You are on page 1of 8

Modul P & P Karangan

BENTUK TUGASAN DALAM KARANGAN

1. BINCANGKAN ( memberikan pendapat tentang tajuk


tersebut )

i. Calon perlu menjelaskan 2 aspek ( kebaikan dan


keburukan)

Bincangkan kesan yang timbul daripada kemasukan


buruh asing ke negara ini.
Tajuk ini memerlukan calon menjelaskan kesan baik dan
buruk daripada kemasukan buruh asing ke negara ini
( meninjau tajuk drpd 2 sudut ).

ii. Satu aspek

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemasukan


buruh asing ke negara ini.
Calon hanya menjelaskan faktor2 ( satu aspek isi sahaja )

2. BERIKAN PANDANGAN / PENDAPAT ( mesti dinyatakan


dalam perenggan pendahuluan )
Calon sebenarnya diminta memberikan pandangan sendiri
tentang sesuatu perkara ( umum ). Calon boleh
menjelaskan kebaikan dan keburukan atau kewajaran dan
ketidakwajaran sesuatu yang menjadi fokus tajuk itu.

Di samping bergiat dalam sektor perindustrian, Malaysia juga


perlu bergiat aktif dalam kegiatan pertanian dan
perkhidmatan. Berikan pandangan anda tentang pernyataan di
atas.
Calon perlu menyatakan pendapat sama ada langkah itu wajar
ataupun tidak ( dalam perenggan pendahuluan – ayat arah /
Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist
Modul P & P Karangan
tesis ) dan memberikan hujah atau alasan yg bernas utk
menyokong pendapat tersebut.

3. HURAIKAN / JELASKAN ( contoh atau bukti sahih ) – soalan aras tinggi


Calon memberikan penjelasan ataupun penerangan tentang isu yang menjadi fokus tajuk
dengan mengemukakan contoh2 yg sesuai secara terperinci dan teratur agar mudah
difahami.

Walaupun Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah kemasukan


pendatang tanpa izin ke negara ini, tetapi usaha itu tidak begitu berkesan disebabkan
masalah-masalah tertentu. Jelaskan/Huraikan masalah yg dimaksudkan itu.
Usaha –akta/dasar
Masalah

4. BERSETUJUKAH ANDA ( SOALAN SELAMAT )


Calon boleh bersetuju sepenuhnya dengan pernyataan tajuk dgn memberikan seluruh isi yg
menyokong pernyataan yg diberikan ataupun menolak / menyangkal sepenuhnya
pernyataan tajuk ataupun menyokong sebahagiannya , manakala sebahagian lagi
menyangkal.

Rumah-rumah kos rendah yang telah dibina, tetapi masih tidak terjual mestilah dibuka
jualannya kepada golongan yg berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi.
Bersetujukah anda dengan cadangan di atas? Kemukakan alasan yg kukuh utk
menyokong pendapat anda itu.

Tajuk ini membuka ruang kepada calon untuk memilih salah satu daripada pendekatan yang
telah dinyatakan, iaitu sama ada bersetuju sepenuhnya dengan cadangan tajuk,
menyangkal sepenuhnya ataupun berdiri di tengah-tengah.

5. ULASAN ( calon boleh pro (bersetuju ) atau kontra ( tidak bersetuju ) atau neutral ( bersetuju
sebahagian dan tidak bersetuju sebahagian )

Pendekatannya lebih kurang sama dengan tajuk yang meminta calon memberikan pandangan.
Calon perlu mengulas pernyataan tajuk dengan menyatakan pendapat atau pandangan
calon sendiri.

Demi menjamin pertumbuhan sektor perniagaan secara yang lebih seimbang di negara ini,
pembukaan pasar raya ( hypermarket ) perlu dikawal.
Berikan ulasan anda.
Calon perlu mengulas sama ada cadangan tajuk itu wajar ataupun tidak, dan kemukakan
hujah calon.

6. CADANGAN
Isi yang dikehendaki ialah cadangan. Dua perkara yang harus diberi perhatian;
i. sesuatu yang diketengahkan itu mestilah suatu cadangan dan bukan sesuatu yang
telah dibuat. Jika sesuatu itu telah dibuat, bermakna itu bukan lagi cadangan, kecuali
Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist
Modul P & P Karangan
calon menggunakan perkataan seperti ‘membanyakkan ---lagi,’ menggiatkan ---lagi,’
‘menambahkan ---lagi,’ dan sebagainya. Ini bermakna calon sedar bahawa
sesuatu yang dikemukakan itu sudah dilakukan, tetapi calon mahu pelaksanaannya
ditambah atau diperluas.
ii. Kata-kata yang bersifat cadangan mestilah digunakan, misalnya hendaklah, wajar
sekali, perlu, mesti, seharusnya, sepatutnya dan sebagainya. Perkataan ‘telah’ tidak
wajar digunakan dan jika digunakan, karangan yang terhasil bukan bersifat cadangan,
tetapi laporan.

Kegawatan ekonomi boleh mendatangkan kesan negatif yang serius terhadap negara. Oleh
itu, masalah ini perlu ditangani secara berkesan.
Kemukakan cadangan anda, bagaimanakah masalah yang dimaksudkan itu dapat diatasi?

7. FAKTOR / SEBAB
Kehendak soalan dinyatakan secara langsung.

Kini, ramai pelajar, terutamanya pelajar di sekolah menengah terlibat dalam kegiatan
gengsterisme. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan timbulnya gejala
tersebut?

Calon hanya perlu menjelaskan sebab atau faktor. Kesan dan cadangan untuk mengatasinya
tidak perlu dibincangkan.

8. BAHASKAN ( tidak boleh neutral )


Calon dikehendaki memberikan pendirian. Calon perlu membantah sepenuhnya atau
menyokong sepenuhnya. Calon tidak boleh menyentuh kedua-dua aspek ( di atas
pagar ).

