You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan

Pada asasnya, Muhamad Hassan Abdul Rahman (2000) telah mengatakan bahawa kemahiran
membaca merujuk kepada sesuatu keupayaan yang relevan dengan cara-cara membaca sesuatu
perkataan dengan mengaplikasikan intonasi, jeda serta kelancaran yang sesuai. Ia merupakan
suatu jenis kemahrian bahasa yang asas di mana seharusnya dikuasai oleh semua murid yang
memasuki ke alam sekolah rendah. Keterangan ini telah mendapatkan sokongan yang padu
daripada Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2000) dan beliau juga mengatakan
bahawa bukan semua murid Tahun1 dapat menguasai kemahiran membaca dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Beliau juga mengatakan bahawa kekurangan peluang bertutur dalam bahasa
Melayu dalam kehidupan harian telah menyebabkan murid-murid Tahun 1 ini gagal untuk
membaca dengan berkesan dan tepat. Secara langsung, ia berkemungkinan akan menjejaskan
keberkesanan seseorang murid dalam menjawap soalan ujian.

Selain itu, Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin (2008) berpendapat bahawa seluruh proses
membimbing dan mendidik seseorang murid Tahun 1 dalam menguasai kemahiran membaca
untuk bahasa Melayu seharusnya dimulakan dengan proses kesediaan mereka dalam kemahiran
membaca. Beliau telah menjelaskan bahawa peringkat kesediaan membaca boleh diterangkan
sebagai suatu proses yang berkaitan dengan dengan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP)
yang akan diajarkan berdasarkan elemen-elemen seperti emosi, ketahanan fizikal, mental dan
juga persekitaran. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa perancangan yang terapi di
peringkat kesediaan membaca adalah sangat penting untuk melatih seseorang murid terutamanya
murid peringkat Tahun 1 untuk membaca dengan berkesan. S. Nathesan (2001) telah mengatakan
bahawa seluruh tahap kesediaan membaca boleh dibahagikan kepada empat peringkat yang
utama, iaitu peringkat prabacaan, peringkat melatih membaca dan memahami, peringkat
membaca untuk hiburan dan mencari pengetahuan dan peringkat membina tabiat suka membaca.
Keempat – empat peringkat yang disenaraikan ini akan dibincangkan dengan jelas dan terperinci
dalam bahagian kertas kajian ini.
Peringkat prabacaan

Menurut pandangan yang telah dikemukakan oleh Yahya Othman (2004), peringkat prabacaan
merupakan suatu peringkat yang sangat mustahak di mana bertujuan untuk menyediakan murid-
murid Tahun 1 dalam menguasai makna serta sebutan untuk sesuatu perkataan secara terancang
dan sistematik di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, beliau juga mengatakan bahawa guru
mata pelajaran Bahasa Melayu shearusnya memberikan murid-murid ayat dan perkataan yang
lebih mudah terutamanya dalam aspek pemahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di dalam bilik darjah. Keterangan ini turut dipersetujui oleh Zulkifley Hamid (2006) dan
beliau telah memberikan contoh bahawa guru boleh memggunakan konsep kepelbagaian warna
untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam peringkat prabacaan
ini.

Peringkat melatih membaca dan memahami

Untuk peringkat yang seterusnya, ia merupakan suatu peringkat yang melibatkan latihan
membaca dan pemahaman di kalangan murid-murid sekolah. Pandangan yang telah diberikan
oleh Muhammad Saiful Haq bin Hussin (2009) telah membuktikan bahawa guru sekolah
terutamanya guru bahasa perlulah berusaha untuk melatih murid-murid Tahun 1 supaya mereka
boleh mengumpulkan serta memperolehi makna daripada bahan yang telah dibacakan oleh
mereka. Kemudiannya, murid-murid ini juga perlulah melakukan penafsiran terhadap apa yang
dibacakan oleh mereka dalam bahan bacaan tersebut. Selain itu, Muhamad Hassan Abdul
Rahman (2000) juga berpendapat bahawa penguasaan kosa kata (perbehendaraan perkataan)
murid-murid juga perlulah dipertingkatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
untuk peringkat ini. Contohnya, guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti pengayaan kosa kata di
dalam bilik darjah di dalam peringkat yang kedaua ini.
Peringkat membaca untuk hiburan dan mencari pengetahuan

