You are on page 1of 15

LATIH TUBI PECUTAN AKHIR (HARAPAN)

BAB 1 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1. Jelaskan tiga kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah


organisasi perniagaan. [3 markah]

2. Nyatakan empat peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.


[4 markah]

3.

i) Nyatakan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Ahmad. [3 markah]

4.
Berikan definisi kebolehkerjaan. [2 markah]

5. Dialog berikut menunjukkan gaya pengurusan Encik Hakim dan Encik Aqil

Encik Hakim : Saya sentiasa memberi peluang dan kebebasan kepada pekerja saya untuk
memberi idea dan membuat keputusan dalam kerja tetapi masih dalam
pengawasan saya. Saya percaya dan yakin pekerja saya boleh melakukan
kerja dengan cemerlang.
Encik Aqil : Tapi Encik Hakim, saya lebih suka membuat keputusan sendiri tanpa
perlu bertanya kepada pekerja. Lagipun saya ingin pastikan matlamat
yang ditetapkan dicapai tepat pada masa. Pekerja hanya perlu ikut arahan
sahaja.

i. Jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang sesuai diambil kira oleh Encik Hakim untuk
bakal pekerja di syarikat beliau. [4 markah]
6. Maklumat berikut berkaitan iklan jawatan kosong di sebuah syarikat.

SYARIKAT PERCETAKAN DIGITAL SDN. BHD [15432]

JAWATAN KOSONG

PEMBANTU AKAUN ( 2 KEKOSONGAN)


TARIKH TEMU DUGA TERBUKA:
Setiap Hari : Selasa dan Khamis
MASA :
9.00 Pagi – 12.00 tengah hari
TEMPAT / ALAMAT :
SYARIKAT PERCETAKAN DIGITAL SDN. BHD
Lot 2552, Seksyen 25, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

KELAYAKAN
 Gaji RM1300 – RM1600 + KWSP + PERKESO
 Warganegara Malaysia
 Berumur antara 18 tahun sehingga 35 tahun
 Mempunyai kelulusan SPM/Diploma perakaunan atau yang setaraf
dengannya
 Berkebolehan menggunakan perisian komputer
 Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang percetakan /
perakaunan

SILA HUBUNGI :
09-7656868 (Pn Sakinah / Pn Ella)
Email: cetakdigital@gmail.com

TARIKH TUTUP : 5 September 2018

Berdasarkan maklumat di atas, terangkan dua keperluan kemahiran


kebolehkerjaan yang perlu ada pada seseorang calon untuk jawatan tersebut.
[3 markah]

7. Senaraikan 3 faktor penentu penggajian dalam sesebuah organisasi.

[3 markah]
BAB 2 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Lina dan Lana.

Lina dan Lana ingin memulakan perniagaan ‘dropship’ secara atas talian.
Mereka ingin menjalankan perniagaan menjual tudung dan skarf. Lina dan
Lana bersetuju untuk berkongsi dalam menyumbangkan modal sebanyak
RM2,000 daripada simpanan peribadi masing-masing.

Terangkan dua sumber fizikal yang terlibat dalam perniagaan tersebut.

[4 markah]

2. Berikut adalah rancangan pengeluaran produk bagi Puan Aini, seorang usahawan produk
kecantikan.
Puan Aini ingin mengeluaran produk yang berasaskan herba untuk
kecantikan dan kegunaan harian. Produk yang dihasilkan akan
dipasarkan di sekitar Segamat, Johor. Puan Aini juga bercadang
memasarkan produknya secara atas talian.

Huraikan prosedur mengurus sumber fizikal yang perlukan dilaksanakan dalam operasi
perniagaan Puan Aini. [5 markah]

3. Jelaskan tujuan pengurusan sumber fizikal dalam operasi sesebuah perniagaan.

[4 markah]

4.

a) Nyatakan sumber teknologi bagi X, Y dan Z. [3 markah]


(a) Maklumat berikut berkaitan dengan sumber teknologi.

