You are on page 1of 6

B A B 4

MENGENALI TAMADUN

4.1 MAKSUD TAMADUN


Pada umumnya, tamadun ditakrifkan sebagai suatu
pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai
bidang.

 Dari segi pengertian bahasa, perkataan tamadun (civilisation)


diambil daripada perkataan Yunani, iaitu “civitas” yang BAHASA
Bermaksud bandar atau kota. YUNANI
 Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai
dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan

 Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut civilisation,


BAHASA
iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang
INGGERIS
dianggap paling maju.

 Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, madain


dan madana, yang bermaksud tinggi budi bahasa dan BAHASA
Pembukaan bandar. ARAB
 Istilah lain yang sama pengertiannya ialah hadharah dan
hadari.

 Dalam bahasa Melayu, tamadun bermaksud suatu peradaban


yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari BAHASA
segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi MELAYU
bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.
4.2 KONSEP TAMADUN

SUDUT PANDANGAN ISLAM

 Konsep tamadun dalam Islam dibina


atas kerangka Islam sebagai al-Din
( cara hidup)
 Tamadun mengikut pandangan Islam
merangkumi pembangunan lahiriah dan
rohaniah yang berasaskan nilai dalam
pendidikan seperti yang disarankan
oleh al-Quran dan hadis serta ajaran
Nabi Muhammad SAW.

IBN KHALDUN
 Tokoh awal yang membicarakan tentang
konsep tamadun Islam.
 Beliau memperkenalkan konsep tamadun,
iaitu “umran” dan “hadharah” yang
digunakan dalam bukunya yang bertajuk
Muqqadimah.

SYED MUHAMMAD NAQUIB


AL-ATTAS
 Berpendapat tamadun ialah keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang SUDUT PANDANGAN BARAT
telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur  Dalam tradisi Barat, istilah
bagi seluruh masyarakatnya. “civilisation” digunakan bagi
menggambarkan tahap sesuatu
masyrakat atau budaya yang kompleks.
 Masyarakat bertamadun diukur melalui
pencapaian ilmu dan teknologi,
ekonomi, struktur politik,
kemasyarakatan dan petempatan di
kawasan perbandaran.
 Bagi masyarakat barat, tamadun
dikaitkan dengan pembangunan
lahiriah terutamanya dalam bidang
kebudayaan seperti kesenian, penulisan,
ARNOLD J. TOYNBEE
undang-undang dan perbandaran.
 Menjelaskan tamadun sebagai suatu sistem
masyarakat yang memperkasakan sistem
politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan
kebudayaan.
43. CIRI-CIRI TAMADUN AWAL
DUNIA

1. PERTANIAN DAN PERDAGANGAN

 Kehidupan masyarakat tamadun awal mulai berkembang apabila terdapat


kegiatan pertanian.
 Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan
pembinaan teres di tanah tinggi telah menggalakkan kegiatan pertanian dalam
kalangan masyrakat.
 Perkembangan ini seterusnya telah mewujudkan kegiatan perdagangan.
 Pertama, perdagangan tempatan dan kedua perdagangan jarak jauh

Ilustrasi menunjukkan kegiatan perdagangan


pada zaman Mesir Purba.

2. SISTEM PEMERINTAHAN

 Kerajaan telah dibentuk untuk menguruskan pemerintahan kota yang


berkembang pesat kesan daripada pembentukan bandar.
 Pada peringkat awal, pemerintah negara-kota diketuai oleh pendeta tetapi
kemudiannya raja mengambil alih peranan sebagai pemerintah.
 Raja telah dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta
memerintah negara-kota. Selain itu, bagi melincinkan urusan pentadbiran
negara, undang-undang telah dibentuk.
3. PEMBENTUKAN BANDAR

 Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia mula membina


petempatan kekal.
 Kewujudan petempatan kekal di sesebuah kawasan bermula dengan kampung.
Apabila berlaku pertambahan penduduk, kawasan kampung berkembang dan
disatukan membentuk bandar.
 Bandar mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai dan mempuyai
pelbagai latar belakang.
 Pada peringkat awal, bandar menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi dan
kebudayaan bagi kawasan sekitarnya.
 Kemudian, bandar berkembang menjadi institusi sosial dan ekonomi yang
tersusun, yang menjadi asas kepada kelahiran tamadun awal dunia.

Gambaran sebuah bandar


pada zaman Tamadun
Indus.

4. PENGKHUSUSAN PEKERJAAN

 Perkembangan pesat bandar telah meningkatkan jumlah penduduk.


 Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan pengkhususan dalam bidang
pekerjaan.
 Terdapat lebih banyak peluang pekerjaan baharu, seperti pengutip cukai,
jurutera yang mengawal sistem pengairan sungai, tentera, petani yang bekerja
di sawah, dan mereka yang bekerja dalam bidang pentadbiran.
 Kumpulan artisan pula menumpukan masa mereka dalam kerja mengukir,
menempa besi dan tembikar. Selain itu, saudagar dan pedagang bertukar-tukar
barangan yang dihasilkan oleh golongan artisan.

5. TEKNOLOGI

 Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun awal telah


menghasilkan penciptaan barangan dan monumen serta hasil pertukangan.
 Sebagai contoh, Tamadun Mesir Purba terkenal dengan pembinaan piramid
dan sfinks, manakala Tamadun Indus pula terkenal dengan pembinaan
negara-kota Mohenjo-Daro.
 Penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi pula
menghasilkan peralatan seperti bajak untuk pertanian.
 Selain itu, penciptaan roda telah membantu penggunaan kereta kuda dan
kereta lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan perhubungan
penduduk.
6. ORGANISASI SOSIAL

 Dalam masyarakat Mesir Purba, kemunculan institusi dan golongan pekerja


telah mewujudkan kelas sosial.
 Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh.

Susunan struktur sosial pada


zaman Mesir Purba.

7. AGAMA DAN KEPERCAYAAN

 Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Antara tuhan yang


disembah termasuklah tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai.
 Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan, seperti korban
binatang atau mempersembahkan makanan kepada kuasa roh.
 Tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda menghormati tuhan.
 Di Mesir misalnya, penduduk mempercayai kehidupan selepas kematian.

Lakaran daripada Book of the Dead yang menunjukkan orang yang


mati bersama-sama isterinya memerhatikan penimbang keadilan
sedang menimbang perlakuannya semasa hidup.
8. TULISAN DAN PENYIMPANAN
REKOD

 Sistem tulisan mula lahir kira-kira 5,000 tahun lalu.


 Penciptaan tulisan penting bagi membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan
sejarah.
 Kemudian, manusia mencipta sistem tulisan yang lebih baik menggunakan
abstrak simbol bagi mewakili pelbagai bentuk idea.
 Kelahiran tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod dan pekara
penting tentang masyarakat dan diri mereka.
 Tulisan pertama menggunakan sistem piktograf atau simbol gambar.

Bentuk Piktograf dalam tulisan kuneiform


yang digunakan semasa Tamadun Tulisan zaman Dinasti Shang
Mesopotamia. pada tulang haiwan.

9. KESENIAN DAN KESUSASTERAAN

 Masyarakat pada zaman tamadun awal melahirkan hasil sastera dan seni bina
yang mengagumkan.
 Gaya dan teknik yang digunakan oleh artis menggambarkan setiap budaya
tamadun masing-masing.
 Artis menghasilkan ciptaan berupa patung dan lukisan tuhan dan dewa,
pahlawan dan pemerintah. Apabila penggunaan tembaga meluas,
patung-patung dicipta menggunakan tembaga.

You might also like