You are on page 1of 2

Nomofobia merupakan perasaan takut yang dialami oleh seseorang untuk hidup

tanpa telefon pintar yang boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan harian.
Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan penggunaan telefon pintar secara
terkawal.

Pada era globalisasi ini, telefon pintar telah dicipta bagi memudahkan urusan
manusia. Sememangnya, didapati bahawa nomofobia, iaitu perasaan takut yang dialami
oleh seseorang untuk hidup tanpa telefon pintar semakin berleluasa seperti virus
epidemik dalam kalangan masyarakat. Hal ini telah menjadi buah mulut masyarakat
madani serta duri dalam daging semua lapisan masyarakat. Pernakah terlintas dalam
bernak anda apakah kesan-kesan penggunaan telefon pintar secara tidak terkawal.

Sebenarnya, kesan-kesan penggunaan telefon pintar secara tidak terkawal yang


dominan ialah pelajaran seseorang anak akan merosot. Hal ini dikatakan demikian
kerana seseorang pelajar yang mengalami nomofobia hanya tertatik fan tertumpu
kepada telefon pintar sahaja. Pelajar tersebut tidak akan mempunyai minat untuk
belajar kerana beranggapan bahawa telefon pintar merupakan segala-halanya. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa penggunaan telefon pintar secara tidak terkawal akan
menjejaskan minat pembelajaran seorang murid dan akhirnya menyebabkan
kemerosotan keputusan peperiksaan.

Sesungguhnya, kesan yang seterusnya ialah hubungan kekeluargaan seseorang


akan terjejas. Komunikasi dan perhubungan dengan ahli keluarga seseorang akan
semakin berkurangan disebabkan penggunaan telefpn pintar secara tidak terkawal. Hal
ini dikatakan demikian kerana insan yang mengalami nomofobia hanya akan
menghabisakan masa kepada telefon pintar menyebabkan mereka tidak dapat
meluanglan masa untuk ahli keluarganya. Aktivit-aktiviti mengeratkan hubungan
kekeluargaan seperti berkelah di tepi pantai, berjoging bersama ahli keluarga dianggap
membazirkan masa bagi pihak yang terlibat. Sesungguhnya, kesan yang seterusnya
ialah hubungan kekeluargaan seseorang akan terjejas. Komunikasi dan perhubungan
dengan ahli keluarga seseorang akan semakin berkurangan disebabkan penggunaan
telefon pintar secara tidak terkawal. Hal ini dikatakan demikian kerana insan yang
mengalami nomofobia hanya akan mencurahkan masa kepada telefon pintar
menyebabkan mereka
tidak dapat meluangkan masa untuk ahli keluarganya. Aktiviti-aktiviti mengeratkan
hubungan kekeluargaan seperti berkelan di tepi pantai, berjoging bersama ahli keluarga
dianggap membazirkan masa bagi pihak yang terlibat dalam telefon pintar mereka.
Tegasnya, hubungan kekeluargaan akan semakin merosot disebabkan penggunaan
telefon pintar yang tidak terkawal.

Lagipun, kesan ketiga adalah menyebabkan kemalangan berlaku. Hal ini


disebabkan orang yang menggunakan telefon pintar secara tidak terkawal lazimnya,
tidak akan mengabaikan keselamatan disebabkan terlalu obses dengan telefon pintar.
Sebagai contohnya, seseorang yang menggunakan telefon pintar apabila melintas jalan
raya tidak memerhatikan kereta-kereta yang lalu-lalang akan menyebabkan kemalangan
jalan raya berlaku. Natijahnya, kes kemalangan akan meningkat disebabkan tindakan ini
kerana malang tidak berbau.

Selain itu, kesan yang keempat ialah kesihatan manusia akan terjejas. Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan tersebut akan menyebabkan seseorang lupa untuk
makan, minum serta mengabaikan aktiviti bersukan. Akibat terlalu lama menghabisakn
masa dengan teelfon pintar, peredaran masa tidak disedari. Siang dan malam seakan
tikan sama sahaja, makan dan minum bukan keutamaan, apatah lagi untuk melakukan
sesuatu atau bersukan Izharnya, kesihatan manusia akan terjejas akibat menggunalan
telefon pintar secara tidak terkawal.

Kesimpulannya, sebagai insan minda kelas pertama, kita janganlah terbabit


dalam alat komunikasi yang ‘kecil’ ini, iaitu telefon pintar yang akan mendatangkan
banyak kesan negatif kepada diri kita. Oleh hal yang demikian, semua lapisan
masyarakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing demi menyelesaikan
masalah tersebut secara efektif untuk melahirkan model insan yang berwibawa.

Christine Li Ying Zhen 3A

You might also like