You are on page 1of 3

1.2.

3 Membina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi

Nota

Situasi : meja yang digunakan oleh Ahmad untuk belajar bergoyang dan tidak stabil dan
menyebabkan buku di atas meja hampir terjatuh. Ahmad ternampak skru yang terdapat di meja
tersebut banyak yang berkarat.

Situasi di atas dapat digambarkan melalui garisan interaksi di bawah.

Rujuk rajah 1.2.3 ( muka surat 11) untuk model fungsi bagi sebuah meja yang bermasalah

Latihan

Produk rak kasut didapati bergoyang dan tidak stabil setelah beberapa bulan. Apabila diperiksa
secara lanjut, didapati rak kasut tersebut telah berkarat.

Berdasarkan situadi di atas, bila model fungsi bagi sebuah rak kasut yang bermasalah.
Analisis berantai punca dan kesan

Tujuan = untuk memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan bagi sesuatu masalah.

Kesimpulan = meja tidak stabil kerana skru telah berkarat kerana kelembapan cuaca semulajadi.

PERCANGGAHAN FIZIKAL

BERMAKSUD = keadaan yang berlawananan antara satu dengan yang lain yang diperlukan dalam
suatu objek.

Contoh:
Contoh

7 prinsip kaedah pemisahan ruang

1. Pembahagian – membahagikan onjek kepada beberapa bahagian kecil


2. Pengekstrakan – memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan
daripada objek
3. Kualiti setempat – mengubah struktur objek dan pengaruh luaran
4. Penyarangan – letak/masuk objek ke dalam satu objek yg sama tapi berlainan saiz
5. Filem nipis/cangkerang boleh luntur- membalut/ melapik atau membungkus objek
menggunakan lapisan filem nipis dan cangkerang boleh luntur
6. Pengantara – cantum/ atau menggunakan objek atau proses pengantara
7. Tidak simetri -membentuk objek simetri menjadi tidak simetri

7 prinsip kaedah pemisahan masa

1. Kedinamikan – memecahkan objek menjadi bahagian kecil dan boleh bergerak


2. Tindakan awal – melakukan Tindakan awal untuk kawal risiko
3. Tindakan berkala- menukar Tindakan berterusan kepada berkala
4. Tindakan keterlaluan – jika Tindakan tidak berhasil, lakukan Tindakan yang sama tetapi
secara berlebihan atau berkurangan
5. Pengembangan terma – guna prinsip terma ( pegembangan / pengecutan
6. Pembuangan dan pemulihan – membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya
7. Tindakan bereterusan dan faedah – menjalankan kerja secara berterusan

You might also like