You are on page 1of 16

BAB 4: ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Maksud Etika
 Pengukuran individu terhadap nilai-nilai moral berkenaan dengan mana baik dan tidak baik,
satu piawai yang mengawal moral tingkah laku.

Maksud Etika Perniagaan


 Kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral yang menghasilkan peraturan dan
prinsip dalam situasi perniagaan.
 Menentukan sesuatu kelakuan itu betul atau salah dalam pengendalian perniagaan.

Maksud Etika Kerja


Tindakan etika pegawai-pegawai organisasi yang berkaitan dengan budaya organisasi itu sendiri
yang telah diterapkan oleh pihak pengurusan atasan.
Dilema etika timbul dalam keadaan yang memaksa seseorang untuk mengenal pasti tindakan
mana yang betul atau salah apabila nilai-nilai moral bercanggah. Etika selalunya melibatkan
seseorang individu untuk membuat keputusan dan terdapat pelbagai isu yang sukar diselesaikan.

Berikut adalah situasi apabila perlu membuat pilihan atau berada dalam dilema etika :
 Syarikat anda berhasrat untuk membina sebuah kilang pembuatan baru di luar negara. Anda
boleh menyimpan dalam $5 juta dengan tidak memasang peralatan kawalan pencemaran
standard yang digunakan di Amerika Syarikat. Kilang itu akan mengambil ramai pekerja
tempatan di sebuah negara miskin di mana peluang pekerjaannya adalah terhad. Hasil
penyelidikan anda mendapati bahawa sisa buangan dari kilang itu boleh menjejaskan industri
perikanan tempatan berkenaan. Akan tetapi, memasang peralatan kawalan pencemaran besar
kemungkinan akan menaikkan kos pembinaan kilang tersebut.
 Anda adalah pengurus perakaunan bahagian yang menghasilkan $15,000 pendapatan di
bawah sasaran keuntungan. Lebih kurang $20,000 perkakasan pejabat telah dihantar pada 21
Disember. Peraturan perakaunan menetapkan bahawa ia wajib untuk membayar perbelanjaan
apabila ditanggung. Pengurus besar bahagian anda meminta anda untuk tidak merekodkan
invois sehingga bulan Februari.

PENDEKATAN UTILITARIAN
 Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan seseorang individu terhadap pihak lain.
 Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau faedah kepada majoriti individu dalam
masyarakat . Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada faedah yang diperolehi untuk
kepentingan majoriti
 Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada
pelaksanaannya.
 Contoh : suatu pembangunan projek empangan di suatu daerah boleh dilaksanakan walaupun
terpaksa memindahkan 100 penghuni kawasan berkenaan kerana memberi faedah kepada 10
juta penduduk yang lain, kerana 100 orang mangsa pemindahan tidak memberi makna besar
kepada kebaikan yang diberi kepada 10 juta orang lain.

PENDEKATAN INDIVIDUALISME
 Keputusan yang memberi kebaikan jangka panjang kepada seseorang individu itu dianggap
tindakan yang betul.
 Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi kayu pengukur dalam membuat sesuatu
keputusan.
 Apabila semua individu berlumba-lumba untuk menjaga kepentingan masing-masing,
kebaikan bersama akhirnya dapat dihasilkan kerana semua individu akan belajar untuk
bertoleransi dengan yang lain untuk menjaga kepentingan jangka panjang mereka.
 Kesan pendekatan individualisme boleh membawa kepada kejujuran dan integriti untuk
diaplikasikan dalam jangka masa panjang.
 Contoh jika seseorang usahawan membuat penipuan untuk kepentingan diri jangka pendek
boleh mempengaruhi rakan-rakan perniagaan mereka juga membuat penipuan. Jadi tindakan
seseorang memberi impak kepada individu-individu lain.

