You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK

JALAN AIR JERNIH, SETAPAK, 53200 KUALA LUMPUR

Skema Jawapan Soalan Ujian Semester 3 STPM


Bahasa Melayu

Bahagian A [20 markah]

1 D 11 A

2 B 12 C

3 B 13 C

4 C 14 C

5 A 15 A

6 A 16 A

7 A 17 C

8 D 18 B

9 B 19 C

10 D 20 B

1
Bahagian B [ 45 markah ]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan

21 (a) Apakah maksud wacana? [1]


Skema jawapan
Wacana ialah satu satuan bahasa yang lengkap dan melebihi batas ayat

(b) Nyatakan dua ciri utama wacana yang utuh. [2]


Skema jawapan
i. Mempunyai kohesi (tautan)
ii. Mempunya koheran (runtutan)

(c)
Samuel dan Mohan diberitakan akan memulakan ekspedisi mendaki
gunung itu pada awal pagi. Demikian juga Johan. Mereka memulakan
pendakian seawal pagi untuk memastikan mereka sampai di puncak
sebelum petang

Nyatakan dua jenis penanda wacana yang digunakan dalam petikan di atas. [2]
Skema jawapan
i. Penanda rujukan (mereka, merujuk kepada Samuel, Mohan, dan Johan)
ii. Penanda elipsis/penanda penghilangan (berlaku pengguguran klausa
diberitakan akan memulakan ekspedisi mendaki gunung itu pada awal
pagi, dalam ayat kedua)
5

22 Ciri Wacana

Kohesi X

Berdasarkan rajah di atas;


a) Apakah ciri X? [1]
Skema jawapan
Ciri wacana X ialah koheran iaitu kesinambungan idea antara unit-unit
bahasa yang membentuk sesuatu wacana

2
(b) Berikan satu contoh wacana bagi X. Panjang wacana hendaklah tidak
melebihi 30 patah perkataan. [3]
Skema jawapan
Nizam memang pelajar yang pintar. Dia juga rajin mengulangkaji pelajaran.
Oleh itu, dia sering memperolehi keputusan yang cemerlang untuk setiap
mata pelajaran bagi peperiksaan yang didudukinya
(26 patah perkataan)

Catatan : Mana-mana jawapan pelajar yang memenuhi kehendak soalan boleh diterima
sebagai jawapan 4

23 (a) Apakah fungsi penanda wacana yang berikut?


[2]
Skema jawapan
i. Namun demikian: berfungsi untuk memperlihatkan pertentangan
ii. Oleh hal yang demikian: berfungsi menyatakan sebab sesuatu berlaku

(b) Bina satu wacana untuk menunjukkan penggunaan penanda wacana (a) i dan
(a) ii di atas. [4]
Skema jawapan
i. Kehidupan keluarga Pak Cik Zaki memang susah. Namun demikian,
mereka tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain
ii. Pelajar-pelajar itu masih mengulangi kesalahan yang melanggar
peraturan sekolah walaupun mereka telah diberikan nasihat dan amaran.
Oleh hal yang demikian, keputusan pihak sekolah menggantung
persekolahan mereka selama seminggu amat wajar.
Catatan : Mana-mana jawapan pelajar yang memenuhi kehendak soalan boleh diterima
sebagai jawapan 6

24 Ciri retorik
 Disampaikan dengan jelas, berkesan dan meyakinkan
 Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang
dikemukakan.

(a) Nyatakan jenis retorik yang menepati ciri di atas.


[1]
Skema jawapan
Retorik penghujahan

3
(b) Bina satu wacana yang menepati ciri retorik seperti yang dinyatakan di atas
dengan menggunakan teknik penyampaian idea deduksi. Panjang wacana
hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. [3]
Skema jawapan
Rumah-rumah setinggan yang di diami oleh pendatang asing di kampung kita
ini harus dirobohkan. Perumahan setinggan itu telah mencacatkan
pemandangan di kampung kita kerana terlalu kotor dan tidak terancang. Kes
kecurian dan jenayah ragut juga semakin meningkat sejak bertambahnya
bilangan pendatang asing yang tinggal di kawasan perumahan haram.
(48 patah perkataan)

Catatan : Mana-mana jawapan pelajar yang memenuhi kehendak soalan boleh diterima
sebagai jawapan 4

25 (a) Berikan definisi bagi retorik-retorik yang berikut: [3]


Skema jawapan
i. Retorik pemerian:
Retorik pemerian ialah retorik yang mengandungi pemerihalan tentang
sesuatu secara objektif, tepat dan jelas. (1m)
ii. Retorik pemujukan:
Retorik pemujukan ialah retorik yang digunakan untuk meraih simpati
dan perhatian daripada khalayak agar bertindak mengikut sesuatu yang
disarankan.(1m)
iii. Retorik penceritaan:
Retorik penceritaan ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama
ada dalam bentuk tulisan atau lisan.(1m)