Dalam peringkat yang ketiga, Andrian Akmajian et al. (1995) telah mengatakan bahawa ia
merupakan suatu peringkat di mana guru perlulah memupuk minat murid dalam membaca.
Dalam perkataan yang lain, ia merupakan suatu peringkat membaca untuk hiburan dan mencari
ilmu pengetahuan bagi murid-murid Tahun 1. Sejajar dengan itu, beliau telah mencadangkan
guru-guru sekolah supaya melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk tujuan
mempertingkatkan minat murid-murid Tahun 1 ini dalam membaca. Ia secara langsung juga
akan meningkatkan fokus dan tumpu perhatian murid-murid di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Peringkat membina tabiat suka membaca

Dalam peringkat yang keempat ataupun terakhir, pandangan yang telah disumbangkan oleh Alias
bin Mohamad Yatim (1992) telah menunjukkan bahawa guru seharusnya berusaha untuk
memupuk minat dan tabiat suka membaca di kalangan murid-murid Tahun 1 ini. Dalam
perkataan yang lain, membaca seharusnya menjadi sebagai sebahagian daripada kehidupan
manusia Contohnya, guru boleh menganjurkan pelbagai aktiviti membaca cerita untuk menarik
minat dan motivasi murid-murid Tahun1 supaya membaca di dalam bilik darjah.

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa banyak usaha telah dilakukan oleh kerajan untuk
memperkasakan keupayaan dan penguasaan murid-murid sekolah rendah terutamanya murid
Tahun 1 dalam kemahiran membaca. Antara program yang dilakukan oleh kerajaan termasuklah
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang mula dilaksanakan mulai 2010 hinggalah 2012
untuk memastikan murid-murid Tahun 1 pada tahun 2010 dapat menguasai kemahiran membaca,
menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, dan juga Program Kemahiran
Intensif Dasar Membaca dan Menulis (kemudiannya disebut K1A2M) di mana bertujuan untuk
membantu murid-murid Tahun 1 dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam
bahasa Melayu.
2.0 Jenis Ujian dan Penilaian yang Sesuai untuk Menentukan Tahap Kebolehan Membaca
di kalangan Murid

Secara lazimnya, perbincangan yang telah dikemukakan oleh Abdul Rasid Jamian & Zulkafli
Abu Zarin (2008) telah menunjukkan bahawa guru bahasa di sekolah seharusnya merancangkan
dan melaksanakan pelbagai jenis ujian dna penilaian yang sesuai untuk mengenalpasti tahap
keupayaan murid dalam aspek membaca sebelum merancangkan ataupun melaksanakan pelbagai
jenis aktiviti membaca di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pelbagai jenis ujian dan
penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam menentukan keupayaan membaca di kalangan
murid akan dicadangkan dan dibincangkan dengan jelas dalam bahagian kertas kajian ini.
Contoh yang sesuai akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan ini.

(A) Penilaian Secara Formal

Corak penilaian yang pertama di mana akan dibincangkan dalam laporan kertas kajian ini adalah
penilaian yang dilakkan secara formal. Menurut pandangan yang telah dikemukakan oleh Alias
bin Mohamad Yatim (1992), penilaian secara formal ini merupakan suatu bentuk ujian yang akan
diberikan oleh guru serta gred akan diberikan kepada setiap murid berasaskan pencapaian
mereka dalam kemahiran membaca di dalam aktiviti ujian yang telah dilaksanakan. Alias bin
Mohamad Yatim (1992) juga bersetuju dengan pandangan ini dan beliau telah mengatakan
bahawa pentaksiran yang dijalankan secara formal ini adalah sangat penting untuk menilai dan
mentaksir tahap pencapaian seseorang murid Tahun 1 di dalam bilik darjah terutamanya dalam
kemahiran membaca Bahasa Melayu ini. Contohnya, guru mata pelajaran Bahasa Melayu adalah
digalakkan supaya menggunakan teks pemahaman yang sesuai di dalam buku teks untuk
mentaksir dan menguji tahap penguasaan murid terhadap kemahiran membaca berdasarkan teks
yang diberikan. Melalui pentaksiran ini, guru akan membilang bilangan patah perkaaan yang
salah dibacakan oleh murid-murid dan markah akan diberikan berdasarkan bacaan mereka.
Dalam pada itu, murid-murid ini juga akan diberikan teks pemahaman yang berlainan di mana
mempunyai tahap kesukaran yang berlainan. Ini merupakan suatu usaha yang amatlah penting
untuk membezakan tahap penguasaan murid-murid yang berlainan di dalam bilik darjah di dalam
kemahiran membaca Bahasa Melayu

