You are on page 1of 17

KSL 6053 – PERKEMBANGAN PERSONALITI (SEM I 2022/2023)

KUMPULAN 3

TUGASAN KUMPULAN: KUMP. 2


TEORI ALFRED ADLER (FILEM 3 IDIOT)
NAMA PENSYARAH: CIK SANURIZWANIE BT MAT SAHAD

NAMA AHLI KUMPULAN:


NAMA NO. MATRIK

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN TEORI ALFRED ADLER
Alfred Adler telah dilahirkan pada 7 Februari 1870 di Penziq, sebuah Kawasan pedalaman
Vienna, Austria. Adler bersama-sama Freud dan Jung adalah penyumbang utama kepada
perkembangan pendekatan Teori Psikodinamik. Tetapi selepas 10 tahun berkolabrasi, Freud
dan Adler mencari haluan sendiri dalam bidang psikologi, (Corey,2009).

Adler merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik. Beliau dilahirkan dari sebuah
keluarga Yahudi kelas pertengahan. Sejarah kekeluargaanya, salah seorang abangnya telah
meninggal dunia pada usia yang muda dan Adler dari kecil lagi tidak pernah berasa bahagia
kerana sentiasa sakit dan menyedari tentang kematian abangnya. Pada usianya, empat
tahun beliau hampir mati disebabkan penyakit pneumonia. Oleh disebabkan itu, beliau
sering sakit akan tetapi Adler mengimbangi kekurangan fizikalnya dengan menjalinkan
persahabatan bersama rakan-rakan dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Semua pengalaman ini menimbulkan minatnya dalam bidang perubatan dan dia berazam
untuk menjadi doktor. Beliau seorang manja dengan ibunya, akan tetapi selepas lahirnya
adik bongsu perhatain ibunya telah beralih ke adik bongsunya dan menyebabkan hubungan
Adler dan ayahnya lebih rapat. Adler seorang pelajar yang miskin. Beliau pernah
direndahkan oleh guru sekolahnya sendiri di mana ia mengatakan bahawa Adler ini seorang
pelajar yang hanya layak untuk menjadi seorang pembuat kasut dan tidak boleh lebih
daripada itu. Daripada pengalaman itu, beliau jadikan sebagai teladan dalam merancang
perjalanan hidupnya sendiri dan bukannya ditentukan oleh keadaan. Selain itu, ia telah
menetapkan keazaman dalam dirinya untuk berusaha dalam pelajaran dan akhirnya beliau
telah menjadi pelajar terbaik di dalam kelasnya sehingga beliau dapat meneruskan
pengajiannya ke peringkat university iaitu di Universiti of Vienna dalam bidang perubatan
sehingga tahun 1895.

Adler telah menyumbang banyak perkara dalam bidang perubatan antaranya, beliau
pakar dalam bidang neurologi dan psikiatri serta berminat dalam merawat kanak-kanak yang
penyakitnya sukar dirawat. Kerana Adler amat minat dalami mengenai reformasi sekolah
dan juga cara-cara mendidik kanak-kanak. Seterusnya, Adler mengambil keputusan untuk
meletak jawatanya sebagai pegawai perubatan dan telah membuka beberapa buah klinik
penjagaan kanak-kanak di Vienna serta melatih guru-guru dan ahli profesional yang lain
mengenai cara untuk mendidik kanak-kanak selepas tamatnya peperangan dunia pertama.
Setelah Freud dan Adler membuat haluan masing-masing dalam bidang psikologi, Adler
berpendapat bahawa motif seseorang adalah sosial dan bukan seksual seperti mana
pendapat Freud dan juga tidak bersetuju pendapat Freud berkaitan faktor seksualiti yang
mempengaruhi manusia. Kerana menurut Adler perasaan lebih penting daripada dorongan
biologi. Oleh itu, beliau telah menubuhkan dan memperkembangkan sekolahnya dan
jurnalnya sendiri. Antaranya, Adler telah medirikan pusat didikan kanak-kanak. Seterusnya,
beliau juga mempunyai buku penulisannya berbentuk teori. Buku-bukunya adalah
Understanding Human Nature (1927) dan What Life Should Mean to You (1931). Manakala
dua buku yang menerangkan pendapatnya iaitu The Individual Psychology of Alfred Adler
(1956) dan Superiority and Social Interest (1964). Tugas terakhir beliau adalah sebagai ahli
psikologi di Long Island College of Medicine. Beliau meinggal dunia akibat serangan jantung
semasa lawatan untuk memberi syarahan di Aberdeen, Scotland pada tahun 1937.

1.2 Pandangan Adler Tentang Sifat Semula Jadi Manusia.

Pendekatan ini berlandaskan kefahaman tentang motivasi dan tingkah laku individu. Adler
berminat akan mengkaji mengapa individu itu bertindak balas secara berbeza terhadap
sesuatu peristiwa dalam kehidupan.

