You are on page 1of 8

BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIKAL

DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

PENILAIAN TEORI

KOD DAN TAJUK KURSUS DBG 3323 OFFICE ADMINISTRATION II

STANDARD KOMPETENSI K4 OFFICE VENDOR ADMINISTRATION

NO PENYATAAN STANDARD
DBG 3323 K4
KOMPETENSI

NAMA CALON

NO KAD PENGENALAN

MASA 1 jam
TARIKH

KEPUTUSAN PENILAIAN LULUS / GAGAL


MARKAH %

ULASAN PEGAWAI PENILAI:

Tarikh :
(HJH. MASITAH BINTI NOOR)
Pegawai Penilai

Arahan kepada calon:

1. Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
2. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan.
3. Sila jawab semua soalan di dalam kertas jawapan yang disediakan.je
4. Dilarang membawa nota dan sebarang bahan rujukan.
5. Dilarang meniru semasa penilaian.
6. Dilarang membawa keluar kertas soalan.

KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI 5 MUKASURAT BERCETAK


JAWAB SEMUA SOALAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pelupusan aset?

A. Proses untuk membatalkan rekod bagi aset yang hilang.


B. Proses untuk mengeluarkan aset daripada milikan, kawalan, simpanan dan rekod.
C. Proses sistematik untuk mengendali, menyelenggara, menaik taraf, dan melupuskan
aset.
D. Proses membuat keputusan yang memerlukan pemeriksaan fizikal menyeluruh dan
penilaian ekonomi

2. Berikut adalah tugas dan tanggungjawab unit pengurusan aset kecuali

A. Penamatan aset.
B. Pendaftaran aset.
C. Penyelenggaraan aset.
D. Kehilangan dan hapus kira aset.

3. Pemborong Sukaria membeli perabot pada 1 Januari 2018 bernilai RM 25, 000. Selepas
sepuluh tahun digunakan, aset berkenaan dijangka boleh dijual dengan harga RM 2,
500. Hitungkan susut nilai perabot bagi tempoh tiga tahun.

A. RM 6, 750
B. RM 5, 750
C. RM 6, 700
D. RM 5, 700

4. Nyatakan jangka hayat bagi Perabot.

A. 3 tahun
B. 5 tahun
C. 10 tahun
D. 50 tahun
5. Vendor juga dikenali sebagai

A. Pelabur
B. Peruncit
C. Pembekal
D. Pengilang

6.
Dihantar oleh penjual (syarikat vendor) kepada pembeli (syarikat utama) apabila
penjual membenarkan pembeli membeli barang niaga atau aset secara kredit.

Penyataan 1

Berdasarkan pernyataan 1 di atas merujuk kepada dokumen

A. Invoice
B. Surat tanya
C. Sebut harga
D. Nota serahan

7. Sesebuah syarikat hendaklah menetapkan beberapa kriteria dalam pemilihan syarikat


vendor. Antara kriteria yang boleh disemak adalah seperti berikut kecuali

A. Syarikat vendor mempunyai sijil SSM.


B. Syarikat vendor telah beroperasi melebihi 3 tahun.
C. Syarikat vendor berdaftar di bawah Akta Perniagaan 1965.
D. Syarikat vendor mempunyai Laporan Profil Syarikat yang lengkap
8. Sesebuah syarikat haruslah menjalankan pemantauan prestasi terhadap syarikat
vendor.
Antara yang berikut, manakah bukan matlamat pemantauan prestasi vedor?

A. Mengurus kos perbelanjaan vendor.


B. Memantau pematuhan kontrak yang dipersetujui.
C. Benchmark prestasi vendor terhadap vendor yang sama.
D. Kenal pasti kawasan di mana vendor tidak melakukan jangkaan

9. Susun langkah kerja Proses Perolehan mengikut urutan yang betul.

I. Menyenarai pendek vendor


II. Mengumpul dokumen vendor
III. Menganalisis dokumen vendor
IV. Mencadangkan vendor yang sesuai dengan kriteria syarikat

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. II, III, I, IV
D. II, I, IV, III

10. Bagaimanakah kriteria sesuatu syarikat vendor dinilai?

A. Kebolehan syarikat mengurangkan kos pengoperasian.


B. Kebolehan syarikat vendor mempunyai banyak pelanggan.
C. Kebolehan menepati tempoh penghantaran yang ditetapkan.
D. Kaedah diplomatik antara syarikat utama bersama syarikat vendor.

