You are on page 1of 17

Garispanduan Pelabelan Makanan 1

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PELABELAN AM MAKANAN

(Bahagian IV, Peraturan-Peraturan Makanan 1985)

1. Pengenalan

Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang benar dan


jelas tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi
semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan
1985.

Garis panduan ini disediakan untuk memberi panduan kepada industri makanan
dan pengguna mengenai keperluan pelabelan makanan berdasarkan kepada
PPM 1985.

2. Bahasa yang digunakan

2.1. Semua maklumat yang perlu ada pada label, hendaklah dinyatakan
dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris berdasarkan kepada
keperluan berikut:

2.1.1. Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di


Malaysia, hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk
terjenmahannya dalam mana-mana bahasa lain.

2.1.2. Bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam Bahasa


Malaysia atau Bahasa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannya
dalam mana-mana bahasa lain.

2.1.3. Bagi makanan bertujuan khas dan hasilan susu di bawah Peraturan 84,
90, 91, 94, 95, 97, 98 dan 99 sama ada yang diimport atau dikeluarkan,
disediakan atau dibungkus di Malaysia hendaklah di dalam Bahasa
Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana
bahasa lain.

2.2. Terjemahan ke dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksud


yang sama dengan maklumat yang asal.

3. Nama sebutan sebenar/nama produk

3.1. Nama sebutan sebenar makanan mestilah berdasarkan kepada nama


biasa ramuan utamanya.
Garispanduan Pelabelan Makanan 2

Contoh :

Jika sesuatu jus diperbuat daripada epal, maka nama sebutan sebenar produk
itu ialah Jus Epal. Nama saintifik bagi epal adalah Malus domestica. Produk
tersebut tidak boleh ditulis Jus Malus Domestica sebagai nama sebutan
sebenar.

Contoh Betul : Contoh Salah :

3.2. Bagi produk makanan di dalam bentuk campuran atau sebatian,


hendaklah dinamakan seperti berikut:

“(nama produk) campuran”, atau “(nama produk) sebatian” :

Dengan syarat bahawa perkataan, “campuran” atau “sebatian” tidak


boleh digabungkan dengan nama sebutan sebenar mana-mana makanan
campuran atau sebatian yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan
oleh Peraturan-Peraturan ini;
Garispanduan Pelabelan Makanan 3

Contoh : Contoh :

Formulasi sesuatu produk adalah Formulasi sesuatu produk adalah seperti


seperti berikut : berikut :

Green Apple Powder 82% Pomegranate Juice 59.2%


Fructose 10% Mangosteen Juice 40.5%
Radix Lepidium Meyenii (Maca) 5% Conditioner 0.1%
Fructo-oligosaccharide (FOS) 3% Preservative 0.1%
Vitamin C 0.1%
Cadangan nama sebutan sebenar
adalah seperti di bawah: Cadangan nama sebutan sebenar adalah
seperti di bawah:

3.3. Nama sebutan sebenar perlu dinyatakan dengan jelas dari segi
ketinggian, keutamaan visual dan kedudukan supaya mudah kelihatan
berbanding perkara lain yang terdapat pada label makanan.

3.4. Jika sesuatu produk mempunyai standard khusus yang perlu dipatuhi,
maka nama sebutan sebenar bagi produk tersebut hendaklah mematuhi
peruntukan yang ditetapkan di bawah standard tersebut.

Contoh :

Peraturan 269A – Kopi Pracampur

Jika sesuatu produk dikategorikan di bawah standard di atas, nama sebutan sebenar
bagi produk tersebut hendaklah bermula dengan “Kopi Pracampur”

Peraturan 356 – Campuran Minuman Botani

Jika sesuatu produk dikategorikan di bawah standard di atas, nama sebutan sebenar
bagi produk tersebut hendaklah bermula dengan “campuran minuman botani”
atau “campuran minuman herba” diikuti sebaik sahaja selepasnya nama sumber
botani atau sumber herba, minuman campuran itu.
Garispanduan Pelabelan Makanan 4

4. Pernyataan tambahan di bawah nama sebutan sebenar (jika berkaitan)

4.1. Bagi produk makanan yang mengandungi daging lembu atau daging babi
atau terbitannya atau lemak babi,pernyataan berikut hendaklah
dinyatakan:

“MENGANDUNGI (nyatakan sama ada daging lembu atau daging


babi atau terbitannya atau lemak babi)”

Atau dalam apa-apa perkataan lain yang memberi maksud yang sama

4.2. Bagi produk makanan yang mengandungi alkohol tambahan, pernyataan


berikut hendaklah dinyatakan.

