You are on page 1of 3

Hovid Berhad

Hovid Marketing Sdn. Bhd. merupakan sebuah subsidiari milik penuh Hovid Berhad. Ia memasarkan produk kesihatan dan kesejahteraan menerusi saluran perniagaan pemasaran berangkaian. Bahagian farmaseutikal Kumpulan Hovid Berhad mengilang dan memasarkan lebih daripada 300 jenis ubat beretika serta suplemen kesihatan dan diet. Kategori produk Hovid Berhad dibahagikan kepada farmaseutikal etika, suplemen diet, suntikan dan produk pengguna.

Hovid Berhad
Barisan produk dan aktiviti utama Kumpulan Hovid Berhad termasuk: 1) sistem penyampaian ubat khas, seperti perumusan pembebasan yang telah diubahsuai dan perumusan bio-ketersediaan yang telah ditambah nilainya;

2) produk etika, termasuk analgesik antibiotik, antidiabetik, antihipertensi, antimalaria and antiinflamasi;

3) suplemen diet yang ditambah nilainya; produk pengguna, dan

4) ekstraksi kompleks tokotrienol sawit, kompleks karotenoid campuran dan fitosterol daripada buah kelapa sawit.

Kemudahan pengeluaran Hovid Berhad dan segala amalan berkaitan dengan produk farmaseutikalnya menurut piawaian-piawaian PIC/S GMP dan Amalan Baik Makmal. Kekuatan Hovid Berhad terletak pada pasaran eksportnya yang meliputi lebih daripada 30 negara di serata dunia. Hovid Berhad juga berbangga kerana ia merupakan syarikat yang pertama memperkenalkan ubat generik Malaysia di luar negara, khasnya di Filipina dan Kemboja. Ia telah berjaya mendaftarkan500 produk di 26 negara di seluruh dunia. Carotech, sebuah subsidiari Hovid Berhad, mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kompleks tokotrienol spektrum penuh, kompleks karotena campuran, dan fitosterol. Carotech mengeksport ke 27 negara di serata dunia. Carotech Inc, subsidiari milik penuhnya di New Jersey, Amerika Syarikat, bertanggungjawab untuk pemasaran dan pengedaran produk Carotech di Amerika Syarikat. Amerika Syarikat mewakili pasaran terbesar untuk produk Carotech, iaitu 52% daripada jumlah eksport Carotech.

Hovid Berhad
Mesej Pengarah Urusan Kami Profil Pengarah Urusan Kami Warisan Kami Syarikat Kami Kemudahan Kelas Dunia Kami Kekuatan Penyelidikan dan Pembangunan Kami Wawasan dan Nilai-nilai Kami Alamat syarikat: Hovid Berhad. 121, Jalan Kuala Kangsar , 30010 Ipoh Perak, Malaysia. Tel: 60(5) 506 0690 Fax: 60(5) 506 1215 http://www.hovidpure.com/bm/aboutCompany.html Klik disini untuk membaca tajuk artikel yang berkaitan dengan Hovid Berhad

Source: http://usahawanhovid.com Source: http://usahawanhovid.com/hovid-berhad/

You might also like