You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2

KEM TERENDAK , 76200 MELAKA


No.Tel: 06-3572052 . FAX: 06-3572898
Email : mba0042 @ pd.jaring my

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SK KEM TERENDAK 2
MELAKA
(blog : http://ppkiskkt2.blogspot.com/)

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PERAK DARUL RIDZUAN

PADA 9 – 13 MEI 2011


Pengenalan

Murid-murid Pendidikan Khas merangkumi kanak-kanak yang dikenalpasti oleh


pakar profesional, separa perubatan dan guru-guru pendidikan khas. Mereka yang
mengalami masalah pembelajaran boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana
dan juga serius. Kategori ini adalah mengikut darjah ketidakupayaan kefungsian
seperti berikut:-

a. Kebolehan kognitif
b. Perkembangan tingkah laku sosial
c. Penguasaan bacaan
d. Penguasaan lisan
e. Kemahiran metamatik
f. Kemahiran kendiri/ berdiri
g. Keusahawanan
h. Kebolehan penglihatan
i. Kebolehan pendengaran

Lawatan merupakan program pembelajaran yang tidak formal. Pembelajaran melalui


pendekatan pengalaman iaitu konsep melawat sambil belajar amat digalakkan
kerana menggunakan deria pendengaran, penglihatan, sentuhan, menghidu dan
deria rasa. Melalui lawatan, ia boleh membantu murid-murid meningkatkan naluri
ingin tahu, membuat kajian, analisis dan meneroka tentang sesuatu perkara.
Program lawatan ini juga mampu mempupuk sikap positif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas (insan istimewa) dengan mengenepikan perasaan rendah diri,
rasa cemas dan was-was sehingga mereka berani mengatasi segala masalah dan
kesulitan, akhirnya mereka boleh berdikari.

Menyedari bahawa aktiviti lawatan ini berupaya membentuk sahsiah murid-murid


berkeperluan khas, maka diharapkan program yang dirancangkan ini akan mencapai
hasrat dan objektif, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan
Falsafah Pendidikan Khas.

Rasional

Dunia pendidikan kini semakin mencabar. Ilmu pengetahuan tidak lagi berkisar di
kawasan sekolah sebaliknya menjangkau dunia luas tanpa sempadan. Oleh yang
demikian Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan keupayaan melahirkan
insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bertepatan
pula dengan prinsip Falsafah Pendidikan Khas yang menyebut semua kanak-kanak
berhak mendapat pendidikan yang sama walau dalam apa cara sekalipun. Bagi
merealisasikan impian tersebut, aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan sambil
belajar ini dibuat bagi memenuhi sebahagian daripada sukatan pelajaran pendidikan
khas selain keperluan penambahan ilmu pengetahuan kanak-kanak khas. Aktiviti ini
juga dapat membina sikap positif dan yakin diri murid berhadapan dengan dunia.
Semoga hasrat murni ini dapat menjadi landasan ke arah melahirkan masyarakat
‘1 Malaysia’.

Matlamat

Tiada jalan mudah untuk mencari sesuatu ilmu, tetapi terdapat banyak cara untuk
menimba pengetahuan dan pengalaman. Adalah diharapkan lawatan sambil belajar
ini dapat memberi kesan yang positif khususnya kepada murid-murid khas dan juga
guru-guru yang terlibat kerana selain P&P di dalam bilik darjah, pendidikan luar
adalah merupakan cara terbaik dalam menyampai dan menimba pengetahuan serta
pengalaman.

Objektif

Adalah diharapkan melalui aktiviti seumpama ini, komuniti PPKI (BP), SK Kem
Terendak 2 akan dapat;

 Mengetahui sejarah dan latar belakang negeri Perak.


 Mengetahui kehidupan sosio budaya tempat yang dilawati dan sekaligus
memperbaiki proses sosialisasi murid.
 Memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran; contohnya murid dapat
mengenalpasti kedudukan nombor tempat duduk di dalam bas.
 Merapatkan silaturrahim antara peserta-peserta lawatan.
 Mengenali dan melihat Pendidikan Khas di Perak.

