You are on page 1of 4

MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (BA17110330)

AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU

Artikel yang ditulis oleh Umair Abd Rahim yang bertajuk Falsafah Sejarah: Klasifikasi Sumber
Dan Kepentingannya Dalam Ilmu Sejarah membincangkan tentang ilmu sejarah yang
mempunyai disiplin yang tersendiri sehingga tiada yang boleh membantah ilmu ini
mempunyai disiplin ilmu sendiri. Penulis mengatakan dalam artikelnya bahawa terlalu
banyak pendefinisian yang keterlaluan terhadap sejarah dan ilmu sejarah sehingga
mengelirukan para pengkaji yang baru berjinak dalam dunia sejarawan untuk menghasilkan
sebuah penulisan. Menurut Umair, ilmu sejarah ini dianggap tinggi kerana kesahihan dalam
sesebuah kajian melalui sumber – sumber sejarah yang digunakan oleh pengkaji. Sejarah
merupakan pengetahuan yang berkait dengan masa lalu berdasarkan pengalaman
seseorang yang benar – benar dalam peristiwa tersebut sama ada secara saksi atau terlibat
secara langsung. Sejarah juga bukan sahaja didefinisikan sebagai masa lalu tetapi ia
merujuk kepada konsep, tatacara, kaedah, teori dan falsafah yang membentuk sebuah ilmu.
Umair Abd Rahman sangat menekankan sumber – sumber sejarah dalam artikel ini.

Objektif kajian artikel ini adalah untuk mengetahui jenis – jenis sumber sejarah yang
boleh digunakan dalam ilmu sejarah. Sumber tersebut juga haruslah dipastikan
kesahihannya dengan kaedah tertentu mengikut klasifikasi sumber. Tidak semua sumber
sejarah dianggap sah dan benar kerana terdapat juga sumber yang diwujudkan dengan
sengaja untuk menokok tambah peristiwa menjadi lebih menarik atau mengubah jalan cerita
demi kepentingan sendiri. Justeru itu, sumber sejarah perlu diuji kebenarannya agar tiada
lencongan dalam ilmu sejarah. Objektif kajian yang seterusnya ialah mengenalpasti sumber
sejarah yang sesuai digunakan oleh para pengkaji bagi tujuan penyelidikan. Pada pendapat
penulis, tidak semua pengkaji menggunakan jenis sumber sejarah yang tepat dalam
penyelidikan mereka. Terdapat lima jenis sumber sejarah yang boleh digunakan oleh para
pengkaji untuk mendapatkan bahan penyelidikan. Ia terdiri daripada sumber primer,
sekunder, tulisan, lisan dan berbentuk.

Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis adalah kaedah kualitatif iaitu kajian yang
memberi keterangan, interpretasi atau makna dalam sesebuah peristiwa. Salah satu ciri
kaedah kualitatif yang boleh dilihat dalam kajian artikel ini ialah penulis menggunakan
pendekatan induktif iaitu proses rangka dari perkara yang umum kepada khusus. Buktinya,
penulis telah menyatakan perkara umum dahulu seperti pendefinisian ilmu sejarah,
kemudian beliau masuk kepada isu dalam ilmu sejarah yang mana bagi menghasilkan
sebuah ilmu sejarah yang berkualti harus merujuk kepada sumber sejarah. Seterusnya
penulis mengenalpasti sumber – sumber sejarah yang boleh diaplikasikan oleh para pengkaji
dengan menghuraikan satu persatu sumber berdasarkan contoh – contoh yang bersesuaian.

1
MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (BA17110330)
AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU

Ia boleh dilihat pada halaman 5 hingga 10 yang menghuraikan sumber – sumber sejarah
dengan jelas berserta contoh. Di akhir kandungan artikel, dinyatakan juga sekali klasifikasi
sumber dalam ilmu sejarah kerana tidak semua sumber sesuai digunakan untuk semua
tujuan kajian. Dengan bentuk penulisan sedemikian, cukup menunjukkan artikel ini
menjurus kepada ciri kaedah kualitatif.

Terdapat beberapa kekuatan artikel yang boleh dilihat dalam penulisan Umair.
Antaranya ialah sumber sejarah yang disenaraikan adalah lebih daripada tiga. Kebanyakan
penulis – penulis yang mengkaji tentang sumber sejarah hanya menyatakan tiga jenis
sumber sahaja iaitu sumber Primer, Sekunder dan Lisan. Namun dalam artikel ini, penulis
telah memerincikan sebanyak lima jenis sumber yang terdiri daripada sumber Primer,
Sekunder, Lisan, Tulisan dan Berbentuk. Terdapat di antara sumber ini tidak berapa
diketahui oleh para pengkaji misalnya sumber tulisan. Menurut Umair, sumber tulisan ini
adalah sumber yang telah dicatat semula oleh pengkaji sebelumnya sebagai rujukan
pengkaji seterusnya. Contohnya artikel, jurnal, transkrip temu bual, peta, buku, esei dan
tesis. Sumber tulisan bukan sahaja merujuk sepenuhnya dalam bentuk penulisan semata –
mata tetapi video, pita rakaman dan gambar juga boleh dianggap sebagai sumber tulisan
dengan syarat keadaan sumber tersebut telah direkod oleh pengkaji sebelumnya. Dengan
penerangan ini pengkaji akan mengetahui bahawa tesis dan artikel boleh menjadi sumber
tulisan kerana ia boleh memberi maklumat tambahan kepada pengkaji.

