You are on page 1of 2

Contohjawapansuratrasmi.

LinChengHeng,
No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
_________________________________________________________________

Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur…… ……………………………………………………   6 JULAI 2008

Tuan,

Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana

Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana,
ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di
kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial
telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

2.……………Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin
kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja
tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana
ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan
Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara
yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan
kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah
dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.

3.………….Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan
makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-
galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami.
Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada
pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan
senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu
berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang
tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini
amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.

4.………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak
sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada
bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering
mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah
menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini.
Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang
tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil
tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di
antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil
tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.

5.………….Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga
melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami
maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika
melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di
kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan
ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan
gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan
awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6.………….Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil
tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan
membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga
mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian
jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan
bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan
yang diperlukan.

7.………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini.
Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Linchengheng

(LIN CHENG HENG)


Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

You might also like