You are on page 1of 1

Maklumat dibawah berkaitan dengan penderaan terhadap kanak-kanak di

Malaysia
Kuala Lumpur: Kes penderaan kanak-kanak pada tahun lalu meningkat 17.8 peratus
kepada 285 kes berbanding 242 kes pada 2011, menurut Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Statistic merekodkan kes penderaan tertinggi
mengikut negeri ialah Selangor dan Johor, masing-masing 67 kes di ikuti Pulau
Pinang (25), Negeri Sembilan (24), Kuala Lumpur (18), Sarawak (15), Melaka (13),
Perak (12), Kelantan(10), Sabah (10), Pahang (9), Kedah (8), Terengganu (4) dan
Perlis (3)

Bagaimanakah masyarakat memainkan peranan untuk membendung


masalah tersebut daripada berleluasa? Jawapan anda hendaklah
berdasarkan nilai-nilai murni. (10 markah)
Contoh jawapan:
Penderaan kanak-kanak berlaku disebabkan masyarakat gagal
mengamalkan nilai bertanggungjawab ( tanggungjawab terhadap keluarga),
nilai kasih sayang( kasih sayang terhadap keluarga) , nilai melindungi hak
kanak-kanak dan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah (1)masyarakat
perlu berusaha menyelamatkan kanak-kanak daripada terus didera. Selain
itu,(2) masyarakat perlu membuat laporan kepada pihak polis tentang kes
penderaan kanak-kanak. Seterusnya, (3)masyarakat juga boleh meminta
bantuan saudara-mara kanak-kanak yang didera supaya dapat memberi
perhatian terus dan tindakan serta merta untuk menyelamatkan kanakkanak.(4) Langkah seterusnya ialah(5) dengan memberikan pengetahuan
yang secukupnya tentang pelbagai jenis penderaan kepada kanak-kanak.
Selain itu,(6), kanak-kanak hendaklah diajar untuk mengelakkan diri
daripada menjadi mangsa penderaan.(7) Kanak-kanak perlu di ajar untuk
menyebut tidak kepada perbuatan orang lain yang tidak munasabah.
Langkah yang seterusnya ialah (8) masyarakat perlu menyebarkan
maklumat tentang perlunya mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan dalam Akta Kanak-Kanak pindaan 2001 iaitu penjaga yang
mendera dan mengurung kanak-kanak akan didakwa. (9) Masyarakat juga
boleh menyokong kempen Angkat Tanganmu anjuran UNICEF serta
(10)boleh menyokong kursus-kursus motivasi anjuran LPPKN seperti kursus
perkahwinan dan keibubapaan yang bertajuk Memupuk Nur Kasih. Kanakkanak adalah pelapis masa depan dan mereka tidak sepatutnya di dera
kerana merekalah bakal pemimpin negera pada msa depan.

You might also like