You are on page 1of 5

Kerajaan Awal di Halmahera

(Sumber : https://ikat.us/maps/map_halmahera_verbeek.jpg)

Halmahera merupakan antara sebuah pulau terbesar dan paling utama di daerah
kepulauan Maluku Utara yang terletak pada lintasan garisan khatulistiwa. Menurut
catatan sejarah, kerajaan Jailolo merupakan salah satu daripada empat buah kerajaan
Moloku Kie Raha (Empat Gunung Maluku) yang berpengaruh di Halmahera. 1 Selain
daripada kerajaan Jailolo, terdapat juga kerajaan-kerajaan kecil seperti kerajaan Loloda
dan kerajaan Moro di bahagian Utara Halmahera. Pada abad ke-14, perjanjian Moti
dimeterai bagi mempererat, menjaga dan memelihara keamanan serta keutuhan wilayah
Moloku Kie Raha. Hasil daripada perjanjian ini, wilayah bagi keempat-empat
kesultanan Moloku Kie Raha yang terdiri daripada Ternate, Tidore, Bacan (Makian) dan
Moti dibahagi-bahagikan. Kerajaan Moti berpindah ke Jailolo, iaitu sebuah desa di
bahagian barat Pulau Halmahera.2 Akibat daripada perpindahan tersebut, maka

1
Fatimah Khairunnisa Assagaf, Faizah Mastutie dan Ricky M.S Lakat, “Taman Budaya Kie Raha di Kota
Ternate : Regionalism Architecture”, 2019,
<https://ejournal.unsrat.ac.id/index.php/daseng/article/view/24629/pdf> (23 Mac 2020)
2
M. Adnan Amal, “Kepulauan Rempah-Rempah : Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-1950”, Januari
2010, < https://batukarinfo.com/system/files/Sejarah%20Kepulauan%20Rempah-Rempah.pdf>, (16 Mac
2020)
berubahlah nama kerajaan Moti kepada kerajaan Jailolo. Di samping itu, kerajaan
Jailolo juga dikenali sebagai Jiko ma kolano yang membawa maksud penguasa teluk.3
Kerajaan Jailolo diakui sebagai sebuah kerajaan tertua yang wujud di kepulauan
Maluku. Walaupun tempoh pembentukan kerajaan Jailolo tiada disebut dalam catatan
sejarah, namun terdapat catatan peritiwa sejarah mengenai perkahwinan antara Ratu
Jailolo dengan Raja Loloda. Kerajaan Loloda merupakan sebuah kerajaan kecil di
bahagian Utara Halmahera yang tidak begitu berpengaruh. Perkahwinan antara Ratu
Jailolo dan Raja Loloda merupakan perkahwinan atas dasar kepentingan politik yang
memberi peluang kepada kerajaan Jailolo untuk menguasai seluruh Halmahera.
Tambahan pula, ketika terbentuknya kerajaan Jailolo, wilayah kerajaan tersebut tidak
meliputi Halmahera Utara di bahagian Barat kerana wujudnya kerajaan Loloda di
kawasan tersebut.4 Oleh itu, melalui perkahwinan atas dasar politik ini, wilayah
kerajaan Jailolo akhirnya berjaya meliputi hampir seluruh Halmahera termasuk Loloda
sebelum tahun 1250.

Menurut cerita lagenda, raja bagi keempat-empat kerajaan Moloku Kie Raha
merupakan putera kepada Jafar Sadek yang datang dari tanah Arab dan Darajati
merupakan raja bagi kerajaan Jailolo. Manakala menurut Hikayat Bacan pula, Jafar
Sadek mempunyai empat anak lelaki dan raja yang mendirikan kerajaan Jailolo bernama
Ahmad Sani.5 Perkembangan agama Islam yang berlaku di wilayah Maluku Utara
menyebabkan politik dan sistem pemerintahan yang berbentuk kolano (kerajaan)
berubah kepada corak pemerintahan kesultanan sejak abad ke-15.6 Kerajaan Jailolo pada
suatu ketika dahulu memiliki kekuatan politik dan ketenteraan yang baik. Namun
begitu, kerajaan Jailolo mula mengalami kemerosotan pada zaman kedatangan kuasa-
kuasa imperialisme seperti Portugis dan Sepanyol, VOC, Inggeris dan Belanda di
kepulauan tersebut.7 Keadaan ini merupakan salah satu faktor yang menjadi
penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Jailolo di bawah pemerintahan Kesultanan
Ternate dan Kesultanan Tidore. Pemerintah Jailolo iaitu Kolano Saubo (1551-1620)
pula dikatakan seorang pemimpin yang lemah dan tidak cekap dalam mempertahankan