PENDEKATAN HAK MORAL


 Menggariskan bahawa setiap individu mempunyai hak-hak asasi dan kebebasan yang tidak
boleh dicabuli oleh keputusan yang dibuat seseorang individu.
 Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik diambil untuk mengekalkan hak-hak setiap
individu yang terlibat.
 Enam hak-hak moral harus diteliti semasa membuat keputusan:
o Hak memberi persetujuan. Setiap individu berhak memberi persetujuannya sebelum
diambil apa-apa tindakan.
o Hak privasi.Kehidupan peribadi setiap individu berhak dihormati apabila di luar bidang
pekerjaannya dan dia berhak mengawal kehidupan peribadinya.
o Hak kebebasan suara hati.Setiap individu berhak mencegah daripada melakukan apa-apa
yang boleh melanggari moral atau norma-norma agamanya.
o Hak kebebasan bersuara. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat berkenaan etika
individu lain terhadapnya atau kesan-kesan dari tindakan mereka mengikut tatatertib
undang-undang.
o Hak untuk dibicarakan.Setiap individu berhak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil
dan layanan yang saksama.
o Hak untuk hidup dan keselamatan. Setiap individu berhak untuk hidup tanpa gangguan
atau pencabulan kesihatan dan keselamatannya.
 Contohnya seseorang majikan perlu menghormati hak pekerja walaupun ini bertentangan
dengan keperluan majikan untuk melihat pekerja-pekerja lebih cemerlang dan lebih produktif

PENDEKATAN KEADILAN
 Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan piawaian ekuiti, keadilan dan
kesaksamaan.
 Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan kos dan
faedah di kalangan individu dan kumpulan.
 Tiga jenis keadilan yang dititikberatkan oleh setiap pengurus :
 Pengagihan keadilan
o Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa diskriminasi.
o Individu tidak boleh dilayan dengan cara yang berbeza berdasarkan warna kulit, bangsa,
agama dan sebagainya
o Contohnya, pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang berlainan jika
mereka melakukan kerja yang sama.

 Keadilan berprosedur
o Semua peraturan ditadbir dengan saksama.
o Peraturan-peraturan tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas dan dikuatkuasakan secara
konsisten.

 Keadilan pampasan
o Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh pihak yang
bertanggungjawab.
o Individu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara di luar bidang
kuasa mereka.
Faktor dalam pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan organisasi

1. Pengurus

 Pengurus akan dipengaruhi oleh kehendak dalam kehidupan, latar belakang kehidupan,
pegangan agama, pengaruh keluarga serta sikap pengurus itu sendiri.
 Sikap pengurus yang sentiasa beretika, mempunyai keyakinan yang tinggi akan
mempengaruhi pembuatan keputusan yang beretika.
 Kekuatan ego adalah satu ciri personaliti yang mengukur kekuatan keyakinan seseorang.
 Tahap pembangunan moral juga mempengaruhi individu yang mana tahap kepatuhan
bergantung kepada hukuman dan ganjaran yang akan diterima.
 Tiga tahap yang mempengaruhi keputusan etika seorang pengurus :
o Tahap Prakonvensional
 Pengurus lebih mementingkan imbuhan, mematuhi peraturan dan
mengelakkan daripada hukuman.
 Pengurus lebih bersifat autokratik.
 Matlamat utama ialah semua pekerja mesti menyelesaikan semua tugasan
yang diberikan
o Tahap konvensional
 Pengurus lebih mementingkan kerjasama kumpulan dan menggalakkan semua
pekerja mengambil bahagian.
 Pengurus akan membuat keputusan berdasarkan kehendak dan jangkaan
pekerja, keluarga dan masyarakat
 Pengurus cenderung menjalinkan hubungan yang baik dengan organisasi.
o Tahap Prinsip
 Pengurus berpegang kepada tahap moral dan etika yang sangat tinggi.
 Pengurus tidak akan melanggar peraturan kerana nilai moral dalamannya lebih
penting daripada luaran.
 Pengurus akan melatih pekerja membuat keputusan tanpa ada dilema etika
atau kepentingan peribadi.
 Pengurus akan menurunkan kuasa kepada pekerja membuat keputusan dan
walaupun tanpa pengawasan, pekerja akan melakukan semua pekerjaan
dengan beretika.
2. Organisasi

