You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MEDAN

42500 TELOK PANGLIMA GARANG,KUALA LANGAT.

MINIT MESYUARAT TASK FORCE COVID 19


BILANGAN 1 TAHUN 2020

TARIKH : 30 Jun 2020 (Selasa )


MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKKM

KEHADIRAN:
NAMA
1. PN NOR SUHAIDA BINTI SAUFI (GURU BESAR)
2. PN NOOR HIKMAH BINTI YUSOP (PK HEM)
3. PN ASUZA BINTI ABDUL HAMID (PK PENTADBIRAN)
4. EN SAZALI BIN SHAARANI (PK KOKURIKULUM)
5. EN MOHD ZAFLI BIN MOHD ZAINON (UNIT BENCANA ALAM)
6. EN AZIZAN BIN SAIDI (UNIT SEKOLAH SELAMAT)
7. CIK ASIAH BINTI MD FAKRI (UNIT SEKOLAH SIHAT)
8. PN. KHARIATI BINTI MOHAMMAD AKHIYAR (UNIT B&K)
9. EN ADZUAN HAFIZ BIN AHMED (UNIT 3K)
10. EN FADHULLAH BIN KAMIL (UNIT KESELAMATAN DAN KECEMASAN)
11. PN HIDAYATI BINTI NASIM (UNIT KESIHATAN)
12. PN. SITI RAHAYU BINTI MOHAMMAD YOS
13. PN FARA WAHIDA BINTI WANGIT (UNIT HEM)
14. PN. NORMALA BINTI SAAD (UNIT KURIKULUM)
15. EN MOHD HAFIZ BIN ALIAS (UNIT KOKURIKULUM)
16. PN ISNIRA MURNI BINTI MD RAHIM (UNIT DISIPLIN
17. EN NASRUDDIN BIN MISBAHUN (PEGAWAI ASET)

AGENDA MESYUARAT:
1. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab, Al-Fatihah.
1.2. Pn Noor Hikmah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang dapat hadir
dalam mesyuarat Task Force Covid 19 - Pembukaan Sekolah.
Tindakan :
Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.
TIADA
3 PERKARA BERBANGKIT:
TIADA
4 PERKARA BAHARU
4.1 SOP Pembukaan Sekolah
Pn Noor Hikmah memberi penerangan tentang SOP pembukaan sekolah dan perkara
yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sebelum pembukaan sekolah bermula.
Tindakan : Makluman

4.2 AJK Task Force Covid 19

Pn Noor Hikmah menerangkan senarai AJK yang terlibat dalam Task Force Covid 19
untuk pembukaan sekolah. (RUJUK LAMPIRAN)
Tindakan : Makluman
4.3 Tanda Arah dan Laluan
Unit tanda arah dan laluan perlu menyediakan peta laluan murid dan guru dari pintu
masuk sekolah ke blok-blok kelas. Kemudian meletakkan tanda laluan sehala dengan cat
berwarna bagi laluan masuk (Merah) dan keluar (Kuning) di atas lantai sepanjang laluan.
Menampal maklumat dan poster-poster pemberitahuan COVID 19 di tempat-tempat
strategik di laluan sekitar sekolah
TIndakan : Unit tanda arah
4.4 Bilik Darjah
Unit ini perlu menyediakan pelan lantai kedudukan meja dan kerusi murid di dalam
kelas. Meletakkan tanda laluan sehala dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk
(merah) dan keluar (kuning) bilik darjah dan memastikan setiap meja di jarak 1 meter
antara satu sama lain. Menampal pita pelekat penjarakkan jarak antara meja guru dan
poster SOP pengurusan kelas dan poster pemberitahuan COVID-19 di dalam kelas
TIndakan : Unit bilik darjah

4.5 Tandas

Memastikan setiap tandas dibekalkan dengan sabun pencuci tangan yang mencukupi.
Meletakkan tanda penjarakan sosial di lantai tandas dan di luar tandas. Menyediakan
poster Langkah Mencuci Tangan di tandas guru dan murid. Fokus utama pembersihan
adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh
dicapai oleh tangan iaitu tombol pintu, suis lampu, sinki, kepala paip, pengepam tandas,
pelapik duduk tandas. Membekalkan sabun pencuci tangan bersebelahan paip mencuci
tangan di setiap blok untuk kegunaan murid dan guru
 TIndakan : Unit tandas

4.6 Tempat basuh tangan


Menyediakan tong air untuk memudahkan murid membasuh tangan disekitar kawasan
sekolah. Memastikan air sentiasa ada di dalam tong. Menyediakan kan sabun pencuci
tangan dan menampal cara mencuci tangan dengan betul.
TIndakan : Unit tempat basuh tangan

4.7 Kantin

Jawatankuasa berbincang dengan pengusaha kantin untuk mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh Garis Panduan  KPM. Memastikan tanda penjarakan sosial diletakkan
pada ruang berbaris untuk pembelian dan pengambilan makanan. Penggunaan kerusi,
meja dan ruang makan di kantin bagi murid tidak dibenarkan. Kerusi dan meja di ruang
makan guru hendaklah ditandakan dan dijarakkan sekurang-kurangnya 1 (satu) meter.
Meletakkan tanda laluan sehala dengan pita pelekat berwarna di dalam dan laluan ke
kantin. Menyediakan peta laluan masuk (merah) dan keluar (kuning) kantin. Menampal
maklumat dan poster-poster pemberitahuan COVID 19. Memastikan penyedia makanan
memakai penutup muka dan mulut serta sarung tangan pada setiap masa. Memastikan
pengusaha kantin meletakkan hand sanitizer di kaunter bayaran bagi kegunaan murid-
murid dan guru-guru.
Tindakan : Unit kantin

4.8 Bilik Isolasi

Meletakkan tanda laluan dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar di
dalam bilik dan sepanjang laluan. Menyediakan hand sanitizer dan penutup muka di
dalam bilik kesihatan. Memaklumkan kepada ibu/bapa/penjaga jika terdapat murid yang
suhu badan lebih tinggi dari 37.5˚C untuk di bawa pulang dan mendapat rawatan.
Menyediakan buku rekod maklumat murid yang diasingkan kerana bergejala di bilik
kesihatan. Memaklumkan kepada pentadbir sekolah jika terdapat murid bergejala.
 Tindakan : Unit bilik Isolasi

4.9 Bilik – Bilik Khas

Meletakkan tanda penjarakan pada kerusi dan meja dengan pita pelekat bewarna merah.
Meletakkan tanda laluan sehala dengan pita pelekat berwarna di laluan masuk dan keluar
dari bilik khas. Menampal maklumat dan poster pemberitahuan COVID-19 di dalam bilik-
bilik khas. Mendapatkan hand sanitizer untuk kegunaan bilik-bilik khas dari pejabat
sekolah
Tindakan : Unit bilik Isolasi

4.10 Jadual bertugas guru


Jadual bertugas guru akan disediakan dan akan dimasukkan ke dalam telegram sekolah.
Tindakan : makluman

5 HAL-HAL LAIN
TIADA

6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi

Urus Setia
Task Force Covid 19
Sk Kampung Medan

You might also like