You are on page 1of 6

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3
2.0 KARYA PILIHAN
4
3.0 ANALISIS KARYA
6
4.0 KESIMPULAN
7
5.0 RUJUKAN
8
6.0 LAMPIRAN
9
1.0 PENGENALAN

Definisi membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara malah juga mentafsirkan
makna serta memproses dan memahami maklumat daripada sumber bacaan.Membaca
ialah merupakan satu kemahiran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya
juga merupakan satu proses yang kompleks serta menghubungkan aspek pengetahuan,
kemahiran mental dan fizikal serta kebolehan.Proses membaca juga mempunyai susun
tugas yang perlu dilaksanakan pembaca ketika membaca. Antara susun tugas yang perlu
dilakukan mengikut urutan ialah mengecam perkataan yang dilihat, memilih serta
menterjemahkan dengan makna yang sesuai, menghubungkaitakan idea dengan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, menyusun idea, membuat generalisasi dan
membuat penilaian.Proses membaca dapat dikatakan sebagai proses yang memerlukan
pemikiran yang aktif dan cerdas oleh pembaca bagi mengintepretasikan makna dan
mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual.Menurut Cohen (1990),
membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami
makna daripada teks yang bercetak.

Tujuan kemahiran membaca ialah untuk mendapatkan serta mengintepretasikan


maklumat dan makna yang dibaca daripada bahan bacaan, memperluas pemikiran dan
meningkatkan daya kreatif dalam pelbagai bidang.Melalui pembacaan, pembaca dapat
menimba ilmu pengetahuan melalui pengalaman orang lain.Hal ini akan memudahkan
pembaca untuk lebih memahami isi kandungan serta menghayati karya penulis.Secara tidak
langsung ilmu pengetahuan pembaca akan bertambah dan dapat dijadikan penghayatan di
dalam kehidupan.Ilmu yang diperoleh daripada karya juga berguna untuk digunakan dalam
kehidupan seharian.

2.0 KARYA PILIHAN

Karya yang dipilih adalah sebuah novel yang bertajuk Bayang yang dihasilkan oleh
penulis Siti Khadijah.Novel ini bertemakan kasih sayang.Terdapat dua watak utama di
dalam novel ini iaitu watak utama lelaki yang bernama Syadi Arsyad dan watak utama
perempuan yang bernama Ainan Yusra.Pada permulaannya, Syadi merupakan seorang
budak lelaki yang selalu dibuli oleh Yusra ketika mereka di bangku sekolah
menengah.Yusra selalu merampas makanan yang dibeli oleh Syadi dan Yusra juga

2
selalu mengarahkan Syadi untuk membuat kerja sekolahnya terutamanya subjek
Matematik.Syadi dibuli oleh Yusra kerana fizikalnya yang kelihatan lemah dan tidak
berani dalam mempertahankan diri ketika dibuli olehnya.Penampilan Syadi yang skema
serta berbadan besar, berkulit putih kemerah-merahan dan bermata sepet telah
menjadikan dia sebagai seorang mangsa buli yang paling digemari di sekolah
terutamanya Yusra kerana dia merupakan juara terulung Taekwando.Syadi juga
merupakan anak yatim piatu kerana ibu bapanya telah meninggal dunia akibat dibunuh
ketika usianya masih mentah.Kesannya, dia tidak dapat mengingati tentang perkara
tersebut kerana mengalami amnesia kerana trauma dan datuk dan neneknya
merahsiakan tentang kejadian.Walaupun Yusra suka membuli Syadi tetapi pada masa
yang sama dia melindungi Yusra dengan cara tersendiri sehingga akhirnya
menyebabkan Syadi berdendam terhadap Yusra.

