You are on page 1of 31

Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah

Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN SEKOLAH PONDOK

MADRASAH AL-IJTIMAIYYAH ASH-SYATARIYYAH

ULU BENDUL KUALA PILAH

NEGERI SEMBILAN

URUSETIA PENAJA

JAMAAH SYATARIYYAH

BANTING SELANGOR

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 1
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

CADANGAN PENUBUHAN SEKOLAH PONDOK


KAMPUNG ULU BENDOL KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
1. Pendahuluan

Sistem pendidikan sekolah pondok di Malaysia merupakan satu sistem


pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini wujud
apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif mengajar
masyarakat Islam di kawasan setempat melalui kitab-kitab yang muktabar (Ahli
Sunnah Wal-Jamaah).

Cadangan penubuhan pondok ini yang membawa maksud mewujudkan


warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang
pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus. Hasrat ini lebih
terarah apabila di kawasan ini, khasnya di Negeri Sembilan adalah lubuk ilmuan
Islam terbilang, antaranya, Al – Marhum Syeikh Jamaludin AL- Linggi, Syeikh Said
AL- Linggi, Tuan Tulis Ismail, Syeikh Haji Ujang AS - Sammaniah (Pasir Ambur),
Tuan guru Haji Ahmad Rembang Panas Juasih. Mereka semua adalah sebahagian
ulama yang telah memperjuangkan Islam di zaman dahulu. Kini timbul pula
beberapa tuan- tuan guru yang menyambung usaha murni mereka seperti Tuan
Guru Haji Abdul Raof (PondokTampin), Tuan Guru Abdul Hafiz (Pondok Kuala
Pilah) dan lain-lain. Moga usaha mereka diberkahi Allah.

Penubuhan pondok ini pula untuk menyemarakkan lagi institusi pengajian


sekolah pondok yang sedia ada itu, moga mendapat limpah rahmat Ilahi.

Amin Ya Rabbil A'lamin.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 2
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

2. Latar Belakang Sistem Sekolah Pondok

Sistem pendidikan pondok dalam dunia melayu bermula di Pattani dalam


abad ke 16. Sistem ini berkembang di Semenanjung Tanah Melayu pada awal
abad ke l7. Ianya melibatkan beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak dan
Pulau Pinang. Sistem pendidikan pondok di Indonesia bermula di Acheh yang
dinamakan pasantrien yang bermaksud "perkampungan". Sistem ini hanya
terdapat di Asia Tenggara dan merupakan suatu yang unik dalam sejarah
perkembangan ilmu pendidikan Islam.

3. Pondok- Pondok di Malaysia

Antara sekolah pondok terkenal di Malaysia:-

i. Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.


ii. Pondok Banggul Berangan (Lanai) Baling, Kedah.
iii. Pondok Kroh, Grik, Perak.
iv. Pondok Jorak, Muar, Johor.
v. Pondok Chenor, Temerloh, Pahang.
vi. Pondok Labuhan Dagang, Banting, Selangor.
vii. Pondok Sungai Bakap Pulau Pinang.
viii. Pondok Sungai Udang, Melaka.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 3
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

4. Sistem Pendidikan Pondok

Sistem pendidikan pondok merupakan satu sistem yang mementingkan


aspek penghayatan dan amalan dalam diri setiap muslim. Perkataan 'fondok'

(‫ )اﻟﻔﻨـــــﺪق‬dari bahasa Arab bererti 'tempat penginapan'. Orang melayu lebih

mudah menyebut 'pondok' hingga ke hari ini.

Komponen dalam sesuatu pendidikan pondok terdiri daripada pondok


penginapan, penempatan guru-guru, madrasah, musolla, wakaf- wakaf, ruang
riadah. Pondok pula terbahagi dua iaitu pondok dalam dan pondok luar. Pondok
dalam menempatkan mereka yang berkelamin dan pelajar perempuan
(diasingkan). Pondok luar pula menempatkan pelajar lelaki yang masih bujang.