Adler telah mengabaikan konsep asas teori Psikoanalisis kerana Adler merasakan Freud
terlalu menekankan perkara yang berkaitan aspek biologi dan naluri manusia. Oleh itu, Adler
percaya bahawa manusia ini dapat menginterpretasi pengalaman lepas dan pengaruhnya
terhadap tingkah laku kini. Ini lebih ditekankan oleh Adler iaitu desakan sosial lebih memberi
peranan penting berbanding Freud yang lebih menekankan desakan seksual. Kerana
menurut Adler, manusia adalah, makhluk sosial, makhluk yang didorongkan oleh keinginan-
keinginan untuk bergaul dan bermesra dengan semua masyarakat bukan hanya untuk
memenuhi keperluan-keperluan atau dorongan seks semata-mata yang diketengahkan oleh
Freud. Adler lagi, berpendapat bahawa setiap individu itu mempunyai tujuan-tujuan yang
tertentu. Kerana beliau percaya akan tahap pemikiran individu itu adalah pada tahap sedar.
Kerana tujuan utamanya manusia adalah memperolehi selamat dan mampu untuk
mengatasi masalah diri. Selain itu, Adler mentafsirkan bahawa manusia ini boleh membuat
pilihan dan bertanggungjawab ke atas diri mereka, mampu menentukan makna kehidupan,
dan boleh berusaha untuk mencapai kejayaan dan kesempurnaan dalam diri manusia. Bagi
Adler manusia diliihat dari perspektif yang lebih holistik atau secara menyeluruh dan
optimistik. Bagi beliau manusia adalah makhluk yang didorong oleh matlamat kehidupan
seseorang. Setersunya, Adler memfokuskan kepada superioriti dan inferioriti yang normal
kepada manusia. Kerana ia adalah sumber motivasi untuk manusia lebih maju atau ingin
capai matlamat hidup. Persepsi manusia terhadap perkara lepas dan cara individu itu
mentafsirkan sesuatu perkara yang memberi kesan dan berterusan terhadap perkara yang
berlaku pada awalnya. Di samping itu, menurut beliau perkembangan manusia ini adalah
berdasarkan model perkembangan. Kerana beliau menekankan faktor dalaman yang
menentukan tingkah laku manusia iaitu nilai, kepercayaan, sikap, matlamat, minat, dan
persepsi individu terhadap realiti kehidupan. Akhir sekali. ‘Private logic’ yang dipandang oleh
Adler adalah tentang konsep diri, orang lain dan kehidupan. ‘Private logic’ ini adalah
pembentukan falsafah yang menjadi asas gaya hidup individu. Kerana ia melibatkan
keyakinan dan kepercayaan diri yang menghalang kepentingan sosial.

Seterusnya, menurut Adler lagi susunan kelahiran dalam keluarga adalah kesedaran bagi
kendiri individu itu terbentuk. Ciri-ciri personaliti setiap individu dalam keluarga, hubungan
emosi antara ahli keluarga, saiz keluarga, dan jantina adik-beradik semuanya merupakan
faktor kepada konstelasi keluarga. Taraf dan peranan seorang anak dalam sesebuah
keluarga akan mempengaruhi perkembangan personalitinya semasa dewasa. Oleh hal
demikian, ia dapat dianalisis melalui personaliti individu iaitu, melalui anak pertama, kedua,
tengah, bongsu dan anak tunggal. Susunan ini amat mempengaruhi kepercayaan individu
terhadap kehidupannya. Persekitaran keluarga amat penting dalam pembentukan individu
terutamanya enam tahun pertama. Kerana keluarga yang negatif seperti bersifat
authoritarian dan materailistik dan terlalu mengawal boleh menyebabkan individu itu tidak
berfungsi dengan efektif.

1.3 Konsep Utama dalam Terapi Adler.

Di dalam terapi, Adler meletakkan bahawa manusia adalah menuju kesempurnaan dan
berdaya tindak ke atas perasaan inferior dengan menguasai diri adalah ssesuatu yang
memang wujud dalam diri manusia. Setiap perkara yang dilakukan adalah dengan cara
tersendiri atau unik. Manusia menggunakan cara yang tersendiri untuk mencapai
matlamatnya. Iaitu cara yang positif dimana daripada kesan positif itu dapat diterima oleh
norma masyarakat. Manakala negatif apabila manusia itu tidak mencapai matlamatnya,
maka dia akan menggunakan cara yang diluar daripada norma sosial masyarakat. Sifat ini
wujud sejak lahir lagi dan amat dipengaruhi oleh persepsi individu iaitu deipada proses
sosialisasi. Konsep ini agak mengelirukan kerana ia bukan hanya memandang untuk
mencapai kedudukan yang tinggi semata-mata tetapi ia adalah peringkat manusia itu
berusaha untuk menjadi kearah nirwana kendirinya yang subjektif. Seterusnya, perasaan
rendah diri (inferioriti) yang merupakan satu kepercayaan individu bahawa dirinya tidak
dapat mencapai tahap yang telah ditetapkan pada dirinya ataupun tahap yang telah
ditentukan oleh orang lain ke atas individu tersebut. Ini membuktikan setiap manusia
dilahirkan dengan perasaan dimana kita akan mengalami pelbagai kekurangan atau
kelemahan tertentu sebagai contoh, psikologikal, sosial dan fizikal. Apabila di tahap inferioriti
timbul manusia akan mengalihkan(pampasan) perasaan inferioriti dengan tindakan tertentu
sehingga tercapainya superioriti untuk mencapai keseimbangan hidup. Menurut Adler
perasaan rendah diri ini mendorong individu tersebut berusaha untuk mengatasinya agar dia
mencapai rasa superioriti dan kesempurnaan. Jika seseorang mendapati yang dia ada
kekurangan atau inferioriti dari segi anggotanya, dia akan berusaha mengatasi kekurangan
itu dengan cara-cara tertentu. Di samping itu, gaya hidup manusia menurut Adler adalah
satu set kepercayaan yang bersepadu yang membenarkan individu menilai, mengurus dan
menjangkakan peristiwa yang berlaku terhadap diri mereka. Beliau berpandangan bahawa
gaya hidup sebagai peta minda individu yang unik dan tidak disedari yang menfasilitasikan
individu dalam kehidupannya. Tambahan lagi gaya ini yerbentuk melalui interaksi dengan
keluarga dan terbentuk apabial kank-kanak mencapai umur 5 tahun. Tetapi menurut Adler
lagi gaya kehidupan boleh berubah atau dibaiki dari semasa ke semasa walaupun
kebanyakannya berkembang semasa kecil. Melalui interaksi dengan keluarga dan
masyarakat dan cara individu mempersepsikan sesuatu yang berlaku terhadap diri dan
persekitarannya. Seterusnya, menurut Adler lagi susunan kelahiran dalam keluarga adalah
kesedaran bagi kendiri individu itu terbentuk. Ciri-ciri personaliti setiap individu dalam
keluarga, hubungan emosi antara ahli keluarga, saiz keluarga, dan jantina adik-beradik
semuanya merupakan faktor kepada konstelasi keluarga. Taraf dan peranan seorang anak
dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi perkembangan personalitinya semasa
dewasa. Oleh hal demikian, ia dapat dianalisis melalui personaliti individu iaitu, melalui anak
pertama, kedua, tengah, bongsu dan anak tunggal. Susunan ini amat mempengaruhi
kepercayaan individu terhadap kehidupannya. Persekitaran keluarga amat penting dalam
pembentukan individu terutamanya enam tahun pertama. Kerana keluarga yang negatif
seperti bersifat authoritarian dan materailistik dan terlalu mengawal boleh menyebabkan
individu itu tidak berfungsi dengan efektif.

