You are on page 1of 1

KRITIKAN VIDEO

Video tersebut menyatakan bahawa teori pertembungan tamadun berdasarkan Samuel P.


Huntington yang terbahagi kepada tiga andaian iaitu budaya ialah perbezaan paling ketara
dalam masyarakat selepas perang dingin. yang kedua iaitu konflik yang bakal berlaku dalam
sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh perbezaan sesuatu budaya. Selain daripada itu,
perbezaan juga wujud dalam pelbagai tamadun. Hal ini dibuktikan melalui peristiwa 11
September 2001 yang mana merupakan antara salah satu yang menunjukkan teori
pertembungan tamadun antara tamadun Islam dan tamadun barat. Globalisasi yang
merupakan himpunan pengaliran global melalui berbagai-bagai jenis objek. Akibat daripada
perkara tersebut telah membawa kesan yang itu cabaran dalam bentuk hegemoni iaitu
dominasi pemerintahan oleh sebuah negara ke atas negara yang lain. Tambahan lagi, perkara
ini juga telah menyebabkan berlakunya dominasi seperti arus kebudayaan dan kebendaan
tamadun barat yang serba moden sehinggalah pada hari ini. Bentuk dalam dominasi yang
paling ketara pada hari ini termasuklah media sosial budaya politik dan ekonomi. Antara
produk barat yang sangat mempromosikan dan menerapkan cara hidup mereka adalah
melalui media hiburan yang sangat mendapat tempat dalam kalangan anak muda pada hari
ini. Dominasi sosial budaya menyebabkan perkahwinan dari segi institusi keluarga. Amerika
syarikat merupakan salah satu ahli terkuat yang mendominasikan majlis keselamatan PBB.

You might also like