You are on page 1of 20

BACHELOR IN EARLY CHILDHOOD WITH HONOUR

MEI 2020

HBEC4303

PERSEKITARANFIZIKAL BERKUALITI DALAM PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 770912087104001


NO. KAD PENGENALAN : 770912087104
NO. TELEFON : 01136172477
E-MEL : heshneela@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MANJUNG


ISI KANDUNGAN MS

BAHAGIAN 1

PENGENALAN 1

KEPENTINGAN PERSEKITARAN 2
KEPADA KANAK-KANAK

PERSEKITARAN KANAK-KANAK 3

KESAN PERSEKITARAN KEPADA KANAK-KANAK 4

BAHAGIAN 2

PELAN DALAMAN 6

DESKRIPSI TERPERINCIE PELAN DALAMAN 7

PELAN LUARAN 8

DESKRIPSI PELAN LUARAN 9

KESESUAIAN PELAN DALAMAN


DAN LUARAN 10

KESIMPULAN 12

RUJUKKAN 13
HBEC4303 MUNEELA
Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang sesuai untuk memaksimumkan potensi
mereka di dalam semua bidang.Persekitaran ditakrifkan sebagai semua pengaruh yang
membri kesan kepada kanak-kanak dan orang dewasa dalam seting awal kanak-kanak.
Persekitaran juga memberikan pengalaman bermakna yang memberi kesan kepada
bagaimana kanak-kanak berkembang dan belajar. Persekitaran juga menyokong aspek
domain kanak-kanak dari segi perkembangan kognitiif, sosial, emosi, fizikal dan emosi.
Zedan (2010) menyatakan bahawa bilik darjah yang berkualiti dan selesa adalah penting
dalam membentuk emosi dan sikap murid terhadap rakan kelas, subjek yang dipelajari dan
sistem pendidikan secara keseluruhannya. Justeru, sangat penting untuk mengetahui keadaan
persekitaran fizikal sesebuah tadika kerana ia memberi kesan kepada banyak faktor
terutamanya terhadap proses pembelajaran murid. Oleh itu apabila kanak-kanak disediakan
dengan persekitaran yang merangkumi pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang berbeza
dimana ia mengalakkan kanak-kanak mmenyiasat, mencipta dan menyelesaikan masalah.
Aspek Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal bilik darjah merupakan elemen penting dalam
membentuk pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan. Persekitaran yang
kondusif dapat membantu mewujudkan keselesaan sesi pengajaran dan pemudahcaraan di
samping dapat mempengaruhi tumpuan dan minat belajar murid dalam bilik darjah.
Persekitaran fizikal tadika termasuk ruang dalaman, ruang luaran, sudut pembelajaran,
peralatan, alat bantu mengajar, hiasan dan dekorasi ruang dan keselamatan (Kostelnik et al.
2011). Berdasarkan kajian Che Nidzam et al. (2016) berkaitan pengaruh persekitaran fizikal
bilik darjah terhadap sesi PdPc, menunjukkan bahawa ruang pembelajaran, perabot,
pengaliran udara dan pencahayaan dalam bilik darjah juga mempengaruhi suasana
pembelajaran, penjanaan idea, nilai, sikap dan tingkah laku murid.