Susunan kelahiran yang berbeza menurut Ansbacher (1964). Dreikurs (1953) dan Adler
(1958) :-
1) Anak pertama – Mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa, dididik untuk
menurut perintah, bertingkah laku baik dan berdaya maju mengambil
tanggunggjawab bila ibu bapa tiada. Tetapi sekiranya adiknya lahir, maka anak
pertama akan membentuk dirinya sebagai seorang yang sentiasa cuba berada di
atas dan sentiasa ada keinginan untuk menjadi model kepada adik-adiknya serta
lebih bersifat mengarah seperti ketua.
2) Anak kedua – Sifat cemburunya dan tidak diberi perhatian seperti anak pertama.
Kerana mereka lebih bebas dan kreatif dan tidak terikat dengan peraturan-peraturan
seperti anak pertama. Mereka sentiasa perlu bersaing dengan kakak / abangnya dan
menyebabkan sikap bersaing ini akan berlanjutan sehingga dewasa dan boleh
merosakkan hubungan sekiranya anak nombor dua ini sentiasa mencari kelamahan
anak pertama.
3) Anak tengah – Anak tengah biasanya akan berasa tersepit dan tidak mendapat
layanan yang sepatutnya. Kerana anak ini selalu rasa bersaing untuk membuktikan
pencapaian berbanding anak pertama dan pada masa yang sama juga berusaha
unutk mendapatkan perhatian ibu bapa yang sering diberikan kepada anak bongsu.
Seterusnya, mereka mempunyai pemikiran negative dan cenderung kepada menajdi
anak yang beramasalah. Mereka ini bersifat mudah terasa hati, lebih sensitif, dan
mudah berempati dengan orang lain. Ini menjadikannya orang yang lebih mendengar
dan suka memerhatikan orang lain sebelum bertindak. Selain itu, anak tengah ini
juga banyak belajar tentang perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan dan cara
berunding. Oleh itu, kemahiran ini boleh digunakan untuk mendapatkan apa yang
diingini.
4) Anak bongsu – “Bayi” kepada ibu bapa walaupun sudah mencapai usia dewasa.
Mereka diaanggap tidak mampu menjalankan sesuatu dengan baik, sering diberi
kelonggaran dalam menjalankan tanggunggjawab, dan dimanjakan oleh ibu bapa.
Mereka lebih cenderung tidak mudah berdikari atau sukar untuk menyelesaikan
masalah mereka sendiri. Positifnya, anak bongsu lebih diberi kebebasan akan
berpeluang meneroka perkara-perkara baru yang adik-beradik lainnya tetapi
mungkin juga tidak berpeluang. Melalui itu, anak bongsu dapat berusaha untuk
mencapai cita-citanya berdasarkan role-model atau model-model lain seperti abang
atau kakaknya.
5) Anak tunggal – Anak yang mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa dan
sentiasa bersikap sukakan pencapaian, namun mereka tidak mempunyai peluang
untuk belajar berkongsi atau bekerjasama dengan anak-anak lain. Mereka ini lebih
mahir bergaul dengan orang dewasa kerana persekitarannya yang tiada adik-beradik
lain. Oleh hal yang demikian, mereka sukakan perhatian dan sekiranya terasa
tercabar dia akan merasa tergugat dan tidak adil.

Adler juga menyatakan bahawa manusia ini minat untuk bermasyarakat yang wujud sejak
lahir dan ia perlu dipupuk dan dibimbing. Semua manusia mempunyai Hasrat, keinginan,
dan minat untuk bergaul dengan orang sekeliling. Supaya dapat bekerjasama, bantu-
membantu dan tolong-menolong serta berempati. Akhir sekali, kendiri kreatif iaitu
merupakan kepuncak pencapaian dalam hidup. Ia bertindak ke atas individu dan gerak
balas yang dilakukannya. Selain itu, ia juga sebagai pemangkin yang bertindak ke atas alam
nyata manusia dan mengubah menjadi satu personaliti yang subjektif, dinamik, Bersatu,
bersifat peribadi dan mempunyai gaya hidup yang unik. Sifat yang aktif dalam kehidupan
manusia dan menentukan matlamay yang hendak dicapai, serta cara-cara mencapainya.

