You are on page 1of 3

PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN UNTUK MENINGKATKAN DAYA

INGATAN DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM MEMPELAJARI


TOPIK SISTEM SURIA

ABSTRAK

Tujuan penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah kerana kebanyakan murid-murid


Tahun 3 menghadapi masalah dalam mempelajari, mengingat dan memahami Topik
Sains berkenaan Sistem Suria. Mereka masih mempunyai masalah untuk
mengingat susunan planet-planet dengan betul serta mempunyai masalah untuk
mengenal pasti ahli-ahli Sistem Suria kerana ada ahli-ahli yang mempunyai bentuk
yang agak sama namun mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, demi
menangani masalah ini pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan yang
bertujuan untuk mencari pendekatan yang terbaik dengan menggunakan Kaedah
Nyanyian. Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan sebagai kerangka teori bagi
kajian ini. Kaedah kajian menggunakan data kualitatif dan kuantitatif serta terdiri
daripada 10 orang responden. Pengkaji telah menggunakan pelbagai instrumen
untuk mengumpul data seperti soal selidik, semak pemerhatian berstruktur serta
temu bual sebagai kaedah untuk menganalisis data dapatan kajian. Melalui dapatan
kajian yang telah diperoleh pengkaji, didapati bahawa murid-murid selama ini masih
ada yang keliru dengan susunan planet-planet yang ada di Sistem Suria
menyebabkan mereka sukar memahami pengajaran topik ini. Oleh itu, setiap kali
pengkaji menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan
kaedah ini, mereka akan berasa seronok dan belajar dengan tekun kerana mudah
untuk memahami dan mengingati pembelajaran. Kesimpulannya, kemahiran
mengingat dan memahami murid dapat dipertingkatkan sekiranya kita menemukan
kaedah yang sesuai untuk menangani masalah ini. Kajian lanjutan juga
dicadangkan dengan menambah bilangan responden agar hasil dapat
digeneralisasikan dengan lebih baik.
Kata kunci: Kaedah Nyanyian, mengingat dan memahami.

USAGE OF SINGING METHODS TO ENHANCE THE MEMORY AND


UNDERSTANDING OF YEAR 3 PUPILS IN LEARNING SOLAR SYSTEM

ABSTRACT

The purpose of this action research was because most of the Year 3 pupils had
problems in learning which were remembering and understanding science topics on
the Solar System. They still have trouble remembering the arrangement of planets
properly and have trouble identifying members of the Solar System because there
are members who have quite the same shape yet have different characteristics.
Therefore, in order to address the consequences faced, the researcher has
conducted action research which aims to find the best approach by using the
Singing Method. Model Kurt Lewin (1948) was used as the theoretical framework for
the study. The study method used both qualitative and quantitative data and
consisted of 10 respondents. Various instruments were used to collect data such as
questionnaires, check-structured observations and interviews as ways to analyze
the data. Through the findings, it was found that pupils over the years remained
confused by the arrangement of the planets present in the Solar System causing
them the difficulties to understand this topic. Therefore, every time learning is
conducted using this method, they will feel fun and learn diligently because it is easy
to remember and understand. In conclusion, the skills of remembering and
understanding of pupils can be improved if we find the appropriate methods to deal
with this problem. Further research regarding this action research was also
proposed by increasing the number of respondents so that the results could be
improvised with more better results.
Keywords: Singing method, remembering and understanding.

You might also like