5. Idea Untuk Menubuhkan Madrasah Pengajian Pondok

Idea untuk menubuhkan madrasah pengajian pondok ini lahir daripada


aktiviti jamaah Syatariyyah yang sering mengadakan program menziarahi ulama’
dan pondok- pondok pengajian Islam yang ada di tanah air. Aktiviti ziarah ini telah
menjadi satu aktiviti tahunan untuk menimbulkan rasa kasih kepada ulama dan
menimbulkan minat untuk menuntut ilmu. Dari situlah timbulnya idea untuk
menubuhkan madrasah sendiri kerana kebanyakan alim ulama’ yang ada pada
hari ini pada mulanya menuntut ilmu di pondok- pondok pengajian Islam.

Walaupun situasi zaman millennium ini melihat pendidikan cara ini agak
ketinggalan zaman, namun bagi kami ia masih tetap relevan kerana melalui sistem

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 4
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

pendidikan begini dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agama dari segi
aspek sistem silibus yang sinonim dengan tuntutan agama, bermula dengan soal
aqidah, hukum-hukum feqah hinggalah kepada perkara-perkara melibatkan soal
batiniah yang sukar dipelajari melalui sistem pendidikan yang ada sekarang. Jadi
dengan sebab itu kami terpanggil untuk menubuhkan madrasah pangajian Islam
ini untuk meninggikan lagi syiar Islam dan dapat mewujudkan perkampungan
yang mengamalkan cara hidup Islam.

Di antara pondok-pondok yang pernah di ziarahi oleh jamaah Syatariyyah:

Madrasah Misbahul Falah (Pondok Lanai- Kedah)

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 5
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Pondok Bandar Hilir Telui Tua Sik Kedah

Bergambar kenangan bersama Tuan Guru Ustaz Abdul Halim

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 6
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Jamaah Syatariyyah bersama Tuan Guru Syed Suhaimi dan para pelajar Pondok Darul Muhajirin
Bukit Jong, Setiu

Persekitaran Pondok Darul Muhajirin

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 7
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Perkarangan Pondok pak Tih Haji Abdullatif – Kroh, bergambar bersama tenaga pengajarnya

Muzakarah dengan Tuan Guru Haji Marzuki di pondoknya Pondok Permatang Badak, Kuantan
Pahang

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 8
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Kediaman Tuan Guru Haji Abdul Hamid (Pak Cu Mid) Bukit Tembaga, Pokok Sena Kedah

Pintu masuk Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 9
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Bersama tenaga pengajar Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah

Tuan Guru Haji Rejab, Pondok Manab Al-Ulum Sungai Korok, Ayer Hitam Kedah

Ini adalah sebahagian yang sempat kami paparkan di sini banyak lagi
pondok- pondok yang kami ziarahi antaranya di Kelantan, Perak, Pahang dan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 10
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Johor. Sebenarnya masih banyak lagi ulama- ulama yang ada di tanah air yang
belum kami temui. Mudah-mudahan dengan menziarahi ulama akan timbulkan
kasih kepada mereka dan akan timbulnya kasih kepada Rasulullah, mudah-
mudahan mendapat keredhaanNya.

6. Objektif

Cadangan penubuhan sekolah pondok ini mempunyai objektif seperti berikut:-

i. Menyediakan pendidikan menurut ahli sunnah wal jamaah.


ii. Pengambilan ilmu yang dipelajari.
iii. Memberi peluang kepada lapisan masyarakat sama ada warga emas
mahupun remaja.

iv. Mencari mardotillah (‫)ﻣﺮﺿـــﺎة اﷲ‬

v. Menjadi tempat uzlah ( berkhulwah ).


vi. Kem motivasi untuk orang awam, badan berkanun, pelajar sekolah dan
universiti.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 11
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

7. Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan yang akan dilaksanakan dipondok ini dibahagikan kepada
dua bahagian:-

i. Nazami (sistem kelas menurut tahun)


ii. Umumi (kelas umum)

Sistem nazami adalah untuk pelajar remaja dari umur 13 tahun dan ke atas.
Sistem umumi pula adalah untuk warga emas berkelamin juga untuk pelajar 13
tahun ke atas.