Pentaksiran Secara Tidak Formal

Strategi pentaksiran yang kedua di mana akan dibincangkan dalam bahagian kertas kajian ini
adalah pentaksiran yang dijalankan secara tidak formal dan secara berterusan. Keterangan ini
turut dipersetujui oleh Muhammad Saiful Haq bin Hussin (2009) dan beliau telah mengatakan
bahawa pentaksiran yang dilakukan secara tidak formal ini kemungkinan besar lebih menyeluruh
dan adil untuk mentaksir dan menilai kompentensi seseorang murid Tahun 1 dalam menguasai
kemahiran membaca di dalam bilik darjah. Malah, beliau juga menegaskan bahawa penilaian
ataupun pentaksiran yang dilakukan secara tidak formal ini akan memainkan peranan yang
penting untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud di kalangan murid-
murid sekolah dalam aspek kemahiran membaca. Seterusnya, guru sekolah boleh mengunakan
keputusan pentaksiran secara tidak formal ini sebagai panduan yang penting untuk
merancangkan dan menjalankan aktiviti pengayaan mahupun pemulihan untuk memperbaiki
tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca. Contohnya, guru boleh melakukan
pemantauan dan pemerhatian terhadap prestasi murid dalam aspek kemahiran membaca melalui
aktiviti soal jawap yang dilakukan dari masa ke semasa di dalam bilik darjah. Ini secara langsung
boleh memberikan suatu gambaran yang jelas kepada guru tentang tahap penguasaan seseorang
murid Tahun 1 dalam kemahiran membaca.
3.0 Cara Memperbaiki Kemahiran Membaca dan Langkah-Langkah Menyediakan Murid
di Peringkat Kesediaan Membaca

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan murid Tahun 1 terutamanya yang
berasal daripada keluarga yang bukan mengunakan Bahasa Melayu secara bahasa komunikasi
mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca di dalam bilik darjah. Keterangan ini
telah mendapatkan persetujuan daripada Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2000)
dan beliau juga mengatakan bahawa penggunaan cara pengajaran yang sesuai serta aktiviti yang
sesuai memainkan peranan yang cukup penting untuk mempertingkatkan tahap penguasaan
murid-murid sekolah rendah ini dalam aspek kemahiran membaca. Sejajar dengan itu,
perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini akan memberikan fokus
terhadap cara-cara mengatasi masalah kemahiran membaca dan juga langkah-langkah
menyediakan murid di peringkat kesediaan membaca. Contoh yang sesuai akan digunakan untuk
menyokongkan perbincangan ini.

(A) Cara – Cara Memperbaiki Kemahiran Membaca

Menurut dapatan kajian yang telah diberikan oleh Andrian Akmajian et al (1995), guru sekolah
seharusnya menggunakan pelbagai alat bantun mengajar (ABM) yang sesuai untuk mengajar di
dalam bilik darjah. Contohnya, guru boleh menggunakan video klip dan perisian pendidikan
untuk mengajar murid-murid bagaimana menguasai kemahiran membaca di dalam bilik darjah.
Selain itu, Alias bin Mohamad Yatim (1992) juga berpendapat bahawa penggunaan alat bantuan
mengajar (ABM) yang sesuai adalah sangat penting untuk mempertingkatkan tahap minat murid
dalam aktiviti pengajaran dan ia termasuklah aktiviti membaca.

Untuk memperbaiki kemahiran membaca di kalangan murid tahun 1, Muhammad Saiful Haq bin
Hussin (2009) untuk mencadangkan guru untuk menggunakan aktiviti soal jawap bagi
membimbing murid-murid menjawap soalan-soalan yang ditujukan berasaskan rajah yang telah
ditunjukkan kepada mereka. Ia secara langsung akan memberikan peluang kepaada murid-murid
tahun 1 ini untuk berlatih bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu dan lama-kelamaan,
kemahiran membaca dalam bahasa Melayu akan dipertingkatkan.
(B) Langkah-Langkah Menyediakan Murid di Peringkat Kesediaan Membaca

Secara lazimnya, perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini pula akan
memberikan fokus terhadap perancangan langkah-langkah untuk menyediakan murid-murid di
peringkat kesediaan membaca di dalam bilik darjah. Keterangan ini telah mendapatkan
persetujuan daripada S. Nathesan (2001) dan beliau telah mengatakna bahawa guru seharusnya
menyediakan seseorang murid dalam dua aspek iaitu bahasa yang digunakan dan juga perasaan
mereka di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan. Ketujuh-tujuh
langkah yang terlibat dalam menyediakan murid di peringkat kesediaan membaca akan
dibincangkan dengan terperinci di bawah:

Langkah 1: Membimbing murid untuk mengecam dan membezakan gambar serta warna-
warna asas
Untuk permulaan, guru sekolah seharusnya membimbing murid-murid di dalam bilik darjah
untuk mengecam dan membezakan pelbagai gambar dan juga warna asas yang berlainan. Ia
adalah untuk membolehkan guru menilai penguasaan murid dalam aspek kemahiran
membanding dan membeza.