Sumber teknologi ialah aset yang berbentuk tidak ketara atau tidak nyata dan
digunakan oleh sesebuah organisasi untuk melicinkan operasi perniagaan. Tiga jenis
sumber teknologi iaitu harta intelek, lesen perniagaan dan kemahiran dan pengalaman.

Senaraikan empat jenis harta intelek. (4 markah)

5. Mengapa kerajaan menggalakkan usahawan mendaftar paten produk mereka


melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)? [3 markah]

6. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan dua buah perniagaan dalam menguruskan

sumber fizikal dan teknologi dalam bidang pembuatan sos cili.

Perniagaan A Perniagaan B

1. Pembuatan sos cili di rumah kediaman 1. Pembuatan sos cili di bengkel masakan
milik majikan dan dibantu dengan tiga orang dibantu dengan 10 orang pekerja.
pekerja. Pembuatan sos cili hanya Pengisar cili yang berteknologi tinggi yang
menggunakan pengisar cili biasa. dapat memisahkan biji cili bagi menjamin
kualiti produk.

2. Hanya menggunakan buku catatan dan 2. Bengkel dilengkapi dengan telefon,


telefon dalam mengeluarkan barang siap. telefon pintar, komputer, mesin cetak dan
Hanya mengeluarkan sos cili sahaja tanpa internet dalam menerima pesanan
penambahan resepi baru. pengeluaran sos cili. Sos dipelbagaikan
bukan hanya sos cili tetapi penambahan
produk yang lain seperti sos lada hitam,
sos tomato, sos perapan kambing dan
lembu dan sos ayam bakar.

Apakah pendapat anda, perniagaan manakah yang dapat mempertingkatkan


kecekapan organisasi perniagaan kesan penggunaan sumber fizikal dan teknologi.
Berikan alasan anda. (4 Markah)
BAB 3 : SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

1.
Modal merupakan satu elemen penting dalam mana-mana perniagaan sama ada
yang baru atau pun yang sudah wujud. Usahawan perlu mengenal pasti jenis
perniagaan yang hendak diusahakan sama ada milikan tunggal, perkongsian
persendirian atau syarikat awam sebelum mendapatkan pembiayaan.

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan jenis-jenis modal dalam sesebuah


perniagaan. [4 markah]

2. Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Lina dan Lana.

Lina dan Lana ingin memulakan perniagaan ‘dropship’ secara atas talian.
Mereka ingin menjalankan perniagaan menjual tudung dan skarf. Lina dan
Lana bersetuju untuk berkongsi dalam menyumbangkan modal sebanyak
RM2,000 daripada simpanan peribadi masing-masing.

(a) Jelaskan sumber pembiayaan yang terlibat. [2 markah]

(b) Terangkan dua kelebihan jenis pembiayaan di atas. [4 markah]

3. Situasi berikut merujuk kepada Hadi, bakal usahawan.

Hadi baharu sahaja berhenti kerja sebagai seorang operator di sebuah kilang di
Sri Gading. Beliau bercadang untuk memulakan perniagaan menjual Air Batu
Campur (ABC). Anggaran modal yang diperlukan untuk membeli peralatan dan
bahan mentah ialah RM3,500. Oleh itu, beliau bercadang untuk membuat
pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Jelaskan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan yang dipilih oleh Hadi.[6 markah]

4. Huraikan dua kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi


kerajaan bagi membantu usahawan. [6 markah]
5.
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Puan Suzilah.
Puan Suzilah merupakan seorang usahawan dalam bidang pengeluaran ubat-ubatan
herba.Selepas 10 tahun memulakan perniagaannya,dia ingin mengembangkan
perniagaannya ke pasaran antarabangsa.Hal ini menyebabkan perniagaannya
memerlukan modal tambahan untuk mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak
untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.Puan Suzilah telah membuat
pinjaman daripada salah satu agensi kerajaan.
(a) Agensi kerajaan manakah yang dapat membantu Puan Suzilah mengembangkan [3 markah]
perniagaannya dari aspek pembiayaan?
(b) Nyatakan tiga kelemahan dalam mendapatkan sumber pembiayaan daripada agensi [3 markah]
kerajaan.
(c) Nyatakan empat dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan daripada [4 markah]
bank dan institusi kewangan.