Syadi pindah sekolah kerana dituduh oleh Yusra serta Helmi dan rakannya
membawa rokok ke sekolah sehingga hampir menyebabkan dirinya dibuang
sekolah.Datuk dan nenek Syadi membawanya berpindah kerana ingin menjaga air
muka.Disebabkan kejadian itu, perasaan dendam Syadi semakin subur dan bertekad
untuk berubah.Setelah menginjak ke alam dewasa, Syadi berjaya menjadi seorang
penyanyi terkenal manakala Yusra menjadi seorang pengawal peribadi.Syadi
mengambil Yusra menjadi pengawal peribadinya kerana dia telah diserang oleh
seseorang yang ingin melihatnya mati sehingga dia masuk ke hospital.Rafi yang
merupakan pengurus Syadi bertanggungjawab mencadangkan agar dia mendapatkan
seorang pengawal peribadi sebagai langkah berjaga-jaga kerana penyerang itu masih
belum diberkas oleh polis.Tetapi Rafi menjadi pelik dengan sikap Syadi kerana dia
hanya ingin Yusra menjadi pengawal peribadinya iaitu perempuan bukannya kaum
lelaki yang terkenal dengan kekuatan.Syadi memilih Yusra kerana ingin membalas
dendam terhadap perbuatan Yusra yang pernah membulinya suatu ketika dahulu.

Ketika pertama kali berjumpa dengan Syadi, Yusra langsung tidak mengenali Syadi
kerana penampilannya sudah berubah secara drastik.Syadi mengambil kesempatan ini
untuk mengenakan Yusra dengan pelbagai tugasan sehingga Yusra dapat mengenali
identiti Syadi yang baru.Selepas hampir diserang oleh penyerangnya, Syadi meminta
bantuan Yusra untuk mencari penyerangnya kerana ianya merupakan jalan untuk
mengetahui alasan mengenai keluarganya yang dibunuh.Yusra berjanji untuk menolong
dan menjadi bayang Syadi untuk merungkai misteri tersebut.Penyerang yang

3
menyerang Syadi berdendam dengan ayah Syadi kerana merasakan dialah penyebab
ibunya, Mastura bunuh diri kerana hubungan mereka tidak direstui oleh datuk dan
neneknya.Selain itu, Helmi telah bertindak membunuh bapa Yusra kerana bapa Yusra
telah membunuh ayahnya.Helmi juga telah terbunuh apabila bertindak melarikan diri
selepas membunuh bapa Yusra.Disebabkan dendam, Helmi juga telah mencederakan
Yusra sebagai langkah untuk mencari bapa Yusra walaupun Yusra merupakan
kawannya.Sebelum kematian bapa Yusra, Yusra mengetahui bahawa bapanya telah
bersubahat dengan ayah Helmi untuk membunuh keluarga Syadi kerana ingin
mendapatkan wang daripada Mastura.Kebenaran itu telah membuatkan Syadi
menjauhkan diri daripada Yusra kerana menganggap Yusra perlu menanggung dosa
arwah bapanya.Setiap hari Yusra akan menunggu Syadi bagi memohon maaf bagi
pihak ayahnya tetapi tidak dipedulikan oleh Syadi.Akhirnya, Syadi memaafkan Yusra
serta memulakan kehidupan baru bersama Yusra sebagai suami isteri kerana dia telah
lama jatuh hati terhadap Yusra dan hanya menyedarinya setelah Yusra pergi daripada
kehidupannya.

3.0 ANALISIS KARYA

Tajuk novel iaitu Bayang menyatakan walaupun di dalam keadaan gelap dan di
mana pun kita berada, bayang diri kita akan sentiasa menemani diri kita.Berdasarkan
novel Bayang, didapati bahawa semuanya bermula dengan dendam tetapi
pengakhiranya dengan perdamaian.Saya dapati bahawa dendam hanya akan
memakan diri kepada pendendam kerana ianya membawa kemusnahan kepada diri
sendiri.Contohnya, Syadi yang berdendam dengan Yusra sehingga sanggup
melakukukan apa sahaja untuk menyakitkan hati Yusra tetapi pada akhirnya dia sendiri
yang yang melamar Yusra menjadi suri hatinya.Perbuatan menyerang dan membunuh
orang lain disebabkan dendam juga seharusnya dijauhi serta tidak wajar dicontohi
kerana ianya salah di sisi undang-undang meskipun untuk mendapatkan pembelaan
terhadap orang yang disayangi.Walaupun memakan masa bertahun untuk membongkar
segala kejahatan namun kita hendaklah bersabar agar tidak melakukan perkara
terkutuk dan dibenci oleh Tuhan serta yakin bahawa setiap perbuatan pasti akan ada
pembalasan tidak kira lambat mahupun cepat.Perbuatan menghukum individu lain
terhadap dosa yang dilakukan oleh keluarga juga tidak wajar diikuti kerana yang
bersalahnya si pelakunya bukannya individu tersebut.Hal ini akan membawa padah
kepada diri sendiri kerana menghukum individu yang tidak bersalah serta kita
seharusnya berbelas kasihan sesama insan.

