You are on page 1of 8

DIPLOMA HURMAN RESOURCE MANAGEMENT

SEMESTER JANUARI 2019

MPU 2412
KOKURIKULUM

NAMA : MARTINI BINTI ASANGKI

NO.KAD PENGENALAN : 841225-12-5602

NO. TELEFON : 019-4813545

EMAIL : tineyazz84@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU SABAH


ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

1.0 Aktiviti 1

2.0 Aktiviti 2

3.0 Aktiviti 3

2.2 Aktiviti 4

RUJUKAN
PENDAHULUAN

Negeri Sabah merupakan negeri di bawah bayu yang terkenal dengan pelbagai suku
kaum, bangsa dan agama. Rakyat di negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari tiga puluh etnik
suku kaum . Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim
perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap
tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk
memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku
kaum.  Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain
ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang
Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku
kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan
hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Pada kali ini kita akan menbincangkan mengenai
kebudayaan dan kesenian masyarakat kaum Kadazan Dusun serta mempelajari tarian Sumazau
daipada suku kaum yang terkenal di Negeri Sabah ini.

KADAZAN DUSUN 

Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah
dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek
dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya.
Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun
Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,
Tambanuo dan sebagainya. Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri
daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan 
budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan
secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan
pergunungan di pedalaman Sabah.

TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan
di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya
memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran
yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit.  Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-
lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan  dan mereka
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan
mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis
jamuan. Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan  tuaian  baik
dan  disambut oleh semua kaum lain Sabah. Biasanya tarian Sumazau yang ditarikan adalah
berlainan rentak dan tempo pukulan gongnya antara satu daerah dengan daerah yang lain. Namun
tarian yang ditarikan adalah tetap sama iaitu dengan perlahan dan lemah lembut.

PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang. Baju ini selalunya menggunakan
kain hitam yang bersulamkan benang emas.
      a.        Ciri-ciri pakaian tradisi.
i. Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga).
ii. Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur.
(Sinompukung)
iii. Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya
'bobohizan'(kinoingan).
iv. Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki.
v. Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam
vi. Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

     b.        Perhiasan pakaian.


i.        renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

    c.        Barangan kemas


i.        Himpogot - wang syling berwarna perak.
ii.       Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar
abad awal 20-han.
iv. Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan
berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.
iv.       Gelang (gohong)
v.         Rantai leher (hamai)
vi.        Anting-anting (simbong)
vii.       Cincin (sinsing)
viii.      Kerongsang berwarna keemasan

ALAT MUZIK TRADISIONAL


Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh,
tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.

Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali
tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.

GONG
Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya
digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama
berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering
dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.
            Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga
digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-
pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang
dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai
dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia
atau Berunei.

KESIMPULAN
Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan
saling  bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah.
Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai
pelancong luar ke negeri ini.

Aktiviti 3
TRANSKRIP TEMU BUAL GURU TARIAN TRADISONAL SUMAZAU

NAMA : PUAN MOILLEY BIN FRANCIS


JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
GRED DG41
TARIKH : 14 MAC 2019
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MUTIARA
KOLOMBONG

1. Berapa lamakan puan telah mengajar tarian tradisoanal di sekolah ini?


Saya mula berkhidmat sebagai Guru Panatia Seni Muzik dan di Sekolah Kebangsaan Sri
Mutiara, Kolombong berkuatkuasa 02 Mei 2005. Semenjak ditubuhkan Kelab Seni Kebudayaan
di sekolah ini. Saya telah dilantik sebagai guru tarian dan kebudayaan.

2. Di manakah puan mempelajari tarian tradisional ini?


Saya mula meminati seni tarian dan kebudayaan semanjak dari bangku sekolah lagi
ketika umur saya berusia 10 tahun. Pelbagai ilmu tarian telah saya pelajari dan saya lebih
meminati tarian kaum saya sendiri iaitu Tarian Sumazau.
3. Apakah pendangan puan mengenai nilai positif yang diperolehi oleh peserta ini dalam
aspek kerjaya mereka?
Sekiranya kita mula mendidik anak-anak muda terumatama dikalangan murid-murid
dibangku sekolah lagi mengenai pentingnya mempelajari warisan tarian kebudayaan kita, ini
amat membantu agar setiap warisan dan kebudayaan yang kita miliki tidak akan hilang dan pudar
walaupun ditelan arus pemodenan pada masa akan datang.

4. Apakah cabaran yang puan hadapi bagi mempromosikan tarian ini dikalangan
masyarakat di sini?
Bagi mempromosikan tarian dan kebudayaan masyarakat Sabah, pelbagai aspek perlu
dititikberatkan dan amat penting ianya dipupuk dari generasi muda hingga ke peringkat lebih
tinggi agar setiap masyarakat lebih menghargai keunikan budaya yang dimilik oleh masyarakat
Sabah khasnya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelbagai anjuran dan
aktiviti berkaitan kebudayaan perlu sentiasa dilaksanakan bagi setiap lapisan umur agar kita
semua sedar akan pentingnya memelihara dan menghargai budaya dan adat resam nenek moyang
kita sebelum ini.

You might also like