Langkah 2: Mengenalpasti tahap kefahaman murid terhadap pertuturan orang lain di


dalam bilik darjah
Di dalam langkah yang kedua pula, guru akan melakukan pemantauan dan pemerhatian secara
aktif untuk mengenalpasti sama ada seseorang murid dapat memahami apa yang disampaikan
oleh orang lain (guru sendiri) dalam pertuturan.

Langkah 3: Mengenalpasti tahap penglihatan murid di dalam bilik darjah


Untuk langkah yang seterusnya, guru perlulah melakukan semakan untuk mengenalpasti sama
ada murid-murid di dalam bilik darjah mempunyai masalah dari segi penglihatan ataupun tidak.
Ia adalah sangat penting dan boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk mengenalpasti
perkataan dan membaca di dalam bilik darjah.
Langkah 4: Membimbing murid untuk meluahkan perasaan mereka terhadap aktiviti
yang dilaksanakan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik
darjah.
Di dalam langkah yang keempat ini, guru akan membimbing dan memotivasikan murid supaya
meluahkan perasaan dan pandangan mereka terhadap isi kandungan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru di dalam bilik dajah. Cara – cara murid menjawab dan bereaksi akan
diperhatian dan dicatatkan untuk tujuan masa hadapan.

Langkah 5: Mengenalpasti dan menyemak keadaan kesihatan tubuh badan seseorang


murid di dalam bilik darjah
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa aspek kesihatan seseorang murid adalah cukup
penting sehingga menjejaskan keberkesanan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Oleh
yang demikian, guru mestilah melakukan pemantauan dan mengenalpasti sama ada murid-murid
di dalam bilik darjah adalah dalam keadaan kesihatan yang optimum ataupun sbealiknya.

Langkah 6: Mengenalpatsi keupayaan murid dalam memegang dan menggunakan alat


baca, alat tulis dan peralatan pembelajaran yang lain di dalam bilik darjah.
Seterusnya, guru akan melakukan pemerhatian dan juga pemantauan yang aktif untuk
mengenalpasti keupayaan murid-mrudi dalam memegang serta menggunakan alat tulis, alat baca
dan peralatan pembelajaran yang lain di dalam bilik darjah.

Langkah 7: Menyemak informasi latar belakang keluarga murid


Untuk langkah yang terakhir, guru mestilah berhubung dan berkomunikasi dengan ibubapa
murid sekolah untuk mengenalpasti dan memahami latar belakang terutamanya dalam aspek
keluarga untuk seseorang murid tersebut.
4.0 Cadangan Aktiviti untuk Membantu Mempertingkatkan Pengalaman Membaca di
Samping Mempertingkatkan Ketajaman Penglihatan dan Pendengaran Murid

Secara lazimnya, dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam bahagian ataupun sekesyen yang
lepas telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid terutamanya murid Tahun 1 masih
lemah dan perlulah diperbaiki. Sejajar dengan itu, beberapa aktiviti yang sesuai akan
dicadangkan dan dibincangkan dalam bahagian kertas kajian ini. Semua perbincangan juga akan
disokongkan dengan menggunakan bahan ilmiah yang sesuai dan relevan.

Menurut penerangan yang telah diberikan oleh Muhammad Saiful Haq bin Hussin (2009), guru
boleh menjalankan aktiviti membaca secara mekanis melalui kad imbasan di dalam bilik darjah.
Beliau telah mengatakna bahawa guru boleh menuliskan semua suku kata, huruf, perkataan
ataupun ayat di atas kad imbasan ataupun kad manila. Kemudiannya, guru boleh mempaparkan
kad imbasan ataupun kad manila kepada murid dan mengarahkan mereka mahupun membimbing
mereka untuk membacakan suku kata, huruf, perkataan dan ayat yang dituliskan tesrebut.
Kesukaran perkataan dan ayat yang dituliskan di atas kad imbasan ini akan diubahkan untuk
murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan yang berlainan dalam kemahiran membaca ini.

