You are on page 1of 4

Minit Curai

Taklimat Pelaksanaan Pendidikan Sivik Dalam Aktiviti Kokurikulum

Tarikh : 16 Oktober 2019


Masa : 9:00 a.m. – 12:30 p.m.
Tempat : Dewan SK Tanah Rata

Slot / Masa Penyampai Perkara

09:00 a.m. En Faizul - Peruntukan Masa Aktiviti Kokurikulum untuk Tahap 1 iaitu
hingga Tahun 3 ialah 60 minit, Tahap 2 ialah 120 minit.
11:00 a.m. - Penglibatan murid Tahun 3 dalam aktiviti kokurikulum tidak
direkodkan dalam PAJSK.
- Penglibatan murid Tahun 3 dalam aktiviti kokurikulum
adalah digalakkan. (Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.2/2007)
- Bagi Tahun 4, 5 dan 6, 12 kali perjumpaan wajib diadakan
untuk badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan.
- Setiap aktiviti dijalankan selama 2 jam setiap kali berturut-
turut.
- Aktiviti kokurikulum sekolah dimulakan pada masa yang
ditetapkan oleh sekolah masing-masing atas rundingan pihak
pentadbir sekolah.
- Dalam sistem pendidikan, aktiviti kokurikulum adalah
aktiviti kurikulum kebangsaan.
- Pastikan semua murid Tahun 4, 5 dan 6 menjalankan aktiviti
kokurikulum dan diharapkan pihak sekolah jangan buat kelas
tambahan untuk murid Tahun 6 pada masa kokurikulum.
- Peranan Guru Besar dan GPK Kokurikulum dalam Kegiatan
Kokurikulum boleh rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985 .
- Segala perancangan adalah mengikut kesesuaian sekolah
masing-masing.
- Penyertaan semua guru dalam aktiviti kokurikulum adalah
diwajibkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)
- Pihak sekolah haruslah muat turun “Buku Panduan
Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah”.
- Segala maklumat boleh rujuk dalam buku panduan ini.
- Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum SKPMg2 akan
dipantau oleh Jemaah Nazir.
- Guru Besar adalah penilai asal, tetapi Guru Besar boleh
menurunkan kuasa kepada guru-guru mengikut bidang
masing-masing dengan adanya surat turun kuasa.
- Tarikh tutup pengesahan Pengisian Data PAJSK adalah
25/10/2019.

Pendidikan Sivik dalam Aktiviti Kokurikulum


- Taklimat penerapan Pendidikan Sivik dalam PdPc untuk pra
sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 telah diadakan pada bulan
Jun, tetapi dilaksanakan pada bulan Julai.
- Ia dilaksanakan pada minggu ke-4 setiap bulan.
- 5 mata pelajaran yang terlibat iaitu BM, BI, Pend. Moral,
Pend. Islam dan Sejarah.
- Terdapat 4 Nilai teras, iaitu:
① Kasih Sayang
② Hormat-menghormati
③ Bertanggungjawab
④ Kegembiraan
- Dalam aktiviti kokurikulum, guru haruslah memilih elemen-
elemen atau sub nilai dalam tema PdPc dan menerapkannya
ke dalam aktiviti kokurikulum.
- Peruntukan masa seperti berikut:
i. Sekolah Rendah : 20 minit (10 minit sebelum aktiviti,
10 minit selepas aktiviti)
ii. Sekolah Menengah : 30 minit (15 minit sebelum
aktiviti, 15 minit selepas aktiviti)
- Pelaksanaan Pendidikan Sivik adalah mengikut agihan tema
masing-masing.
- Ia bermula pada awal bulan Februari 2020, iaitu minggu ke-4
setiap bulan.

Lain-lain
- Rancangan Tahunan Kokurikulum dan Rancangan Harian
Kokurikulum perlu disediakan.
- Penglibatan KBAT dalam kokurikulum haruslah diadakan
iaitu murid mestilah menghasilkan satu inovasi.
- Buku KBAT Kokurikulum boleh dimuat turun dalam web.
- Ia menitikberatkan 1 murid 1 projek. Murid sekolah rendah
boleh menjalankan secara berkumpulan.
- Penglibatan murid dalam pertandingan peringkat kebangsaan,
satu penyertaan dudah dapat 12 markah.
- Pihak sekolah haruslah mencari dana atau budget sendiri
dalam semua aktiviti kokurikulum.
- Adalah digalakkan setiap sekolah mewujudkan Kelab
Pencinta Alam dan mendaftar keahlian dalam Malaysia
Nature Society (MNS).
- Setiap pendaftaran dikenakan sebanyak RM 50 setiap tahun.
- Guru yang tidak didaftarkan sebagai ahli tgidak boleh
memakai pakaian Badan Beruniform Pengakap. Jika guru
berkenaan memakai, ia adalah haram.
- Kutipan yuran keahlian adalah seperti berikut:
i. Murid : RM 7
ii. Guru : RM 10
- Beliau memaklumkan bahawa tiada lagi Penyelia
Kokurikulum di PPD, ia akan diganti oleh Pegawai
Perkembangan Bakat.
- Laporan Kewangan Kokurikulum Tahun 2019 haruslah
dihantar pada 15/11/2019 bersama dengan laporan yang
disediakan.

Taklimat Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu


(PIKeBM) Sekolah Rendah
- PIKeBM haruslah diselitkan dalam setiap kali perjumpaan
aktiviti kokurikulum.
- 2 buah modul diagihkan kepada setiap sekolah.
- Modul yang diberi adalah sebagai panduan. Guru boleh
memilih dan membuat aktiviti mengikut tema yang diberi.
- Masa yang digunakan sebanyak 5 minit atau atas rundingan
guru sendiri.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12:30 tengah hari.

Disediakan oleh, Tarikh : 16 Oktober 2019

(LEONG WAI ZHI)


GPK KOKURIKULUM

You might also like