1
HBEC4303 MUNEELA
Kepentingan Persekitaran

Menurut Kostelnik et al., penyusunan persekitaran fizikal yang efektif memberi kesan secara
langsung kepada murid kerana ia mempengaruhi apa yang murid boleh lakukan, apa yang
murid boleh rancang dan apa yang murid boleh gunakan untuk melaksanakan rancangan
mereka. Selain itu, Beaty (2014) menyatakan bahawa, suasana persekitaran tadika perlu
memberi kebebasan kepada murid meneroka dan belajar daripada sekeliling mereka. Selain
itu, ruang persekitaran perlu dapat meyakinkan murid seolah-olah mereka berada di rumah
sendiri agar murid dapat berasa selesa untuk belajar. Oleh itu, tujuan kajian adalah untuk
mengenal pasti ciri-ciri tadika swasta yang berkualiti daripada aspek guru, pengajaran dan
persekitaran fizikal. Persekitaran fizikal tadika termasuk ruang dalaman, ruang luaran, sudut
pembelajaran, peralatan, perbahanan, hiasan dan dekorasi ruang dan keselamatan (Kostelnik
et al. 2011).
Susun atur fizikal menggambarkan gaya pengajaran di dalam bilik darjah. Sekiranya
pelajar perlu berkolaborasi dalam kumpulan kecil, misalnya, mereka disusun di sekitar meja
atau kumpulan meja. Untuk perbincangan kumpulan keseluruhan yang kerap, bulatan atau
konfigurasi meja berbentuk U. Untuk merancang kurikulum yang disesuaikan secara
individu, stesen pembelajaran perlu ada. Susun atur fizikal juga akan menggambarkan
pelbagai tanaman, seni, permaidani, poster, dan mungkin beberapa bantal yang selesa
diletakkan di sudut membaca."Penciptaan persekitaran yang baik dan berpusatkan kanak-
kanak memerlukan banyak pemikiran dan perancangan. Mengikut Reggio Emilia, program
awal kanak-kanak bilik darjah perlu menampilkan paparan karya kanak-kanak, koleksi objek
"dijumpai", ruang untuk bekalan yang mencukupi (semua disusun secara estetik), dan ruang
yang jelas untuk ruang besar dan kecil- aktiviti berkumpulan. Pendidik Reggio Emilia
menekankan keperluan persekitaran kelas yang memaklumkan dan melibatkan anak. Mereka
menganggap persekitaran fizikal sebagai "guru lain." Dalam arti bahawa ia dapat memotivasi
anak-anak, meningkatkan pembelajaran, dan mengurangkan masalah tingkah laku,
persekitaran sebenarnya adalah guru tambahan. Hopkins menggesa para untuk mengenal
pasti pelbagai cara mengatur ruang pembelajaran. Contohnya, bilik darjah mungkin
mempunyai sudut membaca yang tenang, kawasan muzik di mana pelajar dapat memainkan
muzik lembut semasa menyelesaikan kerja, pusat perbincangan atau perbualan, meja besar
untuk projek koperasi, ruang untuk projek basah atau tidak kemas, ruang multimedia, pusat
pembelajaran atau stesen, dan kawasan kerja individu.Bahan dan bekalan yang mudah
diakses dapat menghilangkan kelewatan, gangguan, dan kekeliruan semasa pelajar bersiap
untuk melakukan aktiviti.
2
HBEC4303 MUNEELA
Jumlah ruang terbesar dikhaskan untuk susunan meja individu pelajar di dalam bilik darjah,
penyusunan meja terdiri daripada empat orang, konfigurasi berbentuk U. Pelbagai susunan
dilakukan supaya guru boleh melakukan kontak mata dengan pelajar. Tempat duduk dan
kedudukan meja perlu diubah seiap akhir bulan. Selain daripada itu ,ciri persekitaran penting
lain termasuk suhu, pencahayaan, dan tahap kebisingan. Faktor-faktor ini mempengaruhi
pelajar dengan cara yang berbeza dan secara langsung berkaitan dengan gaya pembelajaran
individu. Kajian menunjukkan bahawa apabila guru menyesuaikan persekitaran dengan
pilihan pelajar, pelajar menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan berkelakuan lebih
baik.Di kedua-dua kawasan yang terang dan redup di dalam kelas dengan menggunakan rak
buku, skrin, tanaman, dan perabot lain. Sebilangan kanak-kanak belajar dengan baik dalam
cahaya terang.Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergerak semasa mengunjungi pusat
pembelajaran dan kawasan kelas khas yang lain. Penyelidikan sekarang membuktikan
bahawa banyak kanak-kanak memerlukan mobiliti yang luas semasa belajar. Kanak-kanak ini
belajar lebih banyak jika mereka berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain kerana mereka
memperoleh maklumat baru. Susunan perabot dibuat tidak rasmi di mana pelajar boleh
duduk di kerusi lembut atau bantal, atau bersantai di permaidani. Persekitaran yang senyap
membantu anak-anak berkonsentrasi lebih baik. Pelbagai ruang manipuasi matematik, teater
boneka, ruang membaca atau menulis yang tenang, platform pengajaran, pusat persidangan
peribadi , menguji kawasan solekan, dan tempat bermain peranan, eksperimen sains, dan
banyak lagi

