You are on page 1of 1

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan

mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat


menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf
dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Namun begitu, masih terdapat beberapa cabaran dalam usaha memartabatkan profesion
keguruan di Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru, elemen yang merupakan cabaran
utama dalam usaha memartabatkan profesion keguruan di Malaysia adalah meningkatkan kualiti dan
kuantiti guru-guru yang bertauliah. Penghasilan guru-guru bertauliah dan mencapai sekurang-
kurangnya 50% guru sekolah rendah memiliki ijazah pertama menjelang 2020 adalah satu
cabaran. Dalam masa yang sama untuk memastikan guru-guru mempunyai kreditabiliti dan efektif
dalam hal pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga adalah satu cabaran bagi Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Cabaran dalam usaha memartabatkan profesion keguruan di Malaysia yang seterusnya ialah
merombak pengurusan dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah. Ini juga adalah satu cabaran bagi
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan pengurusan sekolah menjadi lebih efisyen. Peranan
guru besar atau pentadbir sekolah sangat penting. Gaya kepimpinan pendidikan yang ditunjukkan
seharusnya dinamik dan membawa kepada pencapaian matlamat visi dan misi pendidikan disekolah
khususnya dan negara amnya. Cabaran yang getir ialah apabila usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
mahu mengimplimenkan sesuatu dasar yang melibatkan komitmen yang tinggi daripada warga
sekolah yang kadang-kadang tidak terlaksana dengan optimum.
Walau bagaimanapun, cabaran paling jelas dalam aspek ini ialah usaha mencapai matlamat
perpaduan nasional. Dalam konteks masyarakat Malaysia walaupun dasar-dasar pendidikan sedia ada
berpaksikan laporan-laporan pendidikan terdahulu dan banyak aspek pelaksanaan dasar terjelma
dalam kurikulum pendidikan di pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan menengah sertainstitusi
pendidikan tinggi namun masih boleh ditingkatkan lagi. Setiap guru harus mendukung dan
menghargai kepelbagai perbezaan dan budaya yang ada agar terlaksana matlamat pendemokrasian
pendidikan.

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan
masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu
bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara
demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,
progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara.

You might also like