Belakangan ini, hasrat kerajaan untuk membenarkan bahasa Inggeris dijadikan bahasa
pengantar dalam bidang sains dan teknologi menimbulkan pelbagai reaksi. Sesetengah pihak
mendakwa kedudukan bahasa Melayu akan terancam akibat tindakan itu.
Bahaskan pernyataan ini.

9. SEJAUH MANAKAH ( mesti ada pro dan kontra )


Kemajuan sains dan perubatan dalam bidang sukan penting untuk memajukan sukan di tanah
air kita.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas dengan merujuk kepada contoh-
contoh yang relevan.

Calon dikehendaki supaya membincangkan kemajuan sains dan perubatan yang dapat
meningkatkan mutu sukan di negara kita. Calon sekurang-kurangnya perlu membincangkan
tiga aspek kepentingan sains seperti peralatan sukan, pakaian, kemudahan latihan, rawatan
kecederaan dan ubat serta tonik. Calon juga perlu membincangkan aspek kemajuan ini yang
turut menjejaskan mutu sukan. Misalnya, pengambilan steroid.

Peranan keluarga amat penting dalam usaha untuk memerangi gejala social dalam kalangan remaja.
Bincangkan.

Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist


Modul P & P Karangan
Soalan Latihan Karangan F4 2012

Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

1. Senario Masyarakat Kita (Buku Teks m.s. 1)

Soalan Contoh

Latihan Menulis Pengenalan Karangan


1. Masyarakat berbilang-bilang kaum yang tinggal di negara kita hidup
dalam keadaan aman dan harmoni.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan
keadaan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Perpaduan Negara dan


Kesejahteraan Sosial ), iaitu YB Senator Tuan Waytha Moorthy a/L
Ponnusamy.

ANALISIS SOALAN
1. TEMA : PERPADUAN / AMAN DAN HARMONI
2. KEHENDAK / FOKUS SOALAN : USAHA UTK MENGEKALKAN
KEADAAN AMAN DAN HARMONI
3. FORMAT : KARANGAN BERFORMAT UMUM ( JENIS
PENDAPAT )

2. Ambang Remaja (Buku Teks m.s. 23)

Soalan Contoh

Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan yang penting
untuk membangunkan negara ini.
Ulas pernyataan di atas.

3. Dunia Semakin Canggih (Buku Teks m.s. 50)

Soalan Contoh

Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas kerana banyak
memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat.
Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist
Modul P & P Karangan

4. Keranamu Malaysia (Buku Teks m.s. 75)

Soalan Contoh

Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa negara kita juga
setanding dengan negara maju yang lain.
Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat antarabangsa.

5. Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks m.s. 100)

Soalan Contoh

Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk
mengatasi masalah pencemaran alam namun masih kurang berkesan untuk mengatasinya.
Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

6. Riadah (Buku Teks m.s. 127)

Soalan Contoh

Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah anggota masyarakat pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti terebut.

7. Generasi Kita (Buku Teks m.s. 156)

Soalan Contoh

Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka merupakan generasi
yang akan memimpin negara pada masa depan.
Ulas pernyataan di atas.

8. Gaya Hidup Sihat (Buku Teks m.s. 180)

Soalan Contoh

Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki menulis rencana yang
bertajuk “Budaya Makan Makanan Segera dalam Kalangan Masyarakat ”.
Tulis rencana itu selengkapnya.

9. Kerjaya (Buku Teks m.s. 203)

Soalan Contoh

Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah mahasiswa yang menganggur dan hanya
berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

10. Warisan Bangsa (Buku Teks m.s. 223)

Soalan Contoh

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai
nilai warisan yang tinggi.

Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist


Modul P & P Karangan
Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut.

11. Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks m.s. 249)

Soalan Contoh

Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam bidang ekonomi dan
hal ini penting untuk memajukan negara.
Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.

Latihan Karangan SPM 2012 (Tingkatan 5)

Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5

1. Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks m/s 1)

Soalan Contoh

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk mengunjungi rumah terbuka
yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 23)

Soalan Contoh

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu.
Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini.

3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 48)

Soalan Contoh

Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita.

4. Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks m.s. 75)

Soalan Contoh

Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat keputusan untuk
membelinya.
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat keputusan untuk
membeli sesebuah rumah itu.

5. Alam Pekerjaan (Buku Teks m.s. 101)

Soalan Contoh

Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada masa depan.

Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist


Modul P & P Karangan
Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan.

6. Pendidikan Industri (Buku Teks m.s. 126)

Soalan Contoh

Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian masa kini.
Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara?

7. Biolembangan (Buku Teks m.s. 147)

Soalan Contoh

Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi penduduk di negara kita.
Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita.

8. Pelaburan (Buku Teks m.s. 167)

Soalan Contoh

Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk membangunkan
ekonominya.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara.

9. Teleperubatan (Buku Teks m.s. 187)

Soalan Contoh

Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh segenap lapisan
masyarakat kerana menjadi pembunuh secara senyap.
Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya.

10. Sukan Seantero Dunia (Buku Teks m.s. 210)

Soalan Contoh

Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada peringkat antarabangsa dalam
jangka masa beberapa tahun ini.
Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat kepada negara kita?

11. Komunikasi Global (Buku Teks m.s. 230)

Soalan Contoh

Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui penggunaan Internet mendatangkan kebaikan dan
keburukan kepada manusia.
Bincangkan pernyataan tersebut.

12. Pelestarian Budaya Warisan (Buku Teks m.s. 249)

Soalan Contoh

Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu tidak patut diamalkan lagi
pada masa ini.

Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist


Modul P & P Karangan
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Diubah suai oleh: Fathi SMK Methodist

You might also like