You are on page 1of 6

Praktis 2

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

sempena merasai menghayati bersejarah


meneguhkan melaung-laungkan menjerit-jerit mempertahankan

Tanggal 31 Ogos diabadikan sebagai tarikh penuh bagi rakyat Malaysia


sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan
“merdeka” dan cuti umum tidak membawa apa-apa makna jika rakyat tidak
dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Penghayatan
kemerdekaan bukan sekadar perkataan “merdeka”, sebaliknya memerlukan
penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan kemerdekaan
yang dikecapi.
[5 markah]

Soalan 22
(a) Tulis jawapan yang sesuai bagi soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Alisa : Apakah faktor yang menyebabkan kamu berjaya dalam pertandingan pidato?
Najwa:

[2 markah]

(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak yang diberikan.

Anas

Mengapakah
pasu bunga
ibu pecah?

Ibu

Anas:

[2 markah]

65

Modul PTRS BM UPSR_Bhg 2 4th.indd 65 3/10/20 12:46 PM


(c) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan di bawah.

Sudah tiga tahun pemuda itu terlibat dalam kegiatan pecah rumah.
Pada satu malam, ketika dia mahu memecahkan tingkap sebuah
banglo, dia telah ditangkap oleh pengawal keselamatan. Dia
diserahkan kepada polis yang membuat rondaan di situ.

[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuala Lumpur dibuka pada tahun 1857 di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang. Ketika itu, Raja
Abdullah yang mentadbir Klang meneroka Kuala Lumpur untuk mencari biji timah dengan bantuan
Raja Jumaat dan 87 orang pekerja Cina.
Kedatangan Yap Ah Loy pada tahun 1860-an telah menampakkan pertumbuhan yang pesat
apabila Kuala Lumpur berubah wajah menjadi bandar Selangor yang sibuk sehinggakan pihak
British memindahkan pusat pentadbiran dari Klang ke Kuala Lumpur.
Kemudian, pihak British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar dengan pelan dan
perancangan yang lebih tersusun. Pada tahun 1986, Kuala Lumpur berkembang menjadi ibu negeri
bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Kuala Lumpur
menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan kini menjadi ibu negara Malaysia. 
(Dipetik dan diubah suai daripada
laman sesawang www.penerangan.gov.my.)

(a) Kuala Lumpur telah diteroka oleh .


[1 markah]

(b) Apakah yang dilakukan oleh pihak British setelah Kuala Lumpur menjadi bandar yang sibuk?

[2 markah]

(c) Nyatakan sama ada pernyataan di bawah betul atau salah.

(i) Raja Jumaat membantu Raja Abdullah


meneroka Kuala Lumpur.

(ii) Kuala Lumpur menjadi ibu negara Malaysia


pada tahun 1957.

[2 markah]

66

Modul PTRS BM UPSR_Bhg 2 4th.indd 66 3/10/20 12:46 PM


Soalan 24
Baca petikan berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SUBANG, 9 Oktober − Malaysia menghantar tiga aset ke Indonesia untuk misi memadamkan
kebakaran hutan di Sumatera Selatan, Indonesia. Menurut timbalan Ketua Pengarah Operasi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dua buah pesawat jenis Bombardier CL 415
MP dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphin dihantar bagi operasi terbabit.

“Operasi ini dijangka mengambil masa lima hari. Seramai 25 orang pegawai penguat kuasa
APMM terlibat sepenuhnya dalam operasi ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, pesawat C130 milik TUDM turut dikerah menjayakan misi ini. Misi yang menelan kos
sebanyak RM1.5 juta ini dilaksanakan selepas kerajaan Indonesia memohon bantuan daripada
Malaysia untuk menyelesaikan masalah jerebu yang berlarutan.

Setakat ini Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang mempunyai pesawat
Bombardier. Pesawat ini mempunyai keupayaan mendarat di permukaan air dan memadamkan api
dari udara menggunakan teknik bom air. Pesawat ini juga mampu menyedut air sebanyak 6 137
liter dalam tempoh 12 saat.

(a) Perkataan operasi dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
.[1 markah]

(b) Apakah aset yang dihantar oleh kerajaan Malaysia ke Indonesia?

[3 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah kesan pembakaran terbuka?


KBAT

[3 markah]

67

Modul PTRS BM UPSR_Bhg 2 4th.indd 67 3/10/20 12:46 PM


Soalan 25
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ikan siakap ikan senohong,


Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,


Sudah dibaca harap balas.

Pagi petang siang malam,


Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbang jagung,


Berani buat berani tanggung.