Selain daripada itu, S. Nathesan (2001) juga menerangkan bahawa guru boleh mengadakan
aktiviti membaca petikan dalam buku teks di dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan tahap
penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Beliau turut mengatakan bahawa aktiviti
membaca secara mekanis seperti membaca buku teks adalah penting untuk membolehkan guru
mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca terutamanya dalam aspek
mengaplikasikan fungsi tanda membaca dalam petikan. Kemahiran ini boleh dilatih melalui
berhenti daripada bacaan pada tempat hentian yang sesuai di sepanjang proses membaca petikan
yang ada dalam buku teks tersebut.
Selain itu, penerangan yang telah diberikan oleh Muhamad Hassan Abdul Rahman (2000) juga
menunjukkan bahawa aktiviti bacaan senyap untuk mempertingkatkan tahap kemahiran
membaca di kalangan murid-murid sekolah terutamanya Tahun 1. Beliau telah memberikan
contoh di mana guru boleh menganjurkan aktiviti bacaan senyap dalam suatu tempoh masa yang
tertentu (contohnya 5 ataupun 10 minit). Kemudiannya, guru akan mengajukan soalan-soalan
yang relevan dengan petikan yang diarahkan untuk membaca. Murid-murid adalah dikehendaki
untuk menjawap soalan-soalan yang diajukan secara spontan. Guru boleh menggunakan aktiviti
ini untuk mempertingkatkan kemahiran membaca dan memahami di kalangan murid-murid
Tahun 1 di dalam bilik darjah tersebut.

Akhirnya, dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan oleh Andrian Akmajian et al. (1995)
telah menunjukkan bahawa guru sekolah juga dicadangkan untuk mengadakan aktiviti permainan
yang sesuai dalam proses pengajaran kemahiran membaca di kalangan murid-murid Tahun 1.
Contohnya, beliau telah mencadangkan guru sekolah supaya merekakan aktiviti permainan yang
melibatkan konsep mix dan max untuk perkataan dalam bentuk KV + KVK. Beliau juga
berpendapat bahawa aktiviti permainan ini juga memainkan peranan yang sangat penting untuk
mempertingkatkan minat murid dalam pembelajaran terutamanya dalam aspek membaca di
dalam bilik darjah.
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kemahiran membaca merujuk kepada sesuatu keupayaan yang relevan
dengan cara-cara membaca sesuatu perkataan dengan mengaplikasikan intonasi, jeda serta
kelancaran yang sesuai.Akan tetapi, dapatan penyelidikan juga menunjukkan bahawa bukan
semua murid Tahun1 dapat menguasai kemahiran membaca dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh kekurangan peluang bertutur dalam bahasa
Melayu dalam kehidupan harian dan secara langsung menyebabkan murid-murid Tahun 1 ini
gagal untuk membaca dengan berkesan dan tepat. Dalam pada itu, peringkat kesediaan membaca
boleh diterangkan sebagai suatu proses yang berkaitan dengan dengan proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP) yang akan diajarkan berdasarkan elemen-elemen seperti emosi, ketahanan
fizikal, mental dan juga persekitaran. Sebelum merancangkan pelbagai aktiviti pembelajaran
yang sesuai, seseorang guru seharusnya mentaksir dan menilai keupayaan membaca di kalangan
murid-murid di dalam bilik darjah. Pentaksiran yang dicadangkan dan dibincangkan dalam kertas
kajian ini boleh dibahagikan kepada pentaksiran formal dan tidak formal. Untuk pentaksiran
formal, ia merupakan suatu bentuk ujian yang akan diberikan oleh guru serta gred akan diberikan
kepada setiap murid berasaskan pencapaian mereka dalam kemahiran membaca di dalam aktiviti
ujian yang telah dilaksanakan. Manakala, pentaksiran tidak formal juga perlulah dilakukan
secara berterusan dari masa ke semasa. Antara cara-cara untuk memperbaiki kelemahan
membaca di kalangan murid termasuklah menggunakan pelbagai alat bantun mengajar (ABM)
yang sesuai dan menggunakan aktiviti soal jawap bagi membimbing murid-murid menjawap
soalan-soalan yang ditujukan berasaskan rajah yang telah ditunjukkan kepada mereka. Antara
aktiviti kelas yang dicadangkan untuk mempertingkatkan kemahiran membaca di kalangan murid
termasuklah aktiviti membaca secara mekanis melalui kad imbasan, aktiviti membaca petikan
dalam buku teks, aktiviti bacaan senyap dan aktiviti permainan yang sesuai.
6.0 Rujukan

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun
2008.

Alias bin Mohamad Yatim (1992). Mengenali Bahasa Melayu, Kulim : Penerbitan Sarlis,
Percetakan Paarai.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Percetakan Ti,
Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2000). Kuala Lumpur : Pengantar
Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran
berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Muhammad Saiful Haq bin Hussin (2009). Modul Asas Membaca Tahun 1. Kuala
Lumpur:Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan
Persima

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolingusitik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like