Sistem kelas adalah dari tahun satu hingga tahun tujuh (Tujuh Tsanawi).
Pada tahun satu, pelajar-pelajar akan memulai pengajian tulisan Jawi dan
pengenalan Bahasa Arab (nahu, sorof, dan lain-lain). Juga kitab-kitab Jawi dan
Arab pertengahan. Pada tahun lima, enam dan tujuh adalah pengajian kitab-kitab
Arab. Insya Allah.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 12
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

8. Sumber Kewangan Pembinaan Pondok

Jawatankuasa penaja penubuhan pondok ini telah merancang di mana


untuk mendirikan pondok ini memerlukan peruntukan RM1.5 juta sebagai
pembinaan selengkapnya. Namun begitu pihak penaja telah bersetuju untuk
memulakan pembinaan sebanyak mana yang dapat dikumpulkan terlebih dahulu,
sehingga penghujung tahun ini 31 Disember 2013.

Sehubung dengan itu segala sumbangan daripada dermawan budiman


amat dialu-alukan ,dan kami ucapkan jaza khimullahu khairan kasira.

Sumbangan bolehlah di buat melalui akaun seperti di:

Nama Bank: BANK ISLAM

No. Akaun: 12074010060791

Atas Nama: SYATARIYYAH ENTERPRISE

Atau boleh terus berhubung dengan jawatankuasa pembinaan di no telefon


berikut:

1. Pengerusi Barzani Bin Rosman – (013-3615634)


2. Bendahari Rosnan Bin Haji Kasman – (013-3871418)
3. Setiausaha Abdurrasyid B. Md. Jail – (013-2981664)
4. Urus setia pembangunan Abdullah Bin Yahya – (012-3931784)
5. Urus setia dana pembangunan Mohammad Sarji B. Hussin – (0127292049)

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 13
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

9. Yuran Pengajian
Yuran pengajian akan dikenakan pada kadar yang minima, iaitu setiap
pelajar katagori 1, dikenakan RM30 sebulan. Manakala katagori 2, dikenakan
RM50 (dewasa dan warga emas) sahaja.

Tujuan yuran ini dikenakan adalah sebagai caj bekalan air dan bekalan
elektrik serta kerja-kerja 'maintanance' di pondok pengajian, seperti pembersihan
kawasan, baik pulih bangunan serta kerja-kerja pentadbiran.

Sebahagian peruntukkan yang dikenakan kepada pelajar akan digunakan


sebagai saguhati tenaga pengajar.

10. Ahli jamaah Yang Berusaha Bagi Menjayakan Penubuhan Pondok

1. Penasihat Ustaz Anwar Helmy Abdul Malik - (0133334697)


2. Pengerusi Barzani Rosman - (0133615634)
3. Bendahari Rosnan Haji Kasman - (0133871418)
4. Setiausaha Abdurrasyid Bin Md. Jail - (0132981664)
5. AJK
Ahmad Suhaimi Bin Sharif Noramin Bin Sharif
Mohd Zain Bin Idris Khairul Adha Bin Hj Muner
Husin Bin Mohd Ali Mohd Suhaimi Bin Abu Hasan
Jamal Khail Bin Abdul Rahim Mohd Rossaimi Bin Sulaiman
Mohd Najib Bin Samsudin Mohd Nizam Bin Klivon
HJ Abdul Rahman Sidek Hairul Azmi Ali

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 14
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Zamri Bin Mohd Yatim Abu Bakar Bin Ahmad


Hamid Bin Lazim (Pak Hamid) Mohamad Jamaludin Muhamad Said
6. Urus setia Abdullah Bin Yahya - (0123931784)
7. Urus setia dana Mohammad Sarji Bin Hussin - (0127292049)

11. Saketeriat Pencarian Dana Sekolah Pondok Madrasah Al-


Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah

Pendahuluan

Telah diketahui umum bahawa keadaan umat Islam di seluruh dunia ketika
ini dalam status lemah dan tertindas. Lemah dari aspek aqidah dan tidak
berpegang teguh dengan prinsip Islam yang sebenar. Mereka sering kali
melakukan perbuatan di luar batas Islam, tanpa disedari. Menyedari hakikat ini
perlu ada satu pakatan, bangkit untuk memberi kefahaman kepada mereka.
Dengan ini akan dapat memperkasakan diri dengan memperbaiki sahsiah dan jati
diri mereka sebagai individu Muslim. Mudah- mudahan mereka akan sentiasa
berada di landasan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah).

