You are on page 1of 1

Antara kesan negatif akibat daripada viral ini adalah berlakunya fitnah.

Seperti yang
kita tahu fitnah merupkan suatu perkara yang tidak baik mengikut Islam. Islam
meletakkan keimanan dan ketaatan kepada Allah S.W.T sebagai matlamat dalam
setiap perkara yang ingin disampaikan. Sebarang maklumat yang diperolehi daripada
sumber yang terbuka luas tidak bermakna diberi kebebasan yang mutlak. Apabila hal
ini berlaku, maka terjadilah fitnah dan memberi kesan kepada yang diviralkan.

Selain itu,perpecahan masyarakat juga turut berlaku kesan daripada perkara


yang diviralkan. Hal ini demikian kerana, perkara-perkara yang diviralkan kadangkala
melibatkan sensetiviti masayarakat di sekeliling kita. Kesan daripada itu, masyarakat
akan mula menuduh antara satu sama lain hingga menimbulkan konflik. Perkara
inilah yang akan menyebabkan masyarakat berpecah belah antara mereka.

Seterusnya, menjatuhkan maruah seseorang itu atau keluarganya. Hal ini


demikian keran, melalui laman web, seluruh dunia boleh melihat. Apabila perkara
yang diviralkan melibatkan diri sendiri hal tersebut akan menjatuhkan maruah dirinya
serta keluarganya. Masyarakat di luar sana akan memandang negatif akan perbuatan
yang dilakukan olehnya. Justeru, apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling
golongan ini akan terus dikecam akibat perbuatan mereka.

Akhir sekali adalah menyebabkan sesuatu pihak itu mengalami kerugian jika
perkara tersebut berkaitan dengan wang ringgit. Apabila diviralkan mengenai perkara
negatif sesuatu produk syarikat itu, ,masyarakat tidak akan membelinya lagi.
Sedangkan perkara yang diviralkan itu tidak benar. Kesan daripada itu, syarikat
tersebut akan mengalami kerugian yang sangat besar. Jelaslah aktiviti viral ini juga
mendatangkan kesan negatif di samping mempunyai kesan positifnya sendiri.

You might also like