You are on page 1of 7

KUIZ PPK 436

Tarikh: 15 Disember 2020 Masa: 3-5pm


Membuat inferens daripada dapatan penyelidikan
Nama Pelajar: NOOR HAZIQAH BINTI ZAINAL
No. Matrik: 139546
Arahan:
Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan di dalam jadual bawah, laksanakan interpretasi
(membuat inferens) mengikut persoalan kajian.

1. Persoalan kajian: Apakah prestasi kefahaman membaca murid dari segi bahasa?

Jadual 1: Keputusan ujian kefahaman murid


Ujian Kefahaman Minimum Maximum M SD

Bahasa Melayu 16 19 18.84 1.19

Bahasa Inggeris 12 17 14.63 1.95

Interpretasi:
Hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi ujian kefahaman membaca murid dari kedua-
dua bahasa menunjukkan tahap perbezaan pencapaian tahap maksimum yang berbeza.
Namun begitu, ujian kefahaman Bahasa Melayu murid lebih tinggi berbanding ujian
kefahaman Bahasa Inggeris Ujian kefahaman Bahasa Melayu (M = 18.84, SD =1.19)
menunjukan kefahaman murid yang lebih tinggi berbanding Bahasa Inggeris (M = 14.63,
SD = 1.95).
2. Persoalan kajian: Adakah guru aliran perdana bersedia untuk mengajar murid autisme?
Jadual 2: Kesediaan guru aliran perdana untuk mengajar murid autisme

Min Sisihan
Item Persoalan Kekerapan Piawai
N = 178 (%)
STS TS S SS
(1) (2) (3) (4)
1 Jika saya mempunyai 0 112 66 0 2.37 .484
pilihan, saya akan (0.0) (62.9) (37.1) (0.0)
mengajar di sebuah
sekolah yang tidak ada
murid autisme
2 Permintaan kepada guru
untuk menerima murid 2 107 36 5 2.33 .580
autisme dalam sekolah (1.3) (71.3) (24.0) (3.3)
mereka ialah satu tindakan
yang tidak adil.

STS=sangat tidak bersetuju; TS= tidak setuju; S=setuju; SS=sangat setuju

Interpretasi:
i) Bagi soalan 1, seramai 112 orang responden (62.9%) telah menjawab tidak
setuju dan seramai 66 orang responden (37.1%) telah menjawab setuju,
manakala min item dan sisihan piawai masing-masing adalah 2.37 dan .484,
maka dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti guru aliran perdana tidak
bersetuju mengenai persoalan “Jika saya mempunyai pilihan, saya akan
mengajar di sebuah sekolah yang tidak ada murid autisme”.

ii) Bagi soalan 2, seramai 2 orang responden (1.3%) telah menjawab sangat tidak
setuju, seramai 107 orang responden (71.3%) telah menjawab tidak setuju,
seramai 36 orang responden (24.0%) telah menjawab setuju dan seramai 5 orang
responden (3.3%) telah menjawab sangat setuju bagi persoalan “Permintaan
kepada guru untuk menerima murid autism dalam sekolah mereka ialah satu
tindakan yang tidak adil”. Manakala, min item dan sisihan piawai bagi
kekerapan persolan kedua adalah 2.33 dan .580 dan ini menunjukkan bahawa
majority guru aliran perdana tidak setuju berkenaan persoalan tersebut.
3. Persoalan kajian: Adakah terdapat korelasi yang signifikan di antara prestasi membaca,
menulis dan mengira murid?

Jadual 3: Korelasi antara ujian

Ujian 1 2 3

Membaca - 0.71** 0.30

Menulis - 0.21

Mengira -

**p<0.01

Interpretasi:
i) Terdapat kolerasi positif yang kuat dan signifikan di antara prestasi membaca murid
dan prestasi menulis murid (0.71). Hal ini bermaksud murid yang berprestasi tinggi
dalam kemahiran membaca akan juga berprestasi tinggi dalam kemahiran menulis.
4. Persoalan kajian: Adakah efikasi kendiri murid berkeperluan khas di sekolah khas dan di
sekolah inklusif berbeza?