“MENGANDUNGI ALKOHOL”

Atau dalam apa-apa perkataan lain yang memberi maksud yang sama
Pernyataan “MENGANDUNGI ALKOHOL” hendaklah ditulis dalam
huruf besar tebal dari tulisan bukan serif dan saiz penghurufan tidak
kurang daripada 6 poin.

Kedua-dua pernyataan di atas hendaklah dinyatakan baik sahaja di


bawah nama sebutan sebenar makanan tersebut.

Contoh :

5. Senarai ramuan

5.1. Semua ramuan yang digunakan untuk membuat produk makanan


tersebut hendaklah dinyatakan pada label makanan kecuali air, aditif
makanan dan nutrien.
Garispanduan Pelabelan Makanan 5

5.2. Ramuan tersebut hendaklah dinyatakan berdasarkan kepada nama


sebutan sebenar ramuan tersebut.

5.3. Bagi produk makanan yang terdiri daripada dua atau lebih ramuan,
ramuan tersebut hendaklah disenaraikan mengikut susunan berat
menurun.

Contoh :

Sesuatu produk mempunyai formulasi ramuan seperti berikut:

Ramuan %
Krimer tanpa tenusu 43.25
Inulin 6.25
Daun barli muda 1.00
Serbuk kopi segera 12.50
Gula 37.00
Jumlah 100.00

Susunan ramuan yang hendaklah ditulis pada label adalah seperti berikut :

Ramuan :
Krimer tanpa tenusu, gula, serbuk kopi segera, inulin dan daun barli muda

5.4. Bagi produk makanan yang mengandungi lemak makan atau minyak
makan atau kedua-duanya, hendaklah dinyatakan

(i) pernyataan tentang adanya lemak makan atau minyak makan atau
keduanya-duanya, dan

(ii) nama biasa binatang atau sayur-sayuran, dari mana lemak atau minyak
itu diperolehi.

Contoh :

Minyak sayuran ( Minyak sawit, minyak jagung)

5.5 Bagi produk makanan yang mengandungi ramuan makanan atau aditif
makanan yang ditambah berasal daripada binatang, nama biasa binatang perlu
ditulis pada label.

Contoh :

Kolagen (ikan)
Garispanduan Pelabelan Makanan 6

6. Pelabelan Hipersensitiviti

Produk makanan atau ramuan yang boleh menyebabkan hipersensitiviti adalah


seperti berikut:

a) Bijirin yang mengandungi gluten termasuk gandum, rai, barli dan oat;
b) Kekacang dan hasil kekacang termasuk kacang tanah dan kacang soya;
c) Ikan dan hasil ikan;
d) Susu dan hasil susu (termasuk laktosa); dan
e) Telur dan hasil telur.

Bagi produk makanan yang mengandungi ramuan yang boleh menyebabkan


hipersensitiviti, maka ramuan tersebut hendaklah ditulis seperti berikut:

Contoh

Ramuan :
Ekstrak Malt (Barli), Gula, Susu Tepung Skim, Koko, Maltodextrin, Minyak Kelapa
Sawit dan Vitamin C

Sila rujuk Garispanduan Pelabelan Ramuan Makanan Yang Boleh Menyebabkan


Hipersensitiviti untuk maklumat lanjut.

7. Pernyataan tentang bahan aditif

Bagi produk makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan, pernyataan
tentang aditif makanan tersebut hendaklah dinyatakan seperti berikut:

“mengandungi (nyatakan jenis aditif makanan yang berkenaan) yang


dibenarkan”;

Contoh:

Jika formulasi sesuatu produk mempunyai aditif seperti berikut:

Asid benzoik
Tartrazine
Pulegone
Butylated hydroxy toulene (BHT)

maka pernyataan tersebut hendaklah dinyatakan:

“Mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa yang dibenarkan”.


