You are on page 1of 9

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELABELAN MAKANAN DAN RAMUAN MAKANAN YANG


DIPEROLEH MELALUI BIOTEKNOLOGI MODEN

(Peraturan 11(3A), 11(6) dan 11(7), Peraturan-Peraturan Makanan 1985)

1.0 MAKSUD:

Garis panduan ini disediakan:


1.1 bagi memenuhi kehendak peraturan 11(3A), 11(6) , 11(7) dan 17(3A)
Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

1.2 sebagai panduan untuk industri makanan, pengguna dan pegawai


diberi kuasa di bawah Akta Makanan 1983;

1.3 Peraturan-peraturan itu adalah seperti yang berikut:

Peraturan 11(3A)

Bagi maksud subperaturan (3), sumber bagi makanan dan ramuan


makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden hendaklah
dinyatakan seperti yang berikut:

“gen dihasilkan daripada (nama biasa binatang tersebut)”

(3) Bagi maksud perenggan (1)(e) dan (g), jika ramuan makanan, atau
aditif makanan yang ditambah pada makanan itu dihasilkan daripada
binatang, nama biasa binatang itu hendaklah juga dinyatakan pada label
makanan itu:

Dengan syarat bahawa adalah tidak perlu untuk menyatakan nama binatang
yang daripadanya ramuan atau aditif makanan itu dihasilkan jika ia boleh
disimpulkan daripada nama sebutan sebenar ramuan adatif makanan
tersebut.

1
Peraturan 11(6)
Bagi maksud perenggan (ea) subperaturan (1) dan (5), sumber
bagi makanan dan ramuan makanan yang diperoleh melalui
bioteknologi moden hendaklah dinyatakan seperti yang berikut:
“gen dihasilkan daripada (sumber)”.
(1)(ea) jika makanan itu mengandungi ramuan yang diketahui boleh
menyebabkan hipersensitiviti, pernyataan yang menyatakan makanan
itu boleh menyebabkan hipersensitiviti;

Bagi maksud perenggan (ea) subperaturan (1), makanan atau ramuan


tertentu yang diketahui boleh menyebabkan hipersensitiviti adalah
seperti yang berikut:

(a) bijirin yang mengandungi gluten termasuk gandum, rai, barli


dan oat;
(b) kekacang dan hasil kekacang termasuk kacang tanah dan
kacang
soya;

(c) ikan dan hasil ikan;

(d) susu dan hasil susu (termasuk laktosa); dan

(e) telur dan hasil telur.

Peraturan 11(7)
Makanan dan ramuan makanan yang diperoleh melalui
bioteknologi moden hendaklah dilabelkan seperi yang berikut:

(a) dalam hal makanan dan ramuan makanan yang terdiri


daripada atau mengandungi organisma diubah suai secara
genetik, perkataan "(nama ramuan) diubah secara genetik"
hendaklah terdapat pada label;

(b) dalam hal makanan dan ramuan makanan dihasilkan


daripada, tetapi tidak mengandungi organisma diubah suai

2
secara genetik, perkataan "dihasilkan daripada (nama
ramuan) diubah suai secara genetik" hendaklah terdapat
pada label;

(c) bagi maksud perenggan (a) dan (b), dalam hal makanan
yang terdiri daripada satu ramuan, maklumat hendaklah
terdapat pada panel pamer utama berdekatan dengan nama
makanan tersebut dan hendaklah dalam penghurufan tidak
kurang daripada 10 poin;

(d) bagi maksud perenggan (a) dan (b), dalam hal makanan
yang terdiri lebih daripada satu ramuan, maklumat
hendaklah terdapat di dalam senarai ramuan diikuti sebaik
sahaja selepas ramuan; dan

(e) bagi maksud perenggan (d), pernyataan “mengandungi


ramuan diubah suai secara genetik” hendaklah dinyatakan
pada panel pamer utama berdekatan dengan nama makanan
tersebut dan hendaklah dalam penghurufan yang tidak
kurang daripada 10 poin.

