You are on page 1of 1

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Aiman : Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong? 
Kok Seong : Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.  
Aiman : Kalau begitu, saya cadangkan awak mengikut saya pulang ke kampung
saya.  
Kok Seong : Apakah yang menarik di kampung awak?  
Aiman : Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana. Sekarang
juga musim buah-buahan.  

Jawapan yang Lemah


Aiman bertanya rancangan Kok Seong di masa cuti ini. Kok Seong menyatakan dia tidak
mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang
ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakan tentang keistimewaan kampung Aiman. Menurut
Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Selain itu, pada masa
sekarang kampungnya musim buah-buahan

Jawapan yang Mantap


Aiman bertanya tentang rancangan Kok Seong pada masa cuti nanti. Kok Seong menyatakan
bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong
mengikutnya pulang ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakan keistimewaan kampung
Aiman. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Di
samping itu, pada masa itu kampungnya musim buah-buahan.

a) memberitahu, menyatakan, berkata, menerangkan, menjelaskan dan sebagainya (untuk ayat


penyata)
b) bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin mendapatkan kepastian, menyoal dan sebagainya
(untuk ayat tanya)
c) meminta, menyuruh, mengajak, mempelawa, melarang, mengharapkan dan sebagainya (untuk
ayat suruhan)
d) terkejut, hairan, kagum, terperanjat, mengeluh, mengaduh, mengelamun dan sebagainya
(untuk ayat seru)

Perkara Contoh penggunaan Contoh penggunaan dalam cakap


dalam cakap ajuk pindah
1. Tukar singkatan kepada perkataan yang nak /mak /kak /tak hendak /emak /kakak / tidak  
lengkap.
2. Tukar perkataan yang menunjukkan begini begitu
tempat, masa, keadaan, dan sebagainya demikian ini demikian itu
kepada perkataan yang sesuai. sekarang ketika itu
esok hari berikutnya/keesokan hari
di sini di situ
di pondok ini di pondok itu  
3. Ganti kata seru kepada makna yang cis dengan marahnya
sesuai dengan ayat dalam cakap ajuk. amboi dengan perasaan terkejut
hore dengan gembiranya
eh dengan nada hairan
4. Tukar kata ganti nama diri kepada kata “Saya masib belum Ganesh berkata bahawa dia
ganti nama yang sesuai dengan cakap makan,” kata Ganesh. masih belum makan
ajuk.  
5. Gunakan kata hubung pancangan “Saya tidak mahu pergi,” Azri menyatakan bahawa dia tidak
seperti agar dan bahawa dalam cakap kata Azri. mahu pergi.
pindah.
6. Tukar ayat daripada cakap ajuk kepada “Moga-moga anakmu itu Nora berharap agar anak Sazana
cakap pindah mengikut maksud yang akan pulang,” kata Nora akan pulang.
sesuai. kepada Sazana.  
“Adakah kamu akan Encik Bakri bertanya kepada Laila
datang esok?” tanya sama ada dia akan datang pada
Encik Bakri kepada Laila. hari berikutnya

You might also like