Di atas kesedaran itu, maka kami ingin mengajak masyarakat Islam yang
ada, untuk membina sebuah Insitusi Pengajian Islam (pondok) yang berpaksi di
atas landasan Islam yang sebenar bertempat di Kg. Solok Paku berhampiran Ulu
Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, InsyaaAllah.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 15
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

12. Penubuhan Syarikat


Penubuhan SYATARIYYAH ENTERPRISE telah di daftarakan secara rasmi di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bertujuan bagi membuka akaun bank tempatan
untuk pengumpulan dana pembinaan pondok yang dimaksudkan.

SYATARIYYAH ENTERPRISE (No Pendaftaran 002216608-T)


Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman, Kampung Labohan Dagang
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan

*Rujuk LAMPIRAN 1

13. Visi Madrasah

Pihak kami telah meletakkan matlamat penubuhan Madrasah Syatariyyah ini


adalah seperti berikut;

i. Pembelian tanah melalui sumbangan orang ramai, dan tanah tersebut akan
diwartakan sebagai tanah wakaf.
ii. Membena Pusat Pengajian Islam (pondok) dilengkapi dengan asrama dan
Iain - Iain sebagaimana dinyatakan dalam "sasaran projek".
iii. Memberi pendidikan kepada para pelajarnya, membena hakikat insaniah
sebagai individu Islam secara PERCUMA.

Untuk realisasikan impian yang murni ini, Seketeriat Pencarian Dana ditubuhkan,
dengan tujuan untuk mencapai sasaran dan wawasan projek yang akan di
nyatakan di bawah.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 16
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

14. Sasaran Projek

i. Membeli sebidang tanah seluas 2 ekar, 17 pool di alamat seperti diatas.


ii. Membersihkan tanah, pembenaan jalan masuk, membuat perparitan dan
saliran yang sesuai.
iii. Membina madrasah dan dewan kuliah.
iv. Membina rumah mudir dan tenaga pengajar.
v. Membina rumah kakitangan dan warga emas.
vi. Membina asrama penempatan pelajar lelaki.
vii. Membina asrama penempatan muslimah.
*Rujuk LAMPIRAN 2

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 17
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

15. Anggaran Kos

Anggaran kasar kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut adalah dianggarkan
sebanyak RM1,500,000.00 (1.5 juta ringgit)

PERKARA KUANTITI HARGA


Kos beli tanah
1 2 Ekar 17 Pole RM 45,000
*rujuk LAMPIRAN 3
2 Pembersihan tanah 1 Lot RM 5,700
3 Membuat teres tanah 1 Lot RM 3,800
4 Sistem perparitan 1 Lot RM 4,600
5 Pagar keliling 1 Lot RM 48,000
6 Blok asrama 5 RM 800,000
7 Surau 1 RM 250,000
8 Sistem kumbahan 1 Lot RM 180,000
9 Sistem jalan 1 Lot RM 70,000
10 Kawasan riadah 1 Lot RM 30,000
11 Sistem elektrik 1 Lot RM 60,000
12 Keperluan asas 1 Lot RM 100,000
13 Rumah guru dan pekerja am 5 RM 150,000
Jumlah anggaran keseluruhan kos RM 1,747,100

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 18
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

16. Pengumpulan Dana

Setiap ahli di dalam kumpulan ini adalah bertanggungjawab untuk bergerak


bersama-sama bagi mendapatkan dana yang secukupnya untuk mencapai
matlamat dan impian yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah yang
dicadangkan dalam melaksanakan visi tersebut;

Sumbangan individu daripada ahli-ahli korporat muslim yang telah berjaya. Ikhlas
mengharapkan balasan Allah S.W.T. di akhirat kelak.