2.0 TAFSIRAN

“Organisma diubah suai secara genetik (GMO)” ertinya organisma yang


bahan genetiknya telah diubah melalui bioteknologi moden dengan cara yang
tidak berlaku secara semula jadi melalui multiplikasi atau rekombinasi semula
jadi atau kedua-duanya.
“Highly refined foods” ertinya makanan atau ramuan makanan yang melalui
proses penapisan dan pemprosesannya menghilangkan semua DNA novel
dan/atau protein novel.
“Processing aid” ertinya apa-apa benda atau bahan, tidak termasuk alat atau
perkakas, dan tidak digunakan sebagai ramuan makanan secara swadiri,
sengaja digunakan dalam pemprosesan bahan mentah, makanan atau
ramuannya, bagi memenuhi maksud teknologi tertentu semasa perawatan
atau pemprosesan dan yang boleh menyebabkan residu atau terbitan hadir
dengan tidak sengaja tetapi tidak dapat dielakkan dalam produk akhir.

3
3.0 KEHENDAK PELABELAN

3.1 Kehendak pelabelan hendaklah hanya terpakai pada tiga (3) ramuan
utama di dalam senarai ramuan.

3.2 Tahap ambang:

Kehendak pelabelan adalah tidak terpakai pada makanan yang


mengandungi, terdiri daripada atau dihasilkan daripada GMO dalam
kadar yang tidak melebihi 3% daripada ramuan makanan yang dikira
secara individu atau makanan yang mengandungi satu ramuan,
dengan syarat bahawa kehadirannya tidak disengajakan atau tidak
dapat dielakkan secara teknikal.
3.3 Pengecualian:

 Highly refined foods seperti minyak bertapis, sterol tumbuhan,


kandi keras, gula, sirap jagung, madu dan dekstrin (selain yang
mempunyai *ciri-ciri diubah).

 Yang berikut dikecualikan apabila DNA novel atau/dan protein


novel tidak ada dalam makanan terhasil:

o Processing aid dan aditif makanan (misalnya, dekstrin).

o Makanan berasid (misalnya, jeruk dan cuka).

o Makanan masin (misalnya, kicap).

 Makanan daripada binatang yang diberi makan makanan haiwan


GM (misalnya, daging, susu, telur).

 Makanan yang dihasilkan melalui penapaian menggunakan GMM


(Mikroorganisma Diubah Suai Secara Genetik) yang tidak terdapat
dalam keluaran akhir (misalnya, vitamin, asid amino).

 Makanan yang dihasilkan dengan enzim GM (misalnya, keju,


keluaran reroti yang dihasilkan dengan amilase).

4
3.4 Bagi maksud kehendak 3.1 hingga 3.3, hanya ‘event’ yang telah
diluluskan oleh Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan disifatkan
sebagai ‘event’ yang dibenarkan untuk makanan dan ramuan makanan
yang diperoleh melalui bioteknologi moden.

Sila rujuk senarai perkara yang telah diluluskan oleh Lembaga


Biokeselamatan Kebangsaan di http://www.biosafety.nre.gov.my:
(Home>Country's Decision>Approval for Food, Feed and Processing)

3.5 Walau apa pun kehendak 3.1 hingga 3.3, tiada pengecualian pelabelan
untuk makanan yang mengandungi, terdiri daripada atau dihasilkan
daripada GMO jika gen GMO itu adalah terbitan binatang atau bahan
yang boleh menyebabkan hipersensitiviti.

3.6 Walau apa pun kehendak 3.1 hingga 3.3, tiada pengecualian pelabelan
untuk highly refined foods yang mempunyai ciri-ciri diubah. *Ciri-ciri
diubah ertinya–

 Pengubahsuaian genetik telah mengakibatkan satu atau lebih


kandungan penting atau parameter pemakanan mempunyai nilai di
luar julat nilai biasa untuk makanan setara sedia ada yang
dihasilkan tanpa menggunakan teknologi gen.

 Tahap faktor antipemakanan atau bahan toksik semula jadi nyata


sekali berbeza jika dibandingkan dengan makanan setara sedia
ada yang tidak dihasilkan dengan menggunakan teknologi gen.

 Makanan yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi gen


mengandungi faktor baharu yang diketahui menyebabkan gerak
balas alergi terhadap sebahagian penduduk.

 Kegunaan untuk makanan yang dihasilkan melalui teknologi gen


adalah berbeza daripada makanan setara sedia ada yang tidak
dihasilkan dengan menggunakan teknologi gen.

3.7 Bagi maksud kehendak 3.1 hingga 3.6, jika makanan dan ramuan
makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden dilabelkan, sila
rujuk seksyen 3.7.1. Sila rujuk seksyen 3.7.2 untuk contoh label
produk.