 Budaya kerja organisasi yang beretika tinggi dapat mengambarkan bahawa organisasi
tersebut sentiasa menekankan nilai etika dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
 Organisasi yang melaksanakan aktiviti dengan beretika akan menerima pulangan yang
positif dalam jangka masa panjang.
 Pengaruh etika akan sentiasa memberi kesan dalam perundangan dan polisi organisasi,
peraturan bertulis, kerja berpasukan, ganjaran, keprihatinan organisasi kepada
masyarakat, kepimpinan dan proses pembuatan keputusan.

JENAYAH KOLAR PUTIH

Takrif Jenayah Kolar Putih

Perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang bersangkutan
dengan bidang tugas atau yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam organisasi.
Jenis-Jenis Jenayah Kolar Putih

Rasuah

 Dengan niat salah menerima daripada seseorang atau memberi kepada seseorang apa-apa
suapan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan urusan rasmi atau urusan prinsipal berkenaan.
 Suapan ditakrifkan sebagai

o Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau apa-apa jenis
harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya
o Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-
apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa
sifat.
o Apa-apa bayaran, pelepasan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, obligasi, atau liabiliti
lain sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya.
o Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau
peratusan
o Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai atau benda
berharga.
o Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa
penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa
tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil, atau jenayah sama ada sudah atau
belum dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan
apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi.
o Apa-apa tawaran atau akujanji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat untuk
memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana sebelum ini.
Penyelewengan

 Tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta dengan curang atau
menggunakan harta orang lain atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan
kepadanya demi kepentingan diri sendiri.
 Antara contoh penyelewengan :
o Menggelapkan harta dan wang syarikat
 menggunakan wang syarikat dalam amaun yang banyak untuk membuat
pelaburan sendiri dengan hasrat untuk mengaut keuntungan yang besar.
 memalsukan rekod-rekod kewangan syarikat agar tindakan mereka tidak dapat
dikesan
o Memberikan harta yang bukan miliknya atau milik syarikat kepada orang lain
 harta syarikat disalahgunakan seperti mesin fotostat, telefon alat tulis dan
sebagainya.
o Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang
bertanggungjawab
 Menjual maklumat syarikat seperti rahsia perdagangan yang meliputi formula,
paten, program dan produk baru. Tindakan ini mengambarkan ketidak setiaan
kepada syarikat

Pecah Amanah

 Seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab telah meletakkan


kepentingan peribadi atau kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan.
 Antara contoh pecah amanah ialah :
o Pengurus menipu atau meniru tandatangan mana-mana pegawai
o Tidak menjaga sesuatu senarai hasil, penyata, buku akaun, anggaran, daftar, resit catatan
mensyuarat atau senarai pendermaan atau mengeluarkan sesuatu surat atau sijil
o Penyalahgunaan duit/ harta/ wang syarikat untuk diri sendiri
o Menggunakan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham atau aset
untuk diri sendiri

Konflik Kepentingan

 Berlaku apabila seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan
tindakannya menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan
kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut.
 Antara contoh percanggahan yang mungkin wujud ialah :
o Pengarah yang dilantik oleh lembaga pengarah mewakili kepentingan sesuatu
kumpulan tertentu
o Pengarah syarikat mungkin merupakan pengarah syarikat lain yng bersaing antara satu
sama lain.
o Mengambil atau menyimpan sebarang untung rahsia iaitu ganjaran yang diterima bagi
pihak syarikat

Penyalahgunaan Kuasa

 Berlaku apabila seseorang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan


bidang tugas yang diamanahkan, mengambil tindakan atau membuat keputusan melanggar
peraturan, prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.
 Antara contoh penyalahgunaan kuasa ialah :
o Mempunyai kuasa yang luas atau mengetahui maklumat dalaman sesebuah syarikat dan
disalahgunakan
o Menggunakan wang dan harta syarikat bukan untuk kepentingan syarikat
o Meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri

Hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih

Rasuah
 Penjara untuk tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang
daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang tinggi.