Kesan Persekitaran kepada kanak-kanak

Persekitaran yang selesa, selamat, berwarna-warni dan menarik dapat memberikan galakan
atau dorongan kepada murid. Persekitaran tadika boleh dikategorikan kepada persekitaran
luaran dan persekitaran dalaman. Berdasarkan Iowa Department of Education (2007), kualiti
persekitaran sesebuah tadika diukur melalui empat perkara. Pertama, peralatan dan
perbahanan aktivti yang pelbagai seperti peralatan main peranan, pelbagai bahan untuk
aktiviti sensori-deria, peralatan untuk mengembangkan kemahiran motor dan perbahanan
yang membantu meningkatkan matlamat pembelajaran. Kedua, reka bentuk ruang dalaman
yang membolehkan guru-guru mengawasi murid semasa proses pembelajaran dan bukan
pembelajaran. Ketiga, jumlah peralatan dan perbahanan mencukupi dan sesuai untuk aktiviti
individu dan kumpulan serta minat murid. Keempat, ruang dalaman tadika sesuai untuk
aktiviti berkumpulan dan individu, ruangan aktiviti dibahagikan dan mempunyai sempadan
dan menyediakan ruang untuk murid yang berkeperluan khas.Menurut Webster (2012) pula,
3
HBEC4303 MUNEELA
kualiti kemudahan fizikal sesebuah tadika diukur melalui ruang pembelajaran, saiz kelas,
perabot dan peralatan. Selain itu, menurut Natasya Prasetya (2012), keadaan ruang belajar
sesebuah tadika sangat penting untuk memastikan kelancaran sesi pengajaran dan
pembelajaran. Aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah lantai, cat dan warna, hiasan
dan saiz perabot yang sesuai dengan kanak-kanak. Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati
bahawa terdapat aspek yang menepati kriteria kualiti ini seperti peralatan dan perbahanan
yang sesuai untuk aktiviti kumpulan dan individu serta mengikut subjek pembelajaran yang
diajarkan. Selain itu juga, ruang aktiviti atau sudut pembelajaran dikategorikan dan setiap
ruang aktiviti mempunyai sempadan seperti ruang matematik, ruang sains dan penerokaan,
ruang seni kreatif, ruang kemahiran motor dan sebagainya.

Implikasi daripada susunan bilik darjah yang tidak selesa akan menyebabkan pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian kepada guru. Keadaan kelas yang tidak ceria membuatkan
pelajar tidak berminat untuk masuk ke dalam bilik darjah. Bilik darjah juga
memberikanperspektif negatif terhadap pelajar yang berada di dalam bilik darjah. Contohnya
bilik darjah pelajar yang tidak cukup peralatan seperti kerusi yang patah, papan buletin yang
tercabut menyebabkan meraka berasa di dalam keadaan yang tertekan. Pelajar akan
menganggap tiada bantuan yang ditawarkan oleh pihak sekolah untuk memberikan mereka
kerusi meja yang baru dan mencukupi.Keadaan terlalu ramai pelajar di dalam kelas
menyebabkan pelajar tidak mempunyai ruang yang cukup untuk berinteraksi semasa mereka
di dalam bilik darjah. Selain itu merekaakan berasa terkongkong dan tidak bebas untuk
melakukan kerja berkumpulan. Tahap kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas
menyebabkan pelajar akan memandang rendahterhadap pelajar yang kurang pandai dan
membuat pelajar kurang pandai merasa rendah diri.Pelajar yang mempunyai masalah emosi
ini akan mencari peluang unntuk memboloskan diri seperti ponteng kelas.Impikasi daripada
interaksi yang tidak berkesan menyebabkan pelajar hilang fokus dan minat terhadap pelajaran
tersebut. Mereka juga tidak akan belajar untuk membaiki kelemahandiri seperti tidak yakin
atau terlalu malu untuk berbincang sesuatu topik dengan guru. Selain itu ketiadaan interaksi
pelajar di dalam kumpulan akan menjadikan mereka kurang bekerjasama dan lebih kepada
‘ahli kongsi tidur’. Gangguan dalam proses interaksi juga boleh berlaku apabila sesetengah
murid tidak menungggu masa giliran untuk bercakap dan menyuarakan pendapat mereka

4
HBEC4303 MUNEELA
dengan cepat dan kuat.Keadaan ini menyebabkan terdapat pelajar yang tidak suka bercakap
dan lebih suka mendengar daripada bercakap. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang
penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara
menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar
didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan
dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar
serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra..

