You are on page 1of 1

020922-12-0710

PENGGUNAAN KERETA DALAM KALANGAN PENDUDUK DI KAMPUNG


TAMBULION KOTA BELUD, SABAH

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan kereta dalam kalangan penduduk di
Kampung Tambulion Kota Belud, Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti demografi 30 responden. Selain itu, untuk mengkaji jenis-jenis kereta yang
digunakan dan kesan penggunaan kereta dalam kalangan penduduk Kampung
Tambulion Kota Belud, Sabah. Pengkaji menjalankan kajian di Kampung Tambulion
sebagai lokasi kajian. Pemerhatian telah digunakan, seramai 30 orang responden telah
terlibat dengan kajian ini. Bagi mengkaji kajian ini, kaedah soal selidik, kaedah
pemerhatian, kaedah kepustakaan dan rujukan telah digunakan. Hasil kajian ini
menunjukkan terdapat beberapa kesan penggunaan kereta dalam kalangan penduduk
Kampung Tambulion. Data kajian ini dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan
kualitatif. Kesimpulannya, penggunaan kereta ini banyak memberi kesan yang amat
positif di kalangan penduduk Kampung Tambulion. Ini kerana ia memberi kemudahan
yang banyak terhadap penduduk dari segi pengangkutan.

You might also like