3
Ibid.,
4
Ibid.,
5
Mustafa Mansuri dan Rusli M. Said, “Dinamika Sosial Politik Kesultanan Jailolo (2002-2017)”, 2018, <
https://ejournal.unkhair.ac.id/index.php/etnohis/article/view/1137> (16 Mac 2020)
6
Novita Siswayanti, “Sejarah dan Peranan Masjid Gammalamo Jailolo Halmahera dalam Menyingkap
Jejak Warisan Budaya Kesultanan Jailolo”, Julai 2016, < http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/al-
turats/article/view/4049>, (17 Mac 2020)
7
Ibid.,
kerajaan Jailolo dari pengaruh kesultanan Ternate yang dibantu oleh Portugis. Perkara
ini menyebabkan Jailolo menjadi sebahagian daripada Kesultanan Ternate sejak tahun
1620.8
Sejak daripada itu, status kesultanan Jailolo diturunkan kepada status daerah dan
perkara ini menimbulkan kontroversi antara Kesultanan Ternate dan Kesultanan Tidore.
Pada pemerintahan Sultan Syaifudin Iskandar Zulkarnain di Tidore, beliau berhasrat
untuk menghidupkan kembali Kesultanan Jailolo. Namun permintaan beliau ditolak
oleh Gabenor VOC iaitu Robertus Padbrugge.9 Antara alasan Sultan Syaifuddin ingin
mengembalikan Kesultanan Jailolo ialah untuk mengatasi kemelut yang melanda
Maluku dan mengembalikan kedamaian, kemakmuran, dan kesejahteraan rakyat.
Tambahan pula, Maluku pada asalnya diterajui oleh empat kerajaan iaitu Kerajaan
Ternate, Tidore, Bacan, dan Jailolo. Kemudian, apabila Nuku ditabalkan sebagai Sultan
Tidore, Nuku menghidupkan kembali Kesultanan Jailolo dan melantik Perdana Menteri
Kesultanan Tidore sebagai Sultan Jailolo dengan gelaran Muhammad Arif Billa.10
Setelah Sultan Muhammad Arif Billa wafat, kedudukannya digantikan oleh
puteranya, Kimalaha Sugi dan diberi gelaran Muhammad Asgar. Namun begitu,
kedudukan beliau sebagai Sultan Jailolo tidak diakui oleh pihak Inggeris. Oleh itu,
pihak Inggeris telah menangkap dan menahan Muhammad Asgar di Ambon sehingga
tahun 1817.11 Kemudian, muncul pula Hajudin iaitu adik kepada Muhammad Asgar
yang diperakui sebagai Sultan Jailolo oleh Peter Merkus yang merupakan Gabenor
Maluku pada ketika itu. Setelah diperakui sebagai sultan Jailolo, Hajudin meminta
supaya gelaran Sultan Jailolo diserahkan kepada Muhammad Asgar. Oleh itu pada 25
Januari 1826, Muhammad Asgar dilantik sebagai Sultan Jailolo yang berkedudukan di
Seram. Namun kedudukan beliau sebagai Sultan Jailolo tidak tahan lama apabila pada
tahun 1832, beliau dan keluarganya diasingkan ke Cianjur Jawa Barat. 12 Hal ini terjadi
kerana Muhammad Asgar telah melanggar kesepakatan yang telah dibuat bersama
kolonial Belanda dengan meminta supaya beliau dikembalikan ke Jailolo, Halmahera.
Maka dengan itu, peristiwa ini menandakan berakhirnya Kesultanan Jailolo pada zaman
tersebut dan Jailolo di Halmahera masih berada di bawah Kesultanan Ternate.
8
Ibid.,
9
M. Adnan Amal, “Kepulauan Rempah-Rempah : Perjalanan Sejarah Maluku Utara 1250-1950”, Januari
2010, < https://batukarinfo.com/system/files/Sejarah%20Kepulauan%20Rempah-Rempah.pdf>, (16 Mac
2020)
10
Ibid.,
11
Mustafa Mansuri dan Rusli M. Said, “Dinamika Sosial Politik Kesultanan Jailolo (2002-2017)”, 2018, <
https://ejournal.unkhair.ac.id/index.php/etnohis/article/view/1137> (16 Mac 2020)
12
Ibid.
Setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghidupkan
kembali Kesultanan Jailolo, pada tahun 2002, Sultan Ternate iaitu Mudaffar Syah telah
menemukan keturunan Sultan Jailolo yang diberi nama Abdullah.13 Sultan Ternate ingin
menghidupkan kembali Kesultanan Jailolo bagi melengkapi kerajaan Moloku Kie Raha.
Maka dengan itu, Abdullah Syah mula diperkenalkan kepada masyarakat Maluku Utara
sebelum ditabalkan sebagai Sultan Jailolo pada tahun 2003 dan selepas beberapa tahun
iaitu pada 9 November 2017 pula, Rosenu Heru Prawoto ditabalkan sebagai Sultan
Jailolo dengan gelaran Ahmad Haji Abdullah Syah.14
Maka dengan itu dapat disimpulkan bahawa kerajaan Jailolo merupakan salah
satu kerajaan awal yang berpengaruh di Halmahera. Terdapat juga kerajaan lain seperti
kerajaan Loloda dan kerajaan Moro di bahagian Utara Halmahera tetapi pengaruhnya
tidak kuat. Di samping itu, kerajaan Jailolo mengalami zaman kegemilangan ketika
pemerintahan Kolano Katarabumi dan mula mengalami kemerosotan apabila
Kesultanan Ternate dibantu oleh Portugis mula menguasai kerajaan tersebut. Selain itu,
pelbagai usaha juga dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menghidupkan kembali
Kesultanan Jailolo dan setelah beberapa tahun berlalu, Sultan Mudaffar Syah
menghidupkan kembali Kesultanan Jailolo dengan menabalkan Abdullah Syah sebagai
Sultan Jailolo pada tahun 2003.