11. Berikut merupakan jenis-jenis vendor pejabat KECUALI

A. Agensi Pelancongan
B. Bekalan Peralatan Pejabat
C. Kejuruteraan dan Pembinaan
D. Kelengkapan ICT
12. Susun langkah kerja Proses Perolehan mengikut urutan yang betul.

I. Menyenarai pendek vendor


II. Mengumpul dokumen vendor
III. Menganalisis dokumen vendor
IV. Mencadangkan vendor yang sesuai dengan kriteria syarikat

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV, III
C. II, III, I, IV
D. II, I, IV, III

13. Dokumen berikut digunakan dalam pengurusan vendor syarikat KECUALI

A. Nota Serahan
B. Resit Rasmi
C. Surat tanya
D. Sebut Harga

14. Antara berikut, yang manakah perkaitan antara aduan pelanggan dengan pemarkahan
prestasi sesebuah syarikat vendor?

A. Semakin sedikit aduan, semakin tinggi pemarkahan prestasi syarikat vendor


B. Semakin banyak aduan, semakin tinggi pemarkahan prestasi syarikat vendor
C. Semakin sedikit aduan, semakin rendah pemarkahan prestasi syarikat vendor
D. Perkaitan antara aduan dan pemarkahan prestasi syarikat vendor adalah sama

15. Pengukuran pencapaian prestasi syarikat vendor boleh dibuat berdasarkan kepada
perkara-perkara berikut KECUALI

A. bilangan aduan pelanggan


B. rekod maklumat vendor yang disimpan
C. wujud perbezaan prestasi antara syarikat vendor
D. perkhidmatan syarikat vendor tidak mencapai matlamat
16. Antara elemen penting yang perlu ada pada kriteria penghantaran bagi penilaian
prestasi pembekal ialah

I. Penghantaran dalam tempoh masa yang ditetapkan.


II. Penghantaran mengikut pesanan dan spesifikasi yang betul.
III. Bertindak balas kepada keperluan penghantaran kecemasan.
IV. Penghantaran secara berperingkat-peringkat tanpa mengikut keutamaan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

17. Di antara objektif penyelenggaraan aset adalah:-

I. Meningkatkan keupayaan aset


II. Mengurangkan kerosakan aset
III. Menjamin keselamatan pengguna
IV. Mengurangkan penyelewengan aset

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. II, III, IV
D. I, III, IV

18. Apakah yang dimaksudkan dengan tender terhad

A. Tender yang diiklankan dalam surat khabar dan terbuka kepada semua
syarikat yang memenuhi syarat.
B. Pelawaan dibuat pada semua vendor yang berdaftar dengan syarikat di
dalam kategori tertentu untuk menyertai tender kecuali di dalam kes-kes
tertentu.
C. Tender diiklankan di dalam akhbar dan tempoh tender dibuka ialah selama 14
hari.
D. Dilaksanakan apabila terdapat keperluan yang berkehendakkan penglibatan
syarikat bumiputera sahaja atau pengkhususan dalam bekalan atau
perkhidmatan yang diperlukan.
19. Jabatan anda telah menjemput tujuh syarikat untuk menyebut harga bagi membekal
peralatan teknikal pejabat. Setelah sebut harga ditutup, terdapat hanya dua syarikat
yang telah mengemukakan tawaran. Bolehkah urusan memilih tawaran ini diteruskan?

A. Boleh, kerana kerana syarat mempelawa sekurang-kurangnya lima


sebut harga telah dipatuhi.
B. Boleh, tetapi perlu membuka semula tawaran bagi mencukupkan lima
C. sebut harga.
D. Tidak boleh, kerana tawaran yang diterima tidak mencukupi.
D. Tidak boleh, kerana jabatan perlu menyemak semula dua
tawaran tersebut

20. Pemantauan terhadap prestasi pembekal adalah penting kerana

I. Membuktikan tiada risiko kerugian dalam perolehan.


II. Membantu meningkatkan keupayaan pembekal
III. Membantu mengurangkan kos urusniaga yang berlebihan dalam perolehan.
IV. Meningkatkan pembangunan hubungan strategik dengan pembekal.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT


BORANG JAWAPAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

You might also like