4
Perbuatan membuli insan yang lemah juga perlu dijauhi kerana ianya akan
memberikan kesan negatif terhadap mangsa buli dari segi mental dan fizikal.Secara
lahiriahnya, perkara ini mungkin dipandang remeh namun meninggal kesan kepada
mangsa buli seperti hilang keyakinan diri dan wujudnya perasaan dendam.Contohnya,
Syadi Arsyad bertekad berubah menjadi lebih baik dengan melakukan perubahan
drastik iaitu menjadi penyanyi terkenal sehingga Ainan Yusra tidak mengenali dirinya
serta mengambil Yusra sebagai pengawal peribadi untuk memberikan arahan dan
membalas perbuatan Yusra yang suka membulinya suatu ketika
dahulu.Tanggungjawab yang digalas Yusra sebagai pengawal peribadi juga susah
walaupun tugasan itu kedengaran senang.Hal ini kerana Yusra bukan sahaja perlu
melindungi Syadi tetapi juga perlu menjadikan nyawanya sebagai taruhan dalam
menjalankan tugas tambahan kudratnya tidak setanding lelaki.Daripada itu, kita
hendaklah menghormati setiap kerjaya walaupun kerjaya itu tidak begitu hebat kerana
setiap kerjaya pasti ada cabaran yang menanti.Ilmu seni mempertahankan diri juga
perlu dikuasai oleh semua individu agar mampu mempertahankan diri daripada kejadian
yang tidak diingini.Secara tidak langsung kita mampu menyelamatkan diri apabila
berada dalam situasi bahaya yang tidak dijangka.

Seterusnya, Yusra mengotakan janjinya terhadap Syadi iaitu mencari penyerang


yang melakukan serangan terhadap dirinya sehingga dijumpai perlu dicontohi kerana
ianya memberikan contoh yang baik.Sebagai individu yang bermaruah, kita mestilah
menunaikan janji yang diberikan agar kepercayaan orang tidak hilang terhadap diri
kita.Perbuatan meminta maaf dan memberi maaf juga perlu dilaksanakan agar dapat
menjauhi sifat ego di dalam diri.Sifat ego hanya akan memakan diri sendiri kerana sikap
tersebut hanya akan membawa kepada penyesalan kemudian hari.Sebagai contoh,
Syadi enggan menerima permohonan maaf Yusra bagi pihak arwah bapanya yang telah
membunuh keluarganya.Tetapi apabila Yusra tidak lagi memunculkan diri akhirnya
Syadi akui bahawa dirinya telah jatuh hati terhadap diri Yusra namun enggan mengakui
kerana ego yang menebal sehingga dirinnya mencari Yusra untuk mengakui
kebenaran.Perkara yang penting juga tidak boleh dirahsiakan kerana lama-lama pasti
rahsia tersebut akan terbongkar.Walaupun kebenaran perkara itu pahit namun
sekiranya tidak diberitahu awal ianya bakal menjadi pembohongan yang besar.

5
4.0 KESIMPULAN

Membaca membuatkan individu mendapat maklumat serta mempelajari sesuatu


yang baru.Minda individu juga terbuka luas untuk mengamalkan sesuatu contoh yang
baik dan menjauhi contoh yang tidak baik daripada karya yang dibaca dan dapat
dijadikan sebagai pengalaman hidup.Membaca merupakan amalan yang mulia kerana
bukan sahaja dapat menddik diri menjadi lebih baik malah mendorong diri untuk
melakukan perubahan demi masa hadapan.Hal ini akan dapat mempertingkatkan
martabat bangsa di mata dunia.

You might also like