RUJUKAN
Fatimah Khairunnisa Assagaf, Faizah Mastutie & Ricky M.S Lakat. (2019). Taman
Budaya Kie Raha di Kota Ternate : Regionalism Architecture. 8(1), 112-123.

13
Ibid.
14
Ibid.
Diperoleh daripada
https://ejournal.unsrat.ac.id/index.php/daseng/article/view/24629/pdf
Laila Abdul Jalil. (2017). Nisan Kuno Di Jailolo : Bukti Perkembangan Islam Abad Ke-
18 Di Maluku Utara. 57(2), 195-207. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/323633591_NISAN_KUNO_DI_JAILOL
O_BUKTI_PERKEMBANGAN_ISLAM_ABAD_KE-18_DI_MALUKU_UTARA
M. Adnan Amal. (2010). Kepulauan Rempah-Rempah : Perjalanan Sejarah Maluku
Utara 1250-1950. Diperoleh daripada https://batukarinfo.com/system/files/Sejarah
%20Kepulauan%20Rempah-Rempah.pdf
M. Junaidi. (2019). Sejarah Konflik dan Perdamaian Di Maluku Utara : Refleksi
Terhadap Sejarah Moloku Kie Raha. 1(2), 222-247. Diproleh daripada
http://jurnal.untad.ac.id/jurnal/index.php/academica/article/view/2330/1517
Mustafa Mansuri & Rusli M. Said. (2018). Dinamika Sosial Politik Kesultanan Jailolo
(2002-2017). 5(2), 136-161. Diperoleh daripada
https://ejournal.unkhair.ac.id/index.php/etnohis/article/view/1137
Novita Siswayanti. (2016). Sejarah dan Peranan Masjid Gammalamo Jailolo Halmahera
dalam Menyingkap Jejak Warisan Budaya Kesultanan Jailolo. 22(2), 339-352.
Diperoleh daripada http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/al-turats/article/view/4049

You might also like