You are on page 1of 4

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM,
MELAKA

AKTIVITI BERKUDA
DI
SERAMA PARK, MELAKA

TARIKH
18 MEI 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM PPKI
DAN
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS

1
AKTIVITI BERKUDA DI SERAMA PARK, MELAKA

1.0 PENDAHULUAN

Definasi terapi fisio atau terapi fizikal mengikut kamus perubatan ialah rawatan ke atas
ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen –agen fizikal dan
kaedah tertentu. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah bergantung kepada
permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Dalam program pendidikan
khas pelaksanaan terapi yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah
pembelajaran dapat membantu dalam masalah psikomotor yang dihadapi. Sabda Rasulullah
SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari
kepala hingga ke kaki akan mendapat manfaatnya. Bentuk lekuk badan belakang kuda –
tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa
pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vertebra
tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan
merangsang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik
pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang vertebra semasa orang
menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem


penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan,
malah geseran kepada organ-organ seksual akan terangsang secara optimum untuk menjadi
semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang
atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.

Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat rangsangan
terhadap saraf kranial semasa gerakan galloping kuda serta memberi pengalaman kepada
kanak –kanak khas serta mencungkil bakat murid dalam sukan berkuda.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan diri murid di samping memberikan
kesedaran tentang kepentingan menyayangi haiwan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan keyakinan diri murid melalui pengalaman yang menyeronokkan.


3.2 Meningkatkan kepekaan masyarakat tentang murid–murid pendidikan khas.
3.3 Merapatkan hubungan sesama murid, guru dan PPM.
3.4 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
3.7 Melahirkan murid istimewa yang berdikari mengikut potensi diri masing-masing

4.0 SASARAN

Program terapi berkuda ini terbuka kepada murid-murid Kelas Pendidikan Khas
Pembelajaran SK Batu Berendam, Melaka.

2
5.0 MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MATA
NO PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
. KOMPONEN

1 BAHASA 1.1 Mendengar dan 1.1.1 Mendengar dan memberi


MELAYU memberi respons respons terhadap ayat
dalam pelbagai situasi perintah
2 KEMAHIRAN 3.3 Pengamatan sensori 3.3.1 Mengenal pasti permukaan
MANIPULATIF  deria sentuh dengan deria sentuh:
(i) kasar
(ii) licin
(iii) panas
(iv) sejuk

3.3.2 Membezakan permukaan


dengan deria sentuh:
(i) kasar
(ii) licin
(iii) panas
(iv) sejuk

3 MATEMATIK 1.5 Nombor dalam kehidupan harian 1.5.1 Menyebut nombor di persekitaran

1.5.2 Membilang objek di persekitaran

4 PENDIDIKAN 5.2 Mempunyai keyakinan dan 5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok


JASMANI tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti baru dalam
melakukan aktiviti fizikal pergerakan bukan lokomotor
5.2.2 Mengamalkan semangat kesukanan
yang tinggi semasa melakukan aktiviti
5 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai situasi respons terhadap ayat
perintah

** RPH MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR – rujuk Lampiran 4

6.0 BUTIRAN LAWATAN (CONTOH)

Jangka masa Aktiviti : 1 hari


Tarikh Aktiviti : 18 April 2018
Hari Aktiviti : Khamis
Bilangan murid : 20 orang
Bilangan guru dan PPM : 15 orang
Bilangan ahli keluarga : 6
Jumlah : 41 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA (CONTOH)

Pengerusi : Pn Janna bt. Daud (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Siti Hamidah bt. Selamat (GPK PK)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Veronica De Mello (GPK 1)

3
Naib Pengerusi 3 : Pn Almiah Pakiah bt. Hj. Jusoh (GPK HEM)
Naib Pengerusi 4 : Pn Norhamiza bt Kamarudin (GPK KOKU)
Penyelaras Program : En Rahimin bin Ibrahim
Penolong Penyelaras : En Ahmad Yunus bin Selim
Setiausaha Program : Pn Norainie bt. Abu Bakar
Naib Setiausaha : Pn Nurul Huda bt. Saat
Bendahari : Cik Nur Natijah Zaihariahmah Bt Zainurrashid

Jawatankuasa :

Makanan : Pn Amirah Bt Abdul Rahman


Pn Nurul Huda Bt Saat

Penajaan : Pn. Siti Zairin binti Hj. Ismail

Pengangkutan : En. Mahathir bin Mohamad

Kebajikan : Cik Nur Natijah Zaihariahmah binti Zainurrashid

Dokumentasi : En Mahathir bin Mohamad


Pn Norhaniza binti Kamarudin

8.0 TENTATIF PROGRAM

Lihat Borang BP57

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Borang BP57, Lampiran 2

10.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

Lihat Borang BP57, Lampiran 3

11.0 PENUTUP

Mudah-mudahan usaha kami yang murni untuk memberikan pengalaman baru serta
membina sahsiah diri murid-murid pendidikan khas dalam program ini akan terlaksana
dengan jayanya. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat sangat diharapkan. Sekian,
terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ……………………………………. ………………………


(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

You might also like