4
(b) Bina sebuah wacana dengan menggunakan ketiga-tiga retorik di atas.
Panjangnya hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. [3]
Skema jawapan
Mak, ampunkanlah dosa abang. Abang dah tak menagih lagi. Abang nak
hidup lama. (retorik pemujukan) Lihatlah abang, mak. Tubuh abang makin
berisi, tidak kurus melidi macam dulu. (retorik pemerian) Abang tahu, abang
banyak menyusahkan mak. Abang memalukan mak dan ahli keluarga kita.
Abang nak berubah mak.(retorik penceritaan)
(48 patah perkataan)

Catatan : Mana-mana jawapan pelajar yang memenuhi kehendak soalan boleh diterima
sebagai jawapan 6

26
Cabaran utama yang dihadapi oleh pengguna media sosial di Malaysia ialah
kesukaran dalam menentukan ketulenan dan kesahihan sesuatu berita atau
maklumat yang dibaca. Kita sering terdedah kepada pelbagai bentuk berita
dan maklumat palsu kerana pada era ini informasi hanya di hujung jari
anggota masyarakat. Seandainya kita tidak berhati-hati dalam menentukan
kesahihan sesuatu maklumat dan teruja untuk berkongsi berita palsu itu maka,
berita itu akan tular dalam sekelip mata. Penyebaran berita palsu ini boleh
mendatangkan kemudaratan apabila banyak pihak yang percaya dan mula
bertindak melulu. Jelaslah bahawa kita amat dituntut agar bijaksana dalam
menilai kesahihan dan ketulenan sesuatu berita yang tular di media sosial.

(a) Apakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas. [1]
Skema jawapan
Teknik elektik

(b) Berikan dua penyataan umum yang terdapat dalam petikan di atas. [2]
Skema jawapan
i. Cabaran utama yang dihadapi oleh pengguna media sosial di Malaysia
ialah kesukaran dalam menentukan ketulenan dan kesahihan sesuatu
berita atau maklumat yang dibaca. (1m)
ii. Jelaslah bahawa kita amat dituntut agar bijaksana dalam menilai
kesahihan dan ketulenan sesuatu berita yang tular di media sosial. (1m)

5
(c) Nyatakan dua penyataan khusus yang terdapat dalam petikan di atas. [2]
Skema jawapan
i. Kita sering terdedah kepada pelbagai bentuk berita dan maklumat palsu
kerana pada era ini informasi hanya di hujung jari anggota masyarakat.
ii. Seandainya kita tidak berhati-hati dalam menentukan kesahihan sesuatu
maklumat dan teruja untuk berkongsi berita palsu itu maka, berita itu
akan tular dalam sekelip mata.
5

27 (a) Apakah maksud dialek? [1]


Skema jawapan
Dialek bermaksud variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur
di sesuatu kawasan.

(b) Apakah perbezaan subdialek dan dialek? [2]

Skema jawapan
Subdialek ialah variasi bahasa yang wujud dalam sesuatu dialek, (1m)
sedangkan dialek merupakan variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur di sesuatu kawasan. (1m)

Guano
Pitih
Sokmo

(c) Apakah jenis variasi bahasa bagi kosa kata di atas? [1]
Skema jawapan
Dialek Kelantan

6
28 P
Variasi bahasa yang sopan atau honorifik

Q
Variasi
Variasi bahasa yang telah melalui proses
Bahasa
perancangan dan pembakuan

R
Variasi bahasa yang memperlihatkan
percampuradukkan antara beberapa bahasa

(a) Apakah jenis variasi bahasa dalam P, Q dan R? [3]


Skema jawapan
P : Bahasa halus
Q : Bahasa baku
R : Pijin, kreol atau bahasa pasar
[2]
(b) Kemukakan satu contoh bagi P dan R?
Skema jawapan
P : Bapa budak ini telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi
R : Itu budak ambil saya punya balang
Catatan : Mana-mana jawapan pelajar yang memenuhi kehendak soalan boleh diterima
sebagai jawapan 5

29 Variasi bahasa Contoh wacana


I Bahasa istana Q : ………………………………………
II P : ……………………. Aku tengah usha awek tu lah. Janganlah
kacau beb.
III Bahasa basahan R : ………………………………………

(a) Apakah variasi bahasa P? [1]


Skema jawapan
Variasi bahasa slanga

7
(b) Berikan contoh wacana bagi Q dan R? [2]

Skema jawapan
Q : Sultan negeri itu akan berangkat ke tanah suci esok.
R : Siapa nak ikut adik ke pasar raya?
Catatan : Mana-mana jawapan pelajar yang memenuhi kehendak soalan boleh diterima
sebagai jawapan 3

30
X:
Ke bawah duli yang maha mulia tuanku
(a) Apakah istilah yang tepat untuk X?
[1]
Skema jawapan
Pemulukan

(b) Apakah kata ‘makan’ dan ‘izin’ jika diungkapkan dalam variasi bahasa
dalam? [2]
Skema jawapan
i. Makan : santap
ii. Izin : limpah
3

You might also like