You are on page 1of 11

PENDEKATAN EKLEKTIK

1.0 Pengenalan:

Pembelajaran bahasa di sekolah mencakupi beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sehubungan dengan ini, kewujudan teori

huraian dan teori pemerolehan bahasa perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai

hubungan yang sangat rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas.

Seseorang guru bahasa perlu mengetahui beberapa teori, pendekatan dan teknik yang

memberi pengkhususan kepada pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh Teori

Behaviourisme, Teori Mentalis, Teori Kognitif dan Teori Fungsionalis. Seseorang guru

bahasa mestilah memahami teori bahasa dan teori pemerolehan dengan mendalam supaya

dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendapat-pendapat ahli

psikologi yang terdiri daripada Skinner, Pavlov, Jean Piaget, Thorndike dalam teori –teori

bahasa dapat membantu guru menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan

teknik yang sesuai dalam mengajar bahasa.

2.0 Definisi:

2.1 Strategi – Ialah pertimbangan terhadap teori, pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran untuk mencapai objektif. Strategi juga dianggap landasan penentuan

pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran.

Klasifikasi Strategi Pengajaran dibahagikan kepada 4 iaitu pembelajaran berpusatkan

guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan berpusatkan masalah.

Strategi berpusatkan guru bermaksud guru memainkan peranan yang utama guru yang

menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran kaedah dan teknik yang digunakan

1
seperti penerangan, deminstrasi, syarahan, becerita dan pengajaran makro guru banyak

memberikan penerangan dan murid mendiamkan diri.

Strategi berpusatkan murid ialah murid memainkan peranan yang penting iaitu murid

digalakkan melibatkan diri secara aktif. Guru merupakan seorang pemimpin yang

membimbing murid menjalankan aktiviti. Kaedah dan teknik yang digunakan seperti

inkuiri penemuan, perbincangan, main peranan dan sumbangsaran.

Strategi berpusatkan kepada bahan pula bermaksud murid boleh memahami pembelajaran

dengan lebih bermakna secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru. Kaedah

yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer

dan sebagainya. Guru menyampaikan pengajaran dengannya lebih mudah, lebih menarik

serta lebih berkesan.

Strategi berpusatkan kepada masalah ialah strategi yang dilaksanakan dengan penyeliaan

guru. Strategi ini dilakukan sama ada secara berkumpulan atau individu. Murid harus

dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat, selain memerlukan proses

penaakulan yang agak tinggi.

2.2 PENDEKATAN

Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama

yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (penyataan yang diterima umum

dan menjadi asas kepada sesuatu huraian) Parera (1986) • Satu kumpulan andaian yang

saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat

pembelajaran bahasa (Kamarudin Hj. Husin, 1988)

2
2.3 KAEDAH

Mangantar Simanjuntak (1982) menerangkan kaedah ialah “ Satu rencana (prosedur)

yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya

mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan ”.

Parera (1986) pula mengatakan “ Satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan

secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian- bahagiannya yang saling

bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan ”.

Menurut Ishak Ramly (2006) “Satu rancangan tentang apa yang akan di laksanakan

sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran ”.

2.4 TEKNIK

Kamus Dewan (edisi ketiga)• Kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperi muzik, karang-

mengarang dan sebagainya.

Edward M. Anthony • Satu muslihat atau strategi atau teknik yang digunakan oleh guru

untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian

bahasa tertentu.

Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abd Aziz • Pengendalian suatu organisasi yang

benar- benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu

objektif

3.0 JENIS-JENIS PENDEKATAN

Terdapat beberapa jenis pendekatan dalam usaha untuk menjayakan pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Pendekatan-pendekata tersebut ialah:

3
Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Masteri

Pendekatan Kontektual

Pendekatan Konstruktivisme

Pendekatan Tematik

Pendekatan Komunikatif

Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan

hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun

kaedah mengajar.

4.0 KONSEP PENDEKATAN

Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil

bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan

boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan.

Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang

beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan

kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang

diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan.

Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu

merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai

objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah

mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui

4
latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya

dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan

pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai

objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka

guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan

betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan

individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan

kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh

tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih

kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan

induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi

susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan

memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai

pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang

memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala

kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan

murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah

perbincangan kumpulan.

5
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata

pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan

Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Hal ini

adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan

digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baharu. Pendekatan ini adalah sama

dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan

diajar mengikut tema-tema tertentu.

5.0 PENDEKATAN EKLEKTIK

5.1 Definisi

Pendekatan eklektik ialah pendekatan yang menggunakan dua atau lebih kaedah yang

menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan

menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik

dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.

5.2 Konsep Pendekatan Eklektik

Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan Guru tidak

terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan

mudah iubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.

Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti

dengan kesimpulan.

Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan

generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.

6
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti

dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya

lebih kepada pendekatan deduktif.