1.4 Proses dan teknik terapi Adler.

Adler menyatakan proses dalam terapinya ada empat fasa iaitu mewujudkan
perhubungan dimana kaunselor bersama-sama klien atau empati terhadap isu dengan
saling meletakkan sifat hormat-menghormati, percaya-mempercayai, menekankan kekuatan
dan keistimewaan yang ada pada klien dan memberi keyakinan. Seterusnya, menyemak
dan mengubah perlakuan iaitu segala perlakuan negatif yang terbentuk berpuncanya
daripada gaya hidup kaunselor mestilah memandang kendiri kreatif klien yang tidak rasional
dan matlamat fiksyenal yang tidak kena. Oleh itu, kaunselor berfungsi bersama-sama klien
untuk berbincang dan mempersetujui alternatif perlakuan baru dan sesuai yang direncana
untuk membentuk gaya hidup yang sesuai. Ketiga, kaunselor membantu klien untuk
memberi kepercayaan, perasaan dan perlakuan untuk memperlihat kendiri kreatif klien,
matlamat fiksyennya, cara mencapai superioriti, gaya hidup dan susun lahir dalam keluarga.
Akhir sekali, menggalakkan celik akal ke atas klien dengan bertujuan untuk klien dapat
memahami kendiri kreatif, matlamat fiksyenal, cara mencapai superioriti dan gaya hidup
dengan teknik yang betul.

Teknik-teknik bagi terapi Adler adalah dengan 11 teknik yang dikemukakan.


Pendekatan teknik yang ada dalam terapi beliau adalah perkaitan bebas dimana klien akan
diminta untuk tenangkan diri dan cuba unutk mengingati semula kejadian masa lepas sama
ada pengalaman membesar atau perkembangan emosional. Kedua analisis mimpi dimana
kaunselor bertanggunggjawab unutk meminta klien menceritakan segala mimpi yang dilalui
oleh klien. Kerana mimpi adalah cubaan untuk memenuuhi keinginan kanak-kanak dan
keinginan seksual yang tidak diendahkan. Seterusnya, analisi tranferens iaitu adalah
respons klien kepada kausnelor seolah-olah kaunselor merupakan yang signifikan dalam
hidup klien pada masa lepas. Teknik keempat pula, analisis resistance dimana klien akan
cuba untuk tidak mengahdirkan diri enggan meneruskan sesi. Oleh itu, kaunselor perlu
alihkan resistant itu dengan mewujudkan kesediaan untuk berubah demi mencapai celik
akal. Akhir sekali, interpreatsi atau penafsiran yang merupakan teknik yang dilaksanakan
bersama teknik yang lepas. Perkaitan yang sama untuk mencapai celik akal kepada klien .
teknik ini dapat memahami maksud pengalaman lepas klien.

2.0 Pilihan filem (3 Idiot)

Kami memilih filem 3 idiot iaitu sebuah filem yang diapdaptasikan dari sebuah novel
yang bertajuk “Five Point Someone” dan sebuah filem dari India kerana filem ini terdapat
banyak pengajaran yang baik yang boleh diambil oleh masyarakat khususnya kepada
pelajar-pelajar. Bukan itu sahaja, filem ini perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat
kerana penceritaan yang menarik serta mempunyai motivasi yang tinggi dan memberikan
nilai yang terlalu besar. Salah satu pengajaran yang kami dapat daripada filem tersebut ialah
ukhuwah dan persahabatan mereka sangat kuat dan dijaga dengan baik di mana mereka
bertiga menjalinkan hubungan sebagai sahabat yang saling bantu-membantu dan tolong
menolong antara satu sama lain tanpa mengira tahap kepandaian seseorang dalam
menuntut ilmu. Sepertimana Rancho yang membawa perubahan budaya pelajar dalam
Universiti dan berjaya mengubah kehidupan dua sahabatnya ke arah yang lebih baik.

Seterusnya, penggunaan sistem pembelajaran yang tepat dan lebih efektif iaitu
merupakan kata kunci yang utama dalam filem kerana sepertimana dalam filem tersebut
principal ICE iaitu Mr. Virus sangat bangga dengan pencapaian kolejnya sedangkan dia
mengetahui kolej itu telah melahirkan ramai pelajar yang tertekan dengan sistem pendidikan
yang tidak betul sehinggakan ramai pelajar yang terlibat dengan bunuh diri. Sistem
pendidikan yang efektif adalah menjadi kayu ukur dalam sesebuah institusi jadi sebaiknya
guru yang perlu menitikberatkan kelemahan pelajar serta sanggup menghabiskan masa dan
tenaga demi melahirkan generasi yang berjaya. Di samping itu, pengajaran yang boleh kita
ambil ialah kekuatan dan motivasi dalam menuntut ilmu sebagaimana Islam sendiri
menganjurkan kita menuntut ilmu bahkan orang yang menuntut ilmu ini adalah orang yang
berjaya tanpa ilmu kehidupan manusia tidak akan maju dan tanpanya juga manusia tidak
dapat membezakan kebenaran dan batil. Dalam filem ini apa yang kita dapat lihat ialah
mereka bertiga ini lebih mengutamakan diri mereka untuk menjadi orang yang suka berfikir
dan belajar dengan cara yang betul. Bukan dengan cara menghafal ilmu tersebut bahkan
pengaplikasian ilmu dengan memahami serta mengamalkan dalam ilmu yang dipelajari. Bak
kata Ranchodas dalam cerita itu ialah Qaabil Bano Qaabil iaitu bermaksud jadilah orang
yang cemerlang dan hebat kerana kejayaan akan mengejar kamu.