Penganjur

Program Pendidikan Khas Integrasi (BP) SK Kem Terendak 2, guru-guru Pendidikan


Khas serta Guru Besar SK Kem Terendak 2 sebagai Jawatankuasa Penasihat

Sasaran / Peserta

Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (BP) SK Kem Terendak 2, Melaka


yang terdiri dari pelbagai kategori iaitu :-
 Sindrom Down
 Hyperaktif
 Slow Learner
 Pertuturan (Kerosakan Saraf, Artikulasi dan Komunikasi)
 Disleksia
 Autisme
 Mental Retardation (Sederhana)
 ADHD (Hyperaktif)
Pengiring

Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi
(BP) SK Kem Terendak 2, Melaka

Lokasi / Tempat

Perak Darul Ridzuan

Butiran Lawatan

Jangka masa lawatan : 5 hari 4 malam


Tarikh : 9 hingga 13 Mei 2011
Hari : (Isnin hingga Jumaat)
Anggaran Bilangan murid : 30 orang
Bilangan guru & pembantu : 14 orang
Jumlah : 44 orang

Tentatif program

Lihat lampiran 1

Jawatankuasa program

Lihat lampiran 2

Anggaran Belanjawan

Lihat lampiran 3
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

HARI /
TARIKH MASA PERKARA

Isnin 8.30 pagi Bertolak dari SK Kem Terendak 2 ke Dinos Alive Pusat Sains
09 Mei 2011 Negara, Kuala Lumpur

10.45 pagi Sampai di Pusat Sains Negara (Lawatan Sambil Belajar)

1.00 tengahari Makan tengahari & Solat Jamak Di Masjid Negara

2.00 petang Bertolak ke Night Safari Taiping

7.00 petang Sampai di Taiping. (Solat Jamak), Makan malam dan melawat
Night Safari

10.00 malam Bertolak ke Kuala Kangsar


Check in di Damai Homestay Kuala Kangsar / Pengurusan Diri/
Berehat.

Selasa 6.00 pagi Pengurusan Diri / Solat Subuh / Sarapan Pagi


10 Mei 2011
10.00 pagi Lawatan Ke Perbadanan Kraftangan Perak

12.00 tghari Lawatan ke tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar Bandar


Di Raja
- Muzium Di Raja Perak
- Istana Iskandariah
- Istana Kuning

1.00 petang Makan Tengahari dan Solat Jamak di Masjid Ubudiah Kuala
Kangsar

Sambungan lawatan ke :
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Memorial Keris
- Dan setiktar Kuala Kangsar

6.00 malam Pengurusan Diri / Makan Malam / Solat Jamak/ Rehat

Rabu 6.00 pagi Pengurusan Diri / Solat / Sarapan


11 Mei 2011
7.00 pagi Bertolak ke Ipoh

8.30 pagi Lawatan ke Sekolah Seri Mutiara di Ipoh

11.00 pagi Bertolak ke Tambun


12.00 tengahari Melawat Lost World of Tambun/ Makan tengahari/ Solat Jamak

4.00 petang Bertolak ke Homestay Taman Sentosa, Sitiawan

7.00 petang Sampai di Sitiawan/ Makan malam / Pengurusan Diri / Solat


Jamak/ Rehat

Khamis 6.00 pagi Khidmat Diri / Solat / Sarapan


12 Mei 2011
9.00 pagi Lawatan ke TLDM Lumut

1.00 petang Solat Jamak/ Makan tengahari

2.15 petang Menaiki Feri ke Pulau Pangkor/ Melawat Pulau Pangkor

4.30 petang Pulang ke Lumut menaiki feri

5.00 petang Terapi Psikomotor di Marina Wing dan membeli-belah di Kg.


Batu (ikan kering/ makanan laut)

7.00 petang Bertolak pulang ke homestay/ Urus Diri / Makan malam


Solat Jamak berjemaah dan membaca Yaasin / Rehat

Jumaat 6.00 pagi Khidmat Diri / Solat / Sarapan


13 Mei 2011
8.30 pagi Bertolak ke Manjung Coconut Jelly

9.00 pagi Lawatan Kekerjaya Manjung Coconut Jelly

12.00 tengahari Makan tengahari / Solat jamak / Bertolak pulang

4.00 petang Singgah di Teluk Intan – lawatan ke Menara Condong.

5.30 petang Bertolak ke Bidor- membeli-belah

6.30 petang Bertolak pulang ke Melaka.