Penyelewengan
 Hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih enam tahun, sebatan dan
denda.

Pecah Amanah
 Hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, serta
sebatan.
 Bagi penjawat awam, jurubank, saudagar dan ejen - Hukuman penjara tidak kurang daripada
dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda

Konflik Kepentingan
 Hukuman pembatalan kontrak sekiranya wujud kontrak yang mengikat kedua belah pihak.

Penyalahgunaan Kuasa
 Contoh kesalahan dan hukuman mengikut Akta Syarikat 1965
o Menjadi pengarah syarikat tanpa izin mahkamah setelah hilang kelayakan : hukuman
penjara lima tahun atau denda RM100 000 atau keduanya
o Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak, harta jawatan dll : hukuman penjara
tujuh tahun atau denda RM150 000.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Maksud Tanggungjawab Sosial
 Satu kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan organisasi dalam membuat keputusan
dan mengambil tindakan yang perlu demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat
serta organisasi.
 Satu kepercayaan bahawa fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan
mestilah berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi.

Pihak-Pihak Berkepentingan Dalam Tanggungjawab Sosial


Primer
1. Pekerja
 Menentukan bahawa dasar upah dan gaji adalah mengikut daya pengeluaran dan
kecekapan
 Mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
 Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dimana dapat menjamin kebajikan
pekerja
 Memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi apabila pekerja berhenti
2. Pemegang saham
 Menentukan kadar pulangan yang mencukupi dan memastikan pelaburan terjamin.
 Menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan cekap.
 Memberi maklumat yang perlu dengan syarat tidak menjejaskan keselamatan dan
kecekapan perniagaan.
 Memastikan objektif tercapai selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam etika.
3. Pembiaya
 Membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam perjanjian.
 Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur.
 Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilkan keuntungan.
4. Pembekal
 Memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak meragukan, dan
diterima sepenuhnya kecuali ditamatkan atau diubah atas persetujuan bersama.
 Memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa ekonomi dalam hubungan urusniaga dengan
pembekal kecil dielakkan dan bagi setiap urusan syarat-syarat pembayaran dipatuhi
sepenuhnya seperti pembayaran dibuat dengan segera seperti dijanjikan.
 Memastikan supaya pembekal tidak menggunakan sumbernya untuk menerima pesanan
jangka panjang kecuali terdapat jaminan yang munasabah bahawa pesanan-pesanan yang
diterima daripada perusahaan perniagaan tidak akan dibatalkan sewenang-wenangnya.
5. Pelanggan
 Menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin penggunaannya yang
cekap
 Tidak menghasilkan atau menjual barang-barang palsu atau bermutu lebih rendah
daripada yang ditetapkan atau barang-barang seludup atau apa-apa barang yang
membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna.
 Memastikan ejen atau wakil yang dilantik tidak mengenakan harga yang lebih tinggi
daripada harga yang disyorkan.
 Menentukan dan memelihara ketetapatan timbangan dan sukatan bagi barang-barang
yang dijual.
6. Peruncit
 Membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti dan kualiti yang
ditetapkan
 Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat
 Mendapatkan maklum balas dari peruncit
 Memberi ganjaran kepada peruncit untuk meningkatkan motivasi
7. Pemborong
 Membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong
 Mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai
 Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
Sekunder
1. Kerajaan
 Mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai undang-undang yang dicadangkan
 Memberikan sumbangan yang positif ke arah penggunaan sumber tenaga manusia dan
bahan-bahan mentah negara yang lebih baik.
 Menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