2.1 Sinopsis Filem

Sinopsis filem ini berkisahkan berkenaan dengan tiga orang sahabat iaitu, Rancho,
Raju dan Farhan, mereka adalah pelajar Imperial College of Engeneering yang sama-sama
mendaftar sebagai pelajar di situ. Mereka bertiga adalah sahabat sebilik. Rancho
merupakan seorang pelajar yang sangat bijak dan dapat menggunakan ilmu yang dipelajari
kepada dunia realiti. Rancho datang daripada keluarga yang kaya.Manakala, Raju datang
daripada keluarga yang susah dan Farhan daripada keluarga sederhana. Ibu dan bapa
Farhan serta Raju amat mengharapkan mereka menjadi seorang Jurutera (Engineer).
Namun, Farhan sebenarnya amat berbakat kepada bidang fotografi terutama foto kehidupan
liar (wild life). Surat yang ditulis untuk diposkan kepada jurugambar antarabangsa disimpan
sahaja kerana dia yakin ibu bapanya tidak akan bersetuju dengan keputusannya. Sejak dia
lahir ibu bapanya telah menetapkan dia mesti menjadi seorang jurutera. Mr Viru (Dikenali
sebagai Virus) memandang Racho sebagai pemusnah kepada masa hadapan Raju dan juga
Farhan. Atas kerana ini, beliau mengarahkan Raju untuk berpindah bilik untuk bersama-
sama belajar dengan Chatur. Chatur yang berasal dari Uganda telah dipilih untuk
menyampaikan ucapan dalam bahasa India klasik sempena Hari Guru dihadiri oleh ahli
parlimen. Untuk membuktikan kepada Raju yang mana menghafal tanpa memahami adalah
bahaya, rancho telah menukar beberapa perkataan di teks ucapan Chatur. Kerana itu habis
satu dewan gelak tanpa henti. Nampaknya Chatur telah merosakkan majlis dengan ucapan
yang dihafalnya. Dengan kerana itulah Chatur telah mencabar Rancho dan sahabatnya
untuk melihat siapa yang akan lebih berjaya pada 10 tahun akan datang dan berjumpa
kembali pada 5 September.

Dengan kehadiran Rancho banyak mengubah sikap dan pandangan Raju dan
Farhan tentang kejayaan. Kejayaan perlu berdasarkan kepada bakat dan kemahiran bukan
sekadar cemerlang dalam pelajaran. Bahkan Raju dan Farhan sering mendapat tempat ke-
dua terakhir dan terakhir dalam ujian. Manakala Rancho sering mendapat tempat pertama
menewaskan Chatur di tempat ke-dua. Namun, tragedi berlaku di mana ketika mereka
semua menceroboh rumah Viru untuk mencabar Rancho meluahkan rasa cinta kepada Pia.
Ketika inilah Raju ditangkap dan diberi pilihan sama ada dibuang kolej atau mendedahkan
Rancho bersamanya. Akibat keliru, Raju mengambil keputusan terjun dari tingkat bilik Viru.
Nyawanya masih panjang kerana Rancho dan Farhan sempat membawanya ke hospital.
Dia koma dalam keadaan separa sedar. Raju perlu diberikan motivasi dan peransang untuk
terus semangat. Inisiatif Rancho yang menghiburkan Raju, dia sedar kembali. Setelah
sembuh Raju dan Farhan perlu menghadiri temuduga kerja. Tetapi Farhan diajukan dengan
kejutan yang mana surat yang telah lama ditulis rupa-rupanya telah diposkan oleh Rancho
dan jurugambar antarabangsa telah menerima Farhan sebagai pembantunya mengambil
gambar haiwan di Brazil. Farhan terkejut dan gembira tetapi risau memikirkan reaksi ibu
bapanya. Atas sokongan sahabat-sahabatnya, Farhan pulang juga ke rumah untuk
memberitahu ibu bapanya untuk menjadi seorang jurugambar profesional. Pada mulanya
ayahnya begitu marah atas apa yang Farhan lakukan, tetapi atas penjelasan dan
membuktikan azam dan bakatnya serta nasihat Rancho untuk terus berjaya dan jangan
putus asa, ayahnya berubah fikiran untuk membelikan Farhan kamera. Bakatnya tidak
mungkin disia-siakan. Raju pula dengan sifat jujur, berani dan tegasnya pada mulanya tidak
diterima oleh ahli panel syarikat untuk diterima namun kerana jelas tetap menegaskan mahu
terus bersifat begitu beliau ditawarkan kerja dengan gaji boleh dibincangkan.

Viru tersangat bengang atas apa yang berlaku. Misainya habis dicukur pembantunya
kerana cabaran kepada Rancho yang mana jika Raju atau Farhan mendapat kerja
ganjarannya adalah misainya dicukur. Dia berazam untuk menggagalkan Raju. Atas
desakan Pia, Rancho dan Farhan mengambil tindakan terburu-buru untuk mengambil kertas
solan di bilik Viru. Ini kerana Viru sendiri yang menulis kertas soalan terakhir dengan tujuan
Raju gagal. Namun, Raju semakin matang dan tidak menerima kertas soalan yang dicuri.
Langit tidak selalunya cerah. Ketika ingin bertanya Pia di mana kertas soalan dengan
menghubungi telefon bimbit Pia, Mr Viru terkejut kerana nombor yang terpapar adalah
nombor pejabatnya. Disebabkan itulah Rancho diarahkan keluar dan dibuang dari ICE serta
dikehendaki keluar dari situ segera. Malam itu juga kakak kepada Pia sudah ampai masa
untuk melahirkan. Atas sebab banjir, jalan tidak dapat dilalui dan ambulan juga tidak dapat
membawanya ke hospital. Rancho melalui kawasan itu dan segera mengambil keputusan
untuk membawanya ke dewan rekreasi an menghubungi Pia apa yang perlu dilakukan