6. Bagaimana overdraf membantu usahawan yang menghadapi masalah


kewangan ? [3 markah]

7. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan.

Syarikat Logistik Nava telah merancang membeli beberapa


lori tambahan bernilai RM800 000 setelah mendapat kontrak
daripada satu rangkaian pasar raya untuk menghantar
barangan kepada cawangannya

Nyatakan jenis sumber pembiayaan yang sesuai untuk membeli (6 markah)


lori tambahan berkenaan. Berikan alasan anda.

8. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran

Puan Maimunah bercadang untuk memulakan perniagaan salun kecantikan. Beliau


memerlukan modal permulaan sebanyak RM35 000 dengan kadar segera. Beliau
berhasrat menjelaskan pinjaman dalam tempoh tujuh bulan. Puan Maimunah
menjadikan barang-barang yang berikut sebagai cagaran yang dianggarkan bernilai
lebih daripada RM90 000.
Jelaskan satu sumber pembiayaan luaran yang paling sesuai digunakan oleh Puan
Maimunah. [4 markah]
9. Rajah di bawah ini berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.

Pembekal Peniaga

Pembekal menjual Institusi kewangan


salinan invois kepada mengambil alih tugas
institusi kewangan pembekal mengutip
pada kadar diskaun hutang daripada
peniaga
Institusi Kewangan

Jelaskan sumber pembiayaan luaran tersebut. (6 markah)

BAB 4 : PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN

1. Maklumat berikut dipetik dari penyata kewangan Puteri Enterprise.

Stok / Inventori Awal RM 25 000

Belian RM55 000

Jualan RM97 000

Stok / Inventori Akhir RM32 000

Hitungkan

i) Kos jualan [2 markah]


ii) Untung kasar [1 markah]
iii) Pusing ganti stok [4 markah]
2. Lengkapkan Penyata Aliran Tunai di bawah

XYZ Sdn Bhd

Penyata Aliran Tunai bagi dua bulan berakhir 31 Disember 2017

November Disember
Butiran
(RM) (RM)

Baki b/b 15,400 D

PENERIMAAN

Modal 30,000

Jualan tunai 25,600 35,000

Jumlah penerimaan 55,600 35,000

PEMBAYARAN

Belian tunai 1,740 2,560

Bayaran kepada pemiutang 9,950 8,320

Jumlah pembayaran A 10,880

Lebihan/(kurangan) B 24,120

Baki h/b C 83,430

Kirakan:

(i) A

(ii) B

(iii) C

(iv) D [4 markah]
3. Mona Enterprise merupakan syarikat menjual peralatan elektrik yang beroperasi di
Segamat, Johor. Ringkasan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 adalah
seperti berikut:

Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

RM
Jualan 25 800
Tolak: Kos jualan 18 800
R 7 000
Campur: Hasil 5 000
12 000
Tolak: Belanja 4 300
S 7 700
=====

Jelaskan tentang R dan S. [4 markah]

4. Penyata Kewangan merupakan satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan


kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.

a) Terangkan kegunaan penyata kewangan kepada pihak-pihak berkepentingan

[6 markah]

b)Bezakan kegunaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira [4 markah]

5. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan dua buah syarikat dalam industri yang sama.

Butiran Syarikat Gemilang Berhad Syarikat Bersatu Berhad


(RM) (RM)
Tunai di bank 1 000 1500
Penghutang 500 400
Stok 100 100
Pemiutang 2000 1500

i. Apakah maksud nisbah semasa? (2 markah)

ii. Hitung nisbah semasa bagi kedua-dua syarikat (4 markah)


6. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penyata pendapatan yang disediakan oleh Perniagaan
ABC.

Perniagaan ABC
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018
RM
Jualan 200 000
Tolak: Kos jualan 90 000
P 110 000
Tolak: Belanja operasi 60 000
Untung bersih 50 000

(i) Apakah P? [1 markah]

(ii) Nyatakan tiga jenis nisbah asas yang boleh digunakan untuk menilai sesebuah
perniagaan. [3 markah]

(iii) Hitung peratusan margin untung bersih Perniagaan ABC. [2 markah]


7.