Garispanduan Pelabelan Makanan 7

Bagi produk makanan yang telah ditambah dengan kondisioner makanan yang
dibenarkan, pernyataan mengenai kondisioner makanan tersebut hendaklah
dinyatakan seperti berikut:

“mengandungi (nyatakan nama kelas kondisioner makanan) sebagai


kondisioner makanan yang dibenarkan”.

Contoh :

Jika formulasi sesuatu produk mempunyai kondisioner seperti berikut:

Asid sitrik
Gam acacia

maka pernyataan tersebut hendaklah dinyatakan sebagai:

“Mengandungi pengawal asid dan penstabil sebagai kondisioner makanan yang


dibenarkan”.

Bagi produk makanan yang telah ditambah dengan penambah perisa yang
dibenarkan, pernyataan mengenai penambah perisa tersebut hendaklah
dinyatakan seperti berikut:

“mengandungi (nyatakan nama kimia penambah perisa itu) sebagai penambah


perisa yang dibenarkan”.

Contoh :

Jika formulasi sesuatu produk mempunyai penambah perisa seperti berikut:

Monosodium L-Glutamate
maka pernyataan tersebut hendaklah dinyatakan sebagai:

“Mengandungi Monosodium L-Glutamate sebagai penambah perisa yang


dibenarkan”.

Sila rujuk Garispanduan Pelabelan Aditif Makanan, Bahan Pemanis Tiruan dan
Bahan Perisa Asli

8. Berat bersih/Isipadu/Bilangan minimum isi bungkusan

(i) Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai berat


bersih atau isipadu atau bilangan minimum isi bungkusan

(ii) Pernyataan tersebut hendaklah dinyatakan mengikut ketinggian


penghurufan yang sama
Garispanduan Pelabelan Makanan 8

Contoh Betul : Contoh Salah :

Berat Bersih : 450 g Berat

Isipadu Minimum 250 ml Isipadu Minimum 500 ml


150 ml

9. Nama dan alamat pengilang/pengimport/negara asal

Semua label makanan hendaklah mempunyai pernyataan mengenai nama dan


alamat pengilang/ pengimport/negara asal:

9.1 Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di


Malaysia, label makanan hendaklah menyatakan salah satu daripada yang
berikut

(i) nama dan alamat pengilang atau pembungkus; atau


(ii) nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus; atau;
(iii) nama ada alamat ejen daripada (i) dan (ii)

9.2 Bagi makanan yang import, label makanan hendaklah menyatakan:

(i) nama dan alamat pengilang di luar negara atau


(ii) nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus; atau;
(iii) nama ada alamat ejen daripada (i) dan (ii); dan
(iv) nama dan alamat perniagaan pengimport di Malaysia; dan
(v) nama negeri dari mana makanan itu berasal

Contoh produk tempatan : Contoh produk import :

Dikilangkan oleh: Dikilangkan oleh:


ABC Sdn. Bhd. XYZ International
No. 81, Jalan Puteri 5/3 10 Mahunga Drive, Mangere Bridge 1
Bandar Puteri, 47100 Puchong Auckland 2021, New Zealand
Selangor
Diimport oleh :
XYZ Sdn. Bhd.
Lot 16, Jalan 19/11
46300 Petaling Jaya
Selangor

Product of New Zealand


Garispanduan Pelabelan Makanan 9

10. Penandaan tarikh

10.1 Makanan yang diwajibkan penandaan tarikh adalah seperti di bawah :

1 Biskut, roti
2 Makanan berkaling untuk bayi dan kanak-kanak
3 Makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-
kanak
4 Coklat, coklat putih dan coklat susu
5 Krim kelapa, santan kelapa, pes kelapa, serbuk krim
kelapa dan kelapa parut
6 Lemak makan dan minyak makan selain daripada
marjerin dalam bekas kedap udara
7 Aditif makanan yang mempunyai tempoh penggunaan
kurang daripada 18 bulan
8 Rumusan bayi
9 Telur cecair, kuning telur cecair, putih telur cecair,
telur kering, kuning telur kering dan putih telur kering
10 Makanan tenaga rendah bagi mana-mana makanan
yang memerlukan penandaan tarikh
11 Hasil daging dalam bekas tak kedap udara
12 Susu dan hasil susu kecuali ais krim yang kurang
daripada 200 ml isipadu dan keju keras
13 Minuman ringan pasteur tak berkarbonat dan
minuman ringan U.H.T tak berkarbonat
14 Nutrien yang ditambah atau sediaan nutrien yang
ditambah yang dijual sebagai makanan
15 Jus buah pasteur
16 Jus sayur pasteur
17 Mentega kacang
18 Sos
19 Makanan bertujuan khas
20 Seri kaya