Kekuatan yang kedua ialah penulis telah menyatakan hubungkait antara kepentingan
menilai sumber dan kerelevenan klasifikasi sumber terhadap sesuatu kajian. Bagi pendapat
Umair, seorang pengkaji harus mengetahui jenis sumber yang digunakan atau diperlukan
untuk mendapatkan bahan kajian. Selari dengan pendapat Umair, tidak semua sumber yang
wujud sesuai digunakan untuk semua kajian. Contohnya, seorang pengkaji ingin mengkaji
berkaitan peradaban, pastinya pengkaji tersebut memerlukan artifak sebagai bukti bahawa
kawasan atau budaya tersebut pernah dibawa masuk pada zaman dahulu seperti tapak
arkeologi Lembah Bujang yang dipercayai pertapakan awal Tamadun Hindu di Tanah
Melayu. Selain sumber Berbentuk iaitu artifak, pengkaji tersebut juga boleh merujuk sumber
Primer sebagai bahan tambahan beliau. Klasifikasi sumber yang dikatakan tidak sesuai
dalam kajian tersebut adalah apabila pengkaji menggunakan sumber lisan. Peredaran masa
zaman pertapakan tamadun Hindu dengan masa kini adalah sangat jauh berbeza
tempohnya. Sangat sukar untuk para pengkaji menemubual individu yang terlibat dalam
zaman tersebut. Oleh itu, penulisan Umair yang memasukkan elemen kepentingan menilai

2
MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (BA17110330)
AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU

sumber dalam ilmu sejarah dapat membuka minda pengkaji untuk menghasilkan kajian
yang sebaiknya.

Walaubagaimanapun, artikel ini mempunyai kelemahan – kelemahan yang dapat


dikesan dan salah satunya ialah penulis tidak menyatakan proses – proses sumber lisan.
Sumber ini merupakan antara sumber yang mempunyai kriteria yang rumit berbanding
sumber sejarah yang lain. Hal ini adalah kerana sumber lisan mempunyai proses yang
teratur dan khusus untuk mendapatkan bahan kajian. Dalam artikel ini, penulis hanya
memfokuskan kepada pengetahuan sumber. Seharusnya proses – proses ini dimasukkan
dalam penulisan sebagai rujukan bakal pengkaji agar mereka dapat merangka awal kajian
mereka. Proses yang dimaksudkan bukan secara mendalam, tetapi hanya sekadar
penyataan umum. Misalnya, sumber lisan mempunyai lima proses yang dimulakan dengan
penentuan dan penyediaan sumber iaitu menentukan siapa yang bakal menjadi responden
pengkaji. Kemudian proses pengumpulan sumber dan pengetahuan dan diikuti dengan
proses temubual responden seterusnya membuat proses transkripsi. Di akhir proses,
pengkaji akan melakukan pendokumentasian sumber. Penulis tidak perlu menghuraikan
proses sejarah lisan dengan mendalam, hanya secara umum dan asas sahaja agar pembaca
mengetahui proses sejarah lisan dan perbezaan dengan sumber lain.

Selain itu, penulis tidak membezakan sumber tulisan dan sumber sekunder. Setiap
pembaca pasti membawa tanggapan yang berbeza. Kemungkinan terdapat di antara
pembaca yang memahami sumber tulisan itu adalah sumber yang sudah dikaji oleh pengkaji
sebelumnya namun sumber sekunder juga tidak kurang lebih. Perkara ini mencetuskan
kekeliruan terhadap pembaca untuk membezakan keduanya yang pada dasarnya kelihatan
sama. Tambahan pula, penulis hanya fokus kepada pendefinisian setiap elemen sahaja tidak
menerangkan dengan jelas apa sebenarnya sesuatu sumber itu. Penulis kurang
memasukkan situasi dalam beberapa sumber. Sepatutnya penulis perlu banyak memberi
contoh yang berkait dengan situasi pengkaji agar pembaca dapat mengetahuinya dengan
lebih jelas. Justeru itu, pengkaji perlu membezakan sumber tulisan dan sekunder dengan
memberikan contoh yang banyak dan lebih mudah difahami agar pembaca mudah
memahami.

Secara kesimpulannya, artikel ini adalah baik dan mudah difahami walaupun
huraiannya begitu ringkas, namun tidak bermakna kita harus menolak artikel ini. Dengan
adanya objektif kajian seperti artikel ini, pembaca boleh mengenalpasti bahawa sumber
sejarah mempunyai lima dan setiapnya mempunyai perbezaan. Harus diingatkan bahawa

3
MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (BA17110330)
AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU

seorang pengkaji tidak boleh mengambil secara terus atau bulat – bulat begitu sahaja
sumber tanpa ditapis. Kesahihan sumber amat penting sebelum diambil menjadi bahan
kajian. Oleh kerana itu, pengkaji akan dipandang hormat oleh masyarakat luar kerana
mampu menjalani proses – proses kajian yang banyak demi menghasilkan sebuah kajian
yang berkualiti.

You might also like