Pia yang sedih dengan perbuatan ayahnya telah membawa diri ke hospital untuk
mencari ketenangan. Pia sebagai pelajar perubatan memberikan arahan apa yang perlu
dilakukan melalui webcam. Setelah berusaha, bayi tidak dapat dikeluarkan kerana akak Pia
keletihan. ia perlu menggunakan pam vakum untuk membantu mengeluarkan bayi. Rancho
mendapat idea untuk menggunakan pembersih vakum. Malang pula kerana elektrik
terputus. Inverter yang dicipta oleh Rancho digunakan untuk menghidupkan elektrik. Atas
kreativiti dan sifat Rancho yang cepat belajar, mereka berjaya membantu bayi dilahirkan
dengan selamat. Dengan perasaan gembira, Mr Viru terharu dan mengucapkan terima kasih
dan memberikan pen yang amat istimewa yang dicipta untuk angkasawan menggunakannya
di angkasa. Ia diceritakan pada awal cerita yang mana pen itu kosnya berjuta-juta dollar dan
diberikan oleh pensyarah Mr Visu. Amanatnya adalah jika ada Mr Visu yang kedua yang
bijak, Mr Visu perlu memberikan pen itu kepadanya. Rancho menjadi pelajar paling
cemerlang ICE. Namun sejurus selepas majlis graduasi Rancho membawa diri seolah-olah
melarikan diri. Selama 10 tahun Raju dan Farhan tidak mendengar khabarnya. Mereka
mencarinya setelah Chatur mendapat informasi demi memenuhi cabaran 10 tahun lepas.
Rupa-rupanya Rancho adalah bukan 'Rancho' yang sebenar. Ia hanya ke ICE
menggunakan nama orang lain ke universiti atas kena minatnya yang mendalam kepada
ilmu. Ia hanyalah anak seorang tukang gaji. Pencarian sahabat-sahabat Rancho berjaya
setelah mendapat tahu Rancho berada di satu tempat bernama Ladakh beralamatkan
sekolah. Setiba di sana, mereka melihat pemandangan pelajar-pelajar yang menggunakan
bakat dan kemahiran dengan melakukan pelbagai perkara seperti membuat invensyen,
berpakaian angkasawan, melukis, membuat aplikasi sains dan macam-macam lagi. Rupa-
rupanya Rancho adalah Pungshuk Wangdu iaitu saintis yang mempunyai 400 paten ciptaan.
Dia adalah seorang saintis dan juga seorang guru. Chatur sekali lagi membuat kesilapan
dan nampaknya perancangannya silap kerana dia sepatutnya bertemu dengan Mr Wangdu
untuk mendapatkan kontrak untuk syarikatnya.

3.0 Satu karakter pilihan 3 Idiot

Satu karakter pilihan dalam filem 3 Idiot adalah watak Raju Rastogi, watak ini
merupakan anak sulung daripada dua adik beradiknya. Raju Rastogi telah sambung belajar
di dalam bidang jurutera yang terkemuka di India. Seterusnya, watak ini juga telah
memberikan contoh yang terbaik dalam pendekatan teori Adler. Hal ini kerana, watak ini
merupakan “lambat dalam pelajaran” dan dalam masa yang sama harus memberikan
saingan kepada pelajar lain supaya tidak dibuang daripada kolejnya.

Disebabkan desakan yang perlu ditempuh oleh Raju Rastogi dalam pembelajaranya di kolej
tersebut, akhirnya beliau memutuskan untuk membunuh dirinya sendiri kerana tidak
sanggup untuk meneruskan pembelajaran akibat stress yang melampau. Namun begitu,
Raju Rastogi tidak keseeorangan dalam pembelajaranya. Kerana ia mempunyai sahabat
yang sanggup menolong susah senang bersama. Di akhir cerita, watak Raju Rastogi berjaya
menamatkan pembelajaranya di kolej tersebut. Malah namanya terus mekar dan terkenal di
seluruh India kerana beliau berjaya untuk menjadi jurutera yang terbaik pada zaman itu.

Hal ini bertetapan dengan Teori Adler kerana ia mempunyai inferior pada permulaan cerita,
namun begitu itu bukanlah sesuatu penghalang untuk Raju Rastogi berjaya. Beliau pada
mulanya berasa rendah diri terhadap orang lain kerana lembab dalam pembelajaran. dan
terpaksa mengasingkan diri daripada orang lain kerana berasa kurang yakin dengan dirinya
sendiri. Akan tetapi setelah mempunyai sahabat yang baik dan juga pengalaman yang hadir
di dalam hidupnya. Akhirnya Raju Rastogi telah memutuskan untuk mengubah matlamatnya
dengan lebih jelas. Hal ini untuk melatatih beliau supaya tidak merasakan takut lagi apabila
di depan khalayak orang ramai.

Sehubungan dengan itu, faktor keluarga juga memainkan peranan dalam kehidupan Raju
Rastogi, ini kerana keluarganya merupakan keluarga yang susah. Beliau juga merupakan
anak sulung di dalam keluarganya dan semestinya ingin memberikan yang terbaik di dalam
keluarganya sendiri. Seterusnya Raju Rastogi menggunakan inferiority terlalu berlebihan
sehingga beliau, tidak berani untuk membuat keputusan dan juga sering menarik diri
sebelum seuatu pekerjaan itu dilaksanakan.

Akhir sekali, Alfred Adler juga menyatakan bahawa “Makna tidak ditentukan oleh situasi,
tetapi kita menentukan diri kita dengan makna kita berikan kepada situasi. Pekara ini
bertetapan dengan Raju Rastogi di mana beliau telah memberikan makna kepada keaaanya
sendiri, dan mampu mengubah matlamatnya selari dengan usaha yang telah dilakukan.

4.0 Pengunaan Terapi dalam isu karakter.

Pengunaan terapi di dalam isu karakter daripada filem 3 Idiot mempunyai pelbagai
contoh yag kita boleh simpulkan. Antaranya adalah tidak percayakan diri sendiri. Menurut
Adler, perasaan inferior itu merupakan biasa kepada setiap individu, namun jika berlebihan
ia akan mengakibatkan kemurungan (anxiety). Hal ini kerana merasakan rendah diri
berlebihan sehingga menjadi seseorang yang tidak percayakan diri sendiri, tidak berani
membuat keputusan. Pekara ini selaras dengan perbuaatan Raju Rastogi ketika memasuki
Kolej terkemuka di India. Personnaliti beliau menunjukan bahawa ia tidak berani untuk
keluar daripada zon selesa dan tidak mempunyai kepercayaan pada dirinya sendiri.

