamkan dasar dan kerja-kerja ‘desilting’ untuk membersih dasar sungai
dan mengelakkan dari mendapan yang berlarutan.

B11-37
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

c) Pelebaran sungai.
d) Memperkukuhkan tebing dengan ‘concrete lining’ atau kaedah yang lain
yangberkesan bagi melindungi cerun dan tebing sungai.
e) Pelurusan dan penjajaran semula sungai.
f) Pembinaan kunci air dan pam di pertemuan antara dua sungai.
g) Membuat lencongan / ‘Diversion’.
h) Membaiki Outlet.
i) Menyediakan perangkap sampah jenis ‘logboom’, ‘gross pollutant trap’ dan yang
bersesuaian.

Sungai-sungai yang menjadi perhatian bagi dilaksanakan program di atas (‘River


Improvement’) adalah seperti Sungai Klang, Sungai Telok Gadong, Sungai Aur, Sungai
Puloh, Sungai Johan Setia, Sungai Rasau, Sungai Damansara, Sungai Buloh, Sungai
Kuyoh, Sungai Langat, Sungai Serai, Sungai Jelok, Sungai Kuang, Sungai Gombak, Sungai
Batu, Sungai Rawang, Sungai Batang Kali, Sungai Liam, Sungai Labu, Sungai Jijan,
Sungai Chinchang, Anak-anak Sungai Langat, Sungai Morib, Sungai Batu Laut Dan
Sungai Tanjung Sepat. Perincian kerja-kerja river improvement adalah diterangkan di
dalam laporan teknikal.

iv. Cadangan Kajian Pelan Induk Sistem Peparitan Bandar (Urban


Drainage System Master Plan) bagi Beberapa Kawasan Tadahan
Kritikal.
Kajian Pelan Induk Sistem Perparitan Bandar perlu dibuat bagi beberapa kawasan
tadahan kritikal yang sering dilanda banjir, yang meliputi kawasan-kawasan
sebagaimana pada jadual berikut, iaitu Jadual B11.16.

JadualB11.16 : Kawasan Tadahan Perbandaran Utama yang Memerlukan


Kajian Pelan Induk Saliran dan Perparitan Bandar
Bil. Kawasan Tadahan Kawasan Sub-Catchtment Daerah
Utama
1. Bandar Klang a) Pusat Bandar Klang
b) Sementa
c) Kota Raja
d) Bukit Kemuning
2. Bandar Shah Alam a) TTDI Petaling
b) Batu Tiga
c) Pusat Bandar (Persiaran Jubli Perak)
3. Seri Kembangan / a) Seri Kembangan Petaling
Seri Serdang b) Seri Serdang

4. Bandar Kajang a) Bandar Kajang Hulu Langat


b) Hulu Sungai Jeluh
5. Batu Caves Kawasan Batu Caves Gombak
6. Bandar Rawang Bandar Rawang Gombak
B11-38
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

7. Batang Kali a) Pekan Batang Kali Hulu


b) Pekan Hulu Yam Selangor
8. Salak Tinggi Pekan Salak Tinggi Sepang

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Jadual B11.17: Senarai Cadangan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar dan
Tebatan Banjir Sungai untuk Dilaksanakan Sehingga 2035
Bil. Daerah Nama Kajian Nama Kajian
(Kajian Pelan Induk (Projek Tebatan Banjir
Saliran Bandar) Sungai)
1. Petaling Kajian Pelan Induk Saliran Projek Tebatan Banjir Sungai
Bandar Shah Alam dan Damansara dan Sungai Rasau.
sekitarnya.

2. Hulu Langat Projek Tebatan Banjir Sungai


- Langat dari Batu 11 – Batu 18
Jalan Hulu Langat.
3. Klang Projek Tebatan Banjir Sungai
- Telok Gadong, Sungai Aur,
Sungai Puloh dan Sungai Johan
Setia.
4. Gombak Kajian Pelan Induk Saliran Projek Tebatan Banjir Sungai
Bandar Rawang, Selayang dan Kuang, Sungai Chincin dan
Batu Caves. Sungai Pusu.