10.2 Penandaan tarikh pada label makanan hendaklah dinyatakan mengikut


salah satu format berikut :

Contoh :

(i) “TARIKH AKHIR atau TH AKHIR (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan
tahun atau mengikut bulan dan tahun)”.

atau

(ii) “GUNA SEBELUM atau GUNA SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan
tahun atau mengikut bulan dan tahun)”.

atau
Garispanduan Pelabelan Makanan 10

(iii) “MAKAN SEBELUM atau MAKAN SBL atau MINUM SEBELUM atau MINUM
SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan tahun atau mengikut bulan dan
tahun)”.

atau

(iv) “BAIK SEBELUM atau BAIK SBL (masukkan tarikh mengikut hari, bulan dan
tahun atau mengikut bulan dan tahun)”.

10.3. Penandaan tarikh hendaklah dinyatakan dalam huruf besar tebal dari
tulisan bukan serif yang tidak kurang daripada 6 poin.

10.4. Makanan yang tidak tersenarai di dalam para 10.1, juga boleh membuat
penandaan tarikh. Walau bagaimanapun, ia mestilah mematuhi format
yang disyaratkan di dalam peraturan pelabelan makanan.

11. Gambar

Hanya gambar yang menjadi ramuan sahaja boleh disertakan pada label.

12. Pernyataan cadangan penghidangan

Pernyataan “CADANGAN PENGHIDANGAN” atau “RESIPI” hendaklah


dinyatakan berhampiran dengan gambar dalam huruf besar dan saiz
penghurufan mestilah tidak kurang daripada 6 poin.

Contoh
Garispanduan Pelabelan Makanan 11

13. Pengisytiharan maklumat pemakanan

13.1 Makanan yang diwajibkan pelabelan makanan adalah:

13.2. Maklumat nilai pemakanan perlu dinyatakan mengikut format bagi setiap
hidangan dan setiap 100 g(ml).

13.3. Nutrien yang wajib dinyatakan adalah tenaga, protein, karbohidrat dan
lemak.
Garispanduan Pelabelan Makanan 12

Contoh

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan : 200 ml
Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 5
Bagi setiap Bagi setiap hidangan
100 ml (200 ml)
Tenaga 100 kcal (420 kJ) 200kcal (840kJ)
Karbohidrat 23.8 g 47.6 g
Protein 1.1 g 2.2 g
Lemak 0g 0g

14. Pengisytiharan jumlah gula

Bagi minuman yang sedia diminum, jumlah gula hendaklah dinyatakan dalam
bentuk seperti berikut:

“Karbohidrat …g
Jumlah gula …g”

Contoh :

Nama produk : Minuman Berperisa Anggur

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan : 250 ml
Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 4
Bagi setiap 100 ml Bagi setiap hidangan (250
ml)
Tenaga 35 kcal (147kJ) 88 kcal (370 kJ)

Karbohidrat 5.4 g 13.5 g


Jumlah gula 4.5 g 11.4 g

Protein 1.2 g 3.0 g


Lemak 0.9 g 2.3 g
Garispanduan Pelabelan Makanan 13

15. Pengisytiharan jumlah dan jenis asid lemak

Jika nilai asid lemak dinyatakan pada label, keempat-empat jenis asid lemak,
iaitu asid lemak tepu, monotidaktepu, politidaktepu dan asid trans lemak
hendaklah dinyatakan dalam bentuk seperti berikut

“Lemak …g
yang terdiri daripada
Asid Lemak Monotidaktepu …g
Asid Lemak Politidaktepu …g
Asid Lemak Tepu …g
Asid Trans Lemak …g”

Contoh :

