You are on page 1of 6

Faktor sistematik dan faktor tidak sistematik

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik.


Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi
yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang
mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan
rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang
tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak
sistematik.

Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu.


Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi
yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis
jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas
OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-
dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi
persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan
kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih
terdedah kepada faktor peluang.
Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang


hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal
dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang
menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang
rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak
semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh
dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali
kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai
ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada


ketekalan (consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian
atau soal selidik. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu
memberikan jawapan yang sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep
yang sama kepada populasi atau sampel atau responden yang sama.

Kebolehpercayaan merujuk kepada takat ketekalan alatpengukur itu mengukur


apa yang hendakdiukur •Alat ukur yang mengukur sesuatu gagasan atau
pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi• Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkanmarkah yang berubah-ubah bagi
mengukur gagasan atau pembolehubah yang samadikatakan tidak tekal
seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor


tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang
tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur
dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian
yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan
mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.

Indeks Kebolehpercayaan

Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian.


Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor
ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji
kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali
dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang
ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk
setara dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari dua set ujian
yang setara yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama. Kaedah
bahagi dua dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari jawapan
pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu
set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya indeks
kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh
dipercayai.

Jenis-jenis Kebolehpercayaan (Reliability)

(a) Konsisten dalaman (internal consistency) -Satu ujian diambil hanya sekali.
Mengukur sejauh mana item dalam satu ujian adalah konsisten antara satu sama
lain dan dengan keseluruhannya.

Terdiri daripada tiga jenis:

i) Kebolehpercayaan belah dua (split-half reliability) – item soal selidik atau ujian
dibhagaikan kepada dua bahagian. skor berasingan dikira untuk setiap ujian.
Pekali kebolehpercayaan kedua skor diperolhi dengan menggunakan rumus
Spearman-Brown

ii) Kebolehpercayaan Kuder-Richardson 20 & 21 (KR20, KR21) – untuk


instrumen yang mempunyai item dikotomi.

iii) Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha – digunakan untuk instrumen berskala


pelbagai seperti likert scale, Thurstone, Guttman atau Semantic Differential.

(b) Uji dan uji sekali lagi (test - retest) – darjah di mana skor ke atas ujian yang
sama adalah konsisten pada selang masa tertentu, Didapati skor yang diperoleh
pada ujian yang pertama menghampiri skor untuk ujian yang diuji sekali lagi.
Semakin sama skor pada ujian yang dijalankan pada selang masa
tertentu,semakin stabil skor ujian tersebut.

Prosedur

Menjalankan ujian terhadap kumpulantertentu


Selepas dua minggu, ujian yang samadijalankan ke atas kumpulan yang sama
Hitungkan pekali korelasi antara skor ujian yang pertama dengan skor ujian
kedua.
Menilai keputusan yang diperoleh

(c) Kesetaraaan dan Kestabilan (Equivalent and Stability)

(d) Ujian bentuk setara (Equivalent consistency) – dua ujian yg berbeza tetapi
setara dari isi kandungan, JSU, format soalan, dan arahan menjawab diberi
kepada peserta, pada masa sama atau berlainan.

(e) Scorer
ICC = Intraclass correlation coofficient (ICC) is used to measure inter-rater
reliability for two or more raters. It may also be used to assess test-retest
reliability. ICC may be conceptualized as the ratio of between-groups variance to
total variance.
Mempertingkatkan Kebolehpercayaan

Berikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan


kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.
a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.
b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
c. Soalan hendaklah seragam (homogen).
d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

Aktiviti 6
Anda membina 60 soalan objektif berdasarkan objektif pengajaran dan
kandungan yang anda ajar dan mengasingkan gerak balas pelajar terhadap
soalan bernombor ganjil dengan soalan bernombor genap. Apakah kesan
pembahagian bilangan gerak balas pelajar terhadap aspek kebolehpercayaan
ujian?
KEBOLEHPERCAYAAN SEBAGAI KETEKALAN (RELIABILITY AS CONSISTENCY)
Kebolehpercayaan (Ketekalan) adalah satu konsep penting dalam pengukuran. Thorndike (1997)
dalam bukunya Measurement and Evaluation in Psychology and Education menyatakan "When
we ask about a test's reliability, we are asking not what the test measures, how accurately it
measures whatever in does measure. What is the precision of the resulting score? How accurately
will the score be reproduced if we measure the individual again?."

Teori Kebolehpercayaan (Ketekalan)

Beliau menambah, dalam konteks Classical Test Theory (CTT) indeks kebolehpercayaan ujian
dihitung berdasarkan kolerasi antara skor sebenar dengan cerapan skor calon seperti formula
berikut:

X = T + e Yang mana, X = Pengukuran (Measurement) T = Skor sebenar, dan e = Ralat


Pengukuran (Error of Measurement)

Ketekalan menentukan kualiti dan kredibiliti bagi seseorang pemeriksa terhadap kertas ujian
sesuatu peperiksaan (Bhasah Abu Bakar, 1999). Dengan kata lain, ketekalan membawa maksud
pengekalan standard yang sama bagi semua pemeriksa yang berlainan apabila mereka memeriksa
skrip yang sama. Perbezaan yang ketara antara pemeriksa akan mencerminkan ketekalan yang
rendah. Ketekalan yang paling ideal dalam sesatu pemeriksaan kertas ujian terjadi apabila
perbezaan sifar antara pemeriksa. Menurut Mohd Ali Isnin (1987), jika sesuatu skrip itu
diperiksa oleh lebih daripada seorang pemeriksa dua kali atau lebih daripada dua kali markah
yang diberikan itu mungkin tidak sama. Secara umumnya jika sesuatu skrip itu diperiksa berkali-
kali maka markah yang diberikan itu jika disebarkan akan menunjukkan satu sebaran seperti
berikut: Jelasnya pemeriksaan skrip itu akan menunjukkan hasil atau keputusan yang sama atau
hampir-hampir sama jika diperiksa berkali-kali dalam keadaan pembolehubah-pembolehubah
yang lain.

You might also like