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang
yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan
mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan. Susunan kerusi dan meja boleh
memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya.Papan kenyataan
yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut
matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD
serta LCD. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif
bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan
alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian
daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan
suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif,
inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Peraturan keselamatan dan
amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin
murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan.
Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.Ruang dan
pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan
elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan
dan berbangga dengan kelas sendiri. Bilik darjah pelajar perlulah di dalam keadaan yang
selesa dan kondusif. Perkara utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yg baik ialah
pastikan lalu lintas di dalam bilik darjah tidak sesak, guru perlu memastikan semua pelajar
dapat dilihat dengan jelas, pastikan pelajar mudah lihat dan dengar penyampaian guru, ruang
dan tempat yang sesuai untuk guru berdiri semasa mengajar. Selain itu terdapat bahan
pengajaran untuk guru dan murid mudah didapati. Di dalam kelas juga boleh diletakkan sudut
bacaan supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan membaca. Papan buletin untuk
pamer hasil kerja pelajar perlulah menarik dan dihias sebaik mungkin. Artikel atau bahan

5
HBEC4303 MUNEELA
bulletin perlulah digalakkan ditukar selalu untuk mengelakkan pelajar bosan dengan bahan
yang sama. Akhir sekali penggunaan ruang seperti perabot dan alatan disusun teratur.
Terdapat juga bilik darjah yang nyaman meletakkan pasu – pasu pokok dan akuarium ikan
hiasan untuk menambahkan keceriaan di dalam kelas.

Pelan dalaman Pusat Jagaan Kreatif Sitiawan


Bangunan: Menon Science Laboratary,Sitiawan
Saiz tapak: 50x 150meter persegi
Lokasi: No.21A Jalan Haji Mohd Ali, 32000 Sitiawan
Pelan Susun Atur Dalaman Bangunan

6
HBEC4303 MUNEELA
Pelan Dalaman
Pelan yang saya tunjukkan sesuai dan dilengkapi dengan dinding dan silingnya kedap bunyi
kerana penggunaannya mengurangkan bunyi bising. Permaidani,,langsir dan kain kalis api
boleh membantu dalam menyerap buny. Di dalam bilik darjah juga telaah saya sediakan
ruang yang menarik seperti Ruang Kreativity,Ruang Manupulatif dan Blok, Sudut Drama dan
main peranan, perpustakaan/pusat literasi,Permainan manipulatif/meja permainan; Kawasan
Penerokaan sains daan pasir dan air; Pusat Muzik dan pergerakan; dan Komputer.Manakala
ruang literasi dan bahasa ,ia adalah sudut yang sunyi. bantal yang besar dan lembut atau sofa
yang kecil dan rendah untuk kanak-kanak duduk telah saya sdiakan. Beli koleksi anak patung
yang lembut, beberapa helai pakaian, kadbod atau buku plastik yang kanak-kanak dapat lihat,
rasa dan sentuh. Televisyen,Pita rakaman, pemain CD disediakan. Peralatan muzik seperti
piano, set perkusi disediakan di kawasan permainan piano berirama. Tandas diletakkan
bersebelahan ruang makanan dan perbualan pagi, ia juga bersebelahan dengan
dapur.Mangkuk tandas duduk dan singki bersaiz kanak-kanak, bilik mandi tanpa pintu supaya
guru boleh memantau atau memberi pertolongan jika diperlukan. Rak-rak berpetak-petak
ditempatkan di temapt yang tidak sempit. Perpustakaan kecil dan ruang membaca diasingkan
dari pusat yang aktif supaya mengalakkan kawasan yang tenang. Laluan untuk kanak-kanak
bergerak direka supaya kanak-kanak bergerak dengan selamat.Ruangan yang besar
membolehkan senang diatur dan tidak bersepah. Ini mencegah segala jenis kemalangan di
dalam bilik darjah. Ruang dalaman ini juga dilengkapi dengan perspektif dan minat kanak –
kanak pada abad ke 21. Peralatan yang digunakan adalah bertepatan dan bersesuaian dengan
umur kanak-kanak. Perabot dan bahan juga berada dekat dengan pencapaian mereka di dalam
ruang pembelajaran yang disediakan.Saiz dan ketinggian rak juga tidak terlalu tinggi dan
sesuai.