Seterusnya, Raju Rastogi juga mempunyai private logic yang negatif terhadap dirinya,
indvidu lain dan juga kehidupan. Hal ini kerana, Raju Rastogi sering membandingkan dirinya
sendiri dengan individu yang lain. Pekara ini akan membina personaliti dan tanggaapan
yang negatif terhadap diri sendiri. Menurut Adler, private logic merupakan pusat kesepaduan
psikologinya. Untuk mendapaatkan keyakinan diri, seharusnya private logic mesti pekara
yang positif dan membina terhadap diri sendiri, individu lain dan juga kehidupan harian.

Setelah melepasi pelbagai dugaan dan cabaran, gaya hidup juga memainkan peranan
dalam membentuk personaliti seseorang. Di dalam filem 3 Idiot, watak Raju Rastogi
mempunyai gaya hidup yang besederhana sahaja. Antara nya adalah, rajin beribadat
kepada tuhan nya, dan akan melakukan ulang kaji jika peperiksaan makin hampir. Di sudut
sosial pula, Raju Rastogi hanya mempunyai dua sahabat karibnya sahaja iaitu Rancho dan
juga Farhan. Namun begitu, dengan mempunyai gaya hidup yang biasa dan bersederhana
sahaja. Raju masih tidak mempunyai kekuatan untuk mempercayai dirinya sendiri. Menurut
Adler, gaya hidup memainkan peranan yang sangat penting kerana beliau melihat gaya
hidup sebagai peta minda individu yang unik dan tidak disedari yang memfasilitasikan
individu dalam kehidupannya sendiri. Erti kata lain, semua usaha ini akan memperoleh satu
gaya tersendiri yang menjadikan individu itu unik.

Susunan kelahiran juga memainkan peranan yang penting di dalam teori Adler. Hal ini
kerana, Susunan kelahiran dan interpretasi seseorang terhadap kedudukannya dalam
keluarga mempengaruhi gaya seseorang itu berinteraksi semasa dewasa. Pekara ini selari
dengan keadaaan Raju Rasogi, kerana beliau merupakan anak sulung daripada dua
beradiknya sendiri. Keluargannya juga merupakan keluarga yang kurang berkemampuan
kerana ayah Raju Rastogi telah mengalami sakit yang kritikal dan berehat di rumahnya
sendiri. Situasi ini telah memberikan rangsangan kepada Raju Rastogi untuk mengubah
nasib keluarga sendiri. Namun begitu, setiap kali percubaan yang dilakukan oleh dirinya
sendiri, sudah pasti bertemu dengan kekecewaan yang mendalam. Ini kerana beliau sering
mendapat tempat yang terakhir di dalam kedudukan kelas. Disebabkan, setiap peperiksaan
bertemu dengan kegagalan. Akhirnya Raju Rastogi dipanggil oleh orang atasan untuk
membincangkan tentang masalah akedemik di pejabat atasan. Hasil desakan dan
kemurungan yang terlalu tinggi untuk ditelan. Akhirnya Raju Rastogi telah memutuskan
untuk membunuh dirinya sendiri, kerana memikirkan itu sahaja cara penyelesaian yang
mudah untuk ditelan.

Setelah membuat keputusan untuk membunuh diri, akhirnya beliau terjun daripada
bangunan tingkat tiga. Namun begitu, beliau tidak mati dan mendapati patah tulang di
seluruh anggotanya. Selaras dengan tempoh kejadian, Raju telah di masuk kan di dalam
wad kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Dalam tempoh dimasukan di dalam wad,
Raju sedar bahawa ramai orang terdekat yang masih mengambil berat tentang dirinya.
Terutamanya keluarganya sendiri dan juga rakan karibnya iaitu Ranco dan juga Farhan.
Secara tidak langsung pekara ini mencetuskan “menekan butang” (push start the button).
Teknik ini Direka bentuk untuk menunjukkan kepada pesakit bagaimana mereka boleh
mencipta apa sahaja perasaan mereka dengan memikirkannya, teknik butang tekan
meminta pelanggan mengingati kejadian menyenangkan yang mereka alami, menyedari
perasaan yang berkaitan dengannya, dan kemudian beralih kepada imej yang tidak
menyenangkan dan perasaan itu. Secara menyeluruh pekara itu memberikan impak kepada
individu supaya sedar atas perbuatan nya sendiri dan mampu mengubah keadaan dengan
mempunyai usaha yang jelas.
Akhirnya Raju Rastogi telah berjaya keluar daripada Hospital berkenaan, walau
bagaimanapun keadaan nya masih tidak stabil, dan memerlukan dorongan dan kekuatan
daripada orang tersayang. Dengan mempunyai rakan karib iaitu Ranco dan Farhan yang
tidak jemu memberikan galakan kepada Raju bahawa ia boleh berjaya seperti orang lain
dengan mengikut caranya sendiri. Pada saat itu, Raju Rastogi telah berjaya melawan
perasaan inferior pada dirinya, dengan harapan untuk mendapatkan kekuatan untuk
mengubah matlamat dengan usaha yang jelas. Hal ini boleh terjadi apabila seseorang itu,
mempunyai matlamat yang jelas dan tidak berputus asa dalam mencuba pekara yang baru.
Seperti mana Adler mengatakan di dalam teori nya sendiri iaitu “ bagaimana seseorang itu
mempersepsi perkara yang lepas dan bagaimama seseorang itu mentafsirkan sesuatu
perkara yang memberi kesan dan berterusan terhadap perkara yang berlaku pada awalnya”.
Sehubungan dengan itu Adler menekankan dalam terapinya berkaitan dengan pilihan dan
tanggugjawab seseorang, makna dalam kehidupan dan sentiasa berusaha untuk kejayaan
dan kesempurnaan.

