You are on page 1of 2

Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan.

KBSR
disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
juga masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu
menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. alam kerja kursus
ini, konsep 5P adalah difokuskan bagi menganalisi perbezaan yang terdapat dalam KBSR
dan juga KSSR. Aspek yang terdapat difokuskan ialah konsep penggabungjalinan,
penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian.

Konsep yang pertama ialah penggabungjalinan.konsep ini bermaksud sesi P&P yang
menggabungkan aspek bidang kemahiran dan bahan pengajaran diajar secara tidak
berasingan. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Tujuan konsep ini dilaksanakan
ialah Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi. Konsep ini
mempunyai beberapa prinsip iaitu bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak
dicapai, perancangan dibuat bagi memfokuskan kemahiran dan berpandukan kebolehan
dan pencapaian murid. Ia juga dijalankan secara berkait antara kemahiran, bahan dan
aktiviti. Sebagai contoh dalam subjek RBT, guru boleh menerapkan kemahiran menukul
kepada murid. Oleh itu, guru perlu menyenaraikan senarai bahan yang digunakan untuk
menukul seperti penukul, paku dan kayu. Setersunya, guru menjalankan aktiviti demonsrasi
kepada murid dan memberi peluang kepada murid merasai sendiri pengalaman menukul.

Konsep yang seterusnya ialah penyerapan. Penyerapan bermaksud proses


penyebatian dan penyatupaduan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu
matapelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Tujuan
konsep ini diterapkan adalah untuk menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk
mematuhi peraturan, membentuk sikap ingin menambah ilmu, memupuk corak pemikiran
yang terbuka, membentuk pemikiran yang rasional dan meluaskan ruang untuk menerokai
bidang ilmu yang diminati. Sebagai contoh dalam subjek rbt, guru boleh menerapkan nilai-
nilai murni dalam diri murid semasa melaksanakan amali projek seperti projek kayu. Guru
menerangkan kepada murid mengenai amalan keselamatan yang perlu dipatuhi, sikap
tolong-menolong antara satu sama lain dan sentiasa fokus dalam melaksanakan sesuatu
projek.

Setersunya ialah konsep penggayaan. Konsep ini merupakan sejenis aktiviti


pembelajaran yang menarik dan mencabar unutk memberi peluang kepada murid
mengembangkan sifat ingin tahu, semngat berdikari, daya kreatif dan semangat kepimpinan
dalam diri murid. Antara objektifnya ialah menggunakan kemahiran yang telah dikuasai
dalam pelajaran biasa untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan, berminat untuk
belajar sendiri dan melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan
unutk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. Sebagai contoh dalam subjek rbt, untuk memupuk
sifat kepimpinan dalam diri murid, guru berupaya untuk menjalankan aktiviti secara
berkumpulan seperti kumpulan untuk menyemai benih sawi yang menjadi salah satu topik
dalam subjek rbt. Guru mengarahkan murid untuk melantik seorang ketua dalam setiap
kumpulan. Semua ketua kumpulan akan diberikan taklimat dan mereka bertanggungjawab
menyampaikan maklumat yang diberi oleh guru dan memastikan objektif pembelajaran yang
ditetapkan oleh guru tercapai. Langkah ini akan melatih sifat kepimpinan dalam diri murid.

Konsep yang seterusnya ialah pemulihan. Konsep ini merupakan Langkah khas yang
guru lakukan untuk membantu murid yang manghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Murid juga didedahkan
dengan aktiviti yang mengikut kemampuan menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang
perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama
sekali. Konsep ini juga membantu murid unutk membina, memperoleh dan mengembangkan
sikap percayakan diri sendiri. Sebagai contoh dalam subjek rbt, guru berupaya untuk
melakukan aktiviti menyediakan pembentangan elektronik menggunakan platform-platform
yang terdapat dalam internet seperti Kahoot, Prezi dan Powtoon. Aktiviti ini pasti sukar
kepada murid yang kurang mahir mengendalikan teknologi ict lebih-lebih lagi bagi murid
yang tidak mempunyai computer di rumah. Aktiviti seperti ini akan dapat membantu murid
meningkatkan keyakinan mereka unutk mengendalikan teknologi terkini agar mereka
bergerak seiring dengan peredaran teknologi terkini.

Konsep yang terakhir ialah penilaian. Konsep ini merupakan satu proses atau aktiviti
yang sistematik unutk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu
prestasi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 2 jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan
penilalain sumatif. Penilaian formatif merujuk pada penilaian yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal. Penilaian sumatif pula bermaksud
penilaian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal. Sebagai contoh,
guru boleh melaksanakan kuiz pada akhir topik pembelajaran. Langkah ini adalah untuk
menilai sejauh manakah tahap penerimaan murid terhadap topik yang telah diajar. Melalui
penilaian itu, guru akan dapat melaksanakan Langkah penambahbaikan dalam
menyampaikan maklumat kepada murid.

You might also like