Apabila pelan dalaman kelas yang sesuai dan kondusif dibangunkan maka ia akan
mengalakkan pembelajaran aktif iaitu penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan
perbincangan bersama rakan Pembelajaran kendiri juga berlaku dimana kelas masih boleh
berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran dan disebabkan persekitaran yang kondusif
dan tidak terlalu sesak. Pembelajaran kolaboratif dengan segala kemudahan dan infastrukur
yang disediakan di alam kelas juga akan berlaku dan pembelajaran secara berkolaborasi

7
HBEC4303 MUNEELA
merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran. Maka susun atur bagi kelas mesti
mempunyai beberapa ciri yang penting,iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan
pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

Pelan luaran kanak-kanak

Petunjuk Pela Luaran Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kreatif

A Taman Bunga dalam tayar lama


B Monkey Bar
C Papan Gelongor
D Jongkang-jongket
E Kawasan Permainan Pasir
F Kawasan Kebun
G Kawasan Bilik Darjah dan Pejabat
H Pagar
8
HBEC4303 MUNEELA
I Pintu Gate
J Meja dan kerusi

Kawasan taman permainan kanak-kanak merangkumi sebuah padang yang luas dengan
sebuah taman bunga mini diperbuat daripada tayar yang dikitar semula. Disamping itu ia
dilengkapi dengan Monkey Bar,Papan Gelongsor, Jongkang-jongket, Kawasan permainan
pasir, Kawasan kebun,kawasan bilik darjah, pagar yang megelilingi kwasan sekolah
dilengkapi dengan pinti gate. Ada juga meja dan kerusi untuk kemudahan bersantai
disediakan di padang permainan.Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang
diminatinya semasa berada di ruang luar kelas. Oleh itu pelbagai peralatan dan bahan yang
boleh diklasifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap zon akan memainkan
peranan yang unik di dalam memperkembangkan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial
kanak-kanak. Adalah diharapkan semasa kanak- kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia
akan dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, memperluaskan lagi
tahap kemahiran berfikir, mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa
berkeyakinan dan berdisiplin, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh
menjadikan kanak-kanak itu seorang yang kreatif dan imaginatif.
Dari segi keselamatan kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.Kanak-
kanak juga perlu berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan
dari terjatuh .Dalam penyelengaraan taman permainan kanak-kanak,taman permainan perlu
dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji,tiada tapak permukaan yang
terbiar,tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang.Semua peralatan perlu dipasang selamat
dengan permukaan tanah.Semua peralatan perlu sentiasa perketatkan supaya tiada yang
longgar.Pelbagai langkah-langkah keselamatan di taman permainan kanak-kanak perlu
diambil ketika kanak-kanak berada di taman permainan. Guru juga perlu memastikan anak-
anak mereka bermain ditaman permainan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
sempurna.Di antara ciri keselamatan yang disarankan ketika membina taman permainan ialah
ketinggian peralatan iaitu,ketinggian peralatan tidak boleh lebih dari 8 kaki, dan jika lebih,
“guard-rails” (tinggi di antara 38 inci) perlu dipasang. Permukaan untuk jatuh perlu
merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di bawah dan di antara
buaian, gelunsur dan lain-lain. Seni bina landskap memberi keutamaan kepada reka bentuk
yang kreatif, inovatif, sensitif dan efektif dengan perancangan dan pengurusan sesuatu ruang
atau kawasan luaran mahupun dalaman agar ia berfaedah kepada murid-murid prasekolah.
Pusat prasekolah yang baik sepatutnya dilengkapi dengan lanskap seperti taman bunga dan

9
HBEC4303 MUNEELA
kebun sayur. Pagar di pusat prasekolah adalah salah satu eleman yang penting yang perlu
diberi perhatian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan aspek keselamatan murid prasekolah.
Kanak-kanak perlu bermain di luar.Permainan luar kanak-kanak sangat berbeza
dengan cara bermain di dalam rumah sambil juga menawarkan pelbagai pengalaman.
Rangsangan ke deria dan otak berbeza sangat serta peraturan permainan yang berbeza.
Kegiatan yang mungkin disukai di dalam rumah dapat diterima dengan selamat di luar rumah
di mana kanak-kanak mempunyai kebebasan yang lebih besar bukan sahaja untuk berlari dan
berteriak, tetapi juga mengganggu dan persekitaran manipulatif. Persekitaran luar di mana
kanak-kanak bebas membuat kekacauan dan terlibat dalam aktiviti yang tidak sesuai di dalam
rumah. Persekitaran luar yang semula jadi mempunyai kualiti asas yang unik dan menarik
bagi kanak-kanak sebagai persekitaran untuk bermain. Kepelbagaian yang tidak
berkesudahan, Persekitaran semula jadi tanpa campur tangan orang dewasa dan perasaan
ruang abadi. Kanak-kanak mengalami dan melihat persekitaran semula jadi berbeza daripada
orang dewasa.
Kesesuaian Pelan dalaman dan luaran