2. Media
 Membekalkan maklumat yang benar kepada media untuk disebarkan
 Menggunakan media dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi
 Memberikan kerjasama dan hubungan yang baik dan dengan pihak media
 Sentiasa membekalkan maklumat yang dikendaki media tepat pada masanya
3. Masyarakat
 Memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti biasiswa, pinjaman kepada pelajar
tempatan.
 Mengenalpasti keperluan masyarakat dan dapat membekalnya mengikut permintaan
 Membiayai projek-projek social seperti taman permainan, pondok bas dan tempat
rekreasi.
 Memastikan aktiviti perniagaan tidak memudaratkan alam sekitar
4. Kumpulan Pendesak
 Memberikan maklumat yang benar kepada kumpulan pendesak tentang satu-satu isu yang
tepat.
 Memberikan kerjasama yang diperlukan oleh kumpulan pendesak
 Menyediakan ruang dan kemudahan kepada kumpulan pendesak untuk menyuarakan
pendapat tentang produk atau perkhidmatan syarikat.

Kebaikan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi

 Meningkatkan imej atau jenama organisasi yang mana sebuah syarikat mempunyai imej atau
jenama yang baik dari perlaksanaan tanggungjawab sosial dan akan dipandang tinggi
berbanding pesaing. Firma akan dilabelkan sebagai organisasi baik dan bersih. Ini sangat
diperlukan untuk meningkatkan jualan dan sokongan orang ramai.
 Menikmati keuntungan jangka masa panjang. Ini disebabkan oleh sokongan masyarakat ke
atas organisasi terbabit di atas imej baik yang ditunjukkan.Jadi tidak menjadi masalah
syarikat mengeluarkan kos untuk menjalankan tanggungjawab sosial.
 Memberi keyakinan kepada pelabur dalam negeri dan pelabur asing bahawa syarikat
bertanggungjawab,beretika dan telus dalam operasinya.
 Syarikat berupaya membetulkan masalah sosial dan persekitaran disebabkan operasinya.
Antaranya masalah pencemaran diatasi supaya dapat mencipta hidup dan persekitaran yang
lebih baik.
 Pelaksanaan tanggungjawab sosial dengan baik akan menyebabkan harga saham
perniagaannya meningkat dalam jangkamasa panjang. Ini disebabkan organisasi dilihat
sebagai kurang berisiko dan menghasilkan pulangan yang tinggi kepada pemegang-
pemegang saham.
 Mempunyai kaitan positif dengan harga saham syarikat di bursa saham. Harga saham akan
meningkat dalam jangka panjang kerana pada pandangan awam, syarikat kurang terdedah
kepada kritikan awam dan risiko imej terjejas.

Kelemahan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi

 Organisasi merasakan kurang bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap masyarakat


awam kerana tiada saluran dan masa untuk berbuat demikian. Ini kerana segala keputusan
dilaksanakan dalam syarikat datangnya daripada para pengurus, bukan oleh syarikat. Jadi
segala kesilapan akan ditanggung oleh individu bukan firma.
 Tanggungjawab sosial melibatkan kos yang tinggi ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.
Kebiasaannya organisasi akan menyerap kos ini kepada pengguna dengan cara meletakkan
harga yang tinggi. Permintaan akan berkurang dan ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.
 Pelanggaran matlamat mencapai keuntungan maksimum kerana tanggungjawab sosial bukan
antara matlamat syarikat kerana tidak termasuk dalam agenda aktiviti yang
diutamakan.Pelaksanaan tanggungjawab sosial melemahkan matlamat utama perniagaan.
 Setiap organisasi mempunyai kepakaran dalam bidang pernigaan atau ekonomi sahaja tetapi
kurang kepakaran menangani isu-isu sosial. Jika mereka dipaksa melakukan tanggungjawab
sosial ini akan meningkatkan kos sahaja.
 Faedah daripada tanggungjawab sosial hanya dinikmati oleh masyarakat luar dan tidak
memberi
faedah kepada perniagaan tersebut.
 Syarikat telah pun membayar cukai korporat kepada kerajaan jadi kerajaan patut gunakan
cukai
tersebut untuk menyediakan kemudahan untuk masyarakat.