Pendekatan eklektik ini boleh digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru

menggunakan berbagai pendekatan dan tidak hanya bergantung kepada satu pendekatan

sahaja. Pendekatan ini boleh gunakan strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan

berpusatkan bahan dan digunakan dalam aktiviti pemulihan serta pengayaan. Pendekatan

ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik. Segala ciri-ciri baik yang

terdapat dalam pendekatan tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran tertentu. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri

daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Pengajaran eklektik amat penting dalam

membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam

kalangan kanak-kanak. Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran

memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan

penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.

5.3 CIRI-CIRI

Pendekatan eklektik mempunyai ciri-ciri tertentu dan diantara ciri-ciri yang berkaitan

dengan pendekata ini ialah, pendekatan ini merupakan satu cara mengajar menggunakan

pelbagai kaedah, yakni tidak terikat kepada satu kaedah mengajar sahaja. Setiap guru

boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri dalam menjayakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan untuk mencapai objektif.

Selain dari itu, ciri-ciri pendekatan eklektik ini ialah guru juga boleh mengajar mengikut

kebolehan dan kemampuan murid-muridnya, misalnya, peringkat asas pengajaran

7
dilaksanakan latihan mendengar dan kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur,

membaca dan menulis.

Melalui pendekatan eklektik ini juga murid-murid boleh menggunakan bahasa secara

aktif dan boleh pula berfikir secara langsung dengan menggunakan bahasa yang

dipelajarinya. Ini kerana pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid

diberi peluang mempraktikan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

Dengan itu akan membuatkan murid-murid berasa seronok untuk belajar.

5.4 PELAKSANAAN PENDEKATAN EKLEKTIK

Pelaksanaan pedekatan eklektik adalah gabungan antara pendekatan induktif dan

deduktif. Contoh penekanan kepada pendekatan induktif ialah dimulai dengan khusus

kepada umum iaitu dengan menerangkan contoh terlebih dahulu dan dibawa kepada

generaliasi. Pendekatan ini juga memberi penekanan kepada pendekatan deduktif iaitu

dengan dimulai umum kepada khusus dengan menerangkan generalisasi dahulu

kemudian diikuti dengan contoh.

5.4.1 Contoh pelaksanaan pendekatan eklektik memulakan dengan menyatakan atau

menerangkan generalisasi:

-Menerangkan objek dan faedah pengajaran.

-Menerangkan peraturan dan hukum tentang aspek bahasa yang hendak diajar.

-Memberi definisi atau maksud tertentu.

-Memperlihatkan ciri-ciri, prinsip-prinsip, kandungan isi pembelajaran, skop dan


sebagainya.

8
5.4.2 Contoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi contoh untuk

menerangkan generalisasi:

-Contoh hendaklah mencukupi.

-Contoh haruslah dari yang konkrit kepada yang abstrak.

-Contoh boleh diperlihatkan melalui gambar, rakaman, petikan, ayat, perkataan


berlawanan atau seerti.

-Membuat aktiviti seperti membuat demontrasi, menunjuk cara, melakukan aksi,


melengkapkan serta menjawab soalan.

5.4.3 Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa,

-Guru menerangkan rumus atau peraturan aspek tatabahasa yang diajar serta
contoh.

-Murid diminta memberi contoh lain untuk menjelaskan generalisasi yang dibuat

dan menyimpulkan takrif aspek tatabahasa tersebut.

Kesimpulan

Pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang

terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.

Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas

mengikut kehendak dan keperluan murid.

6.0 KELEBIHAN

1. Sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.

2. Murid berpeluang belajar dalam suasana yang lebih meyakinkan

3. Memudahkan guru mentadbir pengajaran mereka.

4. Pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan suasana yang aktif.

5. Dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar

6. Guru dapat mengetahui tahap pencapaian dan kemampuan murid.

9
7.0 KELEMAHAN

1. Sukar memilih pendekatan yang hendak digunakan kerana tahap pencapaian

murid yang berbeza.

2. Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan banyak latihan.

3. Tumpuan tidak boleh diberikan kepada semua murid.

8.0 PENUTUP

Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terdapat

banyak pendekatan yang boleh digunakan. Guru bebas untuk memilih pendekatan yang

sesuai untuk digunakan kerana tiada satu pendekatan khusus semasa proses pengajaran

dan pembelajaran. Namun begitu pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik mestilah

secara kreatif agar murid-murid memperoleh satu pengalaman yang baru dan berguna.

10
Rujukan

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar
Bakti, Petaling Jaya.

http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html

http://mewahilmu.blogspot.com/2012/10/kaedah-induktif-dan-deduktif.html

http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/08/pendekatan-induktif.html

http://mimieymanjer.blogspot.com/2012/04/pendekatan-induktif-deduktif-eklektik.html

http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-pendekatan-strategi-kaedah.html

Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

11

You might also like