i. Daripada syarikat-syarikat kecil dan besar yang beragama Islam atau bukan
Islam dan dapat pelepasan cukai. (Ini hanya boleh dilakukan sekiranya pihak
Madrasah Syatariyyah ini telah berjaya mendapat kelulusan pelepasan
cukai dari pihak kerajaan)
ii. Madrasah Syatariyyah ini juga boleh menerima wang dari sumber yang
diragui (subahah) dan wang yang jelas tidak sah (haram) untuk digunakan
bagi tujuan perkara- perkara yang tertentu seperti pembinaan jalan raya
dan pagar.
iii. Madrasah Syatariyyah ini juga termasuk di dalam kelompok "FI SABILILLAH"
(berjuang di jalan Allah), la termasuk di antara asnaf yang lapan. Layak dan
boleh menerima wang zakat menurut syariat Islam. Oleh itu sekiranya ada
individu atau syarikat yang berkeinginan untuk mengeluarkan zakat boleh
menghulurkannya kepada tabung dana Madrasah ini.
iv. Membuat pungutan derma kilat di ceramah-ceramah perdana setelah
mendapat keizinan pihak-pihak tertentu.
v. Pungutan derma di hari Jumaat setelah mendapat kebenaran pihak masjid.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 19
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

vi. Menjual produk-produk Islamik seperti produk kesihatan, rakaman


ceramah, dan Iain-Iain keluaran Madrasah Syatariyyah ini, dan
keuntungannya akan dimasukkan ke dalam akaun Madrasah Syatariyyah.
vii. Membuat pengiklanan melalui poster-poster di khalayak ramai, di primis-
primis awam dengan meletakkan nombor akaun Madrasah Syatariyyah ini,
agar para penyumbang, secara senyap dapat menghulurkan sumbangan
mereka terus ke dalam akaun bank.

Cadangan Kepada Ahli Pengutip Derma

Apabila kutipan derma dilakukan secara terbuka beberapa langkah persediaan


perlu dilakukan, untuk menghindari sebarang kemungkinan di luar jangkaan;

i. Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan liar daripada orang


awam. Ada kemungkinan juga daripada individu tertentu yang sengaja
hendak menguji ketahanan mental anda.
ii. Sijil kelulusan daripada pihak-pihak tertentu mestilah sentiasa dibawa
bersama, untuk menjawab sebarang kemungkinan dari pihak-pihak
tertentu khususnya dari pihak berkuasa.
iii. Resit rasmi atas nama Madrasah Syatariyyah ini perlu disediakan dan
diberikan kepada individu tertentu sekiranya mereka memerlukannya.
iv. Buku Rayuan Derma perlu disahkan oleh pihak Madrasah Syatariyyah
dengan tertera cop rasmi secara jelas.
v. Ada kemungkinan terdapat individu tertentu yang hendak menyumbang
melalui akaun bank. Oleh itu risalah-risalah kecil yang dilengkapi dengan
no. Akaun Bank Syatariyyah Enterprise perlu disediakan.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 20
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

17. Harapan Urus Setia

Adalah menjadi harapan agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah
Sekolah Pondok Madrasah Al - Ijtimaiyyah Ash - Syatariyyah di kawasan Ulu
Bendul, Kuala Pilah ini perlu mendapat sokongan dari semua pihak. Pembinaan
pondok ini di atas tanah yang akan dibeli dan seterusnya juga diwakafkan
dapatlah dimanfaatkan dengan hasil penyampaian ilmu kitab- kitab lama yang
mana ilmu ini dapat mendidik hati dan jiwa penuntut untuk menjadi kekasih
tuhan mengikut dasar ahli sunnah waljamaah yang benar.

Dengan adanya strategi, konsep dan perancangan pembangunan pondok,


maka kami amat memerlukan sumbangan dari setiap orang mahupun badan
korporat. Ini adalah untuk memastikan pembinaan pondok ini berjalan dengan
lancar dan berjaya. Kewujudan Pondok ini dapat meningkatkan lagi syiar Islam
dalam mendidik pembangunan rohani penuntut ilmu seimbang dengan kehidupan
syariat.