5. Hulu Kajian Pelan Induk Saliran -


Selangor Bandar Batang Kali.
6. Sepang Kajian Pelan Induk Saliran Projek Tebatan Banjir Sungai
Bandar Dengkil dan Salak Jinjang, Chincang dan Sungai
Tinggi. Labu.
7. Kuala Kajian Pelan Induk Saliran
Selangor Bandar Bestari Jaya dan -
Batang Berjuntai.
8. Kuala Langat Kajian Pelan Induk Saliran i. Projek Tebatan Banjir
Bandar Bukit Changgang. Sungai Kelanang, Sungai
Nangka, Sungai Buaya,
Sungai Tampoi, Sungai
Serdang Belah, Sungai
Tongkah, Sungai Kanchong
Laut (anak-anak Sungai
Langat).
ii. Projek Tebatan Banjir
Sungai Batu Laut, Sungai
Morib dan Sungai Tanjung
Sepat. (sungai-sungai yang
terus mengalir ke Selat
Melaka).
9. Sabak - -
Bernam
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

B11-39
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

v. Cadangan ‘River Overflow Protection’


Beberapa lokasi perbandaran dicadangkan untuk Membina Ban Banjir atau ‘Dyke’
untuk melindungi kawasan-kawasan tersebut dari dilimpahi sungai-sungai utama.
Lokasi-lokasi pilihan bagi pelaksanaan program tebatan banjir kategori ini adalah yang
memenuhi kriteria-kriteria berikut :

a) Limpahan dari sungai-sungai utama


b) Intensi banjir yang sederhana / kecil

Beberapa lokasi pekan / bandar-bandar kecil yang dicadangkan pelaksanaan program


ini adalah seperti berikut:

Jadual B11.18: Cadangan Pembinaan Ban Banjir untuk Melindungi Bandar /


Pekan daripada Limpahan Air Sungai
Bil. Lokasi /Zon Banjir Sungai Terbabit Daerah

1. Bukit Changgang Dan Sekitarnya Sungai Langat Kuala Langat

2. Pekan Dengkil Sungai Langat Sepang

3. Bestrai Jaya dan kawasan yang Sungai Selangor Kuala Selangor


berhampiran
4. Jalan Sungai Panjang Dari Sabak Sungai Bernam Sabak Bernam
Bernam ke Tanjong Malim (KM44
hingga KM45)
5. Paya Jaras, Merbau Sempak Dan Sungai Buloh Petaling
Sekitarnya
6. Pekan Salak Tinggi Sungai Labu Sepang

7 Batu 6-12, Jalan Gombak, Kampung Sg. Sungai Gombak Gombak


Chinchin
Kampung Sungai Pusu dan sekitarnya.
Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

vi. Cadangan Kolam Takungan Sungai


Membina kolam takungan sungai (River Detention Pond) untuk mengawal aliran air
sungai-sungai terbabit ketika waktu puncak sungai hasil dari hujan lebat.Adalah
dicadangkan pembinaan beberapa kolam takungan untuk sungai-sungai tertentu bagi
melindungi kawasan mudah banjir terbabit dari limpahan sungai berkenaan. Kriteria-
kriteria pemilihan adalah seperti berikut :
a) Sungai-sungai kecil yang mempunyai ‘Q’ yang rendah.
b) Mempunyai intensi banjir yang tinggi dalam jangkamasa yang singkat.
c) Kawasan perbandaran utama
d) Mempunyai kawasan dan ‘availability’ tanah yang sesuai

B11-40
LAPORAN TINJAUAN
Saliran dan Perparitan

Jadual B11.19 menunjukkan beberapa sungai dan kawasan tadahan yang dicadangkan
untuk dilaksanakan pembinaan kolam takungan.

Jadual B11.19: Cadangan Kolam Takungan Sungai untuk Beberapa Sungai dan
Kawasan Mudah Banjir yang Terbabit
Bil. Sungai Lokasi /Zon Banjir Daerah

1. Sungai Serai Penempatan pinggir sungai sepanjang Hulu Langat


Sungai Langat mulai dari Batu 18 hingga
ke Batu 10, Jalan Cheras, termasuk Batu
18, Kampung Jawa Sungai Lui, Kampung
Sungai Lui, Batu 16-Dusun Tua, Pekan
Batu 18, Pekan Batu 14, Batu 11,
Kampung Sungai Semungkis, Taman Sri
Nanding, Lembah Jaya Utara, Kampung
Melayu Ampang dan Batu 10, Jalan
Cheras.
2. Sungai Jelok Pekan Kajang dan sekitarnya Hulu Langat

3. Sungai Kuyoh Seri Serdang, Sri Kembangan dan Petaling


kawasan-kawasan yang berhampiran

4. Sungai Rasau Bandar Shah Alam Barat, Kampung Sg. Klang


Rasau, Padang Jawa
Kampung Bukit Kuda, Taman Berkeley
dan sekitarnya.

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

v. Setiap cadangan pembangunan perlu mematuhi keperluaan agensi yang


terlibat seperti JPS dan LUAS untuk penyediaan perparitan dan kolam takungan.

B11-41

You might also like