You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK

SK (P) JALAN BATU

Bil 2 Tahun 2020

TARIKH : 12 Ogos 2020


MASA : 8.20 pagi
TEMPAT : BILIK GPK

NAMA YANG HADIR:

1) Encik Mohamad Rizal bin Asbullah


2) Cik Amira Nadwa binti Mohd Nasir (Ketua Panitia)
3) Puan Netty Ningseh binti Abdul Manaf (Setiausaha)
4) Siti Nurul Salbiah binti Shaidan
5) Cik Yogaswry a/p Segaran

1. KATA ALU- ALUAN PENGERUSI

1.1 Cik Amira Nadwa binti Mohd Nasir mengalu-alukan kehadiran dan
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Panitia Pendidikan Muzik yang
hadir. Beliau turut berharap agar semua guru dapat memberikan komitmen dan

kerjasama untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran seni muzik pada tahun
ini.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cik Yogaswry mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan


disokong oleh Encik Mohamad Rizal bin Asbullah.
Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada
4. PERBINCANGAN PROFESSIONAL
4.1 DSKP Penjajaran.
Cik Amira Nadwa menyatakan semua Guru Pendidikan Muzik tidak
menggunakan DSKP Penjajaran. Semua guru telah mengubahsuai Rancangan
Pengajaran Tahunan mengikut jumlah baki minggu persekolahan.
Tindakan : Makluman

4.2 PBD
4.2.1 Cik Amira Nadwa meminta semua guru untuk menjalankan pentaksiran
secara berterusan dan merekodkan Tahap Penguasaan murid bagi
setiap kelas. Semua Guru Pendidikan Muzik telah merekodkan PBD
pertama mengambil kira PdPC sebelum Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Penilaian PBD bagi Pendidikan Muzik perlu mengambil berat
teori Pendidikan Muzik serta Amali Pendidikan Muzik.

Tindakan : Makluman

4.3 PCG 2020


Ketua panitia memaklumkan bahawa PCG bagi Panitia Pendidikan Muzik
2020 adalah sebanyak RM 1975.48. Beliau mencadangkan untuk
menggunakan wang PCG untuk membeli Bahan Bantu Mengajar. Antara
cadangan pembelian adalah seperti berikut.
- Ukulele for Beginners – RM 118 (2 unit)
- Concert Music Stand – RM145 (2 unit)
- Alat Muzik Set E – RM 368 (1 unit)
- Banner Pengenalan Jenis –Jenis Alat Muzik – RM398 (1 unit)
- Pelajaran Rekorder Moden – RM235 (1 unit)
- Set Poster Penjarian Alat Muzik Rekorder - RM198 ( 1 unit)
-
Tindakan : Makluman
4.4 Takwim Peperiksaan
4.4.1 Berikut adalah senarai penggubal soalan.
PENGGUBAL SOALAN TAHUN
Amira Nadwa binti Mohd Nasir TAHUN 4
Netty Ningseh binti Abdul Manaf TAHUN 5
Netty Ningseh binti Abdul Manaf TAHUN 6

5. HAL- HAL LAIN

Panitia Pendidikan Muzik mencadangkan Hari Terbuka SKPJB ditangguhkan kerana


bimbang dengan peningkatan ke Covid-19 kebelakangan ini.

6. RUMUSAN
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 9.45 pagi

.
Disediakan oleh: Di semak oleh :

_____________________________________ _________________________
Cik Amira Nadwa Binti Mohd Nasir Encik Mohamad Rizal Bin Asbullah
Ketua Panitia Pendidikan Muzik GPK Tadbir & Kurikulum

You might also like