Setelah melalui pelbagai rintangan di dalam pelajaran. Akhirnya, Raju Rastogi telah yakin
kepada dirinya sendiri dan berani untuk memutuskan sebarang keputusan. Pekara ini selari
dengan usaha dan matlamat yang di inginkan oleh individu tersebut. Secara tidak langsung,
Raju Rastogi telah membawa dirinya ke arah Superioriti. Hal ini kerana, Raju Rastogi telah
berusaha untu mencapai matlamat hidupnya sendiri dan beliau menggunakan caranya
sendiri tanpa membandingkan dirinya dengan individu lain. Secara tuntasnya, Adler melihat
manusia dari perspektif yang lebih holistik atau menyeluruh dan optimistik dan manusia
sebagai makhluk yang didorong oleh matlamat. Sebagai seeorang manusia jika kita melaui
fasa yang sulit untuk dihadapai dan merasakan rendah diri, kita sepatutnya mengubah cara
kita untuk mencapai matlamat itu. Dengan mempunyai usaha dan matlamat yang jelas,
setiap individu pasti akan berasa gembira kerana menggunakan kreativiti dan caranya
tersendiri dalam mencapai matlamat berkenaan. Adler juga percaya bahawa, Makna tidak
ditentukan oleh situasi, tetapi kita menentukan diri kita dengan makna kita berikan kepada
situasi. Sepertimana, Raju Rastogi memberikan makna kepada situasi, dan ia telah
mengajarkan sesuatu kepada dirinya bahawa setiap individu itu unik dengan caranya
tersendiri.
5.0 Kesimpulan

Alfred Adler merupakan seseorang yang dibesarkan pada kota yang sama, situasi
dan keadaan yang sama, dan lapangan kerja yang sama dengan Sigmund Freud, bahkan
pada awalnya beliau merupakan pengikut setia aliran Sigmund Freud. Namun melalui
pengalamannya dalam menangani seseorang individu, menjadikan ia seseorang yang sama
terkenalnya dengan gurunya Sigmund Freud. Berefleksi dari pengalaman menangani dan
mengamati perilaku seseorang individu dan sekitarnya, beliau dengan sistematik dan
beransur-ansur menentang pendapat Sigmund Freud tentang perilaku dan sikap manusia.

Adler atau teorinya yang lebih dikenali sebagai ‘Adlerian’ membawa beberapa
konsep yang jelas berbeza dengan aliran Freudian. Beliau memberikan fokus utama
terhadap keunikan seseorang individu. Beliau membentangkan kepada pengaruh kesedaran
dan realiti yang membentuk personaliti manusia. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor-faktor
sosial dan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman
kanak-kanak dahulu.Sebaliknya, perasaan inferioriti merupakan sumber kepada kehidupan
dan perjuangan manusia. Perasaan tersebut harus diseimbangkan. Perasaan tersebut
adalah akibat daripada sikap tidak mahu menolong dan pergantungan semasa seseorang
itu masih kanak-kanak. Kehidupan seseorang individu berlandaskan kepada matlamat yang
tertentu. Beliau menamakan matlamat sebagai ‘Superioriti’ ataupun kesempurnaan.
Manakala ‘Fictional Finalism’ merujuk kepada idea-idea yang berbentuk fiksyen yang
terdapat dalam cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang iaitu kesempurnaan. Begitulah
seterusnya idea beliau berkenaan ‘gaya hidup’ yang mana ia akan dipengaruhi oleh oder
kelahiran.

Teori psikologi individu Alfred Adler ini memang lebih banyak berupaya menyedarkan
manusia, bahawa ia merupakan mahluk yang berdaya dan memiliki rasa sosial yang dalam,
sehingga itu pulalah ia dapat meneruskan dalam menjalani hidup. Teori ini pula, memiliki
kekuatan dalam hal menjangkakan perilaku manusia melalui tujuan atau akhir dari perilaku
yang dilakukannya, sebagai tujuan akhir yang merupakan gambaran dari diri manusia
tersebut. Hal ini sangat menarik karena merupakan pandangan yang dikira sangat positif
dan futuristik, dan hal ini tentunya dapat membangkitkan semangat dan gaya hidup manusia
dalam melakukan aktiviti seharian.
Berdasarkan filem ‘3 Idiot’ kita dapat melihat teori Adler yang amat berketetapan.
Filem ini menunjukkan sifat setiap pelajar daripada 3 orang yang mempunyai sifat tersendiri
dan cara tersendiri dalam proses terapi dan cara pembelajaran. Dimana yang telah
diceritakan di atas dimana Raju Rastogi adalah pelajar yang mempunya bnyak masalah dari
segi keluarkan dan diri sendiri. Beliau sering memandang rendah terhadap dirinya sendiri
dan sering berpandangan negatif disebabkan beliau sering mendapat tempat yang tercorot
dan juga berasal dari keluarga yang hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Jadi mengikut teori Alfred, Raju Rastogi amat beruntung kerana mempunyai 2 orang
rakan yang amat terbaik dalam mendorong beliau untuk meningkatkan keyakinan diri dan
amat menghormati beliau tanpa mengira asal usul. Dengan dorongan dan perubahan
mentaliti Raju Rastogi beli telah mendapat kerja serbagai jawatan yang tinggi dan amat
terbaik walaupon beliau ditemuduga sambil berkerusi roda. Dengan ini, amat jelaslah
bahawa teori Alfred amat amat kuat apabila kita melihatkan kisah seorang yang mempunyai
metaliti rendah telah berubah sikap yang amat terbaik. Dimana teori ini mengenai sikap
seseorang dan dorongan daripada rakan-rakan yang amat penting untuk setiap manusia.

You might also like