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan : 200 ml
Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 5
Bagi setiap Bagi setiap
100 ml hidangan (200
ml)
Tenaga 44 kcal 88 kcal
Protein 0.5 g 1.0 g
Karbohidrat 10.5 g 21.0 g
Lemak 5.8 g 11.6 g
yang terdiri daripada
Asid Lemak Monotidaktepu 2.1 g 4.2 g
Asid Lemak Politidaktepu 1.0 g 2.0 g
Asid Lemak Tepu 2.4 g 4.8 g
Asid Trans Lemak 0.3 g 0.6 g

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan : 200 ml
Bilangan hidangan bagi setiap bungkusan : 5
Bagi setiap Bagi setiap
100 ml hidangan (200
ml)
Tenaga 44 kcal 88 kcal
Protein 0.5 g 1.0 g
Karbohidrat 10.5 g 21.0 g
Lemak 5.8 g 11.6 g
yang terdiri daripada
Asid Lemak Tepu 2.4 g 4.8 g
Asid Trans Lemak 0.3 g 0.6 g
Garispanduan Pelabelan Makanan 14

16. Pengisytiharan nilai nutrien

Vitamin dan mineral hanya boleh diisytihatkan pada maklumat pemakanan


sekiranya mematuhi keperluan berikut :

a) Tersenarai dalam senarai NRN atau


b) Hadir dalam jumlah sekurang-kurangnya 5% bagi setiap hidangan.

Contoh :

Nilai 5% NRN bagi setiap vitamin dan mineral adalah seperti berikut:

Unit NRN 5% NRN


Vitamin A µg 800 40
Vitamin D µg 5 0.25
Vitamin E mg 10 0.5
Vitamin C mg 60 3
Tiamina mg 1.4 0.07
Riboflavin mg 1.6 0.08
Niasin mg 18 0.9
Vitamin B6 mg 2 0.1
Asid Folik µg 200 10
Vitamin B12 µg 1 0.05
Kalsium mg 800 40
Magnesium mg 300 15
Besi mg 14 0.7
Zink mg 15 0.75
Iodin µg 150 7.5
Protein g 50 2.5

17. Pengunaan logo

Penggunaan logo mestilah disokong dengan sijil yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa yang bertanggungjawab dan mestilah masih dalam tempoh sah laku.
(valid).

Sekiranya sijil tidak diperolehi atau telah tamat tempoh sah lakunya, penggunaan
logo tersebut tidak dibenarkan dan hendaklah dikeluarkan.
Garispanduan Pelabelan Makanan 15

18. Pernyataan/akuan yang dilarang

Peraturan 18(1A)

Perkataan yang menyatakan penggredan, kualiti atau kelebihan atau apa-apa


perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama tidak boleh terdapat pada
label melainkan penggredan, kualiti atau kelebihan tersebut telah menepati
kehendak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
Contoh :

1. Ramuan terpilih
2. Berkualiti
3. Satisfaction guaranteed
4. Quality guaranteed
5. Made from quality
6. Mendapat kelulusan KKM
7. Menggunakan no rujukan surat pengekelasan (..)KKM/163/S/No JLD

Peraturan 18(2)

Perkataan "tulen" atau apa-apa perkataan lain yang sama maksud kecuali
makanan yang diberikan kekuatan, ketulenan, atau kualiti yang ditetapkan oleh
peraturan.

Peraturan 18(3)

Perkataan "ubat", "tonik", "kesihatan”atau apa-apa perkataan lain yang sama


maksud

Contoh :

1. Minuman/makanan kesihatan
2. Makanan tambahan
Peraturan 18(4)

Tuntutan mengenai ketiadaan :

i) Daging lembu atau daging babi, atau terbitannya, atau lemak babi atau alkohol
jika makanan itu tidak mengandungi bahan tersebut

ii) Apa-apa bahan aditif makanan atau nutrien tambahan yang dilarang dalam
Peraturan-Peraturan

Contoh :

1. Tiada babi/ tiada lemak babi


2. Tiada alkohol
3. Tidak mengandungi asid borik
4. Tidak mengandungi cyclamate
Garispanduan Pelabelan Makanan 16

Peraturan 18 (6)

Akuan yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:

a. Akuan yang menyatakan bahawa mana-mana makanan tertentu akan


membekalkan sumber yang mencukupi bagi semua nutrien yang penting.

