You are on page 1of 9

BAHASA MELAYU KLASIK

MOHAMMAD IZZAT IKHWAN BIN SUHAIMI


MOHAMMAD FAIZAL HIP
MOHD FAZWAN PANG
Soalan
Struktur
1 Konsep bahasa
Melayu Klasik boleh
dikesan pada ciri-
cirinya yang
pelbagai.
Senaraikan
JAWAPAN
• Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
• Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
• Menggunakan bahasa istana
• Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
• Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) seperti sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
• Banyak menggunakan partikel pun dan lah
• Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan
Soalan
Struktur
2 Buktikan setiap
fungsi bahasa
Melayu Klasik
mengikut
kepentingannya.
JAWAPAN

1. Bahasa melayu klasik sebagai lingua franca


• sebagai lingua franca di alam melayu pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali
• memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut
• merupakan bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain

2. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran

• menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan


• digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat menyurat dalam kalangan raja di kepulauan melayu
• bahasa melayu klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing khususnya pedagang.
JAWAPAN

3. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa ilmu


• semasa zaman kerajaan Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan bahasa
melayu klasik
• di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah islam
• tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani dsb
• karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-Asyikin, Miratul Mukmin, Al-Siratul Mustaqim dan
dsb
4. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan
• peranan tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa melayu
• karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam peperangan, misalnya Hikayat
Muhammad Hanafiah
• karya-karya yang ditulis juga menjadi sumber hiburan kepada rakyat bagi meredakan tekanan dan merehatkan fikiran
mereka
Soalan
Esei
3 Perkembangan
Bahasa Melayu Klasik
boleh dikesan pada
batu-batu bersurat
dan karya-karya
sastera dan
persuratan rasmi
Raja-raja Melayu.
Jelaskan.
Surat rasmi Raja-raja Melayu menjadi bukti kepada pekembangan bahasa Melayu
Klasik. Surat ini mengandungi tulisan Jawi dan dikirimkan kepada orang Eropah
atas urusan rasmi kerajaan. Sebagai buktinya dua pucuk surat daripada Sultan
Ternate kepada Raja Portugal , Surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada
Nakhoda Inggeris dan surat Sultan Alauddin Shah kepada Kapten Harry
Middleton. Surat-surat tersebut mempunyai struktur gaya bahasa seperti ciri-ciri
bahasa Melayu Klasik seperti penggunaan ayat songsang dan pasif. Hal ini
menyebabkan lenggoknya kelihatan kearab-araban. Sistem tulisan bahasa
Melayubertunjangkan kepada sistem tulisan berasaskan aksara Arab. Sistem
tulisan inilah yang menjadi alat penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam
Melayu. Hal ini menjadi bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik.
Thank you!

You might also like