10.00 malam Sampai di SK Kem Terendak 2


Lampiran 2

ORGANISASI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PERAK DARUL RIDZUAN

PENASIHAT
Pn. Hjh. Fuziah bt. Hashim
(Guru Besar SK Kem Terendak 2)

PENGERUSI
Pn.Hjh Aziah bt Mohd Sa’ad
(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)

NAIB PENGERUSI
Pn.Hjh.Haslena bt Mat Haris
(Penyelaras PPKI SK Kem Terendak 2)

SETIAUSAHA
Pn. Mahani bt. Abdul Mutalib

BENDAHARI
En. Abdul Rashid b. Mokhtar

JAWATANKUASA KERJA

Pengangkutan Dokumentasi
Cik Johaidah bt. Othman Pn. Mahani bt. Abdul Mutalib
Pn. Fatimah bt. Misuan

Makanan dan Minuman Hadiah Dan Cenderahati / Brosur


Abd. Shukur b. Tazuli @ Mohd. Tazuli Cik Mashitoh bt. Hassan
Cik Nor Salawati bt. Ahmad Pn. Norhayati bt. Latif
Pn. Zuraida bt. Ariffin

Disiplin, Kecemasan dan Keselamatan Penginapan


En. Azman b. Yaakop Pn. Haslimaznah bt. Jibin
Semua guru dan PPM Pn.Hjh.Haslena bt Mat Haris
Pn.Zuraiani bt. Yusof
Lampiran 3
KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN

Kutipan dari Murid RM 250 x 30 orang = RM 7 500

Kutipan dari Guru/PPM RM 250 x 14 orang = RM 3 500

Kerjaya = RM 370

JUMLAH = RM 11 370

ANGGARAN PERBELANJAAN

Penginapan (Kuala Kangsar & Lumut) = RM 1 500

Pengangkutan (bas) RM 800 x 5 hari = RM 4 000

Feri (Pulau Pangkor) 14 Dewasa x RM 10 = RM 140


30 Kanak-kanak x RM 5 = RM 150 = RM 290

Makanan / minuman RM 12 x 5 Hari x 44 Orang = RM 2 640

*Lain-lain

*Cenderahati RM 20 x 7 cenderahati = RM 170


Cenderahati murid sekolah = RM 100
Ubat-ubatan = RM 50

RM 250 = RM 320

Tambang masuk ke tempat-tempat lawatan


RM 55 x 44 orang = RM 2 420

Cenderahati untuk Staff SKKT2 = RM 200

JUMLAH = RM 11 370
PENUTUP

Besarlah harapan kami semoga projek lawatan ini dapat dijayakan. Mudah-
mudahan ia memberi manafaat kepada murid-murid, para guru dan masyarakat
amnya. Selaras dengan usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam menggalakkan pelajar
melancong dalam negeri bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal
mengenai adat dan kebudayaan pendudukan Malaysia khasnya. Disamping itu,
juga murid-murid dapat memperkayakan diri mereka dengan pengalaman serta
meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan mereka.
Usahasama dan perhatian yang positif pihak luar juga memberi kesan
menggalakkan untuk kejayaan anak-anak istimewa ini. Bukanlah mengharapkan
simpati atau belas kasihan, cukuplah sekadar menyedari kehadiran mereka di sisi
kita. Ilmu pengetahuan tidak akan mendatang sebaliknya didatangi. Atas prinsip
itulah kami berusaha memberikan sebanyak mungkin pendedahan tentang ilmu
alam, agar dapat melahirkan insan yang seimbang. Akhir kata, jutaan terima
kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau pun tidak langsung.

~ SELAMAT MAJU JAYA ~

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. ……………………………………
(PN. MAHANI BINTI ABDUL MUTALIB) (PN. HJH AZIAH BT. MOHD. SAAD)
Setiausaha Program Guru Penolong Kanan P.Khas
Lawatan Sambil Belajar ke Perak SK Kem Terendak 2, Melaka

Disahkan oleh,

……………………………………
(PN. HJH. FUZIAH BT. HASHIM)
Guru Besar
SK Kem Terendak 2, Melaka
Lampiran 4

BROSUR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SK KEM TERENDAK 2, MELAKA

You might also like