BAB 5 : PERSEDIAAN MENJADI USAHAWAN

1. Jelaskan sumbangan usahawan kepada masyarakat [3 markah]

2. ) Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan diri usahawan.

Hadees merupakan seorang pengurus kedai. Dia memiliki kemahiran komunikasi yang baik di
mana dia dapat menyampaikan maklumat dengan tepat. Selain daripada itu, Hadees juga sentiasa
memastikan proses perniagaan berjalan lancar tanpa apa-apa masalah kecil.
Jelaskan dua kekuatan diri usahawan yang ada pada Hadees. [6 markah]

3 Dialog berikut merupakan, perbualan antara Asri dan Syafik, pelajar universiti tahun
. akhir.

Pada pendapat anda, mengapakah Syafiq bercadang untuk memilih peluang


kerjaya sebagai seorang usahawan?
[7 markah]

4 Pelan di bawah menunjukkan, kedudukan lokasi Kedai Baju Shima.


.
Pemilihan lokasi yang sesuai dan strategik merupakan salah satu faktor
penting bagi memastikan perniagaan boleh berdaya saing.
Terangkan faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan [8 markah]
sesebuah perniagaan.

5.

Nyatakan ciri-ciri usahawan yang ada pada Puan Sazila. [3 markah]

6. Maklumat berikut berkaitan dengan Restoran Camar Laut.

Restoran Camar Laut telah dibuka di Ipoh sejak tahun 2016. Restoran ini
telah membuka lebih daripada 50 cawangan restoran di Malaysia. Pemilihan
lokasi yang sesuai adalah faktor yang penting dalam membuka cawangan
restoran ini. Kejayaan restoran ini juga banyak bergantung kepada
pemasaran

i. Jelaskan tiga ciri lokasi yang sesuai perlu dipertimbangkan oleh pengurusan
Restoran Camar Laut? (3 markah)

7. a) Apakah maksud pemasaran ? [3 markah]

b) Gambar berikut merupakan produk yang dikeluarkan oleh Syarikat


Dayang Sdn Bhd.

RM 1.50 RM 2.00

Mengapakah harganya berbeza ?


[3 markah]
c) Maklumat berikut dipetik dari sebuah akhbar.

i. Apakah jenis promosi di atas ? [1 markah]


ii. Jelaskan jenis promosi di c (i). [3 markah]

BAB 6 : PERSEDIAAN MEMULAKAN PERNIAGAAN1.

1. Encik Musa ingin membuka sebuah kedai runcit dan ingin mendaftarkan perniagaan sebagai
‘Kedai Runcit Musa’

i. Di bawah akta manakah Encik Musa mendaftarkan perniagaannya? [1 markah]

ii. Terangkan prosedur pendaftaran perniagaan kepada Encik Musa. [6 markah]

2. Maklumat berikut berkaitan dengan perakuan pendaftaran perniagaan.

Jelaskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh peniaga selepas mendapat


perakuan pendaftaran perniagaan tersebut. [6 markah]
3.

BAB 7 : MERANCANG PENGENDALIAN PERNIAGAAN

1.

2. Encik Samad merancang untuk memulakan perniagaan mencuci kenderaan. Jelaskan empat
kepentingan menyediakan rancangan perniagaan kepada Encik Samad. [4 markah]

2. Senaraikan elemen-elemen dalam objektif perniagaan, rancangan


pentadbiran dan rancangan pemasaran. [6 markah]

3.

(a)
Rancangan perniagaan merupakan dokumen bertulis yang penting dalam
sesebuah organisasi yang menerangkan berkaitan perniagaan secara terperinci
kepada pihak-pihak berkepentingan.

Andaikan anda seorang pemilik syarikat, apakah antara maklumat


yang perlu anda masukkan dalam sesebuah rancangan perniagaan? [3 markah]

You might also like