Persekitaran fizikal yang yang kondusif dapat membentuk sikap dan tingkahlaku yang
boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada masyarakat. Persekitaran yang kondusif
merangkumitermasuklah kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih dan
selamat. Ia mempunyai bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk murid-
murid.Sekolah juga perlu menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap dan
pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Walau bagaimanapun secara umumnya apa
yang perlu kita faham bahawa prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula belajar
membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang
berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh
mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam
persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini boleh
diwujudkan di pusat prasekolah. Semua pelan luaran dan dalaman perlu mengikut peraturan
Jabatan Bomba dan Penyelamat.Tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling
penting diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek keselamatan
dan keselesaan kanak-kanak secara keseluruhannya.Kemudahan yang disediakan termasuk
alat permainan di luar bilik darjah dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat
permainan luar yang rosak hendaklah dibaiki dengan segera.Keselamatan murid hendaklah
diambil perhatian dengan serius. Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah
10
HBEC4303 MUNEELA
sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.Menyediakan alatan/permainan yang perlu dan
mencukupi seperti bahan pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi. Penyusun atur
bilik darjah seperti yang dikehendaki dan mempunyai peredaran udara dan cahaya semulajadi
bersih. Keluasan ruang mencukupi dengan kiraan 3.5 m.p. bagi seorang kanak-kanak. Ia tidak
termasuk jalan, stor, dapur, pejabat tandas atau kakitangan. Dalam Kegunaan ruang
pula,kemudahan ruang berasingan hendaklah disediakan untuk kanak-kanak belajar dan
bermain.Ruang untuk perpustakaan disediakan dan kawasan permainan yang lengkap dengan
alat-alat permainan yang tidak merbahaya(di luar banguanan).Tempat rehat untuk kanak-
kanak sakit adalah penting.Ruang berasingan (sick bay) hendaklah disediakan bagi kanak-
kanak.yang kurang sihat.Kotak perubatan kecemasan disediakan di semua ruang di dalam
sekolah. Ruang dapur dan penyediaan makanan perlu terasing dan tidak sempit dan
dilengkapi dengan kabinet.Keperluan Tandas bagi murid-murid lelaki dan perempuan
hendaklah berasingan Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan air tidak
bertakung .Tempat pemegang untuk kanak-kanak istimewa juga pperlu disediakan. Besin
cuci tangan hendaklah rendah.Dari segi kemudahan kecemasan dan keselamatan ,dua pintu
yang berasingan (satu diahadapan dan satui di belakang).hendaklah disediakan.Semua punca
kuasa (power points) hendaklah dipasang dengan plugs kosong dan berkedudukan di paras
yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Pengurusan pelan dalam hendaklah mengambil kira dengan keperluan dan hak murid-
murid. Apabila murid-murid mula melangkah masuk ke dalam bilik prasekolah secara tidak
langsung dia telah mula melebarkan lagi pengalaman kehidupannya dan persekitarannya.
Pengurusan pelan dalam hendaklah dibuat dengan pelbagai jenis peralatan yang boleh
dipelbagai guna dan perlulah mengikut kehendak guru dan juga ibu bapa murid-murid.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira di dalam merancang sesuatu pelan
dalam antaranya ialah memilih sudut-sudut pembelajaran, pengurusan bentuk pelan
penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot. Mengikut Pengurusan
Prasekolah sumber NAEYC kesesuaian sebuah bilik untuk pelan dalam dianggarkan 3.5 kaki
persegi untuk seorang murid-murid. Pelan lantai di pusat prasekolah merupakan satu
gambaran susun atur yang sepatutnya dirancang oleh guru prasekolah bagi memenuhi
keperluan perkembangan murid-murid prasekolah. Ia mudah proses pelaksanaan pengurusan
prasekolah dan pengajaran dan pembelajaran. Pelan lantai perlu merangkumi perkara-perkara
seperti pusat-pusat pembelajaran, ruang penyediaan, bilik sakit/rawatan, bilik pentadbiran,
tandas dan susun atur perabot.Bermain merupakan satu pendekatan pembelajaran yang utama