5
3.7.1 Carta Alir

i) Produk satu ramuan


Produk satu ramuan

Ya

Dikecualikan?
Pelabelan tak
terpakai
Tidak

Makanan Diubah Suai Secara Makanan Tak Diubah Suai Secara


Genetik Genetik

Sumber gen

> 3 % GMO ≤ 3 % GMO

Ya

Ya
Peraturan 11(7)(a), Gen terbitan Pelabelan tak
11(7)(c) dan 11(3A) binatang? Gen terbitan Peraturan 11(7)(a), terpakai
terpakai bahan yang boleh 11(7)(c) dan 11(6)
menyebabkan terpakai
hipersensitiviti?

Contoh:
Tidak Contoh:
Kacang soya (diubah suai secara Tidak Jagung (diubah suai secara
genetik) (gen terbitan lembu) genetik) (gen terbitan kekacang)

Peraturan 11(7)(a) dan Contoh:


11(7)(c) terpakai jagung (diubah suai secara 6
genetik)
ii) Produk lebih daripada satu ramuan

Produk lebih daripada satu ramuan

3 ramuan utama

Ya

Dikecualikan? Pelabelan tak


terpakai
Tidak

Ramuan Makanan Diubah Suai Ramuan Makanan Bukan Diubah Suai


Secara Genetik (GMF) Secara Genetik (Non-GMF)

Sumber gen

> 3 % GMO ≤ 3 % GMO


Yes

Peraturan 11(7)(a), Gen terbitan Ya Peraturan 11(7)(a),


Gen terbitan
11(7)(d), 11(7)(e) dan binatang? 11(7)(d), 11(7)(e) dan Pelabelan tak
bahan yang boleh
11(3A) terpakai 11(6) terpakai terpakai
menyebabkan
hipersensitiviti?
Contoh:
Biskut Contoh:
Mengandungi ramuan diubah suai Tidak Biskut
secara genetik Mengandungi ramuan diubah suai secara genetik
Tidak
Ramuan: Tepung jagung (jagung diubah suai secara genetik) (gen terbitan
Ramuan: Tepung jagung (jagung diubah ikan), kacang tanah, gula, garam, marjerin, yis, tepung susu.
suai secara genetik) (gen terbitan
lembu), kacang, gula, garam,
Contoh:
marjerin,yis, susutepung
Biskut
Peraturan 11(7)(a), 11(7)(d) Mengandungi ramuan diubah suai secara genetik
dan 11(7)(e) terpakai 7
Ramuan: Tepung jagung (jagung diubah suai secara genetik), kepingan jagung
(jagung diubah suai secara genetik), gula, garam, marjerin, yis, tepung susu.
3.7.2 Contoh Label produk

i) Produk satu ramuan

PQR®

JAGUNG

(Diubah Suai Secara Genetik)

Cara menyimpan: Simpan di tempat kering.


GUNAKAN SEBELUM: 01/01/2015

Packed by:
PQR Sdn. Bhd.
No.1, Jalan 123, Taman Perindustrian PQR,
58000 Kuala Lumpur

Net weight: 1kg

STU®

KACANG SOYA

(Diubah Suai Secara Genetik)


(Gen Diperoleh daripada Lembu)

Cara menyimpan: Simpan di tempat kering.

GUNAKAN SEBELUM: 01/01/2015

Packed by:
MN Sdn. Bhd.
ii) Produk lebih
No.1, Jalan daripada
123, satu ramuanXY,
Taman Perindustrian
58000 Kuala Lumpur

8
ii) Produk lebih daripada satu ramuan

FGH®
ROTI JAGUNG
Mengandungi Ramuan Diubah Suai Secara Genetik

Maklumat Pemakanan
Saiz hidangan: 60g
Hidangan setiap bungkusan: 12

Setiap 100g Setiap hidangan


2 keping (60g)
Tenaga 252kcal 151kcal
Karbohidrat 48.5g 29.1g
Protein 8.3g 5.0g
Lemak 2.4g 1.4g
Kalsium 250mg 150mg

Bahan: Tepung gandum, tepung jagung (jagung diubah suai secara genetik), jagung
(diubah suai secara genetik), yis, susu tanpa lemak, minyak jagung, mentega.
Mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan.

Berat bersih: 360g


Cara menyimpan: Simpan di tempat kering.

GUNAKAN SEBELUM: 01/01/2015


Dikilang oleh:
FGH Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan 123, Taman Perindustrian FGH,
58000 Kuala Lumpur

You might also like