b. Akuan yang membayangkan bahawa suatu diet yang seimbang atau


gabungan pelbagai jenis makanan tidak dapat membekalkan jumlah yang
mencukupi bagi semua nutrien.

c. Akuan yang tidak dapat disahkan.

d. Akuan yang mencadangkan bahawa suatu makanan boleh mencegah,


mengurangkan, merawat atau menyembuhkan penyakit, gangguan atau
keadaan fisiologi yang lain.

e. Akuan yang menyebabkan pengguna ragu akan keselamatan makanan


yang serupa.
f. Akuan yang menimbulkan atau mengeksploitasikan rasa takut pada
pengguna.
Contoh :

1. Makanlah produk ABC untuk memenuhi keperluan nutrien harian anda


2. Makanan ini baik untuk kesihatan jantung, diabetes
3. Meningkatkan imuniti badan
4. Untuk perkembangan minda
5. Clinically tested/ proven
6. Extensive research
7. Scientifically proven
8. Produk ini tidak mengandungi bahan yang diubahsuai secara genetik

Peraturan 18 (7)

Perkataan “organik”, “biologikal”, “ekologikal”, “biodinamik” atau perkataan yang


mempunyai makna yang sama melainkan mematuhi kehendak Standard
Malaysian MS 1529 : Pengeluaran, Pemprosesan, Pelabelan dan Pemasaran
Makanan Berasaskan Tumbuhan Yang dihasilkan Secara Organik.

Peraturan 18(8)

Perkataan “berkhasiat” atau perkataan yang mempunyai makna yang sama


melainkan jika makanan terbut memenuhi keperluan di bawah :

(a) Makanan itu mengandungi suatu kumpulan nutrien termasuk


karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral;

(b) Makanan itu mengandungi amaun tenaga yang cukup banyak yang
melebihi 40kcal bagi setiap 100g atau 20kcal bagi setiap 100ml;

(c) Makanan itu mengandungi sumber protein tidak kurang daripada 5g


bagi setiap 100g atau 2.5g bagi setiap 100ml;
Garispanduan Pelabelan Makanan 17

(d) Makanan itu mengandungi sekurang-kurangnya empat vitamin pada


amaun yang memenuhi kriteria untuk diakui sebagai sumber dan dua
mineral (tidak termasuk natrium) pada amaun yang memenuhi kriteria
untuk diakui sebagai sumber; dan

(e) Amaun nutrien yang disebutkan dalam perenggan (a) dan (d)
diisytiharkan.

19. Peraturan 26A Probiotik


1. Bagi makanan yang ditambah kultur probiotik, pernyataan berikut hendaklah
dinyatakan :

a) perkataan “MENGANDUNGI (nyatakan kuantiti) KULTUR PROBIOTIK”;

b) penentuan genus, spesies dan strain kultur probiotik; dan

c) arahan bagi penyimpanan sebelum dan selepas bungkusan dibuka.

2. Apabila media yang digunakan bagi pembiakan dan penyelenggaraan kultur


probiotik berasal daripada binatang, pernyataan “MEDIA YANG DIGUNAKAN
BAGI PEMBIAKAN KULTUR PROBIOTIK BERASAL DARIPADA (nama biasa
binatang itu)” perlu ditulis.

3. Boleh ditulis pada label di atas sesuatu bungkusan bagi makanan yang
ditambah kultur probiotik, perkataan "Kultur probiotik membantu meningkatkan
fungsi usus atau salur makanan" atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai
makna yang sama.”

Contoh :

Maltodextrin, epal, gula, B.bifidum Bb-02 (MENGANDUNGI 1 x 106 sel hidup/g


KULTUR PROBIOTIK)

Arahan Penyimpanan:
Simpan di bawah suhu 4°C sebelum dan selepas bungkusan dibuka.

MEDIA YANG DIGUNAKAN BAGI PEMBIAKAN KULTUR PROBIOTIK BERASAL


DARIPADA LEMBU.

20. Pematuhan dan Penalti


Sebagai sebahagian dari PPM 1985, perlanggaran peraturan ini akan
mengakibatkan denda atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
sekali.

Produk makanan juga mestilah mematuhi peraturan lain di dalam Akta Makanan
1983 dan PPM 1985 atau berisiko menerima penalti yang sama

You might also like