Buah cempedak pasu kuali,


Busuk nama menipu mencuri.

Md. Ali Bachik

(a) Keburukan orang yang banyak cakap ialah .


[1 markah]
(b) Penulis mengharapkan surat yang dihantarnya akan .
[1 markah]
(c) Berdasarkan pantun, tulis baris pantun yang memberi fokus terhadap orang yang cerdik dan berani
semula.

[2 markah]
(d) Apakah pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut?
KBAT

[3 markah]

68

Modul PTRS BM UPSR_Bhg 2 4th.indd 68 3/10/20 12:46 PM


Praktis 4
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Gariskan jawapan yang paling sesuai dalam ayat di bawah.

(i) Jika kita menghidap selesema, ahli keluarga yang tinggal (serumah/ sekampung) juga
boleh dijangkiti selesema.

(ii) Selesema boleh berjangkit daripada seseorang (kepada/ pada) seseorang yang lain.

(iii) Jangkitan penyakit selesema dipindahkan (mengikut/ melalui) cecair badan.

(iv) Ada juga kes jangkitan penyakit (terjadi/ terkena) akibat proses pembedahan.

[4 markah]

Soalan 22
(a) Tandakan (✓) paa jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Ayat tanya : Siapakah yang mereka bentuk rumah tradisional itu?

Rumah tradisional itu telah lama dibina oleh datuk saya

Rumah tradisional itu saya warisi daripada moyang saya dahulu.

Rumah tradisional itu direka bentuk oleh bapa saudara saya.

[2 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


Ayat aktif : Damia memberikan sumbangan ikhlas kepada pengemis itu.
Ayat Pasif :
[2 markah]

(c) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan di bawah.

Kelas 6 Mawar tetap tercorot dalam Pertandingan Kebersihan Kelas. Murid-muridnya


mementingkan diri sendiri. Ada yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.
Walaupun Cikgu Zaiton sudah berulang kali memberikan peringatan, tetapi murid-murid
masih gagal bekerjasama.

[2 markah]

73

Modul PTRS BM UPSR_Bhg 2 4th.indd 73 3/10/20 12:46 PM


Soalan 23
Tandakan (✓) pada ayat yang betul dan (✗) pada ayat yang salah.

(i) Kuching adalah ibu negeri Sarawak.

(ii) Jalan Intan ditutup kerana berlakunya tanah runtuh.

(iii) Tolong jangan buang sampah ke dalam longkang.

(iv) Senarai barang-barang yang hendak dibeli ada atas meja.

(v) Anita menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.

[5 markah]

Soalan 24
Baca petikan cerita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti persekolahan yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung kelahirannya.
Ayah dibesarkan di Kampung Balik Papan, Jasin, Melaka. Walaupun datuk dan nenek sudah
meninggal dunia, tetapi ayah tidak melupakan saudara-mara di kampung.
Kami pulang ke kampung dengan menaiki kereta Proton Persona. Kami melalui Lebuh Raya
Utara-Selatan (PLUS) sebelum melalui Jalan Persekutuan. Ayah memandu kereta dengan berhemah.
Apabila kami tiba, Pak Su Hazril dan keluarganya menyambut kami dengan gembira. Rumah pusaka
kelihatan bersih dengan bunga-bungaan di sekitar rumah. Sesekali bertemu, banyaklah perkara yang
kami bualkan.
Keesokan harinya, saya, adik, dan sepupu pergi ke dusun di belakang rumah. Kami membantu
Pak Su Hazril mengutip duku, manggis, dan buah durian yang gugur. Oleh sebab terlalu banyak,
kami tidak terhabis memakan buah-buah tersebut.
Pada hari kedua, kami pergi ke rumah ketua kampung, iaitu Tuan Haji Roslan yang mengadakan
majlis perkahwinan anak perempuannya. Majlis perkahwinan dijalankan secara gotong-royong. Ramai
anak muda ringan tulang membantu mengangkat pinggan mangkuk. Kami sekeluarga menghabiskan
masa selama lima hari di kampung. Walaupun tidak sampai seminggu, keseronokan yang kami rasai
sukar untuk dilupakan. Ayah berjanji akan pulang lagi jika ada kesempatan.

(a) Perkataan berhemah dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan .
[1 markah]
(b) Berikan bukti Pak Su Hazril mempunyai semangat persaudaraan yang kuat apabila dikunjungi tetamu.

[2 markah]

74

Modul PTRS BM UPSR_Bhg 2 4th.indd 74 3/10/20 12:46 PM

You might also like