11
HBEC4303 MUNEELA
di kelas prasekolah. Aktiviti bermain dapat memupuk keyakinan diri murid prasekolah di
samping memperluaskan minda, membentuk sosiolisasi dan penyelesaian masalah.
Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati. Peralatan yang dipilih
menjurus kepada aktiviti permainan imaginasi. Reka bentuk mengambil kira ciri-ciri
ketahanan, keselamatan dan penggunaan jangka panjang. Ruang luar perlu disusun dan
dirancang dengan rapi. Ruang luar kelas hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Aktiviti yang
dirancang bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah
mempunyai permukaan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan kanak-kanak
menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Pelan luar yang dirancang perlu
mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk memastikan guru dapat mengawasi setiap
pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Segala longkang hendaklah ditutup.

Kesimpulannya, pendidikan prasekolah juga diakui boleh memberi kesan positif


kepada kanak-kanak.Ini jelas menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk
menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan (Hassan, 1997). Malaysia sebagai salah
sebuah negara yang membangun dengan pesat tidak ketinggalan dalam menentukan
pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak sebagai pendidikan yang berkualiti
Walaupun banyak usaha yang telah, sedang atau akan dilaksanakan oleh kerajaan yang
bertujuan mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah, kadang-kadang kemudahan yang
diberi telah disalahgunakan sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan, kecelaruan dan
kebimbangan kepada ibu bapa, pendidik dan pengusaha tadika yang tulin matlamatnya. Tidak
hairan jika kini terdapat pelbagai matlamat, aktiviti serta kualiti program pendidikan
prasekolah .Jesteru itu persekitaran fizikal memberi pengaruh yang besar kepada sesi
pengajaran dan pemudahcaraan di tadika. Persekitaran fizikal merujuk kepada
persekitarandalam tadika dan persekitaran luar tadika yang meliputi keselamatan, pengurusan
ruang, keselesaan, saiz peralatan dan perbahanan, bunyi dan daya penarik setiap sudut
pembelajaran. Ruang persekitaran perlu dapat meyakinkan murid seolah-olah mereka berada
di rumah sendiri agar murid dapat berasa selesa untuk belajar. Semua ciri ini antara aspek
yang perlu dititikberatkan di sesebuah tadika kerana setiap ciri dapat
mempengaruhipembelajaran murid sama ada berjaya atau sebaliknya.

APENDIKS

12
HBEC4303 MUNEELA
RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3,

Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

Abdul Halim Masnan. 2014. Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan. Tesis Doktor

Falsafah. UniversitiPendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. 2013. Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 3(2),

49-63

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). 2013. Kurikulum Permata negara

Edisi ketiga.Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya.

Beaty, J.J. 2014. Preschool Appropriate Practices: Environment, Curriculum and

Development (Edisi ketiga). USA:Wadsworth Cengage Learning.

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008 Pengabaian Kemahiran Mendengar dan

Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di

Malaysia

Casper, V. & Theilheimer, R. 2010. Early childhood education, learning together. New York:

Mc RawHill.

13
HBEC4303 MUNEELA
Centre for the Study of Child Care Employment. 2017. Comparison personnel system for K-

12 and early childhood qualification and compensation.University of California.

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, et al. 2016. Pengaruh

persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan pembelajaran.

artikel diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/294886469.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi

Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Gardner, H. Frames of Mind: The theory of Multiple Intelligences.

Harms, T., Clifford, R.M. & Cryer, D. 2015. Early Childhood Environment Rating Scale

(ECERS). USA. Teacher College Press. Daripada https://www.kedsonline.org/

Documents/AEPS_June_11.pdf.

IOWA Quality Preschool Program Standard. 2007. Iowa Department of Education. Chicago.

Kementerian Pendidikan Malaysia (a). 2017. Dokumen Standard dan Penaksiran Kebangsaan

(Pendidikan Prasekolah).

Kementerian Pendidikan Malaysia (b). 2017. Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2012-2025)

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020.

Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman & Ahmad Tajuddin Othman. 2009. Pengaruh

jenis latihanguru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru sekolah menengah. Jurnal

Pendidikan Malaysia 34 (2). 3-14.


14
HBEC4303 MUNEELA

Kostelnik, M.J., Soderman, A.K. & Whiren, A.P. 2011. Developmentally Apropriate

Curriculum: Best Practices in Early Childhood Education. (Edisi kelima). United State:

Pearson.

Lee Chiong Heng. 2012. Pembelajaran melalui aktiviti hands-on dalam membantu murid

prasekolah untuk meningkatkan minat serta tahap kefahaman terhadap isi pembelajaran yang

disampaikan. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012. Ms. 126-137.

Lee Chiong Wee. 2012. Pembelajaran visual dala usaha meningkatkan tahap kefahaman

murid prasekolah. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012. Ms. 85-97.

Lee Chung Yeow. 2004. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di industri kecil dan

sederhana di Pulau Pinang, Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia.

Pulau Pinang.

Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN2018||eISBN978-967-2122-54-8

5 Julai 2018 || Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya 234

Manning, M., Garvis, S., Fleming, C. & Wong, G.T.W. 2017. The relationship between

teacher qualification and the quality of the early childhood education and care environment.

Campbell Systematic Review.

Mariani Md Nor & Siti Hawa Abdullah. 2009. Pendekatan main dalam menangani masalah

pembelajaran kanak-kanak. Jurnal DP 9: 72-79.

Mok Soon Sang. 2012. Orinsip Teras Guru Kanan Mata Pelajaran. Penerbit Multimedia Sdn.

Bhd.Puchong.
15
HBEC4303 MUNEELA

Natasha Prasetya. 2012. Kajian aspek interior ruang belajar dan bermain pada taman kanak-

kanak di Surakarta. Dimensi Interior 10: 23-32.

National Association for the Education of Young Children (NAEYC). 2018. The 10 NAEYC

Program Standard. Daripada www.naeyc.org

Norasmah Othman, & Shuki Osman. 2009. Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dlm.

Noraini Idris & Shuki Osman (pnyt.) Pengajaran dan pembelajaran: Teori dan praktis (hlm.

75-100). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Athirah Ariffin Faridah Yunus. 2017. Kesediaan guru prasekolah dalam melaksanakan

KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Simposium Pensisikan diPeribadikan: Perspektif

Risalah An-Nur, hlm. 147-152.

Nurul Jannah Amirul. 2015. Pembinaan dan pengesahan instrumen persekitaran bilik darjah

sekolah menengah di Malaysia. Disertasi Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris:

Tanjong Malim.

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD). 2011. Teachers matter:

attracting,developing and retaining effective teachers. (September, 2011).OECD.

Ramlah Jantan, Nor Afni Resad & Siti Fathimah Az-zahra Mohd Fauzi. 2016. Aktiviti didik

hibur dalam kalangan guru prasekolah di daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-

kanak 5: 19-29.

16
HBEC4303 MUNEELA
Sofiah Mohamed & Kamarul Azmi Jasmi. 2016. Pengetahuan guru pendidikan Islam

prasekolah dalam rangka pembangunan tamadun ummah. Jurnal Sains Humanika. 8: 21-28.

Sofian Mohd Daud, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yusniza Mahamad

Yusoff. 2015. Keselesaan terma pelajar dalam bilik darjah:Kajian kes di Sekolah Agama

Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang, Selangor Darul Ehsan. Malaysian Journal of

Society and Space 11 (4): 24-38.

Tay May Guat. 2015. Pembelajaran menyeronokkan dalam PdP Bahasa Melayu. Jurnal

Penyelidikan IPG KBL Jilid 12.

Webster, M. 2012. Quality:What it is and why it matters in early childhood education.

Daripada www.scaany.org

Workman, S. & Ullrich, R. 2017. Quality 101: Identifying the core components of a high-

quality early childhood program. Center for American Progress.

Yahya Othman, Aisah Md. Daud, Azmey Othman et al. 2012. Pelaksanaan pengajaran

membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu 2 (5): 93-109.

Yuruk, N. 2011. The predicition of pre-service elementary teacher’s anxiety about teaching

science. Journa of Baltic Science Education, 10(1).

Zaidah Yazid. 2005. Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) guru matematik tambahan

berpengalaman. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


17
HBEC4303 MUNEELA

18

You might also like