You are on page 1of 4

BAHAN PDPR

Nama Guru
Darjah Darjah 3
Sekolah
Maklumat PdP
Subjek Bahasa Melayu
Tema Sayangi Bumi
Unit 17 Indah dan Damai
Topik
Tajuk: Sang Kodok dan Sang Teratai
Tempoh pelaksanaan
Kandungan Kurikulum
Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.3 Membaca dan 2.3.1(iv)

mengapresiasi karya Membaca, mengenal pasti, dan menerangkan kandungan teks


sastera dan bukan daripada bahan bukan sastera dan bahan sastera;
sastera. (iv) cerita
Murid dapat menyatakan:-
1. Membaca dan memahami cerita yang dibaca dengan menjawab
Objektif Pembelajaran
dengan tepat soalan pemahaman yang diberikan.
NOTA
Kodok atau katak Puru Katak Puru (bahasa Inggeris: toad) atau juga dikenali sebagai kodok
merujuk kepada beberapa spesies amfibia, terutamanya "katak puru
benar" dalam famili Bufonidae. Bagaimanapun, beberapa spesies
daripada famili amfibia yang lain biasa juga digelarkan "katak puru",
termasuknya famili Bombinatoridae, Discoglossidae, Pelobatidae,
Rhinophrynidae, Scaphiopodidae, dan sebilangan spesies daripada
famili Microhylidae. Ini disebabkan ciri-ciri yang biasa digunakan untuk
membezakan katak puru daripada katak yang biasa (bahasa Inggeris:
frog) tidak sama dengan ciri-ciri yang digunakan untuk pengelasan
saintifik. Bentuk tubuh bukannya panduan yang selamat untuk menilai
kumpulan-kumpulan anura. Ini ditunjukkan oleh sebilangan "katak
benar" (true frog) daripada genus Rana yang mengamalkan tabiat
mengorek lubang dan seakan-akan merupakan katak puru.

Bunga teratai Teratai (bahasa Inggeris: lotus) ialah sejenis tumbuhan akuatik dalam
genus Nelumbo menyerupai telepok. Biji teratai boleh dimakan. Berasal
dari Asia, ia banyak ditanam, dan digunakan dalam perubatan dan
masakan Cina. Teratai merupakan bunga rasmi India, Mesir dan
Vietnam.

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi
kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh
pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal,
cecair dan gas. Ia merujuk kepada pencemaran jasad air (mis. tasik,
sungai, lautan, akuifer dan air bawah tanah), biasanya akibat kegiatan
manusia. Dalam banyak kes, pencemaran air disebabkan oleh
pembuangan air kumbahan kepada jasad air tanpa rawatan mencukupi.
Pencemaran air boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik.
Sebaliknya, ini boleh membawa kepada masalah kesihatan awam,
contohnya jika orang di hilir menggunakan air sungai yang tercemar
yang sama untuk minum atau mandi. Ia juga boleh menjejaskan
penggunaan air yang lain, seperti aktiviti pengairan.

Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera tumbuhan dan


organisma yang hidup di dalam jasad air tersebut, serta organisma dan
tumbuhan yang mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh
Pencermaran air merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu, tetapi juga kepada
komuniti biologi semula jadi.

Sumber-sumber pencemaran air boleh dikumpulkan dalam sumber-


sumber titik, sumber-sumber bukan titik (meresap) dan pencemaran air
bawah tanah. Bahan pencemar yang membawa kepada pencemaran
air termasuk spektrum bahan kimia, patogen, dan perubahan fizikal
yang meluas seperti suhu tinggi.

Pengukuran pencemaran air dijalankan dengan menganalisis sampel


air dengan ujian fizikal, kimia dan biologi. Kawalan pencemaran air
boleh dicapai dengan rawatan air sisa yang sesuai (ini termasuk
rawatan air sisa kumbahan dan perindustrian), menyediakan
perkhidmatan sanitasi yang dikendalikan dengan selamat untuk orang
yang tidak mempunyai akses, rawatan air sisa pertanian, hakisan dan
kawalan sedimen dari tapak pembinaan, dan mengawal air larian
bandar (air hujan).
AKTIVITI
Aktiviti permulaan ● Guru menerangkan tugasan Pdp/ PBL/ atau lain-lain
kepada murid.
● Guru melakukan perbincangan dengan murid tentang
tentang tajuk PdP/ PBL/ lain-lain.
● Guru menerangkan tentang pencemaran air dan
mengenalkan katak Kodok dan Bunga Teratai kepada murid.
● Murid merujuk pelbagai sumber (buku teks, buku tatabahasa
dan Internet).
● Murid membaca berita pada buku text Bahasa Melayu muka
surat 105.
Aktiviti semasa
● Murid memahami cerita Sang Kodok dan Sang Teratai.
menjalankan tugasan
yang diberi oleh guru ● Murid menjawab soalah pemaham yang diberikan di dalam
buku latihan.
● Murid melengkapkan soalan pemahaman dengan
memberikan jawapan yang lengkap.
● Murid menghantar hasil kerja melalui atas talian ( Whatsapp )
Aktiviti setelah projek kepada guru pembimbing.
selesai ● Guru pembimbing memberikan maklum balas kepada hasil
murid untuk ditambah baik (jika berkaitan).
Pelaporan murid Lembaran kerja
Rujukan

1. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3, KSSR, Abdul Rahman


Kamil Bin Abu Naim, Mat Ariffin Bn Ismail, Ong Li Choo;
Bahan Sumber yang Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
boleh digunakan oleh 2. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Nik Sufiah Karim, Farid
murid M. Onn, Hasham Haji Musa dan Abdul Hamid Mamood;
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. https://ms.wikipedia.org

SOALAN UNTUK PENTAKSIRAN


Lembaran kerja
1. Mengapakah Sang Kodok berasa senang hati?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

2. Bagaimanakah hubungan Sang Kodok dengan Sang Teratai?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

3. Sekiranya air tasik itu tercemar, apakah yang akan berlaku?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

You might also like