Hipotesis nol: Tidak terdapat perbezaan skor min sifat efikasi kendiri yang signifikan di
antara murid berkeperluan khas di sekolah khas dan di sekolah inklusif

Hasil analisis:

Group Statistic

Jenis sekolah N Mean Std. deviation Std. Error Mean

Sifat efikasi Sekolah khas 251 33.08 5.72 .36


kendiri murid
Sekolah inklusif 183 34.11 4.71 .36

Independent Samples Test


Levene’s Test T-test for Equality of Means
for Equality
of Variances
F Sig. t df Sig. Mean Std.Error
(2- difference difference
tailed)
Sifat Equal variances 3.511 .063 1.621 432 .103 .83 .50
efikasi assumed
kendiri
murid Equal variances 1.660 421.13 .095 .83 .51
not assumed
* Nilai aras signifikan ditetapkan pada aras ≤ 0.05

Interpretasi dan cara melapor:


i) Interpretasi :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min sifat efikasi kendiri di
antara murid berkeperluan khas di sekolah khas dan di sekolah inklusif.

ii) Cara melapor :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara skor min sifat efikasi kendiri di
antara murid berkeprluan khas t(432) = (1.621),p = .103, walaupun di sekolah khas
(M = 33.08, SD = 5.72) mendapat skor yang lebih rendah berbanding di sekolah
inklusif (M = 34.11, SD = 4.71).
5. Persoalan Kajian: Adakah terdapat perubahan yang signifikan dalam kemahiran
komunikasi murid sebelum dan selepas intervensi?

Hipotesis nol: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemahiran
komunikasi murid sebelum dan selepas intervensi.

Hasil analisis:

Paired Sample Statistic

Pair 1 Kemahiran komunikasi N Mean Std. deviation Std. Error Mean

PRA-INTERVENSI 32 37.50 5.21 .94

POS-INTERVENSI 32 39.17 5.31 .94

Paired Samples Test


Paired differences

Mean Std. Std. t df Sig.


deviation error (2-tailed)
mean
Pair 1 PRA-INTERVENSI 1.67 1.71 .49 5.383 31 .098
POS-INTERVENSI
* Nilai aras signifikan ditetapkan pada aras ≤ 0.05

Interpretasi dan cara melapor:


i) Interpretasi :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kemahiran komunikasi


murid sebelum dan selepas intervensi.

ii) Cara melapor :

Tidak terdapat perubahan yang signifikan di antara tahap kemahiran komunikasi


murid sebelum intervensi ( M = 37.50, SD = 5.21) berbanding selepas intervensi
(M = 39.17, SD = 5.31) = t(31) = 5.383, p = 0.98).
6. Persoalan kajian: Adakah terdapat kolaborasi yang berkesan di antara pihak sekolah
dengan pihak ibu bapa?

Hasil analisis kualitatif:

Unit Analisis Kod Kategori Tema

Ibu 1: Guru hanya menghubungi saya apabila Aduan Hubungan Kolaborasi


anak saya kacau kawannya di kelas. tentang setakat aduan perlu
tingkah laku tingkah laku dipertingkatkan
murid
Bapa 3: Pihak sekolah akan telefon saya jika Aduan
anak saya tidak mengikuti peraturan di tentang
sekolah. tingkah laku

Ibu 2: guru jemput untuk ke sekolah sekali Perjumpaan Perbincangan


sepenggal untuk bincang hal RPI sekali tidak kerap
sepenggal

Ibu 1: kurang berbincang tentang hal belajar. Kurang


perbincanga
n

Interpretasi:
Kolaborasi yang berlaku di antara pihak sekolah dengan ibu bapa adalah tidak berkesan. Hal
ini kerana, kategori yang dibincangkan hanyalah dari segi hubungan setakat aduan tingkah laku
murid dan perbincangan yang dilakukan juga adalah tidak kerap.

Hal ini dikatakan sebagai kolaborasi yang tidak berkesan di antara pihak sekolah dengan pihak
ibu bapa tersebut adalah kerana aduan yang dibuat oleh guru hanya mengenai tingkah laku
murid jika murid tersebut mengganggu rakanya dan tidak mengikut peraturan sekolah. Bagi
laporan yang lain pula, guru tidak memaklumkan kepada ibu bapa murid tersebut terutamanya
dari aspke pembelajaran.

Ibu 1: Guru hanya menghubungi saya apabila anak saya kacau kawannya di kelas.

Bapa 3: Pihak sekolah akan telefon saya jika anak saya tidak mengikuti peraturan di
sekolah.

Seterusnya, hal ini juga dapat di buktikan dengan perjumpaan dan perbincanagn di antara pihak
sekolah dan guru yang tidak kerap. Guru hanya menjemput ibu bapa untuk hadir ke perjumpaan
di sekolah hanyalah sekali sepenggal sahaja untuk perbincangan RPI semata-mata dan
perbincanagn mengenai hal ehwal pembelajaran murid tersebut jarang berlaku.

Ibu 2: guru jemput untuk ke sekolah sekali sepenggal untuk bincang hal RPI

Ibu 1: kurang berbincang tentang hal belajar.

Oleh hal yang demikian, kolaberasi yang berlaku di antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa
adalah tidak berkesan dan memerlukan penambahbaikan dan peningkatan daripada kedua-dua
belah pihak.

You might also like