Ketahuilah yang kesemuanya adalah milik tuhan yang menciptakan alam


semesta dengan kebenaranNya dan kesempurnaanNya, semoga dengan
terhasilnya kertas kerja ini dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada
pembaca, saya mengharapkan jika adanya kekurangan terhadap penyusunan
kertas kerja ini, saya sebagai Urus Setia Pondok Madrasah Al - Ijtimaiyyah Ash -
Syatariyyah ini memohon kemaafan.

Wassalam

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 21
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Penutup

Sebagai penutup kepada kertas kerja ini kami amat berharap kepada
muslimin dan muslimat agar sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati agar
usaha murni kami ini dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Dengan
terbinanya madrasah ini akan dapat menegakkan syiar Islam yang semakin hari
semakin kurang mendapat perhatian masyarakat.

Harapan kami juga semoga ia menjadi warisan kepada anak cucu kami agar
meneruskan perjuangan ini. Hanya dengan agama sahajalah yang menjadi
panduan untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, bukan wang ringgit dan
harta yang menimbun.

Jika ada antara penderma-penderma atau sesiapa sahaja pun yang ingin
mendalami ilmu agama, amat kami alu-alukan untuk menuntut ilmu di madrasah
ini. Bukanlah wang ringgit menjadi sasaran kami atau kemasyhuran yang di cari,
tetapi yang diharapkan hanyalah keredhaanNya semata-mata.

Kepada dermawan-dermawan yang telah memberi sumbangan, kami


mengucapkan berbanyak terima kasih mudah-mudahan dikurniakan dengan
rezeki yang berkat dan di kurniakan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

Akhir kata, jika ada pendapat-pendapat , idea-idea yang ingin diutarakan


sudi-sudilah hubungi pihak urusetia kami hatta sebarang teguran sekalipun.
Mudah-mudahan dapat kami muhasabah dan memperbaiki mana yang kurang.

Sekian, terima kasih.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 22
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Delegasi Melawat Tapak di Ulu Bendul Kuala Pilah

Pada 13 March 2013 wakil dari Jamaah Laluan menuju ke tapak Pondok

Syatariyyah bersama dengan pemilik


tanah iaitu Encik Ihsan bin Ibrahim serta
sahabatnya telah melawat tapak tanah
yang akan didirikan madrasah pengajian
Islam di Ulu Bendul Kuala Pilah.

Perjalanan dari masjid Nilai ke Kampung Solok Paku Kuala Pilah mengambil masa
kira-kira satu jam. Setelah selesai menunaikan sembahyang zohor berjamaah di
masjid berdekatan kami terus menuju ke
tapak tanah tersebut. Kedudukannya lebih
kurang 500 meter dari jalan besar iaitu
jalan Kuala Pilah ke
Ulu Bendul. Untuk
Kolam pancing yang diusahakan oleh
penduduk tempatan tiba ke lokasi kami
terpaksa berjalan kaki lebih kurang 20 minit melalui
kolam pancing yaag diusahakan penduduk tempatan dan
mendaki bukit-bukit kecil yang masih lagi diliputi pokok-
pokok getah dan hutan kecil.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 23
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

Walaupun tapak lokasinya


yang agak jauh ke dalam
dan keadannya yang
Encik Ihsan berbukit kami bersetuju
untuk membelinya setelah
perbincangan dilakukan.
Kami ingin mengucapkan
terima kasih kepada
kerana sudi mengurangkan harga dengan mewaqafkan nilai tersebut. Mudah-
mudahan dengan terbinanya madrasah ini dapat menaikkan syiar Islam amnya
dan dapat mengukuhkan lagi iman ahli Jamaah Syatariyyah Zon Selatan amnya.

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 24
LAMPIRAN 1 Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 25
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 26
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 27
LAMPIRAN 2 Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 28
LAMPIRAN 3 Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 29
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 30
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
Ulu Bendul, Kuala Pilah. Negeri Sembilan

SYATARIYYAH ENTERPRISE
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang,
Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V6] Page 31

You might also like