WARGA KORPORAT

Takrif Warga Korporat

 Peringkat pengurusan atasan yang terlibat dalam aktiviti perniagaan korporat.


 Golongan warga korporat ialah
o Pemegang saham iaitu pelabur yang menyumbangkan modal untuk membiayai aktiviti-
aktiviti perniagaan
o Lembaga Pengarah iaitu mereka yang dilantik oleh pemegang saham dan
bertanggungjawab menentukan dasar dan hala tuju syarikat tersebut.
o Pihak pengurusan syarikat / pengurus syarikat iaitu golongan profesional yang
bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi pengurusan dalam usaha untuk mencapai
matlamat perniagaan yang telah ditetapkan.

Peranan warga korporat

1. Gelagat Beretika Dalam Perniagaan.


 Melibatkan diri dalam perhubungan dengan pihak pelbagai kepentingan secara adil dan
jujur
 Menetapkan piawaian gelagat yang tinggi antara semua pekerja
 Melaksanakan pemantauan etika terhadap eksekutif atasan dan para pengarah

2. Komited Terhadap Pihak Berkepentingan

Masyarakat
 Mengukuhkan hubungan dua hala antara firma dengan masyarakat
 Melabur untuk kepentingan masyarakat di mana firma beroperasi
 Menggunakan sumber untuk memberikan faedah optimum kepada masyarakat tanpa
wujud percanggahan seperti pembaziran sumber dan pencemaran.
Pelanggan
 Menawarkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti
 Menyediakan maklumat yang berguna dan benar
 Menghormati pelanggan sebagai pengguna yang sentiasa berhak menuntut haknya
Pekerja
 Menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga
 Melaksanakan pengurusan sumber manusia yang bertanggungjawab
 Menyediakan ganjaran dan sistem upah yang adil
 Menyediakan suasana komunikasi yang terbuka dan fleksibel
 Melabur untuk pembangunan kerjaya para pekerja
Pelabur
 Berusaha untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan yang berdaya saing
 Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan penuh tanggungjawab
 Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada.
Pembekal
 Melaksanakan amalan perniagaan yang adil dimana sentisasa mematuhi perjanjian yang
telah
 dipersetujui
 Memastikan pembekal akan membekalkan keperluan tepat pada masanya.
 Memastikan bayaran yang dibuat kepada pembekal menepati masa

3. Komited Terhadap Persekitaran Dalam Jangka Masa Panjang


 Menjamin kelestarian persekitaran dalam jangka panjang iaitu sentiasa kekal lama dan tidak
pupus
 Memastikan persekitaran bebas dari sebarang masalah pencemaran
 Menggunakan bahan mentah atau bahan semulajadi secara optimum bagi mengelakkan
pembaziran
 Mengelakkan masalah terhadap persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain
KEPENGGUNAAN

Takrif Kepenggunaan
 Kepenggunaan ialah satu pergerakan yang bersifat sosial, ekonomi dan politik bertujuan
melindungi keselamatan dan hak pengguna keseluruhannya.

Hak-hak pengguna:

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas


 Pengguna berhak mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang
memuaskan.
 Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian,
perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
2. Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
 Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan , proses pengeluaran dan
perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
 3. Hak untuk mendapatkan maklumat
 Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan
mereka membuat pilihan yang tepat.
 Pengguna dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau
mengelirukan.
 4. Hak untuk membuat pilihan
 Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
 5. Hak untuk menyuarakan pendapat
 Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta
dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
 6. Hak untuk mendapat ganti rugi
 Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian
barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau
perkhidmatan yang tidak memuaskan.
 7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
 Pengguna berhak mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan
perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
 8. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
 Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan
tidak berbahaya kepada generasi masa kini dan akan datang.
Empat Agensi Berkaitan Kepenggunaan

1. Persatuan Pengguna

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca)


 Sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan
pertubuhan sivik. Menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya seperti
Persatuan Pengguna Selangor, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna
Negeri Sembilan dan lain-lain yang sentiasa berusaha memperjuangkan hak pengguna di
Malaysia.
 FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan
perlindungan pengguna.
 Antara peranannya ialah :
i. memberi dan menyebarkan maklumat.
ii. memberi pendidikan kepada semua pengguna.
iii. melindungi pengguna
iv. menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
 Sebuah pertubuhan yang bertujuan menjaga dan membela hak dan mengembalikan
maruah para pengguna Islam melalui perlaksanaan aktivit-aktiviti yang proaktif dan
berstrategi.
 Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang adalah diharapkan setiap
pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang bagi mengembalikan
maruah yang kian tercemar.
 Objektif penubuhan
i. Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri
sendiri bagi memperjuangkan hak kepenggunaan Islam
ii. Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang
tuntutan Islam dari segi kepenggunaan
iii. Menjadi pemangkin kepada permasalahan ekonomi umat Islam, khasnya dan
ekonomi Malaysia amnya
iv. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-
aktiviti terancang dan proaktif
v. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan
negara secara positif.

2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan


 Matlamat penubuhan untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang
beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
 Menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan
pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
 Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri:
1. Menentukan dan memantau harga barang-barang kawalan
2. Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang kawalan
3. Melesenkan penjualan dan pengeluaran barangan petroleum dan petrokimia
4. Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri
petroleum, petrokimia dan gas
5. Melesenkan urusniaga jualan langsung
6. Melaksanakan peraturan timbang dan sukat
7. Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta
berkaitan
8. Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik
9. Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek
10. Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui koperasi
11. Mengembangkan peluang perniagaan baharu berasaskan konsep francais
12. Membangunkan penjaja dan peniaga kecil
13. Menggubal dasar-dasar sektor koperasi
14. Mengawal selia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993)
15. Melaksanakan projek dan program pembangunan koperasi
16. Melaksanakan latihan sektor koperasi
17. Melaksanakan program pendidikan pengguna
18. Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna
19. Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan

3. Better Business Bureau


 Persatuan/pertubuhan yang ditubuhkan oleh para peniaga bagi membantu pengguna
mengelak atau mengambil tindakan ke atas firma yang menjalankan perniagaan secara
tidak beretika.
 Peranan :
1. Membekalkan maklumat syarikat kepada pengguna.
2. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh
membuat keputusan pembelian yang tepat.
3. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa.
4. Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan
pengiklanan yang tidak sihat.
5. Membantu menyelesaikan sesuatu aduan pengguna tanpa bayaran dan khidrnat
timbang tara.
6. Menyiasat tempat perniagaan yang menjalankan aktiviti tidak beretika.
4. Tribunal Pengguna
 Merupakan satu badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang
difailkan oleh pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
 Menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk
menuntut gantirugi dengan cara mudah, murah dan cepat.

Bidang kuasa:
 Tribunal Mempunyai Bidang Kuasa Mendengar:
1. Apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;
2. Di mana amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00
3. Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh mahkamah melalui perintah yang disiarkan
dalam warta
4. Bidang kuasa tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi
dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.
 Jenis-jenis tuntutan
 Mana-mana pengguna boleh menfailkan tuntutan di TTPM menuntut gantirugi bagi kerugian
yang ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan pengguna iaitu
o Perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan,
kesesuaian, kualiti dan kuantiti.
o Keselamatan barang dan perkhidmatan yang digunakan
o Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat dengan pembekalan barang-
barang seperti mematuhi perihal, mematuhi sampel dan harga munasabah
o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekal
perkhidmatan seperti ketelitian dan kemahiran munasabah, masa siap yang munasabah,
harga yang munasabah.
o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan
barang-barang seperti kualiti prestasi atau ciri-ciri barang, pemberian perkhidmatan yang
diperlukan dan pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa
akujanji.

You might also like